Aku ingat lagi waktu aku tengah ulangkaji di perpustakaan kolej,dia tengok aku macam nak telan.Bila aku tengok dia balik,dia tunduk malu.Eh apa pasal ni?Awak tengok kita,awak yang malu jadi macam mana kita nak kawan??
Hari ini hari isnin,aku ada kelas ekonomi.Aku cepatkan langkah agar tidak lambat dan tiba-tiba aku terlanggar orang.Eh bukan aku,tapi orang yang langgar aku.Naik angin juga tapi aku buat-buat tenang.Eleh konon-konon je sebab nak tunjuk baik kalau tidak memang kena sembur.Aku tunduk untuk mengutip buku dan dia pun tolong sekali.Selesai mengutip buku,aku terpandang dia.Ala dia!!!jejaka pemalu tu.Tergamam aku dibuatnya tapi aku masih dalam keadaan tenang.Jejaka pemalu tu senyum kat aku.
"Maaf awak,saya tak sengaja."Ujarnya dengan penuh macho.Wah tergoda aku.Fitrah tenang,tenang,jangan gelojoh kata ku pada diriku.
"Eh tak pe.lagipun saya pakai lalu".Balasku malu-malu,ewah gedik ya kau fitrah.Tanpa berkata apa-apa jejaka itu terus pergi tanpa menoleh ke arah aku.
Sudah dua hari aku rasa bagai nak gila bila tengok dia.Aku jatuh cinta ke??mungkin kot.
Hari ini,aku sengaja ke perpustakaan untuk melihat jejaka kacak tu.Siapa ya nama dia??aku lupa nak siasat..hehe.Aku nampak dia sedang menelaah buku dengan tekun.Rajinnya,aku perhatikan dia satu persatu,tiada yang terlepas pandang.Dia memang kacak tapi pemalu.Mungkin terasa dipandang oleh aku lalu dia menoleh ke arah aku dan aku senyum lagi.Dia balas senyuman aku dengan malu-malu.Macam perempuan.
Senyuman jejaka tu,membuatkan aku rasa nak rebah.Hahahaha,rasa macam lagu najwa latiff tu.
Aku dengan pantas mengambil telefon bimbit lalu meletakkan earphone ke telinga aku.Susah pula nak menyusup ke dalam tudung ni.
Aku terus memasang lagu carta hati.
Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku
Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia
Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya
hmm.. hoo.. lalala.. mmm..
Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati
Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita
lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…
lalalalala.. mmm…
Aku betul-betul menghayati lirik lagu carta hati dan dia memang di carta hati aku.Aku sudah jatuh cinta pandang pertama. Sedang aku leka dengar lagu najwa latiff,aku dikejutkan dengan suara sumbang.
"Kau fit,asal dari semalam dengar lagu yang sama.Dah lah berpuluh-puluh kali dengar.Kau jatuh cinta eh?"Kawan aku Farhana meneka.Memang tetap tapi aku mesti nafikan.
"Kau nih,ni kan lagu baru.Macam tak biasa dengan perangai aku."Aku memberi alasan dengan mudah.Aku terus menutup lagu itu dan menghadap sahabat baik aka kawan selalu cari pasal.
"Kau pesal pandang aku macam nak telan Ana?"Tegurku dengan suara yang meninggi,naik seram pula bila melihat si Farhana memandang aku dengan wajah tidak berkelip.Farhana hanya gelak bila aku berkata begitu kepadanya.
"Saja nak test kau".Katanya dalam nada yang masih ketawa.
"Aku tanya sikit boleh Fit?"
"Apa?"Soal aku kembali dan merebahkan kembali badan ke katil.
"Kenapa sejak belakangan nih.Aku tengok kau asyik pandang Firqan?"Soal Farhana dengan renungan tajam yang aku tak dapat tafsirkan.Aku pelik dengan nama yang dia katakan sebentar tadi.Firqan?Siapa tu?Kacak tak?Hati nakal aku mula bermain.
"Firqan??Siapa tu aku tak pernah dengar pun nama tu kat kolej ni?Kalau Fitrah aku tau la.Tu kan nama aku".Aku berloyar buruk dengan Farhana dan mengangkat kening kiri ala-ala ziana zain.Tanpa sempat mengelak,sebiji bantal tepat mengena ke arah mukaku.Muka si Farhana serius,seriau pula aku melihat.
"Kau kenapa Farhana tak ada ribut,tak ada angin.Macam orang meroyan.Firqan tu sapa?"Soalku dengan wajah yang kembali serius.
"Lah kau yang pandang dia.Kau tak kenal,kan dia senior kita.Ala yang ambil jurusan law tu.Ala yang pemalu-pemalu tu".Terang Farhana dengan panjang berjela.Diambil balik bantal yang dibaling tadi dan Farhana ,melempar lagi ke arah muka aku yang sedang berangan.Bukan apa,aku cuma berfikir.Jurusan undang-undang tapi pemalu,macam mana nak berdebat nanti.Fikirku ligat tapi tak mengapa sebab aku dah tau nama dia siapa dan sekali lagi aku akan cuba berkawan dengan dia dan ermmm.Aku pun tak tahu.
Hari ini aku pergi ke perpustakaan semenjak 1 minggu aku tak pergi kerana padat dengan kelas yang memenuhi ruang masaku.Aku tercari-cari jejaka itu,malangnya hampa dia tiada hari ini.Kecewanya,ahh apa kata dah alang-alang baik aku pergi cari nota penting.Aku leka mencari buku ekonomi di rak buku.Aku membelek satu per satu agar apa yang aku inginkan jumpa.Penat sungguh tangan ini mencari buku yang dikatakan oleh pensyarah.Kata pensyarah buku ini bagus untuk ulangkaji dan banyak info penting.Aku cari lagi dan aku ternampak dia dengan seseorang.Dia dengan seorang perempuan yang cantik,cantik sangat dan kalau hendak dibandingkan dengan aku,aku kalah.Huhuhu,sedih tapi tenang Fitrah Anita.
Aku mencuri pandang ke arah dia.Pelik,tiada malu apabila disisi perempuan itu.Agaknya dia malu kalau berkawan dengan aku.Hatiku hampa dan melangkah pergi dari perpustakaan.
Kolej aku agak dekat dengan pantai indah seindah pemandangan disini.Aku leka melihat pemandangan dan aku menjejak kaki ke arah air untuk bermain dengan ombak yang menghempas pantai.Dengan hati yang kecewa aku masuk ke dalam air,tanpa sedar aku berjalan lagi dan air betul-betul separas leher.Ya Allah,aku betul-betul tak sedar,sudahlah aku tak reti berenang dan aku terdengar ada seseorang memanggil aku sayup-sayup lepas itu aku tidak sedar lagi.
Aku terbatuk,sungguh sakit keronkongku.Aku memandang sekeliling,eh aku dah mati ke??
"Awak nak bunuh diri ke hah?"Jerkah seseorang kepadaku.Aku terkejut dan bangun memandang lelaki ini.Dia??dia yang selamatkan aku.
"Eh,awak pekak ke?"Sekali lagi dia jerkah aku.Aku senyap,tak mampu untuk berkata apa-apa.
"Awak nih orang islam ke atau tak ada agama?"Soalnya lagi tapi kali ini nadanya lembut.Dia menghulurkan air menyuruh aku minum.Aku mengambil dan minum untuk tenangkan hati agar tidak terkejut.
"Saya tak sedar tadi",Ucapku dengan nada sedih.Aku memegang lutut yang masih terketar,ini mesti terkejut tidak hilang lagi.
"Tak sedar,peliklah awak ni".Ujarnya sambil tergelak.Aku tergamam,tiada malu lagi lelaki ini.
"Saya Firqan,senior awak.saya selalu lihat awak ke perpustakaan tapi dah seminggu saya tak lihat awak.Awak ke mana eh?"Soalnya dengan senyuman yang cukup menawan.Sempat pula dia bertanya dengan badan aku penuh pasir.Rambutnya yang basah benar-benar kelihatan kacak.
"Saya busy,tadi saya ada pergi ke perpustakaan."Jelasku ringkas.
"Nama awak?"
"Tak perlu tahu".Ujarku lalu aku bingkas bangun tetapi tangannya pantas menyambar tangan aku dan menyebabkan aku terduduk kembali ke atas pasir yang sungguh gebu ini.Sekali lagi dia membuatkan aku tergamam.
"Awak,tak adillah.Awak dah tahu nama saya,saya tak tahu nama awak.Kalau awak tak nak bagi tahu.Saya taknak lepaskan tangan awak".Walaupun suara Firqan lembut dan sopan tapi suara itu ada nada mengugut aku.Benci betul aku.
"Nama saya Fitrah Anita.Panggil Fitrah sahaja".Ujarku dengan tegas.Akhirnya dia melepaskan tangan aku dan memakaikan aku satu rantai tangan.Rantai tangan??Cantik tapi untuk apa?Kali ketiga aku tergamam dengan perlakuan dia.
"Eh awak".
"Untuk perkenalan kita.Kita kawan eh".Ujarnya malu-malu.Sudah perangainya yang malu-malu menjadi balik.Aku turut menjadi malu dan hanya mengangguk menandakan setuju.
3 bulan aku berkawan dengan Firqan,aku suka dengan cara dan perangainya.Dia betul-betul telah menambat hati aku.Hari ini,aku teman Firqan menelaah buku diperpustakaan.Aku renung dia tajam dan dia membalas renungan aku.Hati aku resah dan berpura-pura membaca buku walhal satu pun tidak masuk ke benak fikiran aku.
"Irah".Panggil Firqan lembut.Firqan suka memanggil aku dengan nama timangan seperti mama dan abah serta kakak-kakak aku .
"Apa"Soal aku kasar yang masih berpura-pura membaca buku.
"1 minggu lagi Fir nak exam dan lepas nih kita tak dapat berjumpa da".Ujarnya perlahan menyebabkan hatiku dipagut sayu.Usah cakap lagi hal itu,sesungguhnya aku tak mampu nak dengar.Hish dia ni,rungut aku tanpa dia sedar.
"Lepas ni,Fir nak kerja dengan papa.Irah ada 1 tahun lagi kan?"
"Yelah,kenapa?Soal aku dan buku yang aku baca tadi aku letak ke tepi.Aku lihat wajahnya resah.Kenapa pula dia nih?Rindu kat aku kot.
"Erm,sebelim Irah habis belajar.Kita tunang dulu nak?"Soalnya perlahan-perlahan dan untuk kali ke empat aku sekali lagi tergamam dengan perlakuan spontan dia.
"Hah"
Aku tak mampu untuk berkata apa-apa lagi.
"Kita tunang masa Fir dah kerja dengan papa lepas tu bila Irah dah habis belajar kita kahwin ye.Ala kalau Irah tak nak kerja pun tak apa lagi Fir Suka sebab Fir mampu tanggung Irah".Jelas Firqan lancar tanpa ada ayat yang tungang langgang.Terbeliak biji mata aku apabila mendengar percakapan dia.Tunang?Kahwin?Aku mimpi ke?
Konvokesyen aku sudah tiba,setelah penat lelah aku bertarung.Akhirnya aku berjaya memperoleh ijazah yang aku inginkan.Minggu depan aku akan bakal bernikah dengan dia.Seperti tidak percaya je.Jejaka yang pemalu akan berkahwin dengan aku dan menjadi suami aku.Seronoknya dan aku ada juga bertanya siapa perempuan yang bersama dia diperpuskaan.Jawabnya hanya kakak,malunya aku masa itu sudahlah soalnya dengan nada cemburu dan dia katakan aku cemburu.Ambik kau Fitrah sudah terkena sebutir.
"Tahniah sayang".Ujarnya dan menghulurkan sejambak bunga ros kepadaku lalu aku mencium baunya,sungguh wangi.Aku ingat lagi di dalam pertunangan kami,dia menyatakan sudah lama dia mahu berkawan dengan aku tapi macam biasa dia malu.Dengan pertemuan yang tak terduga itulah dia mengambil kesempatan untuk berkawan dengan tunangnya ini.Di alam pertunangan kami,dia cuba untuk menjadi lelaki yang hebat dimataku.Sikap pemalunya yang teramat sangat sudah terkikis semenjak menjadi peguam.
"Kenapa Abang kahwin dengan Irah?"Soal aku bersahaja dengan tanganku dipegang erat olehnya.
"Kenapa Irah tanya?"Dia menyoal kembali dan memeluk aku erat.
"Cakaplah".
"Sebab sayang adalah juara carta hati abaang dan sayang adalah cinta pertama abang".Ujarnya ringkas.Aku mula kegelian apabila mulut nakalnya menjelajahi muka.
"Abang".
"Ya sayang"Jawabnya dengan penuh romantis.
"Sayang abang dan abang memang carta hati irah".Ucapku manja dan mencium pipinya.Dia hanya tergelak manja.
Dia??Dia adalah jejaka pemalu yang akhirnya menjadi suamiku dengan satu pertemuan yang aku tidak ingini.
Dia pemalu tetapi dia seorang yang berani.Kini dialah juara carta hati dan tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya.Betul kata lirik lagu ini kan dari mata turun ke jiwa.Itulah kisah ku.Kami hanya berkawan 3 bulan dan kerana keberanian dia kami bertunang dan berkahwin.
Nota sikit:Hanya satu hari untuk tulis cerpen dan macam biasa untuk hilang tekanan.Huhuhu.Cerpen ini hanya sempoi dan maaf kalau tak menepati citarasa anda.Jangan lupa tinggalkan komen kalau ada yang saya tulis salah.Terima kasih

ehem,ehem...macam kisah i sikit,hehe
BalasPadam