Assalamualaikum dan selamat datang ke teratak comot Zatul...Jangan lupa tinggalkan pesanan setelah anda jejaki blog ini dan sentiasalah mengucap syukur kepada Allah..Salam sayang dari Zatul.
Selasa, 31 Januari 2012
Untuk mencintaimu 6
Peluh menitik didahi Fikri Aidil.Tidurnya yang lena telah diganggu dengan kisah lamanya.Derhaka kepada kedua ibu bapa sejak bertunang dengan Aria dan pergaduhannya dengan Aria.Mimpi itu seperti wayang yang ditonton oleh Fikri Aidil.
"Astagfirullahaladzim",ucap Fikri Aidil yang terjaga dari mimpi.Wajahnya diraup berkali-kali,pandangannya jatuh pada jam lonceng di meja berdekatan katil.Jam menunjukkan pukul 2 pagi.Hatinya cukup berserabut dengan kisah lalu.Dia mengeluh lagi dengan tindakan dahulu.Kalaulah dia mengikut nasihat orang lain sudah tentu tidak jadi seperti ini.Kalau?semuanya dengan kalau.Berdosakah dirinya?menikahi Aria?
Dalam sedar,Fikri Aidil menitis air mata.Dirinya bertekad tak akan mengeluh lagi kerana ini adalah ujian Allah.
Dia bangun dari katil dan menuju ke bilik air.Niatnya untuk melakukan solat sunat,hatinya akan terasa lebih tenang.
Aria terkocoh-kocoh menaiki tangga,dia datang ke sini untuk mengambil dokumen penting sekaligus meminta cerai.Selepas habis edah nanti,dia akan berkahwin dengan lelaki inggeris.
Fikri Aidil tersedar apabila mendengar orang menyelongkar almari dan laci.
Matanya ditenyeh-tenyeh,tidak percaya orang dihadapannya.Tubuhnya yang tidak cukup rehat berdiri tegak.
"Kau buat apa dekat umah aku?"Tegur Fikri Aidil agak lantang.Hatinya sakit melihat wanita tidak sedar diri.
"Aku nak ambil barang".Ujar Aria selamba.Wajahnya makin cantik,Fikri Aidil leka menatap wajah itu .
Dari mata,kening,hidung dan mulut sehingga susuk tubuh bakal jandanya.Cantik.Desis hatinya tapi sayang kecantikan itu tidak selaras dengan perangai.Sebuah senyuman sinis singgah dibibir Fikri Aidil.Tiada lagi cinta untuk wanita ini kerana hatinya terluka parah.
"Minggu depan kita jumpa di mahkamah".Tutur Fikri Aidil.Tiada perubahan pada riak wajahnya.
"Maaf encik,saya tidak sengaja".Ujar Seorang gadis.Sudahlah terlewat,sekarang terlanggar orang pula.
Fikri tidak bersuara,matanya melihat gadis itu tertunduk mengambil pendrive dan sehelai kertas.
"Saya mintak maaf sekali lagi encik".Mohon gadis itu tertunduk,badannya dibongkok sedikit.
"Tak apa."Balas Fikri Aidil.Gadis ini mendongak atas kerana ketinggian gadis ini hanya separas bahu Fikri Aidil.Sebuah senyuman di hadiahkan.
"Terima kasih".Ucap gadis itu.Berbeza gadis ini dengan Aria,jauh panggang dari api.Waima berpakaian sopan dan menutup aurat,wajahnya tetap cantik.
"Untuk apa?"Soal Fikri Aidil.Dahinya berkerut kerana gadis dihadapannya ini mengucap terima kasih untuk apa?
"Sebab maafkan saya".Jawab gadis itu polos.
"Oooo".Mulut Fikri Aidil berbentuk O.
Pak long Aziz menepuk bahu Fikri Aidil.Fikri Aidil terkejut dengan tepukan itu dan berpaling ke belakang.
Hanny Putri tersenyum mesra melihat bosnya.
"Pak long tunggu pada tadi.Fik ada kat sini pulak?"Ujar Pak Long Aziz mesra.Waima sudah tua,dia masih segak dengan kot tersarunhg ditubuhnya.Fikri Aidil menyalam tangan Pak long Aziz dan mengucup tangan lelaki itu.
"Sorry paklong,tadi ada kemalangan sikit".
Wajah pak long Aziz kerisauan mendengar kata-kata Fikri Aidil.
"Ada luka tak?"Soal Pak Long Aziz.
"Err,bos tadi saya terlanggar dia la."Hanny Putri menyampuk.Wajahnya takut dengan reaksi Pak Long Aziz.
Pak Long Aziz senyum kelegaaan,ingatkan kemalangan teruk.Badan Fikri Aidil tiada yang cedera.
"Ingatkan kemalangan apa tadi,ni mesti kes awak nak cepat kan Hanny?"
Hanny Putri tersenyum malu dengan kelakuannya.Salahnya juga kerana ingin cepat.
"Lupa pulak pak long.Ni Hanny Putri,setiausaha pak long.Paling rapat dengan mak long kamu nih".
Pak Long Aziz memperkenalkan Hanny Putri.Hanny Putri hanya mengangguk kepala dan tersenyum manis.
Fikri Aidil menghulurkan tangan,Hanny putri menggeleng kepala.
Fikri Aidil hanya selamba tetapi dalam hati dia termalu sendiri.Baru sahaja kenal,dia sudah berani memuji sikap dan pemakaian gadis ini.
Nota menyibuk:Macam biasalah pesanan Zatul.Jangan lupa tinggalkan komen tau..
http://www.facebook.com/pages/Coretan-dari-rahsia-hatiku/363727160311130
yang belum like page nih..like la..yang sudah like..terima kasih
Khamis, 26 Januari 2012
SIAPA NI?
sapa ni?
Nih la heroin Untuk mencintaimu.
Namanya Nur Hanny Putri.
Hero dia tak jumpa lagi la yang sesuai..Ada cadangan tak?Amat dialu-alukan
kurnia 13
"Papa nak kamu kahwin".Ujar Datuk Adam pada suatu malam.Perkhabaran itu mengejutkan Miqael yang sedang menonton televisyen.Drama vanilla dan coklat sudah tidak dihiraukan lagi,matanya membuntang.
Ahh sudah,umurnya masih muda dan papanya pula menyuruhnya berkahwin.Tapi dengan siapa?
"Papa nak suruh EL kahwin?El masih muda pa and belum kerja lagi.Nak bagi anak orang makan apa?"
Miqael memberi alasan,mudah-mudahan alasan ini diterima pakai oleh Datuk Adam.
"Papa tak nak kamu beri alasan.yang penting papa nak kamu kahwin.Muktamad."Datuk Adam sudah mengeluarkan kuasa vetonya.
"Pa,El nak bagi anak orang makan apa?makan pasir?"Sindir Miqael.Masalah timbul lagi,sudahlah pagi tadi
Suzana datang lagi ke kolejnya.Malam,Datuk Adam memberikan kata-kata yang cukup memecahkan kepala otaknya.
"Huh,kau bukan anak orang miskin Miqael".
"Papa nak tanggung anak bini El?sory,El tak nak jadi dayus pa".Tangannya memegang kepala dan mengusutkan rambutnya yang lurus.
"Kan kau nak tolong papa,masa cuti.Ish,masa tu la papa nak bagi kau gaji."Ujar Datuk Adam.
Miqael menunjukkan muka sedih tapi Datuk Adam pura-pura tidak mengerti.Datuk Adam juga tahu bahawa
Miqael sukakan seseorang dan dia sudah siasat latar belakang gadis itu.Ternyata memuaskan hatinya.
Sengaja diprovok sedemikian.
"Pa,tolongla paham El.El nak belajar."Rayu Miqael.Suara televisyen dibiarkan berbunyi,tiada hati untuk menonton.Sekarang masa untuk memujuk papa.
"Papa memang tak nak paham.Kalau El tak nak papa bencikan El.Baik El kahwin".Ugut Datuk Adam.
"Bagi El fikir dulu".Miqael memberi kata putus dan bangun dari sofa mewah.Tanpa pamitan,terus masuk ke kamar bujangnya.
"Tak payah pikir,kahwin je terus".Balas Datuk Adam sedikit menjerit,terukir senyuman dibibirnya.Tak lama lagi dia akan menerima menantu.Tak sabar rasanya.
"Pa".
Miqael menarik kerusi yang ada di meja dan melabuhkan punggung kasar.Protes agaknya.
"Dah setuju?"Ujar Datuk Adam dalam kegembiraan.Tiada apa yang boleh dikata,suara papanya menyentuh hatinya.Kelembutan dan kemesraan yang dulu sudah hadir dalam hatinya.
"Tapi pa dengan sapa?"
"kau setuju dengan cadangan papa El?Soal Datuk Adam lagi.Surat khabar Utusan Malaysia dilipat dua.
Miqael tersenyum paksa,biarlah dia berkorban asalkan papanya tidak membenci dia lagi.
"Papa ada calon untuk El?"
"Apa hubungan El dengan Nur Amalina?"Soal Datuk Adam kembali.Sengaja disebut nama itu agar
anaknya mengerti dengan makna tersirat.
"Kawan."
"Kawan je?"
"Yela takkan makwe kot".Balas Miqael ringkas.Dalam hatinya kecewa dengan arahan Datuk Adam.
Untuk memiliki Nur Amalina tiada peluang dan kini terpaksa kahwin dengan perempuan yang tidak
dikenali.
"Manalah tahu".
"Nak tackle dia macam mana,papa dah suruh El kahwin dengan siapa ntah".Luah Miqael kecewa.
Tergelak besar Datuk Adam melihat wajah kecewa Miqael.Miqael menunjukkan wajah simpati.
"Papa nak masuk minang dia boleh?"
Tersenyum meleret Miqael apabila papanya menyebut tentang itu.Ahh,bagai bulan jatuh ke riba.
Hidup dengan wanita itu bagai disyurga.Kalau suruh menikahi gadis kesayangannya pada hari ini
sudah tentu dia rela.
"Suka?"
"Suka,suka,suka sangat sangat".Gelagatnya bagai budak kecil mendapat coklat.Sudah terlompat-
lompat keriangan.Datuk Adam tersenyum simpul.
Bergetar poket seluar Nur Amalina.Terasa geli di paha datang bertandang.
"Ish,siapa pula hantar mesej waktu macam nih".Rungut Nur Amalina dalam hati.Parang yang sedia ada ditangan dicampakkan ke tanah.Nyamuk yang menghisap darah di pangkal lengannya ditepuk kuat.Waktu seperti ini,kebun babah selalunya banyak nyamuk.
"Ish,berani kau hisap darah aku...padan aku bunuh je".
Anak rambutnya jatuh berjuntai,diselak ke belakang.Ditekan tekan butang tengah untuk melihat mesej.
Jom kita kahwin
Gulp
"Dia ajak aku kahwin biar betul".Ditelan air liurnya berkali-kali,dicubit-cubit pula pipinya agar ini bukan mimpi.Ya betul.
"Kau ni kenapa Amal?"Tegur babah.Tubuhnya dibongkok untuk mengambil pisang.
"Ada orang ajak Amal kahwin babah".Ujar Nur Amalina polos.Secara tak sengaja terkeluar dari mulutnya.
"Apa?.
Babah terkejut dengan kata-kata Nur Amalina,pisang yang ada di tangannya tercampak jauh.Nasib baik tak ada darah tinggi dan sakit jantung,tidak Nur Amalina juga yang menanggung susah.
Nur Amalina yang mula perasaan dengan keterlanjurannya,pantas kedua-dua tangan menutup mulut.
"Kenapa abang nih?Dicampak pula pisang nih".Bebel ibu,tidak perasan wajah suaminya yang terkejut.
"Anak awak ni,bu".
"Anak saya,anak awak juga."Perli ibu.Pisang yang jatuh ditanah,sudah diambil.
"Tak ada la,saya terkejut bila dia kata ada orang ajak dia kahwin".Ujar babah yang masih dalam keadaan terkejut.
Ibu tersengih tidak percaya.Betul ke?apa yang didengar,rasanya ini alam realiti bukan mimpi.
Nur Amalina kaku ditempatnya.Tiada sepatah dua kata,nyamuk yang mengigit kulitnya tidak dipedulikan.
Terkebil-kebil matanya memandang ibu dan babah.Reaksi orang tuanya terkejut,dia apatah lagi.
NOta sikit:Kurnia dah smpai bab 13 la..terima kasih yang sudi baca dari bab 1 hingga kini.Zatul hargai sangat.
Agak-agak la kan..Sapa yang hantar mesej tu?Miqael?Haziq?mana satu ya.
Macam biasa pesanan Zatul.Jangan lupa tinggalkan Komen n jangan lupa like page nih k...
Isnin, 23 Januari 2012
kurnia 12
Hari ini hari jumaat,niatnya adalah ingin menyarungkan baju kurung ditubuhnya.Baju kurung warna biru diambil dari almari.Seterika dipanaskan untuk menggosok baju kurung agar tidak berkedut.
"Cantik juga aku nih".Ujar Nur Amalina.Rambutnya disikat rapi dan mengikat rambut kemas.
Setelah berpuas hati,dia mengambil kunci motor.
Nur Amalina mematikan enjin skuternya.Haziq menyandar pada motor besarnya dan mengukir senyuman apabila melihat Nur Amalina.Hari ini dia memakai baju melayu warna biru sedondon dengan "si dia".seperti berjanji pula.Tidak perasaan Haziq ada disitu,Nur Amalina terus melangkah pergi.
"Ish minah nih,aku yang hensem ni pun tak nampak dek dia".Rungut Haziq.Haziq memanjangkan lehernya untuk melihat Nur Amalina yang sudah jauh dari pandangan.Sudah hari ini,mereka tiada kelas yang sama.
Miqael yang ternampak Nur Amalina berjalan hanya buat tidak endah.Malas ambil tahu tentang gadis itu buat masa ini.Nur Amalina yang juga melihat Miqael didepan membuatkan dia resah.Belum pernah lagi hatinya rasa begini waima dia seringkali mengeluarkan kata-kata kasar.Jantungnya berdegup kencang.Mahu lari?tidak mungkin kerana dia tak nak menunjukkan wajah bersalah.Mukanya selamba dan berjalan bertentangan dengan Miqael.Miqael juga sama wajahnya hanya bersahaja seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain.
"Erkkk,kenapa Miqael tak tegur aku eh?"Soal Nur Amalina pada dirinya.Hatinya rasa bersalah dengan percakapan semalam tapi benda sudah terjadi tidak boleh diputar masa.
Miqael tidak menghadiahi senyuman seperti selalu malah mahu menyakitkan hatinya juga tidak.Ohh,tidak janganlah katakan yang aku sudah...Ahhh,mengarut.
Makan malam diantara anak dan bapa menimbulkan suasana sunyi sepi.Tiada gelak ketawa atau saling berbicara.
Miqael hanya meneruskan suapan demi suapan.Datuk Ilham menjeling sekilas,anak sulungnya tidak
menegurnya seperti biasa.Walaupun dia agak dingin dengan Miqael dan cakap apabila perlu sahaja namun Miqael tetap bertanya pelbagai soalan tapi hari ini hubungannya agak hambar.Entah mengapa dia agak rindu mendengar suara anak sulungnya.Anak perempuannya akan tamat belajar pada tahun hadapan di Amerika.Terdengar sahaja berita tentang perangai Miqael yang tidak senonoh,sungguh mengecewakan hati
bapanya tapi pada hari ini kecewanya sudah beransur hilang kerana dia tahu,Miqael akan melakukan apa sahaja demi dia.
"EL"Nama panggilan Miqael disebut.Ditatap wajah anaknya itu dengan penuh kasih sayang setelah sekian lamanya.
"Ada apa pa?"Miqael yang perasan dengan pandangan matanya mengukir senyuman tetapi didalam hatinya.
"El tahu kan.Dirah tamat belajar pada tahun hadapan."Ujar Datuk Adam.Miqael masih meneruskan suapan.Miqael yang tadi kurang berselera kini seleranya meningkat.
"Papa nak kau bekerja dengan syarikat papa".Tambah Datuk Adam lagi.
"Tapi El tak habis belajar lagi pa.Macam mana nak kerja".
"Papa maksudkan,kerja sambil belajar.Tolong papa apa yang patut.Just papa nak kau tahu pasal syarikat.Belajar tetap belajar".
"Herm,ok pa".Miqael setuju dengan cadangan papanya.Kalau ditolak sudah tentu papanya terasa hati dan hubungan mereka
makin hambar.Inilah peluang untuk dia perbetulkan keadaan dan mengambil hati Datuk Adam.
"Hubungan dengan Suzana, EL dah putuskan.So sekarang EL ada hubungan dengan mana-mana perempuan?"Soal Datuk Adam.
Sebenarnya,dia ingin Miqael berkahwin agar hatinya tuanya senang.Tambahan pula,dia mendapat tahu yang Suzana bekas kekasih anaknya selalu datang kacau.Dia mengetahuinya kerana dia mengupah penyiasat peribadi untuk melihat segala gerak geri anaknya.Ternyata,anaknya berubah.Huh,perempuan macam itu baginya tidak sesuai untuk Miqael.Terhenti suapan Miqael.
"Kenapa pa?"
"kalau kamu ada teman wanita,papa nak nikahkan kamu dengan dia."
"Hah".Miqael terkejut.Tidak disangka Datuk Ilham berkata seperti itu.
"EL,tak ada mana-mana teman wanita la pa".Balas Miqael ringkas.Dalam hatinya berharap agar Datuk Ilham tidak membuat keputusan bukan-bukan.
"Kau percaya pada cinta?"Tanya Haziq pada Nur Amalina ketika selesai bermain skateboard.Tempat lepaknya di taman seperti biasa sambil melihat suasana semula jadi dan kanak-kanak bermain.
"Kenapa kau tanya macam tu?"
Nur Amalina memeluk lututnya dan berpaling ke arah Haziq.Dalam hatinya tertanya.
"Ala kau nih,aku tanya je la".Rengek Haziq manja.Nur Amalina tersenyum melihat Haziq yang keanak-anakan.Dia sudah sedia tahu bahawa Haziq agak manja apabila bersamanya.
"Macam budak-budak".sinis Nur Amalina membalas.
"Huh".Rajuk Miqael.Dipalingkan mukanya,mulutnya muncung.
"Kalau kau merajuk,aku tak pujuklah Ziq.Kalau kau budak-budak,baru aku pujuk".Nur Amalina ketawa,Haziq yang merajuk makin bertambah merajuk,bukannya hendak dipujuk malah ditambah lagi.
"Kau merajuk,tak ada kawan aku nak cakap.So aku balik dulu".
Baru saja Nur Amalina mengangkat pungungnya dari rumput,Haziq membuka mulutnya.
"Ok aku tak merajuk da".Sungguh cepat rajuk Haziq berlalu kerana dia tahu Nur Amalina tidak pandai memujuk.
Nur Amalina tersenyum.Rambutnya yang diikat rapi dilepaskan,terselah kejelitaan gadis ini.Haziq terpana melihat keindahan itu.
"Aish minah nih,tak pernah-penah biarkan rambut dia bebas macam tu.Tiba-tiba je tapi cun lah sumpah aku kata".Bebelnya didalam hati.
"Kau nih kenapa tengok aku macam nak telan je?"Tegur Nur Amalina dengan pandangan tajam Haziq pada masa yang sama Haziq merasakan dia baru berlari 100 kilometer.Adushhh,parah nih.
"Errrrrr,kau...percaya pada cinnn...taaa?"Tanya Miqael teragak-agak.
"Percaya kut tapi kan aku tak nak jatuh cinta."
"Kenapa pulak?"
"Sebab cinta itu menyakitkan.Tengoklah perempuan yang sukakan kau semua kena reject kan?tu tandanya dia orang kecewa dan hati akan sakit".Ujar Nur Amalina.Dia selalu berfikir tentang perempuan yang bercinta dengan Haziq dan Haziq selalu berkata mereka berkawan,bila berfikir kembali sudah tentu mereka akan kecewa dengan cara Haziq.
"Errkkk,tapikan aku kawan je.Dia orang yang lebih-lebih".Miqael membela dirinya.
Betul apa,dia hanya berkawan.Perempuan yang berdamping dengan Haziq hanya lebih-lebih sedangkan Haziq sudah kata mereka kawan bukan berkasih.Perempuan seperti mereka mata duitan dan pengikis kerana setiap kali keluar mesti minta belikan benda yang mahal.Nur Amalina juga kerap keluar dengannya,minta belanja pun tak pernah.Itulah perbezaan mereka dan Nur Amalina.
Bagi Nur Amalina pula penjelasan Haziq bagai angin lalu,lubuk hatinya berkata Haziq memag kasanova.Waima Haziq kasanova,Haziq seorang kawan yang sangat baik.Dalam diam dia memuji sikap Haziq.
Nur Amalina mencapai telefon bimbitnya diatas meja belajar.Ditatap skrin itu,tiada mesej atau panggilan yang menerjah.Semalam juga tiada,yang ada hanya mesej Haziq.Selalunya,Miqael menghantar mesej untuk mengucap selamat malam.Semalam dan hari ini,tiada apa-apa kata dari lelaki itu.Dulu katakan benci tapi kenapa hati tak menentu.Dalam hatinya berkata jatuh cinta.Hatinya tetap menepis.Kata orang jatuh cinta mandi tak basah tapi mandi Nur Amalina basah malah menyegarkan badan.Nur Amalina terfikir dengan perasaan tak menentunya.Ahh tak mungkin,ini pasti perasaan benci pada Miqael menebal.
Nota sikit:Yes,akhirnya ada juga bab untuk kurniakan.Jangan lupa tinggalkan komen anda kerana anda
meningkatkan lagi penulisan saya..hee..
http://www.facebook.com/pages/Coretan-dari-rahsia-hatiku/363727160311130
dan jangan lupa like page tu ea..yang dah like..terima kasih..Zatul hargai anda semua.
Sabtu, 21 Januari 2012
cinta antara kita 8
Awadah berlari untuk mengejar masa.Dia terlewat,baru satu hari kerja sudah buat perangai.Ditekan butang lif untuk ke tingkat7,kondominium mewah majikannya terletak disitu.Sepatutnya dia mula bekerja pada waktu petang tetapi kerana pembentangannya tidak memuaskan hati pensyarah dia ditahan.Terasa lambat lif itu bergerak.Jam ditanggannya menunjukkan pukul 8 malam.
Habislah dia kali ini,janganlah majikannya buang dia dari kerja sebagai pembantu rumah.
Tangannya terketar-ketar untuk membuka kunci rumah.
"Janganlah dia ade masa nih..mintak-mintak tak balik kerja lagi.Amin".Doa Awadah di dalam hatinya.Mukanya bimbang dengan apa yang bakal terjadi.Keadaan di kondominium Aakif Ameer gelap gelita.Hati Awadah lega melihat suasana itu kerana majikannya sudah tentu tidak ada.
Ditekan suis yang berada disebelahnya dan tiba-tiba.
"You late".Ujar suara garau.
Berdebar-debar Awadah mendengar suara itu,tak tahu hendak kata apa.Yang pasti dia hanya diam.
"Kenapa kau senyap.Ada reason tak nak bagi dekat aku?"Soal Akiff Ameer.Pantang baginya orang yang tidak tepati masa dan
mungkir janji.
"Errr".
"What?"Jerkah Akiff Ameer.
"Errr,sorry encik.Tadi saya kena tahan dengan pensyarah."
"Kalau cakap dengan aku pandang.Jangan tunduk.Ke kau saja reka alasan hah?"Jerkah Akiff Amerr.Gadis ini menguji kesabarannya, baru mohon kerja sudah buat hal.
Awadah perlahan-lahan mengangkat wajahnya dan memandang Akiff Ameer.Sifat yang suka melawan sudah tiada kerana kali ini adalah salahnya.
"Betul saya tak tipu".
"kau kena tahan dengan pensyarah sampai pukul berapa?"Suara Akiff Ameer masih tinggi.Tiada riak kasihan terhadap Awadah.
"Sampai pukul 5".Balas awadah
"What?Pukul 5?dalam pukul 6 kau boleh datang sini kan?
"Erk..maaf encik.Saya penat sangat.Tadi saya tertidur.Ujar Awadah dalam takut.
"Penat?Aku rasa tak ada alasan,kau nak tahu sebab benda?sebab kau bekerja and kalau kau nak bekerja buat cara betul".
Suaranya masih keras di telinga.
"Maaf?senang betul kau mintak maaf ye".Ujar Akiff Ameer sinis.
"Ish,mamat.Aku dah mintak maaf boleh plak dia buat hal.ish."Bebel Awadah dalam nada rendah.
"Kau bebel apa tu iman?"
"Eh,boleh tak jangan panggil saya iman encik?"Dalam ketakutan,sempat lagi berbahasa dengan majikannya.
"Kenapa pulak?"Soal Akiff Ameer pelik.
"Panggil saya Wadah cukuplah encik.Tak payah iman."Jawab Awadah.Kini dia sudah boleh berkata-kata dengan jelas tanpa.
takut.
"Ok saya akan pertimbangkan."
"Encik tak payahlah nak pertimbangkan lagi.Beli jew terus encik."Gurau Awadah.Pada masa yang sama sempat lagi dia gelak.
Akiff Ameer hanya tersenyum mendengar gurauan Awadah.Sebuah senyuman dihadiahkan pada Awadah.
"Hensemnya".Desis hati Awadah.
"Esok kau tak ada kelas kan?"
Akiff Ameer yang berdiri menuju ke arah sofa dan melabuhkan punggungnya disofa empuk.Diambil kertas di meja lalu menulis.
Selesai menulis di kertas,dia menyerahkan kertas itu pada Awadah.Awadah hanya berdiri pada tadi tiada pelawaan oleh
majikannya untuk duduk.Sungguh kejam majikannya ini.Rungut Awadah.
Awadah mencapai kertas putih itu dan membaca.
Awadah menahan gelak apabila baca apa yang ditulis.Akiff Ameer yang perasan menghadiahkan sebuah jelingan tajam.Awadah menutup mulutnya dari ketawa.
"Baik encik.Arahan diterima."Ujar Awadah.
"Bagus tapi jangan lambat".
Nota:huhu,macam biasa pesanan Zatul.Jangan lupa komen k..n jangan lupa like page ni di fb
http://www.facebook.com/pages/Coretan-dari-rahsia-hatiku/363727160311130
Habislah dia kali ini,janganlah majikannya buang dia dari kerja sebagai pembantu rumah.
Tangannya terketar-ketar untuk membuka kunci rumah.
"Janganlah dia ade masa nih..mintak-mintak tak balik kerja lagi.Amin".Doa Awadah di dalam hatinya.Mukanya bimbang dengan apa yang bakal terjadi.Keadaan di kondominium Aakif Ameer gelap gelita.Hati Awadah lega melihat suasana itu kerana majikannya sudah tentu tidak ada.
Ditekan suis yang berada disebelahnya dan tiba-tiba.
"You late".Ujar suara garau.
Berdebar-debar Awadah mendengar suara itu,tak tahu hendak kata apa.Yang pasti dia hanya diam.
"Kenapa kau senyap.Ada reason tak nak bagi dekat aku?"Soal Akiff Ameer.Pantang baginya orang yang tidak tepati masa dan
mungkir janji.
"Errr".
"What?"Jerkah Akiff Ameer.
"Errr,sorry encik.Tadi saya kena tahan dengan pensyarah."
"Kalau cakap dengan aku pandang.Jangan tunduk.Ke kau saja reka alasan hah?"Jerkah Akiff Amerr.Gadis ini menguji kesabarannya, baru mohon kerja sudah buat hal.
Awadah perlahan-lahan mengangkat wajahnya dan memandang Akiff Ameer.Sifat yang suka melawan sudah tiada kerana kali ini adalah salahnya.
"Betul saya tak tipu".
"kau kena tahan dengan pensyarah sampai pukul berapa?"Suara Akiff Ameer masih tinggi.Tiada riak kasihan terhadap Awadah.
"Sampai pukul 5".Balas awadah
"What?Pukul 5?dalam pukul 6 kau boleh datang sini kan?
"Erk..maaf encik.Saya penat sangat.Tadi saya tertidur.Ujar Awadah dalam takut.
"Penat?Aku rasa tak ada alasan,kau nak tahu sebab benda?sebab kau bekerja and kalau kau nak bekerja buat cara betul".
Suaranya masih keras di telinga.
"Maaf?senang betul kau mintak maaf ye".Ujar Akiff Ameer sinis.
"Ish,mamat.Aku dah mintak maaf boleh plak dia buat hal.ish."Bebel Awadah dalam nada rendah.
"Kau bebel apa tu iman?"
"Eh,boleh tak jangan panggil saya iman encik?"Dalam ketakutan,sempat lagi berbahasa dengan majikannya.
"Kenapa pulak?"Soal Akiff Ameer pelik.
"Panggil saya Wadah cukuplah encik.Tak payah iman."Jawab Awadah.Kini dia sudah boleh berkata-kata dengan jelas tanpa.
takut.
"Ok saya akan pertimbangkan."
"Encik tak payahlah nak pertimbangkan lagi.Beli jew terus encik."Gurau Awadah.Pada masa yang sama sempat lagi dia gelak.
Akiff Ameer hanya tersenyum mendengar gurauan Awadah.Sebuah senyuman dihadiahkan pada Awadah.
"Hensemnya".Desis hati Awadah.
"Esok kau tak ada kelas kan?"
Akiff Ameer yang berdiri menuju ke arah sofa dan melabuhkan punggungnya disofa empuk.Diambil kertas di meja lalu menulis.
Selesai menulis di kertas,dia menyerahkan kertas itu pada Awadah.Awadah hanya berdiri pada tadi tiada pelawaan oleh
majikannya untuk duduk.Sungguh kejam majikannya ini.Rungut Awadah.
Awadah mencapai kertas putih itu dan membaca.
Kalau tak ada kelas datang pukul 7 pagi sebab kau kena sediakan
aku sarapan.Kalau lewat hanya 5 minit.Gaji kau akan ditolak
sebanyak Rm 50.PAHAM!!!!
Jika ada kelas,kau kena call aku sebab aku akan suruh kau datang pukul
berapa.013-8898000
Ini senarai barang yang kau kena beli pada esok hari.
Ayam
sotong
udang
kangkung
bayam
dan apa-apa yang kau kena beli.Sila tengok sendiri kat dapur apa yang tidak ada.
"Baik encik.Arahan diterima."Ujar Awadah.
"Bagus tapi jangan lambat".
Nota:huhu,macam biasa pesanan Zatul.Jangan lupa komen k..n jangan lupa like page ni di fb
http://www.facebook.com/pages/Coretan-dari-rahsia-hatiku/363727160311130
Selasa, 17 Januari 2012
Untuk mencintaimu 5
Haikal meneruskan suapan dengan selera tanpa memikirkan Fikri Aidil yang masih termenung.Fikri Aidil menguis-guis makanan di dalam pinggan,selera mati.Kalau Aria ada mesti hidupnya bahagia tapi bahagia ke Fikri Aidil selepas seminggu berkahwin,pernikahan berantakan.
"Kau ingat kalau kau asyik ingatkan Ria.Ria datang bagi kau makan,huh aku rasa tunggu kau mati dia takkan datang-datang".Ujar Haikal sinis.Suapan terakhir diteruskan dan Fikri Aidil tetap seperti tunggul.
Badan Fikri Aidil susut,mukanya muram tiada berseri.Pilu hatinya dengan kejadian yang terjadi.
"Kau rasa aku buat kesilapan ke kahwin dengan Ria?"
"Sudahlah Fik,jangan fikir masa lalu.Kau kena kuatkan semangat tau tak.Kau kena mulakan hidup baru tanpa memikirkan dia.Kau kena pandang ke hadapan jangan toleh lagi kebelakang."Nasihat Haikal,Fikri Aidil bungkam tanpa kata.
"Baik kau makan Fik,aku tengok badan kau susut."
2 bulan telah berlalu,kini Fikri Aidil telah hidup seperti biasa cuma perangainya menjadi pendiam.Tiada lagi emel dan sms untuk dihantar kepada Aria.Dia reda dengan ketentuan hidup ini,mungkin tiada jodoh diantara Fikri Aidil dan Aria.Aria bukan tercipta dari tulang rusuk Fikri Aidil seperti hawa dan adam.
Dia juga telah ambil alih syarikat sepenuhnya dengan pertolongan Haikal.Jika tiada haikal siapalah dia sekarang.
"Fik,esok kau jangan lupa ya."Ujar Haikal sekaligus menghentikan lamunan Fikri Aidil.
"Ada apa dengan esok?Aku rasa meeting dengan Tan sri Izzad petang nanti and waktu lunch nanti ada meeting dengan Syarikat Iqwan tentang pembinaan rumah".Balas Fikri Aidil pada masa yang sama dia cuba ingat tentang hari esok.Diketuk-ketuk pen ke meja.
"Alahai kau nih Fik,esok ada interview penolong pegawai pemasaran.Tak kan tak ingat kut".
"Eh yeke,bukan kau ke yang handle."
"Ish kau ni,jadi macam hari tu kau marahkan aku.kata penolong tu menyusahkan kerja kau la apa la,bla bla bla la.Pening aku dengar rungutan kau tau tak".
Fikri Aidil hanya memandang Haikal sekilas dan kembali meneruskan bacaannya yang kembali tertungak.
"Haikal,aku rasa laporan nih ada sikit masalah lah.Sape yang buat nih?"Soal Fikri Aidil.Hatinya panas dengan kesilapan yang dilakukan oleh bahagian kewangan.
"Erk,kau cakaplah dengan dia nanti".
"troublesome,siapa yang buat laporan nih.Takkan Ilham buat salah kot,tak penah-penah buat salah".
"Dia budak baru tu."Ujar Haikal untuk meredakan kemarahan Fikri Ilham.
"Budak baru yang boleh bankrupkan kita.ish sakit hati aku."
"K lah aku cau lu.Jangan marah sangat,dia kan budak baru.Tegur dia elok-elok".Nasihat Haikal.
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Membuak cemburu didada Fikri Aidil melihat tunangan kesayangan bermesraan dengan lelaki Inggeris di sebuah restoran terkemuka.Wajah Aria kelihatan berseri-seri dan bahagia disamping lelaki itu.Fikri Aidil membuat telahan yang lelaki itu mungkin rakan satu pejabat atau rakan lama.Itulah kata-kata pada hatinya untuk menutup segala kegusaran yang telah timbul sejak tadi.Fikri Aidil duduk dihujung yang agak tersorok dengan pengunjung lain memudahkan dia mengintip Aria dan lelaki yang tidak dikenali.Puas diamati siapa lelaki inggeris itu,adakah kawan lamanya tetapi tidak temui jawapan.Untuk pergi ke Aria mustahil kerana dia ingin melihat Aria dan lelaki itu dari jauh.Lelaki Inggeris ini adalah saingan terhebatnya waima dia telah bertunang dengan Aria tetapi hatinya masih ragu-ragu.
"Aku tak akan biarkan lelaki itu memiliki Aria".Desis hatinya.
Semakin lama menonton adegan mesra itu,semakin hatinya rasa sakit bagai dicucuk sembilu.
"Ria,kita kahwin dalam masa terdekat ni?"Ujar Fikri Aidil,matanya masih tertumpu pada pemanduan.Aria yang mendengar terkejut dengan keputusan Fikri Aidil.
"Cepatnya Fik.Bukan ke dalam tahun depan kita akan nikah.Baru 2 bulan kita bertunang".Gusar hatinya dengan keputusan Fikri Aidil yang ingin menikah awal dari tarikh sebenar.Wajahnya dimaniskan agar rahsia tidak terbongkar.
"Fik tak sabar nak nikah dengan Ria.Fik nak Ria jadi milik Fik sepenuhnya atau dalam erti kata lain ikatan yang sah".Ujar Fikri Aidil dalam separuh berbisik menimbulkan suasana romantik walaupun didalam kereta.
Fikri Aidil melemparkan senyuman yang menawan dan Aria mengangguk setu dengan keputusan tunangnya.
"Ah bantai je lah.Pandai makan pandai lah tutup lebih-lebih lagi dengan papa.Tak adala papa nak masuk campur".Omelnya didalam hati.
Hanya dengan sekali lafaz,Aria sudah menjadi isteri yang sah kepada Fikri Aidil.Pada upacara membatalkan air sembahyang,tidak berkelip mata Fikri Aidil melihat kecantikan wajah isterinya.Jatuh cinta untuk kali kedua dan seterusnya.
"Fik janji akan bahagiakan Ria".Bisik Fikri di telinga Aria setelah mengucup dahi isterinya.Hakikatnya,dia amat mencintai isterinya.Aria menghadiahkan senyuman dan buat kali kedua Fikri Aidil terpana.
"Mic,you boleh tak jangan kacau I?I dah married you tahu tak.I janji I akan jumpa you nanti."Ujar Aria di telefon bimbit.Hari ini adalah hari pernikahannya dan kekasih gelapnya menelefon untuk berjumpa.
Talian diputuskan agar Fikri Aidil tidak syak wasangka terhadapnya.Hatinya juga bimbang jika Fikri Aidil mendapat tahu.
"Hai sayang".Sapa Fikri Aidil.Tanggannya melingkarki pinggang ramping isterinya dan mengucup bibir serta kedua-dua pipi.
"I love you so much".Bisik Fikri Aidil mengoda,matanya menatap anak mata Aria.Serba salah Aria untuk membalas lalu tunduk.
"Kenapa?"
"Err,tak ada apa-apa.Ria cuma berdebar.Yela,errr".
Dipaut dagu runcing Aria untuk menatap wajahnya,dihadiahkan senyuman menawan bertambah menyerlah ketampanan wajahnya.
"Kitakan dah jadi suami isteri,so tiada lagi istilah malu baby".Ujar Fikri Aidil dan terjadilah malam istimewa buat Fikri Aidil.
Dua minggu menjadi suami kepada Aria menyeronokkan tetapi disebaliknya Aria lebih berpura-pura setia dan gembira.Dibelakangnya,Aria main kayu tiga dengan lelaki lain.
"Fik,aku nak cakap something dengan kau.Aku harap kau tak marah".Ujar Haikal ketika selesai bermesyuarat dengan pelanggan.Fikri Aidil hairan dengan bicara rakannya untuk meminta izin bercakap.
"Eh,sejak bila kau pandai minta izin dengan aku.Selalu pakai redah je".
"Erkk,kau bahagia dengan Ria?"Soal Haikal agak ragu-ragu.Tersentak Fikri Aidil dengan pertanyaan sahabatnya.
"Kenapa kau cakap macam tu Kal?aku cintakan Ria sepenuh hati aku.Dah la,kau nak cakap apa lagi?"
"Abaikan apa yang aku nak cakap tadi".Ujar Haikal.Sebenarnya dia ingin bercakap tentang Aria tapi bila kata-kata sahabatnya yang cukup tegas.Dia berfikir sejenak,mungkin Fikri Aidil bahagia hidup dengan Aria.Bila difikirkan lagi hatinya resah mengenangkan perangai Aria tempoh hari dengan seorang lelaki.Lebih baik abaikan saja.
"Cakap je lah.Kau nak cakap pasal Aria?kau tahu tak,kenapa aku nak kahwin dengan Ria awal?.
"Kenapa?"Soal Haikal ingin tahu.
"Sebab masa aku bertunang dengan dia.Aku ada nampak dia dengan seseorang,kau tahu tak hanya tuhan je yang tahu isi hati aku bro.Bila aku fikir balik,lebih baik aku kahwin je dengan Ria sayang aku tu.Aku nak dia jadi milik aku sepenuhnya dan sekarang hasilnya aku bahagia sangat,sangat dan sangat."Ujar Fikri Aidil bahagia.
"Kau tak siasat dia dulu?hei Fik,manalah tahu belakang kau dia mainkan kau?"Duga Haikal.
"Huh,kau saja nak naikkan darah aku .Okey,apa masalah kau sebenarnya nih Kal?Masa aku bercinta kau selalu cerita pasal Ria and masa aku bertunang dengan Ria kau still cakap keburukan Ria.Now,aku dah kahwin dengan Ria kau tetap cakap tak baik pasal dia.Asal hah?"Tengking Fikri Aidil.Hilang kesabarannya dengan Haikal.Haikal dalam dilema,ditelan mati emak diluah mati bapak.Fikirannya buntu,antara persahabatan dan juga hidup Fikri Aidil.Ahhh,biarkanlah.Lihat sahaja dan tunggu.
Psttt:macam biasalah pesanan zatul.jangan lupa tinggalkan komen sbb sush nak cri ilham nih..huhu..kecian2 lah kat kite k..
http://www.facebook.com/pages/Coretan-dari-rahsia-hatiku/363727160311130?sk=wall
wahaaa..yng blm like page cdrh..sila lah like..terima kasih bnyk diucapkan..
untuk watak yang terbaru..jngn lupa iaitu heroinnya akan mcul bab seterusnya...
Hanya di Area kuantan
ANDA TINGGAL DI AREA KUANTAN DAN BERMINAT UNTUK BELI ARNAB..
JANGAN LUPA TINGGAL PESANAN PADA SAYA...
Langgan:
Catatan
(
Atom
)


