Sabtu, 23 Julai 2011

Cinta Antara Kita 4

"Hati aku betul-betul tak sedap,baik aku balik kampung je".Luah Awadah bersendirian ketika dia membaca buku.Hatinya terasa ada sesuatu yang menyelinap,dia sendiri tidak tahu kenapa.Awadah mengambil keputusan untuk balik kampung dari terus dibelenggu rasa tidak enak bersarang dijiwanya.


"Man oii,bini kau tu sakit apa?"Soal Mak ngah yang datang menziarahi adik iparnya iaitu ibu Awadah.
Kelihan muka Pak Man sedih seribu di wajahnya malah kalau hendak menangis dia sudah akur dengan ketentuan Ilahi.Ini mungkin takdir hidupnya,betapa tabahnya Pak Aman.
"Cakaplah,mana tahu aku boleh tolong ke?Kalau tak boleh ubat hospital,kita ubat kampung".Ujar Mak ngah.
"Payahlah nak cakap kak ngah."
"Kenapa,cuba bagi tahu aku".Balas Mak ngah yang menuangkan air ke dalam cawannya.
"Kalau saya cakap kat kak ngah tentang imah jangan cakap kat wadah.kesian saya nengok dia kak ngah."Sebak Pak Man yang ingin memulakan cerita.
"sebenarnya Imah sakit barah otak akak,barah otak.Tahap akhir,dah tak boleh nak buat apa.Dia boleh hidup selama 2 bulan lagi je kak Ngah."Ujar Pak Man menahan sebak.Kalau boleh tidak mahu menangis,takut jiwanya sakit.Tapi itulah hakikat yang harus dia terima.Yang difikirkan hanya Awadah yang masih belajar dan hutangnya keliling pinggang untuk menyara keluarganya.Memang Pak Aman ada kudrat boleh bekerja tapi tidak cukup untuk beli ubat-ubatan untuk isterinya.Air Mata Mak Ngah mengalir dengan deras sekali,tidak disangka keluarga adiknya akan menderita sebegini.


"Doktor bukan Tuhan Man,kita masih boleh usaha lagi".Ujar Mak Ngah dalam sedu sedan.Dikesat air matanya yang mengalir deras.
"Kak,saya rasa putus asa kak".
"Jangan sesekali kamu cakap gitu.Kalau dengar dek Wadah,meraung dia".Nasihat Mak Ngah.
"Kalau pasal wang,kamu jangan risau sangat.Insyaallah kak ngah bantu.Tak pun kita minta bantuan je Man."
Cadang Mak Ngah.Pak Man hanya mengangguk-angguk kepalanya.
"Kak Ngah kena janji dengan saya,jangan dicerita dekat Wadah.Saya tak nak dia berhenti belajar.Dialah satu-satunya harapan saya kak".Ujar Pak Aman perlahan.


Disebalik pintu rumah usang itu,mereka tidak tahu bahawa ada seseorang yang mendengar bicara mereka.Pantas dikesat air mata yang mengalir agar tidak ada orang lain yang nampak.Jiwanya pedih,jiwanya sengsara.Inikah suratan yang harus dia lalui jika kehilangan orang yang amat disayang ibarat nyawanya sendiri.
"Ibu".Rintih suaranya.Jiwanya bercelaru.Dia pantas berjalan cepat untuk menuju ke sungai di kampungnya.Ingin tenangkan jiwanya yang perih.
"Tolong lah aku Ya Allah".Rintih hatinya.

Tangannya mengambil sebiji batu kecil lalu dibuang ke sungai.Itulah caranya untuk melepas kesedihan yang akan berlarutan.Tidak akan ditunjukkan lemah ini kepada ibu,tidak mahu ibunya sedih.Akan dia gembirakan ibunya nanti,akan ditolong beban ayahnya nanti.Itulah azamnya yang sedang membara dalam jiwanya yang sedang sakit.
"Macam mana kalau ibu tidak ada nanti.Macam mana dengan aku,macam mana dengan ayah dan adik-adik."Bisiknya.
Matanya merah menahan sebak yang datang.Dia tidak tahu hendak kata apa-apa,tergamam dan bungkam hatinya apabila mendengar kebenaran yang sebenar.



"Man,kak Ngah balik dulu la ye.Malam nanti Kak Ngah datang lagi."Ujar Mak Ngah yang hendak pulang ke rumahnya.
Pak Man hanya mengangguk dan menghantar kakaknya ke pintu.
"Banyakkan bersabar,ni ujian keluarga kau.Jangan pernah mengalah".Mak Ngah memberi semangat.
Pak Man hanya tersenyum mendengar bicara kakaknya itu,betapa untungnya dia yang ada saudara-mara yang mengambil berat ketika susah.Di ucap syukur didalam hatinya.


"Ayah".Panggil Awadah yang melihat ayahnya duduk ditangga.Dilihat ayahnya termenung dalam kegelisahan,wajahnya harus dilakonkan agar tidak syak wasangka ayahnya.
"Kan ayah cakap jangan balik,nanti kau ketinggalan belajar".Ujar Pak Aman yang geram dengan kedegilan anak sulungnya itu.
Awadah tersenyum manja melihat ayahnya.
"cuti sekejap ayah,tak adanya ketinggalan."Bohongnya.
"Yela kau tu,dah jom masuk.Hari nak maghrib dah ni".
"Ibu mana ayah?"
"Ada dalam bilik,tidur agaknya.Nih ayah nak kejut ibu kamu sekejap."Balas Pak Aman.
Awadah tahu ayahnya berpura-pura didepannya,dia hanya melihat ayahnya berlalu pergi.
Menitis air matanya lalu diseka pantas.
Sabarlah wahai hati,ini adalah ujian buat hamba yang DIA sayangi.Mungkin ada hikmah.
Ya,dia harus redha apa yang berlaku.Digagahkan kakinya untuk masuk ke rumah ini,dikuatkan hatinya.




Nota:Maaf kalau tertunggu lama bab seterusnya.Harap ada komen dari anda semua.Apa yang penting saya terilham tulis sebegini kerana adik angkat saya.Saya harap dia tabah untuk menentang penyakitnya.Jangan lupa doakan dia sekali.Terima kasih yang sudi membaca.

1 ulasan :