Sabtu, 24 Disember 2011

Kurnia 10

"Miqael".Panggil satu suara dengan sayu.Wajahnya penuh dengan kesedihan.
Miqael yang baru pulang dari kampung Nur Amalina,menoleh kebelakang.Berubah air muka apabila melihat perempuan ini.Sebuah senyuman sinis dilemparkan.Menyampah mula menjelma dalam dirinya.
"Kau nak apa lagi betina?Tak cukup lagi ke kau nak seksa hidup aku?"Ujar Miqael keras.Kalau diikutkan hatinya ingin sahaja dia menampar perempuan ini.
"Sampai hati you,El".Luah Suzana.Wajahnya sayu memandang ke arah Miqael dengan penuh kerinduan.
Miqael mendengus kasar dan tanpa menoleh lagi,kakinya melangkah masuk ke dalam rumah mewah.Beg di dalam kereta di sebelah penumpang dibiarkan sahaja.Nanti boleh ambil yang penting dia ingin cepat-cepat berlalu dari sini.
"Miqael".Jerit Suzana kuat.
"Jangan buat I macam nih.Su sayang sangat dengan miqael.Su tak boleh hidup tanpa El tahu tak".Luah Suzana dalam sedu.Air matanya mengalir lagi.
Miqael mengeluh perlahan,hatinya cukup terseksa.
"Sudahlah Su,hidup kita da berakhir.Biarlah I cari kebahagian I sendiri.Su carilah kebahagian Su."Ujar Miqael lembut tanpa menoleh ke arah Suzana.Matanya dipejam sekejap untuk mencari kekuatan.kali kedua,dia mengeluh lagi.
"Su tak nak El.Su nak El,Su nak El.Tolonglah jangan buat Su macam nih.Su nak El".Rayu Suzana,badannya jatuh terjelopok.Wajahnya tunduk.
Miqael melangkah ke arah Suzana dan memegang kedua-dua tangan wanita itu untuk membantu Suzana bangun.Suzana hanya turut dan merenung Miqael.
"Su,dengar nih apa yang El nak cakap.Hubungan kita dah berakhir dan El tak nak hubungan kita seperti dulu.El dah cukup terseksa."Ujar Miqael dengan lembut dan matanya merenung ke anak mata Suzana.Suzana membalas renungan itu.
"Jangan cari El lagi".
"Tapi".
"Tolonglah Su".Ujar Miqael separuh merayu tapi dengarkah Suzana.Jari kasar Miqael mengesat air mata yang mengalir dengan sapu tangan.
"Ada orang yang lebih baik dari El".
"Su tak nak El".Jerit Suzana agak kuat.Tangannya menampar pipi kanan Miqael.Miqael bungkam,apa lagi yang hendak dikatakan.Hatinya sudah tiada pada Suzana.Tidak mengertikah wanita ini.



Nur Amalina melabuhkan punggungnya di tilam empuk ini.Ikatan rambut dibuka dan rambutnya dilurutkan perlahan dengan jari.Badannya direbahkan.Tadi,dia menumpang kereta Miqael.Sebuah senyuman terukir dibibirnya.Kenangan dikampung berlayar difikirannya bagai wayang.Untuk kedua kali dia tersenyum lagi.

                      Kenangan dikampung

"Ehhh,Amal.Kalau aku nak cakap sesuatu boleh tak?"Ujar Miqael ragu-ragu.Nur Amalina leka memegang pancing lalu menoleh ke sebelah apabila mendengar Miqael bersuara.
"Nak cakap cakap la.Tu pon nak mintak izin ke?selalu pakai redah je".Balas Nur Amalina bersahaja.
"Kalau..".Ujar Miqael teragak-agak.Mulutnya bagaikan terkunci untuk berkata-kata lebih lanjut.
"Kalau apa?"Jerkah Nur Amalina tiba-tiba.Terkejut Miqael mendengar jerkahan itu,mujurlah dia tiada penyakit alamatnya sudah jalan.
"Kau nih buat terkejutkan aku jew la".
"Dah kau tu,kalau,kalau macam budak-budak ribena."Bidas Nur Amalina dengan agak geram.
"Kalau aku nak kenal kau lebih rapat boleh tak?"Tanya Miqael penuh berharap.Nyamuk yang hinggap ditangannya,ditampar.
"Macam aku dengan Haziq ya?nak jadi kawan baik.Okey je bro tapi sanggup ke kau nak kawan dengan aku.Yela aku nih jenis cakap lepas".Nur Amalina berterus terang.
"Erkkk tak,tak".
"Dah kau nak jadi kawan cari pasal dengan aku?"Ujar Nur Amalina lantang.
"Eh,tak la Amal".
"Habis apa?"Soal Nur Amalina.Difokusnya pada aktiviti memancingnya.
"Aku nak kawan dengan lebih rapat".
"Lah samalah macam aku dengan Haziq.Kawan baik gitu."Balas Nur Amalina dengan lurus.
"Yela".Miqael mula mengalah.


                   Kini
Nur Amalina bangkit dari pembaringan.
"Betul lah.kawan macam aku dengan Haziq".Desis hatinya.
Kakinya melangkah ke almari pakaian lalu dibuka.Diambil baju T-shirt lengan pendek berwarna biru dan seluar trek.Nur Amalina pergi ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat asar.




Selesai solat asar,Miqael turun ke dapur untuk minum.Tekaknya sungguh haus.
"Papa".Tegur Miqael.Dicapai cawan dikabinet atas.
"Awalnya papa balik hari ini".Ujar Miqael ramah.
"Kau tak suka aku balik awal ke?"Kedinginan jelas terpancar di wajah papa Miqael.Miqael bungkam mendengar kata-kata itu.Hatinya sekali lagi menjadi pilu.
"Bukan papa.El cuma terkejut papa balik awal hari ini.Selalu papa busy".
"Kalau aku balik awal.Itu bukan urusan kau".Tengking Papa.
"Papa".
"Kau nak apa?Nak balik pada perempuan tak guna tu ke?Kalau kau nak balik pada dia,aku kahwinkan kau dengan orang lain.Biar tak kaya pun asalkan hati baik".Ujar Dato' Muzaffar kasar.Miqael tidak jadi minum,cawan diletakkan di atas meja.
"Papa,bukan itu niat El.El takkan lukakan hati papa lagi".
"Huh".
"Pa walaupun apa yang terjadi El tak kan  sesekali kembali pada dia.Itu janji El".Miqael mengikat janji.Tangan kanan Dato' Muzaffar dipegang Miqael dan dikucup penuh kasih sayang.
"El hanya ada papa.El dah tak ada mama."Sayu sungguh suara Miqael.Tersentuh hati Dato' Muzaffar dengan kata-kata anaknya.Ego masih belenggu dalam dirinya,tidak ditunjukkan kasih sayang pada anak ini malah menarik kasar tangannya.Sekali lagi Miqael bungkam dengan kelakuan papanya.
"Insyaallah papa.El akan lunaskan janji El dan El akan banggakan papa".Tekad Miqael.Wajahnya kembali bersemangat.Tiadakah peluang untuk dirinya atau papa betul-betul benci akan dirinya.Perasaan sedih bertamu dikalbu tetapi dibiarkan angin mengusirnya dengan lembut agar hatinya tiada cedera dengan masa lampau.
"Aku nak kau buktikan.Majukan syarikat aku kalau kau sudah habis belajar."
"Baik papa".Miqael menyahut cabaran yang diberi papanya.Cawan dimeja diambil dan dituang air putih.
"Malam nih ada tetamu,kawan papa dengan keluarganya.Papa harap kamu dapat turut sertai".Ujar Dato' Muzaffar.Suaranya mula kendur apabila bercakap dengan Miqael.


"Miqael"Laung satu suara dari belakang.Miqael yang hendak membuka kereta tidak jadi lalu kepalanya menoleh ke belakang dan tergamam.
"Mana dia tahu aku belajar kat sini".Ngomel Miqael.Belum sempat Miqael hendak masuk kedalam kereta,lengannya dipaut kuat menyebabkan Miqael hampir-hampir jatuh.
"Kau nak apa lagi perempuan?"Tengking Miqael lantang.Mukanya merah-kemerahan menahan amarah yang mula terbit.
"Janganlah tengking Su".Ujar Suzana sedih.Air matanya hampir mengalir tetapi cuba ditahankan.
"Dah kau nak aku cakap macam mana lagi.Cakap lembut?kau tak reti bahasa.Aku tau macam mana nak buat.Cakap dengan kau kena kasar-kasar sebab kau nih bodoh sangat".Sungguh lantang Miqael bersuara tanpa memikir perasaan Suzana masa ini.Suzana tertunduk malu,ramai pelajar kolej di sini memandang ke arah mereka berdua.Ada yang berbisik sesama sendiri,ada yang buat tak tahu dan ada juga yang terkejut dengan suara kasar Miqael.
"Janganlah tengking Su lagi.Su malu El."Ujar Suzana dalam nada sedih.Mukanya tidak berani menatap wajah Miqael.
"Dah aku cakap lembut.kau bengap sangat kenapa".Balas Miqael dalam nada perlahan tetapi cukup pedas.
Akhirnya,air mata Suzana tetap mengalir deras.
Nur Amalina yang melihat drama sebabak terkaku.Mulutnya terkunci dan dia tergamam melihat perangai Miqael yang tidak hormatkan wanita.
"Jangan menangis aku tak suka".Bibirnya dibawa hampir ke telinga Suzana,cukup keras apa yang dikata.
"Su nak El".Rengek Suzana.Miqael meluat dengan gaya Suzana yang tak faham bahasa.
"Aku tak nak kau lah.Kau paham tak".Jerkah Miqael kuat.Suzana menanggis lagi tersedu sedan.
"Pergi dari sini Suzana".Ujar Miqael lembut.Mengalah kali ini.
"Tak nak".
Kesabaran Miqael sudah berakhir.Dia naik angin kali ini.Tangan Suzana dipulas kebelakang,Suzana merengek-rengek menahan sakit tetapi tidak di endahkan oleh Miqael.
"Aku cakap pergi.Pergi lah betina bangang."Tengking Miqael sekali lagi dan menolak Suzana sehingga jatuh.
Nur Amalina yang melihat drama itu terkejut dengan tindakan Miqael.Hatinya bungkam tanpa kata dalam diam tertanam benci akan sifat Miqael yang kejam tanpa dia sedari siapa yang salah.Kakinya melangkah ke arah Suzana yang menanggis dalam keadaan tunduk dilantai.


"Cik okey".Sapa Nur Amalina lembut.Suzana mengangkat kepala melihat perempuan yang menegurnya dan menggelengkan kepala.Dia meraung sekuat hati menyebabkan pelajar yang lalu lalang memandang pelik.
Nur Amalina menghulurkan tangan kanannya untuk menyuruh Suzana bangkit.Suzana mencapainya dan perlahan-lahan Suzana bangun.
"Cantik"Desis hati Nur Amalina.



Nota:kalau bagi komen mesti saya lagi semangatkan..Terima kasih yang sudi membaca dan jangan malu-malu untuk komen

1 ulasan :

  1. wahh.. cite dh mkin bkembg.. n prsaan bnci dlm diri amaliona dh mule muncul balek.. kesinambungn mbuatkn pmbaca t'tnye2 akn kelnjutn crite.. gudjob ain.. :)

    BalasPadam