"perhhh,boleh tahan minah ni.Hermmm kulit putih gebu,lenggok jalan tak boleh nak kata.Kalau aku dapatlah,tak cari awek lain ni".Ujar Haziq yang tersengih sumbing.
"Ala kau nih,semua awek kau nak kebas.Tak cari lain konon..tu si Tina tu nak kata tak ada paras rupa,bersepah orang tergilakan dia tapi kau mainkan dia."Perli Nur Amalina.
"Heh,jeles ke?"
"Tak ada masa aku nak jeles kat kau ziq,boleh blah la weiii."Nur Amalina meninggikan suara.
Haziq tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu yang dikenali sejak tingkatan 6 lagi.Sememangnya Haziq suka melihat Nur Amalina marah dengan dirinya.
"Dah ar,aku cau lu".Ujar Nur Amalina,pergi meninggalkan Haziq yang matanya masih tertacap pada perempuan itu.
"Ok semua,saya nak assignment letak dekat meja saya esok.Lambat hantar potong markah."Ucap Puan Alina tegas.
"Aduh,dahlah tak siap lagi".Bisik Haziq ke telinga Nur Amalina.Nur Amalina hanya buat tak endah.
Haziq menyiku lengan Nur Amalina hingga pen yang dipegang oleh Nur Amalina jatuh ke lantai.
"Oiii,apa nih.Kau buta ke aku nak tulis?"Marah Nur Amalina,dipukul bahu sahabatnya itu.Dia geram dengan perangai Haziq.
"Kau nak apa weiii?"Tanya Nur Amalina.
"Aku tak siap lagila yang Puan bagi uh?"
"Apa?"Tanya Nur Amalina agak lurus.
Haziq menepuk dahinya menandakan geram dengan pertanyaan agak lurus sahabatnya.
"Assignment la weiiii".Balas Haziq geram.
Nur Amalina hanya tersengih.
"Sorry bro".Ujar Nur Amalina.
"Boleh tolong aku tak?"
"Tolong apa?"Soal Nur Amalina keras.
"Nak pinjam assignment".Ujar Haziq separuh merayu,mukanya dibuat belas kasihan.
"Tulah engkau,ada masa tak buat.sibuk dengan makwe sana makwe sini.Kenapa kau tak suruh dia orang buat je?kan senang.Tak membazir sikit masa kau".Ceramah Nur Amalina panjang lebar.
"Ala boleh tak?"
"Tengok ar dulu".
"Hehehe,ni aku sayang kau."Ujar Haziq,dilepaskan flying kiss dekat Nur Amalina.Nur Amalina menyampah melihat sahabatnya yang menyakitkan hati.
"Hoii,kau buta ke?"Jerit Nur Amalina.
"Maaf saya tak sengaja"Jelas lelaki itu tenang.Dia tahu wanita didepan itu bila-bila masa boleh meletus amarahnya.
"Rengkali kalau bawak kereta,hati-hati.Nih kau tengok habis kotor baju aku.Hish menyusahkan aku betul".
Ucap Nur Amalina keras.Muka kemerah-merahan menahan marah.
"Erm,saya hantar awak balik rumah."
"Tak payah,dah ar aku cau lu.Assalamualaikum".Ucap Nur Amalina agak kasar.
Lelaki itu bungkam mendengar bicara Nur Amalina.Mukanya lembut tapi bahasanya ibarat tomboi.
"Weiii,asal lambat?"
"Sorry la brader,tadi ade masalah teknikal sikit".Ujar Miqael.
"Aku ingat tadi tak nak datang".Jawab Ikram yang menghembuskan asap rokok berkepul-kepul dihadapan Miqael.
"Oit,nak mati,pergi mati sorang-sorang la.Jangan suruh aku join kau pulak..hish."Bidas Miqael pedas.
Ikram hanya tersengih sumbing mendengar kata-kata kawannya.
"Ok-ok".Kata Ikram,rokoknya itu ditenyeh ke tempat habuk untuk mematikan api rokok.Kalau dia masih merokok alamatnya kena sembur dengan lebih pedas.
"Kau bila lagi nak habis belajar?"
"Tahun nih,tahun ni aku last semesta."
"Baguslah".Balas Ikram.
"Apa yang bagusnya?"Soal Miqael.
"Bagus sebab nanti boleh tolong bapak kau kat syarikat,kesian aku tengok dia busy tak menentu".
"Aku pun pikir macam uh".Ujar Miqael.
"Kenapa kau tak nak habiskan study kat ireland?Sayang oii,bukan senang nak study kat sana,ni tup-tup sambung kat sini.Kalau orang lain tak nak balik terus nak menetap kat sana."Soal Iqram bertubi-tubi bagai melepaskan bom atom.Miqael pula hanya menjadi pendengar setia dan tiada alasan untuk dia menyampuk sebentar tadi.
"Kau rasa kenapa?"
"Larh,aku tanya kau.kau tanya aku balik?"
"Sebab aku kesian tengok bapak aku,sejak mak aku meninggal perangai dia lain macam je.sebab tu aku balik sini nak temankan dia.Ada faham."Balas Miqael.Jarinya mengetuk-getuk meja sementara menunggu air yang dipesan.
"Lupa pulak aku,kau kan anak tunggul lelaki."Ujar Iqram selamba.Meletus ketawanya bila disebut anak tunggul.
"Kalau aku anak tunggul,kau tu anak apa.Anak manja?"Perli Miqael.
Akhirnya,mereka ketawa sama-sama.Gamat dibuatnya oleh mereka berdua.Walaupun sepupu,mereka seperi adik-beradik.Perbezaan umurnya hanya 3 tahun tetapi tidak menghalang mereka untuk berkawan rapat.
"Ish,habis kotor baju aku.Harap je kereta besar tapi mata letak dekat lutut.Terpaksa aku ponteng kelas,hish.Rugi masa aku kalau macam ni."Bebel Nur Amalina dihadapan cermin.
Rambutnya dikemaskan agar tidak kusut,bajunya diperbetulkan.Cukup ringkas seluar jeans dan t-shirt merah lengan panjang.Topinya diletakkan di atas kepala,rambutnya yang panjang separas pinggang diikat kemas agar tidak menyusahkannya.Selesai berhias,dia ingin kembali ke u untuk kelas seterusnya.
"Erm,kelas Encik Azman terpaksalah aku pinjam nota kat haziq".Bicara Nur Amalina.
"Hah ponteng kelas eh".Sergah Haziq.
"Eh kucing aku melantun"Melatah Nur Amalina,buku ditangannya dilempar ke atas muka Haziq.
Nur Amalina benar-benar terkejut dengan sergahan Haziq,dilurutkan dadanya agar lega dengan kejutan tadi.
Haziq pula ketawa berdekah-dekah melihat gelagat sahabatnya itu.
Ditumbuk bahu Haziq agar kuat.Hatinya benar-benar bengang dengan tindakan Haziq.
"Kalau aku ada penyakit.Dah lama aku jalan,so kau suka ar kan?"Tengking Nur Amalina.
Haziq terdiam."Aku gurau je la".Ujar Haziq.
"Kau gitu ar dengan aku kan,ngok ngok betul la kau nih".Ujar Nur Amalina.Suaranya agak kendur sedikit.
Dipercepatkan langkahnya untuk meninggal Haziq.
"Oii minah,tunggu aku ar".Jerit Haziq.
Nur Amalina hanya buat tidak endah dengan jeritan Haziq.
"Hah tengok,hebat tak aku dapat lintas kau...hahaha".
Nur Amalina cebik mendengar pertuturan sahabat baiknya itu.
"Amal,kau nih kenapa.Aku taulah aku buat salah.Maafkan lah aku.Pleaseee.."Rayu Haziq.
Nur Amalina tersenyum dengan rayuan Haziq.hah padan muka sekali-sekala patut diajar temannya yang seorang ini,rasakan.
"Kau nih macam perempuan la Amal".Bicara Haziq untuk menyakitkan hati Nur Amalina.
"Woi gila,aku memang perempuan ar.Kau ade nampak aku macam lelaki kerr?"Balas Nur Amalina kasar.
"Yes,aku menang.Akhirnya bersuara jugak kau,kan aku dah kata kalau aku cakap je mesti kau nak balas."
Ujar Haziq.
"Dah ar kau,aku nak masuk kelas nanti lambat pulak aku."
"Ala kau nih,leceh ar,petang nih main skateboard nak tak?.
"Tengok ar camne,hah da sampai.Jom masuk kalau lambat nanti kena ceramah free.Tak sanggup aku weii".Ujar Nur Amalina.
nota sikit:Assalamualaikum,saya nak ucapkan selamat berpuasa.
Novel ini adalah mini novel.nanti saya akan postkan sinopsis kalau da siap.Harap ada komen dari anda.Terima kasih sudi membaca
menarik tapi tak pasti dengan jalan ceritanya lagi..mungkin sebab ni baru permulaan..agak2nya siapa hero? haziq ke miqael?
BalasPadamtunggu n baca nanti ok..thx sbb bg komen...
BalasPadam