Aku leka melihat manusia disekeliling
Hati kecilku berbicara
Mengapa aku tidak seperti mereka?
Mengapa aku perlu jumpa dengan orang sebegini?
Hatiku memberontak,hatiku menjerit
Tapi
Aku lupa sesuatu yang indah
Aku lupa pada kenyataan yang harus aku lalui
Bukankah ini satu dugaan buat aku
Sabarlah wahai hatiku
Jika hidup ini ada pahit
Pasti hidup ini ada manisnya
Ia adalah manis hanya untuk dunia sementara
Aku seharusnya redha dengan ujian ini
Aku harus tabah
Biarlah makhluk Allah mengata apa saja
kepadaku
Jangan mudah terasa hati
kerana aku juga harus ingat
Makhluk Allah ini juga ada kelemahannya
Jangan mudah bongkak apa yang ada
kerana itu hanya pinjaman sementara waktu
Jangan sesekali bercakap megah
kerana engkau juga ada kelemahan
Jangan menindas orang yang lemah
kerana
satu hari nanti engkau juga akan melaluinya
Jangan berlagak pandai
kerana
Satu hari nanti engkau akan bertemu dengan
Orang yang lebih hebat
Aku akan sentiasa ingatkan diriku
Moga aku tak jadi seorang yang mudah diri
Takdir?
Ya,takdir hidup kita sudah ditetapkan
Sejak azali lagi
Tiada ulasan :
Catat Ulasan