"Ibu sihat?"Tanya Awadah yang melabuhkan punggungnya disebelah ibunya.
"Macam ni juga lah nak,orang tua katakan".Bicara si ibu mendatar yang mengusap tangan Awadah.
Dalam matanya tersimpan sejuta penderintaan,mukanya diceriakan agar si anak tidak syak wasangka.Tidak tegar melihat anak perempuan sedih dan terus menderita kerananya.Itulah pengorbanan si ibu.
"Ibu cepat sembuh tau."Ujar Awadah walaupun dia sendiri tahu yang ibunya tidak punya masa yang lama.Tekad dihatinya agar dia dapat berbakti pada ibu yang amat disayangi.
"Orang tua Wadah,kalau sakit macam nilah.Nak sembuh payah".
"Ala jangan cakap macam tu".Balas Awadah manja,dilentokkan kepalanya di bahu ibu.Si ibu mengusap kepala anaknya dengan kasih sayang yang aman mendalam.
"Kalau ibu tak ada nanti,jaga keluarga.Belajar betul-betul biar keluarga kita terjamin.Bila ibu disana nanti tenang ibu dapat anak macam wadah".Bicara ibu.
Awadah pula hatinya gelisah bila mendengar bicara ibunya.Mukanya berubah.
"Ibu janganlah cakap macam tu,ibu mesti nak tengok Wadah berjayakan?".Ujar Awadah dalam sedu.
"Nak,dengar cakap ibu ya".
"Wadah tak nak dengar ibu cakap begitu lagi".Ujar Awadah dalam nada merajuk.Dipejam matanya,dipeluk ibunya,terasa belaian ibunya yang penuh kasih sayang.
Sesudah makan malam,Awadah melayari internet dan dicari laman pembantu rumah.Entah mengapa jarinya seakan-akan laju sahaja mahu menulis perkataan itu dan tersembullah segala maklumat.
Awadah tertarik dengan satu laman web yang ingin mencari pembantu rumah lalu dibuka.
"Wow canggih,ada ke patut nak cari pembantu rumah pun promote kat blog.Hahahaha,kelakarlah."
Pembantu rumah separuh masa
Hanya diperlukan untuk mengemas
Hanya 1 minggu sekali
Wow bersesuaian dengan aku tapi gaji dia berapa ek?kenapa tak ada tulis?Ahh,bantai je la.Janji aku dapatkan ringan beban keluarga aku.
sesudah membaca ,Awadah menghantar segala resume dirinya.Macam orang nak pergi temuduga pulak da...haha.Layanlah.
Awadah tersenyum puas apabila dapat apa yang diinginkan tapi satu sahaja yang bermain dalam fikirannya,kenapa ada orang tawar kerja kat blog ni?Nampak macam lawak saja.Mungkin cara baru kot.
"Nasib baik rumahnya tak jauh dari rumah sewa dengan u.Kalau tidak mati aku".Awadah bermonolog.
Dia menongkat dagu,matanya melirik keluar.Kelihatan pemandangan pokok-pokok bunga yang ditanam ibunya.Ibunya memang meminati bunga.Awadah pula kurang meminati bunga,dia sendiri tidak tahu kenapa.
next3
BalasPadam