Selasa, 5 Julai 2011

Andai ku boleh

                                 




Andai kata aku boleh mengubah kehidupan ini
Ingin sekali aku lakukan
Tapi apakan daya aku hanya hambaNya
Aku redha dengan apa yang diberi
Andai kata aku boleh melakukan semua
Ingin sekali aku jadi seperti mereka
Tapi apakan daya

Parahnya hati apabila melihat orang lain
Bersuka ria apa yang dihendakkan
Tapi apakan daya aku
Aku ingin jadi seperti mereka
Tapi aku tidak boleh lakukan

Si hero dan si penyelamat hati
Menenangkan hatiku yang membara pedihnya
Mungkin ini bukan duniaku
Mungkin aku ada cabaran sendiri
satu hari nanti tapi 
Sampai bila
Wahai hati janganlah engkau permainkan
Hatiku yang semakin pedih 
akibat tusukan sebentar tadi


Andai aku boleh lakukan
Aku taknak hidup seperti ini
Aku ingin bebas
Tapi aku tahu si penyelamat hati
Amat menyayangi aku
Dia tak nak terjadi perkara yang buruk 
Aku tahu dari itu
Hati janganlah engkau seperti ini
Aku taknak
Malah aku bersyukur apa yang aku miliki
Mungkin ada hikmah disebalik itu
Aku percaya pada takdir


Wahai hati inilah dugaan hidup
Apa yang dia lakukan 
kerana dia sayangkan engkau
Tak kan kau masih tidak fahaminya
Tenangkanlah diriku
Dari kata-kata 
Yang boleh membuatkan
Aku kecewa hati dan bernanah

Tiada ulasan :

Catat Ulasan