Dikala malam menghimpit jiwa
Dikala itu hujan turun sayu
Dikala itu jua aku ditusuk
Dikala itu sakitnya tidak terkata
Malam ini dingin malam menyapa
Terdengar suara sayu menanggis
Hati ini tidak mampu meluahkan
Hati ini terlalu sakit
Andai hujan mendengar bicara
Ingin sahaja aku teriak
Tapi aku tidak mampu
Kerana sakitnya bagaikan petir
Wahai malam yang dingin
Dengarkah engkau suara ini
Suara sakit yang pedih
Sembuhkanlah duka lara ini
Malam yang indah
Aku tidak mahu disakiti
Aku sungguh sakit
Sembuhkanlah aku dingin malam
Tiada ulasan :
Catat Ulasan