"YA Allah,alhamdullilah...orang nih terima aku untuk bekerja tapi boleh percaya ke??atau tipu..yela kalau dalam internet boleh percaya ke??takpe lah aku try.kalau tak betul.Aku blah je la".Ujar Awadah dibiliknya.
Ditenung skrin komputer ribanya lama.Akhirnya dia membuat keputusan dan tangannya mencapai suis lampu disebelahnya lalu ditutup.Dia menarik selimutnya ke paras dada dan sekelip mata dia terlena.
"Mak,wadah suap mak ek?"Ujar Awadah manja.Ditangannya terdapat sepinggan nasi goreng khas untuk ibunya yang tersayang.
"Wadah asyik balik je kat kampung?Tak ade kelas ke?"Soal Si ibu,matanya masih tertacap pada Awadah.Pertanyaan ibu tidak dijawab malah dia diam seribu bahasa.Imah malas mahu bertanya lagi,akhirnya dia bungkam tanpa kata.Perlahan-lahan dia mengunyah makanan itu dan telan ke dalam perut.
Awadah tiada perkataan untuk diucapkan kepada ibunya.Hatinya memberontak dan dia membiarkan begitu sahaja.
"Kau Nur Awadah Iman?"Soal lelaki berkaca mata hitam di kondominium mewah itu.
"Yup saya encik".Jawab Awadah lembut dan memandang wajah kacak lelaki ini.
"Dalam rumah pun pakai spek gak kerr..buta kot".Bisik hati Awadah.
"Hoi,aku tanya kau nih,kau pekak ke?kalau kau pekak.Aku tak terima sebab payah bagi arahan".Akiff Ameer meninggikan suara apabila Awadah hanya diam dengan pertanyaannya.Sakit hati Akiff Ameer dengan Awadah yang hanya buat tidak tahu.
"Encik nih kejam la.Kalau saya pekak,encik tak nak terima.Nampak sangat encik nih manusia yang pentingkan diri sendiri sampaikan orang kelainan upaya nih diketepikan.Nampak sangat nih jenis manusia yang tak ada perasaan."Tutur Awadah selamba menyebabkan Akiff Ameer terkedu dengan luahan sinis Awadah.Akhirnya,sebuah senyuman sinis singgah dibibir Akiff Ameer.Kaca mata hitamnya dibuka lalu terpampang sebuah mata yang cantik berwarna cokelat.
Tergugat beb,tapi ni Awadahlah tak mudah tergoda.
"oo,kau nih bukan OKU rupanya.Masih dengar apa yang aku cakap".Ujar Akiff Ameer sinis dan memandang Awadah tajam.Awadah tersipu-sipu disebabkan Akiff Ameer memandangnya lain macam tapi Awadah masih boleh balas apa yang diucapkan oleh bakal majikannya.
"Kalau saya pekak kenapa?"
"Kalau kau pekak,aku tak bagi kau kerja kat sini sebab kau tak dengar apa yang aku arahkan faham".Ujar Akiff Ameer keras.Muak melihat gadis ini yang baru berhadapan dengannya,sudah bersikap agak kurang ajar.Akiff Ameer biarkan sahaja dan sengaja dia mahu menyoal gadis ini banyak-banyak.
"Ala kan encik boleh tulis dalam kertas".Cukup mudah Awadah memberi jawapan.
"Tapi aku tak suka".
"Ala encik nih,encik nih tak ada hati perut kot.Orang kelainan upaya pun mahu kerja encik.Dia orang pun mahu makan.Sebagai manusia yang prihatin,encik harus sedar perkara ini.Jangan pandang sebelah mata je.Nih lah rakyat Malaysia suka sangat pandang rendah pada orang oku.Langsung tak beri peluang.."Ujar Awadah panjang lebar.Akiff Ameer terkedu mendengar percakapan bijak dari gadis yang beberapa saat baru dia kenal.Timbul perasaan kagum terhadap gadis ini.
"Kau nih belajar lagi kan?Soal Akiff Ameer.Kening kirinya diangkat untuk menunggu jawapan dari Awadah.
"Lah yang saya hantar resume hari tu.Encik tak baca ke??OO,takpe-takpe saya paham.Encik ni busy orangnya.Saya masih study lagi encik di ukm kuala lumpur.Dekat aje dengan rumah encik dan rumah sewa saya.So tak ada masalah saya mahu ulang alik."
"Erk,sepatah aku tanya sepuluh kau jawab".Akiff Ameer sudah menggeleng kepalanya dan melangkah pergi ke dapur.
"Kau sini".Jerit Akiff Ameer dari ruangan dapur.Akiff Ameer berdiri disingki yang dipenuhi pinggan kotor.Disisinya terdapat bakul kain yang dipenuhi pakaian kotor.Awadah yang bergegas menghampiri majikannya.
"Kau nampak nih?"Jari telunjuk Akiff Ameer menunjukkan singki yang dipenuhi pinggan dan Awadah hanya mengangguk.
"Tugas pertama kau basuh pinggan mangkuk nih".Arah Akiff Ameer.Tanpa banyak soal,Awadah terus membuka paip air untuk mencuci pinggan.Akiff Ameer pula melihat tugasan Awadah dari tepi meja makan.
"Bagus cekap budak nih".Ngomel Akiff Ameer.Dia tersenyum kerana dia tidak akan bersusah payah lagi untuk memikirkan tentang pembantu rumah.
Awadah yang sudah mencuci pinggan kotor,mengelap tanggannya pada kain yang telah disediakan disingki itu.Selepas itu,Awadah mengatur pinggan di kabinet dengan teratur.
"Encik baju nih,saya basuh eh".Ujar Awadah yang sudah memegang bakul kain.
"Ok,baju kerja aku basuh dengan tangan.Aku tak nak masuk dalam mesin basuh.Paham".Kedengan suara tegas Akiff Ameer memberi arahan.Awadah hanya tersenyum mendengar arahan itu lalu masuk ke bilik air yang ada di dapur.
Tanggannya mencapai satu persatu baju kotor dan direndamkan ke dalam timba yang sudah diisi sabun.
Awadah meneruskan kerjanya dengan seikhlas hati,niatnya hanya satu untuk menolong ibu yang sedang sakit.
Demi mu tsunami yang melanda sanggup aku harungi waima nyawa ini menjadi pertaruhan.
"Encik ada apa-apa lagi yang saya boleh buat?"Ujar Awadah lembut.Jelas terpancar wajah penat.Baju kurung yang dilipat lengannya diperbetulkan.
"Tak ada apa-apa da.Kau boleh balik.Esok pagi kau datang sini.Jangan lupa."Akiff Ameer tekun menaip dilaptopnya tanpa melihat Awadah yang berdiri didepannya.
"Errr encik".Ujar Awadah teragak-agak.
"Ada apa Iman?"
"Er Iman?"Soal Awadah pelik.Dahinya dikerutkan,tidak pernah seorang pun memanggilnya Iman.
Akiff Ameer menoleh ke arah Awadah dengan perasaan pelik.Hatinya tertanya.
"Kenapa Iman?Bukan ke nama awak Awadah Iman.Rasanya tak salah saya panggil awak Iman kan?Ujar Akiff Ameer.Tangannya mencapai kunci lalu dihulurkan kepada Awadah.
"Nih kunci rumah pendua.Ambillah,kalau tamat kelas datang sini tapi esok datang pagi."Akiff Ameer memberi arahan.Kunci yang dihulurkan sudah disambut oleh Awadah.
"Encik,saya sebenarnya.."Nur Awadah serba salah ingin menyatakan.Kedua-dua tangannya digengam erat,wajahnya ditundukkan.
"Sebenarnya apa Iman??Kalau bercakap pandang saya,saya bukan makan awak pun.Saya makan nasi".Akiff Ameer merenung tajam.Awadah memandang ke arah majikannya dalam keadaan serba salah.
"Esok saya ada kelas pagi sampai petang.Dalam pukul 5 baru boleh saya datang sini encik".
Sebuah senyuman terukir dibibir Akiff Ameer,sesuatu yang senang sukar untuk diluahkan.Akiff Ameer berdiri dan mendekati Awadah.
"Kalau awak ade kelas pagi.Datang petang pun tak apa.Asalkan awak kemas rumah ini".Ucap Akiff Ameer dengan sebuah senyuman.Baru sahaja berjumpa,dia rasakan ada kimia diantara mereka atau Akiff Ameer yang terlebih perasan.Inilah kali pertama dia rasakan sesuatu didalam hati.
"Erkkk,baik Encik".Balas Awadah dengan senyuman lega.Sungguh baik hati majikannya ini kerana memahami.
"Saya balik dulu".
"Ok".
Nota:Sudah lama saya tak tulis cinta antara kita dan hanya memberi tumpuan pada kurnia.Tapi hari ini saya cuba menyiapkan setelah banyak kali tertangguh.Maaf kalau entrynya pendek.Kalau ada salah,tolong tegur.Saya sangat hargai...
Assalamualaikum dan selamat datang ke teratak comot Zatul...Jangan lupa tinggalkan pesanan setelah anda jejaki blog ini dan sentiasalah mengucap syukur kepada Allah..Salam sayang dari Zatul.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan