"Arhhhhhhhhhhhhhh,sakitnya hati aku arini.Tak pasal-pasal aku kena marah dengan lecturer,ni semua lisa gedik punya pasal la....kalau dia tak tiru idea aku mesti tak jadi cam nih".
Awadah menghempaskan kertas kerjanya didinding.Dia benar-benar bengang dengan Lisa yang suka-suka hati mencuri ideanya.
"Siap kau nanti aku kenakan kau Lisa".Huh..Bicara Awadah dalam hatinya.
Lama dia tenung kertas kerjanya itu.Kalau ikutkan hati mahu saja dia pergi belasah betina yang suka cari pasal dengannya.Sedangkan Awadah tidak suka menyakiti orang lain.
Telefon bimbitnya bergetar didalam poket baju kurungnya.Cepat-cepat dia menyeluk.
Tertera nama bapanya.
"Ayah".Ucapnya perlahan.Hatinya diragut bimbang tiba-tiba.
"Helo ayah .kenapa telefon?Mak ok tak?"Tanya Awadah bertalu-talu tanpa memberi salam.
Hatinya sekali lagi berdebar-debar mendengar jawapan bapanya.
Ya Allah tolonglah aku.Rintih hatinya.
"Assalamualaikum Wadah".Ucap bapanya.
"Waalaikummusalam".Balas Awadah.Dia termalu sendiri kerana agak tergesa
Awadah mengangguk-angguk mendengar percakapan bapanya di telefon.
Sesekali dahinya berkerut,ada juga dia mengaru-garu kepalanya yang masih dilengkapi tudung.
Nampak dimukanya garisan-garisan bimbang yang cukup ketara.
Apa pula masalahnya.
Zikri merenung blackberrynya berkali-kali.
"Telefon nak ke tak tak nak eh.kalau telefon nanti dia buat bodo je".
Tangannya teringin menekan punat untuk menelefon Awadah.Tapi bimbing kalau tak dilayan.
Akhirnya dia melemparkan blackberrynya ke tilam bujangnya.Sesekali mengeluh apabila memikir tentang wanita itu.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan