Isnin, 11 Julai 2011

Kerana Cintaku 11

"Asal mamat ni tengok aku semacam je.Aku pakai baju terbalik kut".Puas Rina membelek bajunya.
"Muka aku comot kot."Rina membelek pula wajahnya dicermin..Setelah berpuas hati dengan penampilannya,dia keluar dari bilik.Berjalan penuh berhati-hati agar tidak terjatuh.Aish pelik betul Rina hari ini,pelik Rina pelik lagi tunangan kakaknya itu.Renungan yang menakutkan jiwanya.

"Rinnnnnnnnnnn".Panggil Alia di ruang tamu.
Cepat-cepat Rina menuju ke arah kakaknya tetapi hatinya tidak kena dengan renungan lelaki itu.
"Nasib baik kau tunang kakak aku.Kalau tidak memang kena debik da..hahaha".Gumamnya didalam hati.
Langkahnya berhati-hati.
"Ada apa akak panggil Rina?"Tanya Rina yang sudah duduk disebelah kakaknya.Tangannya ligat melurut rambutnya yang berterbangan.
Lelaki itu terus-terusan merenungnya.Tidak diendah Alia didepannya.
Sakit mata kut.Fikir Rina mudah.

"Kenalkan bakal tunang akak".Ujar Alia yang memperkenalkan tunangnya kepada Rina
"owh".Jawab Rina ringkas,malas ambil tahu tentang tunang kakaknya.
Berubah air muka Alia apabila dengar perkataan itu yang adiknya luah.Alia cuba mengawal riak wajahnya,malas dia layan perangai adiknya yang suka berangin .

"Ok...Adik awak ye Lia,cantik macam awak juga".Kata lelaki itu yang menghadiahkan senyuman manis kepada Rina.Rina hanya pandang bersahaja,tidak dilayan senyuman itu.Hanya dibiarkan berlalu pergi tanpa membalasnya.
"Tapi".Kata lelaki itu lagi tetapi dibiarkan percakapan terhenti seketika.
"kenapa Rul?"Tanya  Alia kepada bakal tunangnya.
Owh,Rul namanya.Nama pendek je tu nama betul apa ya.Rina bersoal jawab dengan hatinya.
Lelaki itu hanya tersenyum nipis dan merenung tajam ke arah Rina.Naik seram pula Rina melihatnya,disabarkan hati agar beriak bersahaja.

"Kenapa dia tak macam you".
"Tak macam I?"Soal Alia pelik.Alia perasan dengan renungan tunangnya terhadap adiknya.Dia sudah sedia maklum dengan Hasrul Rizal yang pantang nampak perempuan dahi licin atau dikenali sebagai buaya darat.
Kerana duit,dia tak endahkan semuanya.Dibutakan hati,bodoh betul si Alia.
Alia bangun dan duduk disebelah Hasnul Rizal,lalu dipeluk lengan lelaki itu manja.
Lelaki itu hanya tersenyum menggoda.Menyampah pula Rina melihatnya.
"Kenapa adik you ni sombong sangat".
"Owh".Alia tersenyum.
"Adik I memang macam ni.Jangan pelikla ok".Ujar Alia.
Rina hanya membuat tidak endah.
"Kak,Rin nak ke dapur dulu."


"Helo bro apa cite sekarang ha".Ujar Yusri mesra di bilik pejabat Farhan Hasyim.
Ditenung wajah sahabatnya yang ceria.Dapat projek baru biasalah,senang hatilah tu.Tambahan pula yang dia dapat projek bernilai RM 1 juta.
"Hei yusri,baru sekarang aku nampak kau."
"Dah kau tu asyik busy mana aku nak jumpa kau,tak sempat katakan."Balas Yusri.
Farhan Hasyim hanya tersenyum mendengar rungutan kawannya itu.Memang dia sibuk akhir-akhir ini bertambah pula syarikat yang baru dibelinya.Semakin banyak urusannya disitu.
"So apa plan kau dengan syarikat tu?"Soal Yusri.Sesungguhnya dia mengetahui agenda kawannya itu.Biarkanlah asalkan kawannya senang hati.Dia pun turut senang hati malah berlebihan.
"Adalah nanti aku cerita,eh jom pergi lunch."
"Ok jom".Balas Yusri.


Rina membaringkan badannya dikatil.Penat sungguh hari ini.Yang menyesakkan dadanya,tunang kakaknya tidur dirumah ini.Boleh pula anak orang kaya ni hendak tidur disini.Makan malam tadi sungguh tidak menyelerakan dan membantutkan seleranya gara-gara renungan maut lelaki itu.Ahhh gila macam ni.
Lelaki itu pula seolah-olah mahu menggodanya.
"Orang macam tu pon akak nak."Rungutnya berseorangan.
Hatinya tiba-tiba dilanda rindu hebat.Dia seorang sahaja yang tahu.







Hope enjoy.Maaf kalau tak menurut citarasa anda semua.
1 lagi tersilap tulis, aritu tulis tunangkan patutnya bakal tunang..hehe..sory

Tiada ulasan :

Catat Ulasan