"Aik,ada orang request jugak ke.Macam tak percaya je,dahlah aku saja nak buat suka-suka.Erm,zaman moden buat apa nak hairan."Katanya bersendirian yang matanya masih tertacap di skrin komputer ribanya.
Mata Akeef Ameer ligat membaca apa yang dihantar oleh gadis itu.
"Hmmm..aku terima jew la..lagi pon betul-betul perlukan pembantu rumah".
Lengkap betul apa yang dihantar oleh gadis itu.Bicara Aakif Ameer.
Dia tersenyum sendiri seolah-olah ada rancangan tersendiri.Agak-agak apalah yang ingin dirancang oleh Aakif Ameer.
Aakif Ameer berpakaian santai hari ini.Niatnya untuk keluar bermain golf bersama rakan perniagaan.
Kenapalah mesti ke padang golf,tak ada ke permainan mencabar sikit.Monolog Aakif Ameer.
Sememangnya permainan golf Aakif Ameer kurang gemar,dia hanya akan akan bermain jika teman perniagaannya mengajak keluar.
Fikirnya dengan cara begitu,perniagaannya akan terus berkembang maju.Itulah doanya sentiasa.
"Hei Kif,apa khabar.Lama betul aku tak jumpa kau".Ujar Fikri rakan lamanya merangkap rakan perniagaannya.
Aakif Ameer tersenyum mendengar percakapan rakannya itu.Disebelah rakannya terdapat wanita cantik lagi seksi,mungkin simpanannya.Fikir Aakif agak mudah...
Dia memang sedia maklum kawannya itu memang kaki perempuan.
Wanita itu tersenyum menggoda,Aakif Ameer hanya buat tidak endah.
"Eh kenalkan kenalan aku,Firza.Cantikkan beb."Ujar Fikri yang ketawa.
Aakif Ameer hanya tersenyum dan mengangguk.
"Kau takde girlfriend lagi ke?sekurang-kurangnya buat la untuk simpanan ke?
"Aku tak berminat".Balas Aakif Ameer.
"Kau tak pernah berubahkan".
Aakif Ameer hanya mengangkat bahu menandakan tidak tahu.Fikri pelik melihat temannya seorang itu,dari dulu Aakif Ameer tidak mempunyai teman wanita.Hendak dikata kawannya ini bengkok,tidak pula.
Katakan apa sahaja kaya,kacak.Semua ada,memang idaman Malaya.Mungkin Aakif Ameer ni seorang yang terlampau kuat bekerja.Memang itu tidak dapat dinafikan lagi olehnya.
"Tak nak kenal dengan sebelah ni?"Tanya Fikri.Wanita disebelahnya tergedik-gedik gayanya membuatkan Aakif Ameer meluat dengan gelagatnya.
"Tak kot".Balas Aakif Ameer dengan pandangan sinis.Wanita itu pula malu dengan tindakan Aakif Ameer.
"Kau buat apa balik kampung.Tak bagi tau aku pon,tau tak puas aku cari kau haritu.Sorang kawan kita pun tak tau kau pergi mana.Sekurang-kurangnya bagila tau."Ujar Sakinah bertalu-talu.
Awadah membuat muka bosan mendengar soal siasat rakannya itu.
"Mula ar tu dah buat muka bosan".Ujar Sakinah separuh terasa hati.
Awadah tidak endah dengan bicara rakannya itu malah terus berlalu kebilik air untuk mandi.
Sakinah bengang.
"Abang ada bagi tahu apa-apa kat wadah pasal imah".Soal isterinya yang lemah.
"Tak de lah Imah".Balas Pak Aman.
"Imah tak tahu apa jadi kat wadah kalau Imah tak ade nanti.Abang jaga anak elok-elok".Ujar Isteri separuh sedih teringat akan anak sulungnya yang teramat manja.
"Jangan cakap macam tu mah".
Ibu Awadah hanya tersenyum dan menutup matanya.
"Saya nak tidur kejap ye."
Pak Aman hanya memerhati isterinya itu.Sedih bertamu diruang hati.
Ya Allah ya tuhanku
kau panjangkanlah umur ibuku'
Kau bagilah ruang untuk aku berbakti kepadanya
Kau kuatkanlah semangat ibuku Ya Allah
Hanya padamu yang boleh aku mohon
Hanya kamu yang ingin mendengar
Ya Allah kau tabahkanlah hatiku dan keluargaku
Kau bagilah aku kekuatan untuk hadapi semua ini
Doa Awadah seusai solat isyak.Air matanya mengalir deras.Terbaring tubuhnya disejadah itu,air matanya deras mengalir.Ruang hatinya dipenuhi sedih yang teramat sangat.Akhirnya dia terlena di tikar sejadah itu.
Kekuatannya.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan