Nur Amalina hanya memandang gelagat Miqael dan Haziq yang sanggup menggopek kelapa apabila babahnya mengatakan mahu membuat rendang ayam,terus sahaja mereka menawarkan diri untuk melakukan kerja.
Miqael??bagaimana Miqael boleh berada dikampung.Ini semua gara-gara Haziq yang memujuknya.Katanya Miqael mahu merasa suasana kampung dan teringin sekali pergi ke kampung.Akhirnya,Nur Amalina setuju.
"Budak bandar kalau buat kerja kampung memang tunggang langgang".Desisnya.
Peluh hangat mengalir didahi Miqael lalu dikesat dengan tangan.Cuaca hari ini betul-betul panas.Haziq pula mengibas tangannya ke muka untuk menghilangkan panas.Datang ke kampung Nur Amalina adalah kedua kali,yang pertama adalah tahun lepas semasa cuti semester.Hakikatnya,pengalaman baru yang dapat apabila bercuti di kampung dengan dapat menghirup udara yang segar.
"Dah siap?"Tanya babah kepada kedua-dua pemuda ini.Sebuah senyuman terukir dibibir waima mereka adalah orang bandar tetapi sanggup menolongnya.Babah mengangguk-angguk kepala dan menghadiahkan sebuah senyuman.
"Sudah pakcik".Balas Miqael dan Haziq serentak.Kelapa yang sudah dikopek sebentar tadi disusun rapi disebelah pondok yang ditempatkan khas untuk buah kelapa.
"Nanti,2 biji kelapa ni tolong bagi kat mak cik.Mak cik ada kat dapur tu ha".Ujar Babah,mulutnya dimuncungkan menunjukkan bahawa ibu Nur Amalina ada di dapur.Miqael dan Haziq mengangguk kepala.
"Erkk,pak cik lepas nih.Boleh tak bawak kita orang pergi sawah?"Ujar Miqael,mukanya kelihatan penuh berharap.Sebenarnya,ini kali pertama dia menjejak kakinya ke kampung.Papa dan mummy Miqael adalah orang bandar.Jadi sewaktu raya,Miqael hanya beraya dibandar atau di luar negara.
"Boleh Miqael.Nanti Pak cik bawakkan".
"Ermm.Terima kasih pak cik".Ucap Miqael ikhlas dengan senang hati.Hatinya benar-benar teruja.
"Pak cik.Saya?tak kan nak ajak Miqael saja".Ujar Haziq dalam nada merajuk.
Babah Nur Amalina dan Miqael ketawa dengan sikap keanak-anakan Haziq.Dari jauh,Nur Amalina memerhati kelakuan mereka.Sebuah senyuman terukir dalam diam.
"Amal,nanti siang ayam".Ibu sudah memberi arahan.Tangannya ligat mengupas bawang merah dan bawang putih.Selepas itu,bawang merah dan bawang putih dikisar halus.
Nur Amalina menggoreng ayam terlebih dahulu agar ayam tidak cepat basi nanti apabila sudah menjadi rendang.Serbuk kunyit dan garam diletakkan pada ayam dan digaul lalu digorengkan.
"Amal,kelapa parut sudah diperah?"Tanya ibu.
"Belum bu".Jawab Nur Amalina.Api diperlahankan agar daging ayam tidak terlalu garing.
"Bawak kelapa parut dekat ibu.Jangan lupa ambil air sekali".Pesan Ibu.Sebaik sahaja mendengar arahan ibu,terus sahaja Nur Amalina menjalankan tugasnya.Bahan-bahan untuk membuat rendang ayam sudah disiapkan.Kini,tinggal untuk memasak.
Bawang putih dan bawang merah ditumiskan terlebih dahulu.Selepas itu,dimasukkan bahan dan digorengkan sehingga berbau wangi.Setelah masak,bahan-bahan tadi.Ayam diletakkan dan serai.Dikacau-kacau agar tidak hangus dan tunggu kering.
Nur Amalina melihat ibunya memasak dan sesekali menolong.Kecur air liur apabila melihat rendang ayam sudah siap.
"Dah jangan mengada nak meratah.Tunggu babah,Haziq dan Miqael balik dulu".Ujar ibu.
"Dia orang pergi mana?"
"Sawahlah.Miqael tu teringin sangat nak pergi sawah.Orang bandar katakan Amal.Bila tinggal kat kampung.Itu jadinya".Ibu berkata panjang.Mangkuk diambil untuk mengisi ayam.
"Nasi dah masak belum?"Soal ibu.
"Sudah bu".Jawab Nur Amalina ringkas.Nur Amalina mengambil mangkuk di rak bawah untuk mengisi nasi lalu dihidangkan ke atas meja makan.
"Sedap mak cik masak".Puji Miqael.Dicedok nasi kedalam pinggan.Sudah dua kali dia tambah.Lama betul,dia tidak merasa rendang ayam sejak tinggal di Sepanyol 6 tahun dahulu.Nur Amalina hanya mencebik bibir mendengar kata-kata Miqael.Haziq pula sungguh leka menikmati makanan.
"Amal pandai masak tak mak cik?"Tanya Miqael secara tiba-tiba.
"Mamat nih,pasal apa pulak.Sibuk tanya aku pandai masak ke tidak".Rungut hati Nur Amalina.Wajahnya dimasamkan dan Miqael menaikkan kening ke arah Nur Amalina.Nur Amalina mendengus geram.
"Pandai memamg pandai Miqael tapi Amal nih pemalas.Ada satu hari tu,mak cik suruh dia masak.Ada ke patut ditinggalkan sekejap gara-gara nak tengok cerita.Apa lagi hangus la".Ibu Nur Amalina membuka bicara.Miqael tersenyum sinis,bertambah sakit hati Nur Amalina melihat.
"Ibu."Tegur Nur Amalina.Mukanya dicemberutkan.Haziq hanya tersenyum mendengar bicara Ibu.Diteruskan suapan.
"Apa senyum-senyum Ziq"Marah Nur Amalina,ditunjukkan penumbuk.Babah membulatkan mata dan Nur Amalina senyap.
"Elok sangatlah tu,anak dara buat macam tu.Nak jadi betina ke jantan Amal?"Bebel Babah.Mukanya diseriuskan sehabis mungkin agak terkejut dengan tindakan kurang sopan Nur Amalina.
"Tak pe pak cik.Amal tu main-main je".Bela Haziq.Kesian melihat Nur Amalina dimarahi oleh babah.
"Betul tu pak cik.Amal nih memang suka main-main".Miqael menyokong Haziq.
Nur Amalina menghabiskan suapan terakhir dan bangun dari kerusi.Sempat lagi dia menoleh memandang Miqael dan menghadiahkan sebuah jelingan manja apabila Miqael turut sama memandangnya.Miqael tersenyum simpul dengan perangai Nur Amalina yang agak kasar.
"Kenapa senyum-senyum Miqael?Ada apa yang lucu ke?"Soal ibu pelik.
"Errr,tak ada apa-apa mak cik.Senyumkan satu sedekah".Miqael menjawab dengan sebuah senyuman manis.Hatinya lega apabila Ibu turut membalas dan tidak berkata lagi.
"Kamu dulu tinggal di sepanyol?"Tanya Babah.Nur Amalina pula membasuh pinggan hanya memasang telinga mendengar percakapan mereka.Hatinya terasa ingi tahu tentang Miqael.
"Yup pak cik.Masa umur saya 18 tahun lagi.Saya sambung belajar disana tapi sebab ada masalah saya terpaksa berhenti.Sebab itulah saya sambung belajar disini".Ujar Miqael.Air sirap diteguk perlahan-lahan.
"Tak pelah Miqael.Masalah tu satu ujian pada kamu tapi kerana semangat kamu teruskan juga belajar.Pak cik bangga ada anak muda macam kamu yang tidak mudah mengalah".Puji babah.Nur Amalina yang sedang basuh pinggan hanya tersenyum mendengar kata-kata babah.Babah seorang penasihat yang baik dan tak pernah melemahkan semangat orang lain.
"Terima kasih pak cik".
"Haziq tambah lagi.Jangan segan-segan".Ibu Nur Amalina berkata kepada Haziq dan dihulurkan mangkuk yang berisi rendang ayam kepada Haziq.Haziq menyambutnya dan kali ini hanya diratah ayam itu.Yummy,sedap betul.
"Mak cik kalau saya datang sini lagi.Jangan lupa masak rendang ayam."Pesan Haziq.Dicubit peha ayam lalu dimasukkan ke dalam mulut.Nur Amalina sudah melabuhkan punggungnya dikerusi tadi lalu meneguk air sirap.Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Haziq.Mereka terlalu murah dengan senyuman.
Nur Amalina bersenang lenang dipondok berhadapan pemandangan sawah padi yang sangat canti.Nur Amalina menghirup udara dengan sepuas-puas hati.Matanya dipenjamkan untuk menikmati udara yang sangat segar.
"Hei".Tegur satu suara.Nur Amalina terus menoleh ke arah satu suara yang menegurnya tadi.
"Assalamualaikum Wahai Encik Miqael bin Dato' Muzaffar".Ucap Nur Amalina dalam nada memerli.
Miqael hanya tersenyum mendengar bicara Nur Amalina.
"Lelaki ini murah dengan senyuman".Bisik hatinya.
"Waalaikummusalam wahai tuan puteri Nur Amalina Binti Norman".Balas Miqael.
"Eh mana awak tahu nama bapak saya".Nur Amalina mempamerkan wajah pelik.
"Lah kenapa perlu pelik?kalau nama bakal bapak mertua kenalah tahu nanti senang nak akad nikah.Tak adalah tergagap-gagap nanti sampai dua tiga kali.Nih pun tengah praktis".Usik Miqael,matanya dikenyit.
Nur Amalina jelirkan lidah dan mencubit bahu Miqael.
"Auchhh".Miqael mengaduh dan mengosok-gosok bahunya.
"Padan muka".Nur Amalina mengejek dan sekali lagi Miqael menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup ikhlas.
"Awak suka senyum ke?tak sakit ke mulut bila asyik senyum".
"Senyum sakit mulut?"Miqael ketawa terbahak-bahak mendengar soalan Nur Amalina.
"Hei".
"Senyum satu sedekah sayang"Miqael membalas soalan Nur Amalina dengan mudah.Miqael merenung wajah Nur Amalina dalam.Timbul satu perasaan yang dia sendiri tidak pasti.Nur Amalina yang perasan dengan renungan Miqael tertunduk malu.Walaupun perangai agak kasar tetapi dia masih mempunyai perasaan yang lembut.
Petang ini,Nur Amalina dan Miqael berborak tanpa ada sedikit pergaduhan yang hanya ada adalah gelak ketawa.Nur Amalina tidak putus-putus menceritakan tentang kampungnya malah dibawa Miqael meronda satu kampung.Mujurlah ada dua buah basikal.
Haziq cemburu melihat kemesraan Miqael dan Nur Amalina.Hatinya terasa dirobek-robek.Oh tidak.
Suzana tidak berselera makan malam.Dibiarkan sahaja spaghetti di atas meja.Tidak disentuh langsung,perutnya terasa sebu.Makanan ini adalah makanan kegemaran Miqael sewaktu dahulu.Dahulu Miqael selalu menyuruhnya memasak.Katanya,Suzana masak spaghetti sedap dan Miqael makan dengan penuh berselera.Kenangan itu muncul lagi dalam hidupnya.Tanpa disangka air matanya menitis,dibiarkan sahaja.Dia cukup terseksa dengan penderitaan ini.Makanan yang dimasak ini dibiarkan membazir.
"Miqael".Satu patah perkataan muncul dimulutnya.
Teringat kembali
"Su,esok masak El spaghetti".Ujar Miqael manja.Direnung kekasih itu dengan penuh kasih-sayang.Dipegang jari runcing itu lalu dikucup.
"I love you sayang".Ucap Miqael romantis.Berbunga riang hati Suzana mendengar ucapan Miqael.
"Esok,Su masakkan oke.Love you too".Balas Suzana gembira.
"Su masak sedap taw".Puji Miqael.Kepalanya direbahkan ke atas rumput.Di sinilah tempat Miqael dan Suzana selalu berjumpa.Di taman bunga yang sangat cantik dan terdapat sebuah air terjun yang cukup indah.
"Bodek su ya?"
"El ikhlas sayang".
Sekarang
Panggggg
Jari Suzana berdarah kerana tanpa sengaja dia memecahkan gelas dan gelas itu jatuh.Air Mata Suzana mengalir dengan deras sekali.Hatinya benar-benar pedih.
Nota:Akhirnya,siap juga saya punya kurnia.Maaf kalau tidak memuaskan hati anda semua.Saya akan buat yang terbaik dan jangan segan tinggal komen agar saya tahu apa kesalahan saya.
Assalamualaikum dan selamat datang ke teratak comot Zatul...Jangan lupa tinggalkan pesanan setelah anda jejaki blog ini dan sentiasalah mengucap syukur kepada Allah..Salam sayang dari Zatul.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan