Sabtu, 14 Januari 2012

kurnia 11








Suzana mengibas-gibas blaus birunya yang berhabuk akibat jatuh tadi.Air matanya dikesat dengan hujung lengan baju.
"Siapa tadi?"Tanya Nur Amalina,Suzana hanya diam tanpa kata.
"Kekasih?"
Suzana yang mendengar perkataan kekasih hanya mengangguk perlahan.
"Terima kasih sebab tolong saya".Ujar Suzana lemah dan memberikan senyuman hambar.Selepas itu,dia melangkah pergi tanpa meminta diri.Nur Amalina hanya memandang bayangan Suzana.
"Tak sangka Miqael yang tengok baik tapi rupa-rupanya jahat suka mainkan perempuan.Eh,Haziq pun macam tu jugak tapi tak macam Miqael.Eh?Sama je la mainkan perasaan perempuan.Bukan-bukan tak sama,Haziq suka layan perempuan tapi Miqael tu buat perempuan macam sampah.Tahulah muka tu hensem,hensem ke eh?Ala bolehla dari tak da."Ngomelnya dalam hati,pada yang sama dia melawan dengan perasaan yang dalam diam menidakkan kehadiran seseorang.


"Hai Amal yang paling comel lagi cantik".Sapa Miqael.
Mendengar sapaan Miqael yang begitu manis membuat Nur Amalina tersenyum sinis.
"Huh,saya pun awak nak buat jadi mangsa ke?"Soal Nur Amalina sinis,dijeling wajah itu sepintas lalu.Terpandang wajah itu meluatnya makin bertambah,lebih baik palingkan muka.
"Jadi mangsa?"
Miqael pelik dengan tingkah laku Nur Amalina,dulu mereka selalu bergaduh tetapi perangai Nur Amalina tidak seperti ini.
"sudah gaharu cendana pula,sudah tahu tanya pulak dah".Nur Amalina sudah mengeluarkan peribahasa dalam versi sendiri.Semalam,dia asyik memikirkan tentang Miqael dengan wanita cantik itu,apa agaknya hubungan mereka.Kata wanita itu kekasih tapi entahlah,mungkin Miqael nih seorang kaki perempuan.Makin hairan apabila difikirkan,sepanjang Miqael belajar di kolej ini,tidak pula Nur Amalina melihat Miqael dengan perempuan lain apatah lagi nak bercinta.Musykil dia memikirkannya tapi kenapa dia mesti anti dengan Miqael tanpa mengetahui perkara sebenar.


Miqael hanya tersenyum dengan peribahasa itu,baginya Nur Amalina mungkin tidak ada mood untuk melayannya.Dia yang sedang berdiri melabuhkan punggungnya disebelah Nur Amalina.Angin menyapa mukanya,sedap sungguh pada waktu petang bersantai di pokok rendang ini sambil melihat pemadangan di hadapan yang penuh menghijau dengan pokok dan tasik.Pada waktu petang,taman di kolej ini selalu ramai dengan pelajar untuk mengulangkaji atau beriadah.

"Kalau saya tahu,saya tak akan tanya.Sebab saya tak tahu lah saya tanya Cik Amal oii".Ujar Miqael bersahaja.Ditatap wajah itu semahu-mahunya untuk menghilangkan rindu.Alangkah,bahagia hidupnya kalau Nur Amalina menjadi miliknya tetapi sebelum itu dia harus menyelesaikan sesuatu.
Nur Amalina yang perasan dengan mata nakal Miqael yang menatap wajahnya menoleh,diangkat keningnya sebelah tanda tidak berpuas hati.
"Kau pehal pandang aku macam tu.Nak kena tumbuk ke?"Ujar Nur Amalina kasar,topi yang ada di atas kepalanya dipusing kebelakang menampakkan wajahnya yang comel.
"Comelnya dia".Desis hati Miqael.Terselah senyuman nakal dan mengoda.
"Ala,saya nak lihat ciptaan Allah yang sempurna".Jawab Miqael,matanya terus memandang ke depan.
"Tak payahlah,baik kau tengok tasik tu je.Lagi cantik".
"Erm,awak pun cantik apa macam tasik nih".
"Eh,aku bukan tasik tapi aku manusialah.Takkan tak reti nak bezakan kot".Perli Nur Amalina dalam keadaan sebal dan geram.Miqael hanya ketawa besar dengan sindiran Nur Amalina.
"Awak saya tak cakap awak tasik la.Tapi awak kan Ciptaan Dia,so sama-sama cantik la.Tak gitu sayang".Ujar Miqael.
"Huh."
"Tak pahamlah dengan awak nih,sekejap baik sekejap marah.Takkan hari-hari datang bulan kot".Sindir Miqael,mata Nur Amalina memandang tajam wajah kacak itu.Hatinya sakit apabila mengingat kejadian semalam dan perangai selamba Miqael yang datang menegurnya.Adakah lelaki ini seorang yang suka mainkan perasaan perempuan,lihat sahaja wajahnya yang tiada masalah.
"Suka hatilah,perangai saya.Bukan awak".Kali ini Nur Amalina menggunakan panggilan saya dan awak tak seperti tadi.


"Orang perempuan cepat emokan.Baru cakap sikit dah melenting tanpa nak fikirkan dulu sebab tu kot orang perempuan kurang layak jadi bos sebab kalau buat keputusan mengikut perasaan."Ujar Miqael dengan jujurnya.Sebenarnya,dia tidak tahu dengan kata-kata itu membuatkan Nur Amalina panas hati.Merah padam wajah Nur Amalina.Hatinya tidak boleh sabar dengan sikap selamba Miqael apatah lagi dengan tragedi semalam bertambah benci mula timbul.
"So sebab tu orang macam awak nih mudah permainkan perasaan perempuankan".Balas Nur Amalina dengan nada menyampah.
"Hah".Miqael hairan dengan sikap Nur Amalina yang agak prejudis.
"Ish,buat-buat tak paham ke encik Miqael?"
Miqael mengaru-garu kepalanya dengan perangai Nur Amalina,baik dia diam sahaja kerana Nur Amalina kini umpama bom atom yang boleh meletus bila-bila masa.
Keadaan yang sepi antara Nur Amalina dan Miqael tidak memberikan keadaan semakin reda malah bertambah panas.
"Awak nak tahu kenapa tak?".Nada Nur Amalina kendur tetapi masih berbunyi dalam nada marah.
"Kenapa ya?Saya ada buat salah dekat awak ke?"
"Tak ada kot tapi dekat seseorang.Awak buat dia macam sampah dan awak buatkan saya bencikan awak Miqael".Tegas nada itu,suasana yang aman akan menjadi suasana yang marak dengan api.

"Tapi kenapa?saya tak paham la.Saya buat siapa macam sampah and awak kenapa perlu bencikan saya?saya tahu saya selalu sakitkan hati awak.Saya mintak maaf tapi janganlah bencikan saya."
"Saya bencikan awak sebab awak buat kekasih awak macam sampah.Hei,awak ingat dia tu binatang ke?dah bercinta lepas tu sedap-sedap buang dia dalam hidup awak.Kalau awak tak nak dia,cakaplah dengan cara baik bukan macam semalam.Paham tak!!".Ujar Nur Amalina dalam keadaan emosional.Marahnya terlepas dan tidak boleh sabar lagi.
"Oh,awak maksudkan betina semalam macam tu?"Sinis Miqael menjawab.Dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu,hatinya kian dirobek-robek.Sekarang,hatinya panas dan menganggap Suzana sengaja mereka cerita untuk meminta simpati dari Nur Amalina.
"Hoit Miqael.Kau tak berhak nak panggil dia betina.Dah kau tu dayus?"Ujar Nur Amalina dalam nada tinggi.
"Kau cakap aku tak berhak Amal?Heii,kau tu tak tahu dia perempuan jenis macam mana.Jangan banyak bunyila kalau kau tak kenal dia lagi".Balas Miqael dengan suara agak tinggi.Tiada lagi ber "awak dan ber "saya".Hatinya juga panas dengan tuduhan tidak berasas itu.Nur Amalina terkedu dengan kenyataan Miqael dan pada masa yang sama dia sempat berfikir tentang kejadian semalam.

"ish,dia mengamuk.Takut aku tapi betul jugak kata dia kan.Aku tak kenal perempuan tu mana lah tahu perempuan tu jahat dan tinggalkan dia.Sebab tu dia macam gorilla semalam.".Bisik hati Nur Amalina.
"Kenapa kau diam?tak ada akal dah nak cakap apa-apa tentang betina tu?"Soal Miqael sinis.
Nur Amalina yang malu sendiri cuba mencari kata-kata untuk membahas soalan Miqael.

"Tapi,awak tak patut buat dia macam sampah.Sekurang-kurangnya layan dia dengan baik,cuba cakap baik-baik.Jangan tengking-tengking dia.Kesian dia,awak buat dia macam kucing buangan tahu tak.Jatuh maruah dia bila awak malukan dia depan orang ramai."Kini,suara Nur Amalina lembut membalas soalan Miqael.Biarlah dia bicara baik-baik dengan lelaki ini.Sekurang-kurangnya,Miqael perlu tahu yang dia telah buat salah.Tidak berani menatap wajah itu kerana wajah Miqael merah sedang menahan marah.

"Amal,awak tak payah lah nak nasihat saya macam tu.Awak tak tahu apa yang perempuan tu buat pada saya dan keluarga saya.Awak juga tak tahu tentang hidup saya.Jadi,jangan bela sangat perempuan tu".Ujar Miqael tegas membuatkan Nur Amalina sekali lagi terkedu dengan kata-kata Miqael.
"errr".
"Kenapa tak tahu nak cakap apa?"Ujar Miqael,suaranya telah mula lembut apabila melihat Nur Amalina tunduk yang menguis-guis tangannya sendiri.
"Tapi tak baik awak buat macam tu.Kalau saya mesti malu diperlakukan macam tu."
"Awak bukan dia Amal dan tak payah nak jadi macam dia yang suka hancurkan hidup orang lain".
Miqael kembali tersenyum melihat Nur Amalina.Untungnya dia kalau memiliki gadis ini tapi dia perlu menyelesaikan kebencian papanya sendiri.

"Saya,errr".Tergagap Nur Amalina menutur kata.
"Sudah,jangan diungkit kembali kisah tu.Masa silam,masa silam.Yang perlu difikir adalah masa hadapan.Awak boleh tolong saya kan.Jangan cakap pasal tu lagi."
Miqael menarik nafas.Hatinya sakit mengenang masa lalu,dia telah bertekad masa lalu adalah kesilapan dan masa hadapan diteruskan.Tiada jawapan dari bibir Nur Amalina.Dia kembali duduk dan mengemas buku tebal serta nota-nota.Tiada apa lagi yang perlu diperkatakan lagi,yang jelas Miqael seolah-olah benci dengan wanita itu.Tekaannya adalah  wanita itu telah menyebabkan hidupnya sengsara.

"Satu hari nanti,awak akan tahu tentang kisah lalu saya."Ujar Miqael.
"Kenapa pula?saya bukan ada kena-mengena dengan awak."
"Well,awak tengoklah nanti k.Apa yang akan terjadi."
Nur Amalina bingkas bangun dan melangkah dari situ meninggalkan Miqael yang tersenyum penuh makna.





Nota sikit: macam biasalah pesanan dari zatul iaitu silakan tinggalkan komen dan terima kasih yang membaca.Zatul sangat menghargai anda walaupun siapa anda.

3 ulasan :

  1. ksian mika, apalh amal ni, garang sngt......
    thanxs cik writer

    BalasPadam
  2. yunk, keslhn dh mkin kurg dh neyh.. nina nk naseht kn.. stiap kali slpas ain taip, try bce balek.. ia akn mmbuatkn ain sedar keslhn pkataan atau tatabahasa.. insyaAllah.. :) try buatkan pembaca rse ape yg watak AMALINA n MIQAEL tuh rse gaks.. gud try :)

    BalasPadam
  3. jutaan terima kasih yang sudi komen dan baca.
    Welcome zamani and thanks sbb bca ya..
    Nina..thanks sbb komn.Ain akan perbaiki lagi dan akan cuba sampaikan dengan baik..

    BalasPadam