kringgg...kringggggggggg.....
jam lonceng sudah kedengaran menjerit-jerit memanggil si jelita bangun dari tidurnya.Tidurnya masih diteruskan walaupun jam loncengnya menjerit tanpa henti.
"ISh bising betul aku nak tidur pun tak senang".Bebelnya sendirian.
Tangannya ligat mencari jam di atas meja bersebelahan katilnya.Matanya masih belum tercelik.Bila jam lonceng itu dicapainya setelah berzaman mencari akhirnya matanya terbuka dalam keterpaksaan.Apabila melihat jam menunjukkan jam 8 malam.Matanya yang sedikit kuyu,terbuka seluas-luasnya.
"Alamak aku dah lambat nak pergi kelas".Jeritnya kuat.
Cepat-cepat dia bergegas ke bilik air dengan pantas mengambil tuala merah di penyangkut.Hanya mandi ala kadar dan bersiap ala kadar.Pagi ini dia hanya memakai baju kurung biru bersesuaian dengan tudungnya senada dengan baju kurungnya.
Setelah berpuas hati,dia terus keluar dari biliknya tanpa menoleh lagi.Jalannya dipercepatkan agar tidak lambat.
"Fuh nasib baik sempat sampai kelas,lagi 5 minit lagi kelas nak bermula.nasib,nasib".Ujarnya bersendirian sambil mengurut dada menandakan dia lega kerana tidak terlambat.
Kalau tidak mesti kena halau.
Aaaaa..tak mahu,tak mahu.Malu kena halau lepas tu pelajaran tertinggal.Sibuk tanya rakan tentang nota dan sebagainya.
Jalannya dipercepatkan agar tidak lambat.
"Hai".Sapa si jejaka.
Si jelita buat tidak endah malah meneruskan perjalannya ke kelas.
"Jangan sombong sangat".Ujar si jejaka dalam nada tinggi.
Mamat ni kenapa,tak reti bahasa agaknya.Katanya didalam hati.
"Kenapa awak nih kerek sangat dengan saya,salah ke kalau saya nak berkenalan dengan awak,saya rasa tak salah."Kata si jejaka panjang lebar.
Akhirnya sampai juga didepan kelas.Sebelum melangkah sempat lagi dia memberi jelingan maut kepada si jejaka.
"Sombong,tak apa kau tak kenal aku lagi.Tengoklah nanti."Ujar si jejaka dengan angkuh
"Oit Firka,tadi ada senior jurusan senibina kirim salam kat kau.Hensem dooo".Kata sahabatnya itu.
Firka hanya menjawab dalam hati,malas mahu bertanya lebih-lebih.
"Aku nak tanya sikit boleh?"Soal si sahabat.
"Cakaplah".Balasnya pendek.Matanya melekat di skrin laptop,berbalas mesej di facebook dengan adiknya.
"Kenapa kau macam tak ada perasaan dengan lelaki sedangkan kau cukup pakej.Ke kau?"teragak-agak kawannya mahu meneruskan kata.
"Lesbian?"Bidasnya terus."Asal ha,asal kalau tak couple je cakap lesbian,tak ade nak ingat lain ke?Study ke apa ke.Nih sikit-sikit menatang tu kau nak cakap."Luahnya dalam kegeraman.
Soal tidak bercinta pun di persoalkan..Bosan lah weii..
"Hai boleh saya duduk sini?"Sapa si lelaki ini dengan ramah dan senyuman dengan mengoda.
Firka hanya melihat dengan sepintas lalu sahaja.
"Nih tempat awam,duduk jew la".Ujarnya ringkas.
"Boleh berkenalan".Kata si lelaki ramah.
"Nak datang library untuk belajar bukan untuk mengurat orang"Bidasnya pedas.
Lelaki itu hanya tersengih lalu berkata.
"Saya rasa saudara salah paham.saya bukan nak mengurat saudara tapi sekadar berkenalan".Cakap lelaki itu dengan tenang.
"Huh".
Firka bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan lelaki itu keseorangan.
"Hei Firka.petang nih jom keluar".
"Erm ok gak,dah lama aku tak rileks nih".Kata Firka.
"Tapi nak pergi mana?"Soalnya kembali.
"SHopping kompleks,main bowling.Boleh?"Ujar Tasya meminta persetujuan.
"Ok".Balasnya pendek.
"Kenapa kau tak bagi tau ramai kawan lelaki kau datang".
"Kau tak tanya."Kata Tasya yang melambai-lambai tangan ke arah kawan-kawannya.
"Rengkali bagi tahu lah,aku malu la".
"Ala,rileks larh.Boleh aku kenen-kenenkan".Ujar Tasha yang mengenyitkan matanya ke arah Firka.
Firka hanya mencebik dan hanya mengikut langkah Tasha.
"Alamak mamat tak reti bahasa tu".Kata Firka perlahan tetapi masih didengari oleh si jejaka itu yang hampir dekat dengannya.
"Apa awak kata?'Soal si jejaka yang hanya berpakaian santai.
Firka hanya buat tak endah sahaja.
"Sombong sangat"Balas si jejaka.
Kesunyian menyinggah di tempat itu,rakan-rakan yang lain bersorak gembira atas kemenangan perlawanan mereka.
Firka hanya memerhati,sebenarnya di tidak pandai bermain benda alah itu.Si jejaka pula hanya menjadi peneman setia walaupun kebisuan terjadi anta mereka.Tiada bicara yang diungkapkan.
"Larh aku tengok kenapa senyap je pada tadi."Ujar Tasha memecah kesunyian.
"Eh my bf kata kita berpecah nak.Dua orang,dua orang.Aku dengan bf aku.Dia orang dengan bf masing-masing.Cuma korang je la bermasalah,pe kata kau dua orang nak?Boleh kenal -kenal".Terangnya panjang lebar.
"Hah,tak nak lah nak ikut kau boleh?"
"Tapi pakwe aku kata ,baik aku dengan dia dua orang je.Sorry aku tak nak dia kecil hati".Ucap Tasha.
"Erm lebih baik aku balik je".
"Janganlah balik,penat je datang sini.Tak pe saya teman awak k.Pleaseeee".Ujar si jejaka setelah menjadi pendengar setia.Entah kenapa tiba-tiba hatinya begitu cair mendengar ajakan jejaka itu.
"Ok"Balas Firka.Hati jejaka bersorak riang dengan kemenangan yang terjadi tetapi dikawal riak wajahnya.
"Jom"Pelawa si jejaka.
Sampai di kafe dalam kompleks itu,si jejaka menarik kerusi untuk si jelita.Sungguh romantik suasana itu.
Firka hanya tersenyum manis,hatinya terasa ditarik sesuatu yang hebat yang tak pernah tejadi.Ops tarikan kimia antara mereka sudah berlaku.
"Erm awak nak makan apa saya oder kan?"
"Apa-apa je la".
"Sure Firka" Tanya si jejaka itu meminta kepastian.Firka mengangguk sambil tersenyum."Setelah si jejaka ingin memesan,Firka mengambil peluang memperbetulkan tudungnya agar molek.
"Sapa nama dia ek".Firka senyum sendirian.
Mereka berbual-bual sambil bergelak ketawa.Terpegun si jejaka melihat senyuman manis si jelita.
"Oh ya terlupa saya nak tanya.Punya lama kita berborak tapi nama awak saya tak tahu lagi.Nama awak apa ea?"
Si jejaka hanya tergelak."Nama panjang or pendek?"
"Dua-dua"
"Kalau nama pendek awak panggil saya abang,nampak manja sikit".Ujar lelaki mengusik tetapi dalam hati berdoa agar si jelita memanggilnya sebegitu.
"Seriuslah".
"Serius lah ,saya kan senior awak.Lagi pun umur saya 2 tahun lebih tua dari awak tau".Ucap si jejaka bersungguh-sungguh.
Firka memasamkan muka ,tidak puas hati dengan percakapan si jejaka.Si jejaka hanya tersenyum lebar.
"Ok-ok."
Akhirnya Firka tersenyum,si jejaka hanya menggeleng kepala melihat karenah si jelita ini.Comel sungguh perwatakannya.Fikir si jejaka.
"Nama penuh saya Ahmad Aidil Fitri,awak boleh panggil saya Fit".Kata si jejaka.
"Lahir masa bulan syawal eh?"
"Yup".
Sejak dari hari itu,si jejaka dengan si jelita asyik berbalas mesej.Mungkinkah kimia terjadi antara mereka.
Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita
Firka menyanyi kecil lagu kimia nyanyian Melda Ahmad.Entah kenapa hatinya rasa dekat dengan lagu itu.Tapi kan yang lirik punya pasangan tu tak ada kena mengena dengan dia.
Makin lama makin serasi antara Firka dan Fitri.
Kadang-kadang dalam kalangan kawan mereka macam tak percaya mereka seperti belangkas.Firka yang dulunya hati keras,sekarang sudah cair dek penangan Fitri.
Macam mimpi pula rasanya.
"Erm malam nih aku nak pakai baju apa ea."Ujar Firka seorang.
Puas di belek baju dalam almarinya tapi satu pun tidak memuaskan hatinya.Firka mengeluh.
"Kenapa nih dengan aku".
Akhirnya ,Firka membuat keputusan untuk memakai baju kurung saja.Manis apa.Fikirnya.
Dikeluarkan baju kurung moden bercorak abstrak berwarna ungu dan mengenakan selendang hitam.
"Erm akhirnya dapat gak buat keputusan.Lecehlah,padahal nak dinner dengan dia pun.Apa la aku ni".Bebel Firka.
Ponnnn..Ponnnn.....Hon kereta kedengaran diluar rumah sewa Firka.Bergegas Firka keluar,takut nanti Fitri tertunggu-tunggu.Hatinya kini mudah sahaja hendak menjaga hati orang lain kalau dulu jangan haraplah.
"Maaf lambat".UCap Firka serba salah.
"Tak pe lambat 5 minit je,Fit sanggup tunggu tau walaupun 1000 tahun akan datang".Fitri cuba berjenaka.
Firka hanya tersenyum mendengar percakapan Fitri.Hatinya senang kalau dengan Fitri.
"Firka,sebenarnya Fitri nak cakap sesuatu benda.Fit bukan sorang yang pandai bermadah mahupun romantik untuk berkata.Fit tak pandai dengan semua tu yang fit pandai hanya berterus terang kalau benda tu Fit rasa penting dalam hidup Fit".Luah Fitri setelah selesai menjamu selera.
Firka pula berdebar mendengarnya.
"Asal jantung aku nih,makin kencang pulak".Desisnya dalam hati.
Dipegang dadanya sebelah kanan.Mak tolongggg...
"Apa benda tu Fit?"Tanya Firka tersekat-sekat.Fitri hanya tersenyum manis terselah lesung pipitnya yang mendalam.
"Sebenarnya Fit dah lama jatuh hati dengan Firka.Sejak Firka sem 1 lagi,yela masa tu Firka kan sombong.Macam mana Fit nak luahkan perasaan Fit".Ucap Fitri mendatar tanpa ada keraguan.
Tersentak Firka mendengar,sungguh dia tidak menduga situasi ini akan berlaku.Kimia?
ish apa aku merepek ni.Marahnya kepada diri sendiri.
"Kenapa Firka?".Soal Fitri setelah melihat Firka melanda keresahan.Sekali lagi Firka tergamam.Kepalanya tergeleng.
"Awak tak percayakan saya?Tak apa saya faham,awak mungkin terkejut dengan situasi sekarang".Ujar Fitri tenang sambil merenung tajam ke arah Firka.
Firka gelisah.
"Firka kejap ye,saya nak pergi kesana".Kata Fitri yang menunjukkan dia mahu pergi ke arah pentas itu.
"Awak nak buat apa?"
Fitri hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa jawapan yang diminta oleh Firka,tidak toleh lagi ke belakang.Firkah sekali lagi dilanda gelisah yang hebat,bagaikan ombak menghempas pantai.Bagaikan menghempap batu di kepalanya.
Hati janganlah kau begini.
Firka melihat Fitri sedang bercakap dengan kugiran di kafe ini.Seperti meminta izin.
"Sudah apa dia nak buat."Luahnya dalam keresahan.
Fitri menuju kearah pentas,tangannya terdapat mikrofon dan gitar.Terbuntang mata Firkah melihatnya.
"Assalamualaikum semua,tujuan saya naik ke atas pentas sebenarnya saya hendak menyampaikan hajat".Ucap Fitri agak skema.
Hendak tergelak pula Firkah melihatnya.Fokus Firka fokus...
"Saya ingin tujuan lagu ni kepada seseorang yang sangat saya sayang,kepada Firkah saya tujukan lagu ni khas buat awak.".
Pelanggan yang lain puas mencari siapakah gerangan insan itu.Firka hanya buat selamba badak saja.Seperti tiada apa yang berlaku.
Fitri memulakan dengan petikan gitar yang amat gemersik.Terpegun Firka mendengarnya,yang tadi hanya buat tak endah kini dia menumpukan sepenuh perhatian.
Oh kimia sudah menjelma dalam hati.Bagaimana mahu mengelaknya?Hati terpagut dengannya.Oh tidakkkkkkkkkk...
aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita
kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku
bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu
kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku
bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu.
Fitri menyampaikan lagu itu dengan penuh romantik dan dia benar-benar hayati.Firka pula mendengar sungguh khusyuk.
"Kepada Firka,lagu ini adalah luahan hati saya."
"Anda semua nak tahu tak sapa gadis itu?"Fitri memulakan main situasi yang ada.
Semua pengunjung yang ada disitu hanya berkata nak.Ada yang amat berharap agar dapat mengetahui siapakah dia.
"Dia dalah gadis yang memakai baju kurung biru dengan berselendang hitam".Ujar Fitri.
Kebetulan hanya Firka yang memakai baju kurung,semua memandang ke arahnya.Mukanya sudah merah padam,ingin saja dia lari tetapi dia bagaikan terpaku dan terus ada disitu.Bagaikan mimpi dalam hidupnya.Pengunjung disitu bersorak keriangan dan bertepuk tangan.
"Cayalah Firka".Jerit salah seorang pengunjung dari situ.Sebenarnya itu adalah rakan Fitri.
Firkah menunduk malu.
4 tahun kemudian.
"Sayang menungkan apa tu".Soal si suami.
"Tak adalah saja tengok so ikhwan,nanti main jauh pulak."Jawab si isteri.
"Yeke.ke rindukan abang ni".Ujar si suami dalam nada bergurau.
Cubitan dipinggang diterima oleh si suami.Si suami hanya mengaduh."Ouch".
"Dah lah sayang".
"Tak sangka kan bang"
"Apa yang tak sangka?"Soal si suami pelik.
"Yela tup-tup kita kahwin".Jawap si isteri.
"Tu lah jodoh namanya.yela orang yang sombong dulu,kini dah jadi isteri abang.Ermm bertuahnya abang sayang."Ujar suami yang memeluk pinggang si isteri dengan romantik.
Dikucup sayang dahi si isteri.
"Abang sayang sangat dengan sayang".Luah Fitri dengan penuh perasaan.
"Erm kadang kan abang ,ikah tertanya la kenapa abang jatuh cinta dengan ikah?"Soal Firkah yang hanya menduga suaminya.
Fitri menundukkan wajahnya agar dapat melihat isteri yang tersayang.Direnung wajah itu rakus,ditatap mata itu tajam.Dikucup bibir isteri dengan penuh rasa cinta dalam hati.Dipeluk isterinya dengan sayang yang melimpah,dikucup sekali lagi dahi isterinya.
"Cinta tak perlu sebab sayang".Ujar suaminya ikhlas.
"Kenapa?"Fitri lagi.
"Hermm...sebab abang tak tahu.Yang abang tahu abang sayang ikah walaupun ikah macam mana.Abang tak pernah cinta ikah sebab Ikah cantik.Yang abang tahu dalam hati ini ada hanya nama ikah sayang."Luah Fitrinya yang meletakkan tangan Firkah didadanya.Firkah terharu mendengarnya lalu mengucup pipi suaminya.
"Abang nanti nyanyi lagu tu lagi untuk Ikah ye,Ikah".Kata Firka.Fitri hanya mengangguk dan tersenyum.Akhirnya kimia itu ada dalam mata mereka.Sungguh asyik.
Cinta tu tak perlu sebab.Cinta adalah Cinta.Tapi betul ke?
Mungkin kalau cinta itu perlu sebab mesti ramai orang ditinggalkan kerana orang itu tak diingini.Tak adil bukan sebab cinta adalah lahir dalam hati yang ikhlas bukan mencari kesempurnaan.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan