Selepas solat subuh,Rina mencapai beg pakaian di atas almari.Niatnya hanya satu untuk bergegas balik ke Kuala Lumpur selepas sarapan nanti.Pakaiannya dilipat cantik dan diletakkan di dalam beg.Setelah selesai,
kakinya melangkah ke dapur untuk menyiapkan sarapan buat keluarga tersayang termasuk untuk lelaki yang baru dikenali semalam.Mula- mula sekali dia ingin memarut kelapa kerana ingin membuat nasi lemak pada pagi ini.Setelah siap memarut kelapa,Rina pergi ke belakang rumah untuk mengambil daun pandan.
Rina bertungkus lumus menyiapkan nasi lemak dan akhirnya siap.Setelah berpuas hati,dihidangkan makanan diatas meja.Jam sudah menunjukkan 7.30 pagi,dia ingin memanggil emak dan kakak untuk makan.Mungkin emak kepenatan sebab itulah tidur selepas solat subuh.Sebagai anak perempuan,dia mengambil alih tugas emaknya.
"Mak,bangun.Jom sarapan,Rin sudah siapkan sarapan untuk kita".Rina mengejut emaknya dari tidur.Diusap bahu emak dengan penuh kasih sayang.
"Jap lagi emak datang ye Rin.Pergi ajak akak dengan Rul makan".Pesan emak.Rina hanya mengangguk dan menuju ke bilik kakaknya.Diketuk pintu itu agak kuat agar kakak dengar dan tersedar dari tidur.
"Akak,bangunlah makan".Ujar Rina.
"Ye,jap lagi akak datang.Dik,tolong kejutkan Rul taw".Laung Alia dari dalam bilik.
"Ish,asal plak aku kena kejut si mamat uh".Gumam Rina tapi dipaksa juga kakinya melangkah ke bilik tamu.
Dalam keadaan malas,Rina mengetuk pintu itu.
"Aku nak panggil apa pula mamat nih.Abang?euw,geli aku.Belum tentu jadi abang ipar.Awak?tak kuasa aku nak panggil gitu.Jadi,aku nak panggil apa?"Ngomel Alia dihadapan pintu.Sebaik sahaja Rina ingin mengetuk pintu dihadapannya ini,terlebih dahalu pintu itu terbuka lalu terpancul wajah Hasrul Rizal dengan wajah mengoda.Rina yang belum keadaan bersedia tergamam sebentar.Weh,fokus-fokus.
"You buat apa kat bilik nih?"Ujar Hasrul Rizal dengan senyuman manis.Anak rambut yang jatuh didahi,dilurutkan ke belakang.
"Nak panggil makan.Tu je".Balas Rina,mukanya dibuat selamba habis.Usah mahu ayu-ayu kerana lelaki dihadapannya ini kasanova.Eh,teringat pula lagu stacy.
"Owh,you yang masak ke?Soal lelaki ini.Senyuman masih dibibir.Lelaki ini tidak penat agaknya tersenyum pada tadi.Bukan ke senyuman tu satu sedekah?tapi lelaki ini bukan bersedekah tapi lebih kepada miang!
"Tak beli".Sebaik habis menjawab soalan lelaki itu,Rina beredar cepat dari situ.
"Mak,nanti Rina nak balik ke KL da tiba-tiba ada emengercy pula".Tipu Rina sewaktu mereka menikmati nasi lemak buatan Rina.Nyum-nyum,sungguh sedap.
"Bukan ke Rina nak duduk sini seminggu.Ni baru 3 hari kan?"Soal emak,wajah tuanya terpamer kesedihan.Bukan senang mahu berjumpa Rina di kampung.Sudahlah,Rina selalu sibuk dengan kerjayanya.
"Mak jangan sedih taw,bulan depan kan akak mahu tunang.Nanti Rina cuti lagi taw."Pujuk Rina.Disuapkan nasi lemak kepada emak.Emak membuka mulut dan mengunyah perlahan-lahan.Wajah tua itu tersenyum mendengar bicara anak bongsu.
"Betul?"Alia pula meminta kepastian dari adiknya.Rina hanya mengangguk dan mengangkat dan menunjukkan peace ke arah kakaknya.
"Janji kak.Cuti Rin banyak lagi,nih pon kena balik sebab ada hal".Terang Rina.Hasrul Rizal hanya mendengar bicara antara adik dan kakak,tiada niat untuk menyampuk.Hasrul Rizal hanya menikmati makanan itu.
"Weh Rin,hari ini hari isnin kan.Awalnya kau balik,bukan ke kau mintak cuti lama sebab rindukan emak dan kakak kau?"Soal Azean.Sebenarnya,dia pelik melihat kelibat teman pejabatnya yang datang ke pejabat hari ini sedangka Rina memohon cuti yang agak lama.Lihat sahaja tubuh Rina yang terpacak di pejabat,Azean terus datang menyibukkan diri untuk bertanya atau terlebih mengambil berat.
"Aku banyak kerja la nak buat.Bulan depan aku nak mintak cuti lagi,kakak aku nak tunang."Jawab Rina.Fail di atas mejanya dibuka dan membaca sekilas.
"Eh,kakak kau yang baru balik dari jerman tu ke??
"Yela,aku kan ada kakak sorang je".Ujar Rina,tangannya menyusun satu persatu fail agar senang dia membuat kerja.Laptopnya dibuka.
"Eh,kau tau kan.Minggu depan pengarah baru akan masuk.Hari jumaat hari tu,dia ada datang sini.Rugi taw kau tak ada".Azean sudah membuka cerita dan melabuhkan punggungnya di kerusi.Matanya memandang Rina yang masih tekun menyusun fail.
"Ermmm".
"Ler,aku ingatkan kau nak cakap apa tadi.Tak silap aku,selasa minggu depan.Tapikan aku peliklah,kenapa Shah pandang dia macam tak suka je".Luah Azean yang musykil dengan perangai Shah Rizal.
"Manalah aku taw".
"Ala kau kan rapat dengan Shah,tanyalah dia".
"Hello,aku hanya kawan je.Bukan kekasih atau wife dia".Ujar Rina dan kini menumpukan perhatian pada laptop.
"Dia kan suka kau.Mana tau nanti dia jadi husband kau.Fuh,kalau aku lah kan tak kan lepas lelaki macam tu.Dah lah segak."Azean memberi pandangan.Rambutnya yang panjang diikatkan dengan getah rambut yang sedia ada di tangan.Rina hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.Tiada ucapan yang ingin dikatakan.
Shah Iman berbesar hati apabila namanya disebut oleh Azean.
"Ehem".Shah Iman berdehem disebalik pintu pejabat Rina.Kakinya melangkah lebih dekat dan berdiri disebelah Azean.
"Awal you balik Rin?"Shah Iman merenung dalam wajah Rina,mungkin terlalu rindu waima hanya 3 hari tidak berjumpa.
"I banyak kerja".Rina menghulurkan fail biru kepada Azean.Ditoleh kekiri untuk melihat fail berwarna merah yang ditinggalkan sebelum pulang ke kampung.Fail itu juga diberi kepada Azean.
"You all dalam bilik I nih,curi tulang ya?I ngadu kat bos baru taw".Ugut Rina bersahaja.Akhirnya,mereka bertiga gelak sakan.
nota:maaf lambt update cerita nih..tak ada idea nak buat..harap korang boleh terima dan kalau salah tolong tegur...
Assalamualaikum dan selamat datang ke teratak comot Zatul...Jangan lupa tinggalkan pesanan setelah anda jejaki blog ini dan sentiasalah mengucap syukur kepada Allah..Salam sayang dari Zatul.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan