Isnin, 4 Julai 2011

Kerana Cintaku 10

"Rina,semalam mak dengar kau bertengkar dengan kakak kau pasal hari pertunangan.Betul ke?
Mak tak nak adik beradik bergaduh.Yang kau tegur kakak kau tak tentu pasal kenapa.Itu bukan urusan kau,kau jaga urusan kau".Tegur emak Rina panjang lebar didapur semasa Rina menolong menghidangkan
sarapan pagi.Agak terguris hati Rina apabila ditegur sedemikian.
Tak disangka dia akan dihambur secukupnya oleh emaknya pada pagi ini.Hatinya harus disabar.Malas melawan cakap,nanti dikata anak derhaka.
"Kalau sekali lagi mak dengar kau bergaduh dan campur urusan kakak kau,siap kau".Emak Rina bagi amaran keras.
Rina hanya bungkam tanpa kata.Hatinya terguris sekali lagi.Apa istimewa kakaknya.Adakah kerana mampu menggoda lelaki kaya.Ahh persetan semua itu.
Rina tidak mempedulikan kata-kata emaknya malah dia ligat menyediakan sarapan pagi.Muka dikawal agar tidak berubah.


"Hai mak".Ucapkan Alia tersenyum manja dan terus memeluk emaknya.
Rina tidak mengendahkan.Alia dingin melihat Rina yang melakukan kerja.Malas dia menegur adiknya,sakit hatinya tidak sembuh apabila ditegur sedemikian.Rina pula tidak mengendahkan kehadiran kakaknya.
"Hah,nih alang-alang kakak kau ade Rin,mak nak cakap terus kat kau.Mulai hari ini jangan persoal tentang apa yang kakak kau lakukan paham".Ujarnya emaknya sekali lagi dalam memberi amaran.
Huish bosan asal benda yang sama harus diulang,ingat pekak ke.
Rina membiarkan sahaja,kakaknya hanya tersenyum sinis dan mengangkat bahu tanda tidak tahu apa-apa.
"Kalau arwah ayah ada lagi kan best,tak da lah aku selalu kena pinggir".Bisiknya didalam hati.




Kereta sport merah masuk ke halaman rumah kampung.Rina yang duduk di pangkin bawah pokok rambutan memerhati kereta sport merah.Hatinya tertanya siapakah gerangannya.Malah dia bermadah dengan hatinya.
"Assalamualaikum".Ucap lelaki itu yang berpakaian ringkas.Hanya memakai seluar jeans jenama mahal dan baju t-shirt berkolar jenama polo.
"Waalaikummusalam".Balas Rina.
sapa la pulak nih.Bisiknya didalam hati.Mungkin kawan atau bakal tunang kakaknya,tekanya didalam hati.
Lelaki itu merenung tajam ke arah Rina seolah-olah mahu menerkamnya sahaja.Rina perasan dengan renungan itu.Cepat-cepat  dia bertanya.Sebenarnya malu direnungi begitu.
"Tunang kak Lia?"Tanya Rina yang cuba beramah mesra.
Boleh tahan patutlah kak Lia terpikat.
Lelaki berkereta sport merah tidak menjawab malah asyik merenung Rina.
"Tak pe saya panggil kakak ".Ujar Rina setelah melihat lelaki itu yang hanya diam.
Pekak ke gila.Dua-dua kot.
Lelaki itu membuka kaca hitamnya dan tersenyum lalu mengangguk.
"Bakal tunang la"Jawab lelaki itu
"Oh tak bisu rupanya."Ucap Rina selamba.
Lelaki itu hanya tersenyum.Pelik pula Rina melihat.Dia beredar dari situ untuk memanggil kakaknya didapur bersama emaknya.

"Kak lia,orang tersayang datang".Ujar Rina di permukaan pintu dapur.
Alia pula pelik mendengar percakapan adiknya.
"Orang tersayang sapa tu?"Tanya Alia yang tidak fahami apa yang Rina maksudkan.
Rina tergelak sakan melihat kakaknya yang blur semacam.Makin ligat dia gelak melihat kakaknya muka sudah semacam.Emak dan Alia saling berpandangan melihat telatah Rina yang tidak berapa betul.
Gila ke adik aku ni.Aku tanya pun gelak.
"Bakal tunang kak lia la".Ujar Rina setelah melihat mukanya kakaknya yang cari persoalan.
Apa yang kelakar sebenarnya.
"Owh"Lafaz kakaknya.
"Tunang akak?"Soal kakaknya kembali.
"Tak lah bakal suami".Balas Rina yang geram melihat telatah kakaknya blur semacam.
Rina tersenyum sumbing.
"La Lia pergila jumpa tunang kamu tu,lama dia tunggu tu".Ujar emak .
"Tak cakap pun nak datang".
"Dia kan nak jadi tunang kamu Lia,lepas ni bakal suami pula".
Muka Alia berseri-seri,bergegas dia meninggalkan ruang dapur untuk berjumpa tunangnya.


        Hati resah memikirkanmu

Lama Rina merenung mesej itu.Hatinya berbunga riang umpama dunia ini hanya dia seorang sahaja.
Alangkah indahnya jika mereka dapat bersama.Seorang mula mengenal hati,seorang lagi jual mahal.
Bila lah nak habis kesudahan cerita ini.
Didalam bilik rumah kampung ini,dia merenung gambar mereka berdua sewaktu sama-sama menghadiri seminar.Hilang rasa rindu dihati.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan