Selasa, 19 Julai 2011

Ahmad







Aku amat kagum dengan dia,dia memang hebat.Aku tak boleh nak kata bagaimana.Dia memang hebat tapi dia juga seorang yang rendah diri.Itulah bos aku.Seorang bos yang dedikasi tapi dia tak pernah tegur aku.Erkkk..Tapi kenapa dengan orang lain boleh..Ermmm..bagaimana tu?

"Eh kau dah siap laporan yang bos kacak lagi menarik bagi tu?"Soal Fia ala gedik-gedik.
Menyampah pula aku lihat tapi aku buat tak tahu je nak buat macam mana setiap perangai orang lain-lain.
Aku bekerja di syarikat Af holding sebagai pereka laman.Itulah minat aku,aku memang suka tentang ubah-ubah suai ni sesuai dengan citarasa aku.
"Ermm...Dah".Jawab aku ringkas.
"Aku peliklah harini"Kata aku lagi sambil membuat muka yang agak pelik.
Fia pula melihat muka aku begitu,dia kehairanan.
"Apa yang pelik?"Tanya Fia yang seakan berdebar.Aku rasa nak gelak sebab muka dia macam orang nak kena buang kerja.
Aku buat tak endah dengan pertanyaan itu malah aku ligat mencari sesuatu di meja kerja aku.
"Cakap lah".Ujarnya seakan cemas.
"Kau nih kan,ape la benda kecik macam tu pun aku tengok muka kau macam orang nak terberak".Jawabku sambil tergelak.Cubitan maut singgah di tangan aku.Aku hanya mengaduh dan mengosok di tempat yang terkena tadi.Sebenarnya tak sakit,aku saja nak tunjuk manja.Konon-konon la.
"Cakap la".Ujar Fia manja.
"Tak lah aku cuma hairan orang yang datang lambat,hari ini datang awal.Buang tebiat eh".Ujar aku yang seakan memerlinya.
Dia hanya mencebik tanda tidak puas hati dengan jawapan aku.
"Sebab hari ini ada mesyuarat dengan bos sebab tu aku datang awal".Kata Fia yang sudah tersenyum lebar apabila menyebut bos.

Aku memang tak faham kenapalah orang dekat pejabat aku ni kalau sebut bos mesti miang semacam.Termasuk aku ke?Opss aku tak ok.Lupa aku nak kenal kan tentang diri aku.Nama aku Fatin Nadia bt Abdul,.Hah sekali nama bapak kan aku kasi.Orang panggil aku Ad.

"Assalamualaikum Fia".Bos aku memberi salam sebaik sahaja melintasi meja aku.Sememangnya jalan di meja aku terpaksa dia tempuhi untuk masuk ke biliknya.
"Waalaikumussalam encik ahmad".Jawab Fia yang sudah tersenyum lebar.
"Awal awak datang hari ini".Ujar bos yang melihat jam ditanggannya.
Fia hanya tersengih.Erm tapi yang ini aku terasa hati kenapa bos tak pernah tegur aku.Ermm terasa hati.
Tak apa Fatin Nadia sabarlah di kau.Bos tu ada masalah hati kut.Kut?
Aku hanya buat tak endah dan meneruskan apa yang nak di bawa untuk mensyuarat nanti.Kalau salah,nanti aku kena semburan lada pula.Payahlah begini tapi inilah cabaran dunia kerjaya.
Cabaran itu adalah kesukaan aku sejak dulu lagi.Bos aku sudah berlalu pergi.
"Kau nih tersenyum pada tadi,gila ke."Tegurku kepada Fia yang seakan orang sudah tak betul.
Kalau nak tahu dia ni obses dengan bos sejak dulu lagi.Aku tak tahu kenapa,hati orang mana kita nak tahu kan.Kata orang dia cukup pakej,sekali pandang mesti jatuh cinta.Tapi aku cuma kagum pada dia.
Ya akui dia punya segalanya.



Mesyuarat yang memakan masa selama satu jam itu membuatkan aku seronok sangat.Ini kerana bos aku bagi tender untuk aku uruskan rumah banglo.Ermm syoknya.Nasib baik dia tak banyak soal seperti selalu kadang-kadang pening juga aku hendak jawab setiap soalannya.Aku tahu dia cuma tak nak ada sebarang masalah kalau lakukan sesuatu.Itu aku tahu sejak dulu lagi.Esok adalah makan malam untuk staf-staf di syarikat Af holding ini.Aku tengah fikir adakah aku patut pergi.Masalah betul.Pada setiap tahun,syarikat ini akan ada makan malam bersama di hotel,ini yang seronok bekerja disini.
Sedang aku ligat memikir,Fia datang menegurku.Terperanjat aku dibuatnya.
"Ad,kau pergi ye hari sabtu nih.Tak pe aku jemput kau,kau jangan risau.Yang penting kau kena pergi."Ujar Fia yang seakan memujuk aku.
"Tengoklah dulu,aku tak fikir lagi".Jawab aku bersahaja yang kembali melakukan kerja.
Fia pula aku nampak sudah menunjukkan muncung.
"Selama kau kerja kat sini 4 tahun,sekali je kau pergi.Tu pun dua tahun lepas".Luah Fia tidak puas hati dengan kata-kata aku sebentar tadi.Aku hanya buat tidak endah sahaja dengan percakapannya.
"Fia".Panggilnya lembut,kesian aku tengok tapi aku tak ada hati nak pergi.Maaf kawan.

Selama 4 tahun aku bekerja disini,Fia lah satu-satunya kawan baik di syarikat ini.Aku amat senang dengannya.
"Ad,bos panggil kamu".Ujar Hayati atau kita orang lebih senang panggilnya kak yat.Ala-ala pelakon gitu.
"Ada apa kak yat?"Soalku.
"Mana akak tahu,mungkin urusan kerja.Apalah kamu nih,benda macam nih pun hairan bila bos panggil".Kak yati sudah mengeluarkan bebelannya kepada aku.Aku hanya tersenyum sumbing mendengar bebelannya.
"Ye la akak,Ad pergi dulu."Kata aku sambil memberinya fly kiss.Kak Yati geram melihat perangai nakal aku.
Sebelum aku ke bilik bos aku memperbetulkan baju kurung dan rambutku yang dibiarkan lepas.

Sebelum masuk aku mengetuk pintu pejabat,setelah mendengar dia menyuruh masuk barulah aku masuk.
"Ada apa bos panggil saya".Ucapku yang cuba dibuat ramah.
Bos merenungku tajam,pelik pula aku melihatnya.Ada yang tak kena ke dekat aku ni.
"Saya rasa dalam bilik ni ada kerusi,atau tak cukup nak awak duduk.Kalau tak saya boleh tempah".Sindirnya.
Aku yang mendengar sindirannya terus duduk dan bos memulakan perbicaraan terhadap aku.
"Awak tahu kan hari sabtu ni,ada dinner syarikat".
"Yup saya tahu".Balasku mudah.
"So".
"So?Apa?"Soal ku kembali.Bila aku lihat bos aku ni hensem pula aku tengok.Ops,tumpukan perhatian Fatin Nadia.
"Dalam 4 tahun awak kat sini.Saya perhatikan awak hanya sekali baru pergi dinner."
Lerrr,rupanya itu sahaja dia nak cakap tapi kan,baru aku perasaan rupanya dia tahu aku wujud.Aku ingat dia tak sedar kewujudan aku.
"Yela tapi kenapa?"Soal aku lagi.Kenapa isu ini yang dia nak bangkitkan wahai bos kesayangan yang lagi aku kagum.
"Tahun nih saya nak awak datang.No excuse".Jawabnya ringkas.
Sudah,aku tak pergilah.
"Tapi".
"Tak ada tapi-tapi Fatin Nadia.Mulai sekarang dan tahun ini adalah wajib untuk awak seorang".Ujarnya dalam nada tegas.Seram aku rasa apabila dia berkata begitu,dalam hati aku ni hanya tuhan saja yang tahu.


Pada malam jumaat,aku keluar untuk ke butik untuk membeli baju ditemani Fia.Aku betul-betul tak tahu baju apa yang aku nak pakai.Akhirnya aku memilih sepasang gaun biru,cukup cantik dengan aku.Aku tak tahu betul ke tak,itu kata Fia.Aku hanya turutkan sahaja.

Entah kenapa malam ini Fia melarang aku untuk memandu,katanya ada orang yang akan menjemput kami.Bila aku tanya jawapannya tengoklah nanti.Kereta BMW merah berhenti didepanku.Macam kenal sahaja kereta itu.
"Jom Ad,dah sampai tu".UJar Fia yang sudah menarik tanggan aku.
Sebaik aku masuk sahaja di tempat pemandu,aku terkejut besar sebab pemandu itu adalah bos aku iaitu
AHMAD SHAH ZAHIR atau dikenali AHMAD.Ini Fia punya pasal sebab menyuruh aku duduk di tempat pemandu.Mula-mula aku akur,kini aku tak akur.
Bos aku hanya memberi senyuman yang menawan buat aku.Jantung aku rasa nak berhenti saja bila melihat senyuman itu.Hati aku terasa berdebar-debar yang amat sangat.

Rimasnya pakai gaun biru labuh ni dengan kasut tinggi 4 inci.Semuanya kerana Fia memaksa aku untuk pakai,katanya aku nampak canti sangat malam ni.
Aku nyaris-nyaris nak jatuh gara-gara terpijak gaun labuh yang aku pakai,bos aku sempat  memeluk pinggang aku.Muka dah rasa lain macam,tak tahu nak kata apa.
"Thanks bos".Ucap aku dalam nada yang amat malu.Aku cuba mengawal situasi ini.Fia hanya tersengih-sengih memandang aku.
"Its okay".Jawabnya yang tersenyum seakan mahu menggoda aku.Kalau nak tahu selama 4 tahun aku bekerja disyarikat ini,encik Ahmad tak pernah senyum dekat aku.Bercakap pun masa perlu saja,kadang-kadang aku tertanya kenapa.


Tak sangka meriah betul malam ni,macam-macam aktiviti ada.Ada staf yang menari,menyanyi dan sebagainya.Semua staff disini sporting kecuali aku,sebab itu hanya sekali aku datang makan malam syarikat.
"Awak tak nak menyanyi dan menari macam mereka".Ujar bos.
"Tak nak lah bos,malu saya".Jawab aku.Dalam hati berdoa agar bos tak memaksa  buat yang aku tak ingini.Bos hanya senyum mendengar jawapan aku.Hati aku dah berdebar-debar gila.
"Jom".Pelawa bos.
"Hah".Aku terpinga dengan ajakan bos.Siap dengan tangan lagi.Adusss..apa masalah ni.
Dia menunjukkan ke arah pentas.Aku panik dengan tunjukkan dia.Tanpa jawapan,dia menarik tangan aku pantas dan kuat.Sukar untuk aku lepaskan.
"Assalamualaikum,berdirinya saya disini.saya dan Ad ingin menyampaikan sebuah lagu.Agak-agak anda semua nak ke saya nyanyi?mana tahu ada yang tak sudi nak mendengarnya".Ujarnya panjang lebar.
Aku tersipu-sipu malu dihadapan pentas,yang lain semua menepuk tangan.
"Habis,saya nak buat apa kat sini bos".Kataku separuh berbisik.
"Awak berdiri kat sini je ok".
"Tapi bos".
"Tak ada tapi-tapi".Jawabnya dalam nada tegas.
"Malu lah saya"Ujarku dalam nada hendak menanggis.Dia pula buat tak endah.
Aku terus melarikan diri,yang lain semua terkejut dengan tindakan aku.Kalau aku kata aku tak nak,tak naklah.Jangan cuba memaksa,dia ingat dia bos,dia boleh buat apa sahaja yang aku tak suka.Aku menitis air mata,aku tak tahu kenapa aku rasa sedih dengan tindakan dia.



"Adddddddddddddddd,tunggu".Panggil seseorang.Aku buat tidak endah,meneruskan perjalanan di jalan raya.
Aku terasa tanggan aku dipegang kuat,aku mengerang sakit.
"Ad maafkan saya,kalau tindakan saya tadi salah.Please forgive me".Katanya separuh merayu.
Aku hilang kagum terhadapnya,hati aku terasa sakit amat sangat.
"Lepaskan saya ".Aku menjerit kuat,tidak hiraukan Fia yang ada.Jika Fia tak memaksa aku,mesti perkara ini tak terjadi.
"Fatin Nadia,bukan berat pun salah saya".
"Bagi bos,tapi saya".Ujar aku dalam sendu-sedan.
"Saya cuma nak kenal awak lebih dekat Ad".Pujuknya lembut.
Aku sedikit tersentuh mendengar pujukannya.
"Boleh saya kawan dengan awak".Tanya bos.
"Jom saya hantar awak balik."


Sejak dari peristiwa itu,aku digosipkan dengan bos.Kata mereka aku bagai pinang dibelah dua.
Kata Fia pula aku bagai cincin yang berkilauan.Erk,macam-macamlah Fia ni.
Sejak dari itu juga,bos menegur aku pada setiap hari.Aku umpama jatuh cinta kepadanya.
Dia memag hebat.Ibarat lagu Ahmad nyayian Arrora salwa.



Pertama kali si aku malu-malu,
Saat ku dekat ku ragu2
Mungkinkah dia suka padaku
Ah Ah Ahmad…

Ternyata tanpa ku duga-duga,
Aku terima salam darinya
Bergetar saatku membalasnya,
Ah Ah Ahmad…

Dialah idola,
Dialah superstar,
Mampu menggetarkan ranah jiwa

Dia yg ku nanti,
Selalu terpuji,
Ingin ku dekat, selalu ku dekat..

Ahmad…
Kau selalu dihatiku
Ahmad…
Luluhkan keangkuhanku,
Ahmad…
Ingin aku cepat-cepat,
Bercinta dengan lelaki paling hebat..

Ahmad…
Peribadinya sederhana,
Ahmad…
Tiada banyak bicara,
Ahmad…
Ku tak mahu lama-lama,
Mendekat kepadaku dengan segera..

Ah Ah Ahmad….
Ah Ah Ahmad….
Ah Ah Ahmad….
Ah Ah Ahmad


Khusyuk betul aku mendengar lagu ini di corong radio.Andai dia tahu.
Lagu ini juga menjadi kegemaran aku.




"Nadia,kau ni bila lagi nak kahwin.Tu tengok kawan kau umur da 27 tahun,anak da 3 orang.Kau ni takkan ada sesapa.Nak jadi anak dara tua ke?Susah sangat,mak carikan je kau jodoh.Baru senang hati aku."Bebel Mak aku pada satu hari.
"Mak,jodohkan di tangan tuhan.Kalau ada.Adalah".Jawabku yang sudah terasa panas punggung duduk disini.
"Tu la jawapan kaum,payah nak dengar cakap aku nih ha".Marah mak aku.Kenapalah mesti kahwin jadi isu.Aku tak suka.Kenapa tak isu politik ke,isu semasa ke.Boleh juga aku jawab,ini benda alah ni juga nak soal jawab dengan aku.Tak suka.


Peribadinya sederhana
Ahmad
Tiada banyak bicara


Aku teringat bait-bait lirik lagu ini.Memang sesuai dengan dia,alangkah indahnya kalau dia jadi milik aku.Berangan pula aku ni.



"Ad,masuk bilik saya jap lagi.Ada hal penting saya nak bagi tahu".Arahnya kepada aku.Aku hanya mengangguk.

 "Saya ada tawaran baik untuk awak".Ujar bos aku ketika aku masuk ke bilik pejabatnya.
"Tawaran apa tu?"Tanyaku yang ingin tahu.Agak-agak mesti tawaran baik punya.yaih.
Manalah tahu dapat naik pangkat ke,gaji naik ke.Bertuah betul hidup aku.
Bos tersenyum panjang lebar.Hah,dah sah mesti tawaran baik.Aku pun apa lagi senyum je.
"Saya amat pasti mesti awak suka dan terima."Ujarnya penuh yakin.
Aku tersenyum lagi mendengar kata-kata bos.
"Awak nak tak kahwin dengan saya".Katanya penuh bersahaja.
"Hah".Aku apa lagi,terkejut.Rasa nak pengsan apabila mendengar kata-kata dia tadi.
"Ad,macam mana awak setuju?"Ujarnya tanpa ada rasa bersalah.Aku hanya terpinga-pinga,mulut aku terkunci bagai ada yang menghalang untuk aku bicara.
"Bos gila ke?"Terkeluar perkataan itu dari mulut aku.Jantung aku penuh debar menanti jawapannya seterusnya.
"Saya tak gila.Saya berkata dalam saya sedar dan normal."Ujarnya bersahaja.
Hampeh punya bos,boleh dia selamba badak.Aku dah mengigil satu badan,boleh dia menanti jawapan aku.
"Macam mana tawaran saya.Senang saje Ad,tawaran saya cuma kahwin dengan saya."
Bicaranya yang selamba membuatkan aku naik angin satu badan.
"Bos ingat tawaran bos tu bagus sangat ke".Ujar aku dalam nada keras.
Dia hanya selamba.Selamba?Sikap selambanya membuatkan aku terasa seakan membenci dia.



"Saya tahu ,awak nak kan.Awak cuma jual mahal.Betul tak?"Duganya.Muka aku dah habis merah tahan sabar.
"Bos ingat saya ni perempuan murahan.Nak cakap macam tu,bos ingat bos kaya boleh buat apa saja.No way.Saya tak tergugatlah dengan tawaran tu.Boleh blah,bos carilah perempuan tepi jalan tu pergi buat bini."Balasku yang agak kasar dalam suara yang cukup tinggi.
Nak jadi apa,jadilah.Aku tak boleh bersabar ni tapi dia tenang bila aku bagi jawapan begitu.Sah dia gila.
Aku sudah berdiri untuk tinggalkan bilik pejabatnya,
"Tunggu dulu Ad.Bukan maksud saya macam tu,saya betul-betul ikhlas dengan awak".
"Ikhlas?".Kataku dalam nada sinis.
"Betul Ad,Saya akan masuk meminang awak minggu depan.Saya harap jawapan awak positif".
"Saya tak akan terima pinangan bos".Jawab aku dalam nada tegas.




"Nadia,mak dah terima pinangan untuk kamu tu".Ujar mak aku sewaktu aku singgah untuk menziarahi mak sebentar.
Kepala aku dah pusing mendengar kata-kata mak aku.
"Mak,nadia tak nak"
"Kau jangan gatal-gatal taknak.Aku dah terima".Balas mak dalam nada tinggi.
"Makkkkkk".Rayuku seolah-olah membuatkan mak aku paham tapi hanya sia-sia.
"Kau ingat,mak nak tolak.Tengok adik kau tu,anak dah 2.Kau bila lagi?Nak tunggu aku mati baru kau nak kahwin".Tengkingnya.Terkedu aku mendengar percakapan mak.
"Kalau kau sayang mak terimalah,budak tu baik.Bos kau juga kan".Ujarnya dalam separuh lembut tetapi masih tak cairkan hati aku.Jiwaku memberotak.
"Nadiaaa".Pujuk mak.
"Yela-yela".Akhirnya aku mengalah.Mak hanya tersenyum.



Dia hanya berpakaian santai hari ini,cukup ringkas.Berseluar jeans dan baju t-shirt berkolar.Lagi tampan dengan memakai cermin mata hitam,tersenyum ke arah aku.Aku tidak membalas,hatiku benar-benar sakit.


"Datang juga awak,Ad".Ujarnya tersenyum manis.
"Terpaksa,mak suruh".
"Baguslah dengar kata mak.Selalu kan kalau perempuan yang mendengar kata mak nanti kahwin dengar kata suami.Bertuahkan saya".Bicaranya lembut seolah memujuk hati ini.Kalau bukan cara itu yang dia pakai sudah tentu hati aku tak begini.Ahhh...serabut.
"Tak mungkin".
"Saya pasti".
"Ikut suka hati awaklah".Ujarku.


Hari ini,dia layan aku tanpa jemu walaupun aku buat perangai yang dia tak suka.Penyabarnya tapi hati aku cepat-cepat berkata,sekejap saja.Nanti kalau sudah bosan mesti tinggalkan aku.
"Ad,awak nak ni?"Dia menunjukkan ke arah itu.
Aku hanya menggeleng,setiap kali aku berjalan pada tadi.Dia asyik bertanya,aku nak itu tak,nak ini tak.Aku hanya buat tak endah dengan jawapannya.
"Habis awak nak apa?"Ujarnya.
Aku tidak endahkan soalannya dan menonong jalan ke depan meninggalkannya seorangan.
"Ad tunggu".Panggilnya.Aku berhenti menunggunya.Bosan,itulah perkataan yang aku boleh kata.


Setiap hari,tak kira pagi,petang atau malam pasti aku dikunjungi beratus-ratus bunga darinya,wow memang kaya encik Ahmad.Sedikit tak mencairkan hati aku ini,ayat yang romantis membuatkan aku rasa loya membacanya tapi ada satu ayat yang bisa mencairkan hati aku.Ya,semenjak dari itu aku cuba menerima kehadirannya.


        Hati ini tak berniat berkata begitu
        Percayalah saya bercinta kerana Allah
        Saya terima awak kerana Allah
        Sebab setiap hari 
        Saya berdoa agar awak adalah jodoh saya
         Percayalah sayang saya ikhlas



Bait kata-kata itu yang aku tak dapat lupakan kerana dia terima aku kerana Allah.Bertuahkan aku.
Aku teringat lagi,saat dia menghulurkan perkenalan pada malam itu.Aku nanar.Aku gementar terima kehadirannya yang ku sangka dia anggap aku tidak wujud.Mungkin,mungkin aku jatuh cinta.
Hatiku di landa ribut yang hebat.Tolonglah aku.


Satu hari semasa aku membuka yahoo mail.Aku menerima kata-kata yang cukup membuatkan aku jatuh cinta kepada encik Ahmad.


Terutama kali saya mintak maaf kerana saya melamar awak dengan cara salah.Bukan niat saya untuk berkata begitu.Saya tidak reti untuk berbahasa tetapi saya lebih senang berterus terang.Maaf andai kata saya memaksa awak untuk menerima ini.Saya terima awak seadanya.Sebenarnya,sudah lama saya menanti awak dan melihat awak dari jauh.Percayalah sayang,sewaktu itu saya takut untuk menegur dan meluahkan kerana saya takut kecewa.Selama 4 tahun,barulah saya berani meluahkannya.Hari itu,saya nak bagi tahu kat awak.Tapi awak seolah mengelak dan saya hanya mampu meluahkan dari sini sahaja.


Itulah mesej yang aku terima darinya.Aku berasa bersalah terhadapnya kerana aku sering bersangka buruk kepadanya semenjak aku bertunang.



"Saya terima awak seadanya encik Ahmad".Ujarku ketika berjumpanya di taman.
Dia hanya diam,aku rasa gusar.
"Kenapa,encik senyap?"
Dia hanya tersenyum."Sebab penantian saya tak sia-sia".
"Yup,untungkan bersabar".Kataku.
"Mestilah,Ad.mulai hari ini jangan panggil saya encik."
"Kenapa?"
"Yela,awak bakal isteri saya.Panggillah abang ke,honey ke,baby ke,sayang ke,b ke.Baru romantik".Ujarnya dengan senyuman nakal dibibir.Aku termalu sendiri dengan ungkapannya.
"Gatal lah awak ni".Ujarku dalam malu kalau dilayan sangat boleh gila aku.
"Tunang awak juga kan".Balasnya.



Itulah hidup aku umpama lagu yang aku gilai.Ahmad Shah Zahir atau dikenali sebagai Ahmad.Walau harta menimbun kehidupannya tetap sederhana.Riaknya tenang selalu walau kehadiran masalah ada.Sebab itulah aku kagum dengannya.Untungnya aku.Salamnya tak pernah aku abai.
Kau sentiasa dihati.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan