"bangang betul".Luah Aakif Ameer secara sendirian.Dia betul-betul sakit hati kali ini.
Entah kenapa tender dengan Tan Sri Amin tidak dapat sedangkan Tan Sri itu yang beria-ria hendak bagi tender perumahan itu kepadanya.Kali ini lain pula.Tender itu pula dibagi kepada syarikat lain.
Aakif Ameer berpendapat bahawa Tan sri Amin ingin memainkannya.Dia betul-betul marah.
Ketara berkedut dimukanya menahan perasaan.
"Anisa masuk".Aakif Amif menekan interkom mengarahkan setiausahanya masuk ke pejabatnya.
"Masuk".Laung Aakif Ameer apabila setiausahanya mengetuk pintu bilik pejabatnya.
Anisa gerun melihat wajah bosnya yang seperti singa.Dia bungkam sekejap.
"Anisa,tolong buat kertas kerja yang lain".Arah Aakif Ameer,tidak dipandang wajah setiausahanya.
Dia menghulur kertas kerja itu dan Anisa mengambil.Hati Anisa berdebar-debar,manalah tahu kalau bosnya ingin melepaskan bom atom.Matilah dia kali ini.Tidak sanggup menahan rasa.
Anisa tahu.Bosnya seorang ini kalau baik terbaiklah sangat didalam dunia apabila marah nak pecah syarikat ini dibuatnya.
"Bos ada apa-apa lagi".
Aakif Ameer hanya mengeleng kepala mendengar pertanyaan setiausahanya.
"Awak boleh keluar sekarang".
Aakif Ameer meneruskan kerjanya.Hatinya sudah reda sikit kalau ikut kan hati dia juga yang susah.
Alamatnya dibiarkan sahaja.Adatlah kalau ahli perniagaan.
Kalau tiada risiko bukan perniagaan yang dinamakan.
"Uish,aku nak balik ke tak nak ea."Ligat Awadah memikirkannya.
"Kalau balik nanti ayah marah".Luahnya lagi.
Pada pagi tadi dia memikirkannya apabila mendapat panggilan daripada bapanya semalam.
Hatinya diragut hebat bimbangnya.
Di kelas tadi dia asyik termenung sampaikan pensyarahnya menegur.
Lisa tak guna pula hanya tersenyum sinis.
Kalau asyik memikir boleh naik darah tinggi.
Keputusannya ,dia tetap akan balik kampung menjeguk ibunya yang sakit.Entah apa yang Ibu sakit.
Ayahnya tidak pula bagitahu.Yang diucapkan Ibunya hanya sakit biasa tapi hatinya berkata sesuatu yang Ibunya seolah-olah menderita berat.
Ya Allah selamatkanlah ibuku.Doanya didalam hati.
Biarlah ayah dia marah kalau dia balik kampung.Awadah teramat bimbangkan ibunya.
"Kinah".Tegur Zikri.
Sakinah hanya memandang zikri sekilas dan meneruskan pembacaannya.Peperiksaan sudah semakin hampir.Kalau gagal habislah dia kena bantai dengan keluargannya.
"Kenapa dengan Wadah tadi?"Soal Zikri.
"Tak tahu".Senang jawapan yang dikeluarkan oleh Sakinah.
"Takkan kau tak tahu".
"Tak tahu lah".Jawab sakinah ala kadar.
Zikri berlalu pergi meninggalkan Sakinah.Malas pula dia mahu bertanya lagi.Buat sakit hati.
Assalamualaikum dan selamat datang ke teratak comot Zatul...Jangan lupa tinggalkan pesanan setelah anda jejaki blog ini dan sentiasalah mengucap syukur kepada Allah..Salam sayang dari Zatul.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan