"Bodoh punya orang.Tak ade kerja lain ke dari nak kacau anak dara orang.Huh.".Gumam Nur Amalina.
Nafasnya turun naik menandakan dia sedang marah.Kakinya pantas berjalan meninggalkan Haziq dibelakang.
Apabila mengenangkan kelewatan Haziq sebentar tadi,ingin sahaja dia membelasah lelaki itu tetapi disabarkan hati.
"Amalllllllllllllllllllllllllllllllllllllll".Jerit Haziq dari belakang.Terkocoh-kocoh dia mengejar Nur Amalina.Akan tetapi Nur Amalina lebih pantas berlalu.
"Cepatnya minah nih jalan".
"Oit,tunggulah".Jeritnya lagi.Nur Amalina yang hanya mendengar panggilan sayup Haziq dibuat tidak endah.
Sesungguhnya hatinya sakit.
"Amal,aku mintak maaf pasal kelewatan aku semalam.Kalau aku tak lambat mesti benda tu tak jadi kat kau..
Aku mintak maaf sangat-sangat.Tolong maafkan aku pleaseeee."Ujar Haziq dengan penuh kesal.
Ditenung wajah Nur Amalina yang sedang leka membaca nota.Nur Amalina sedikit pun tidak bersuara dan memandang wajahnya.Mungkin masih marah agaknya.
"Amal".Panggil Haziq lembut.Hampa hati Haziq dengan keengganan Nur Amalina.Dia tahu salahnya tetapi janganlah menghukum begini.Kejam.
Semalam Haziq keluar awal.Cuma dalam perjalannya,Haziq ternampak satu kemalangan yang menimpa sebuah keluarga.Atas dasar prihatin,dia menolong orang itu dan selepas itu jalan sesak.Bukan dia sengaja tetapi halangan yang menghalang dia.Kalau dia menerang segalanya,`adakah Nur Amalina akan percaya.Hatinya ragu-ragu.
Apabila sampai ke taman itu.Matanya nampak Nur Amalina sedang bertarung dengan lelaki.Hatinya risau dan cepat ingin membantu namun Nur Amalina memang hebat dapat tewaskan lelaki jahat itu.Hatinya kagum.
"Amal,please."Sekali lagi Haziq menyebut nama Nur Amalina.Nur Amalina bangun dari tempat duduknya dan berjalan meninggalkan Haziq.Haziq bengang dengan tindakan Nur Amalina.Pantas dia mengejar dan memaut lengan gadis itu dengan kasar.
"Kau nak apa hah?"Tengking Nur Amalina dengan agak kasar.Hatinya sekali lagi sakit dengan perlakuan Haziq yang seolah-olah tidak menghormati dirinya.
"Hah ada pun suara,aku ingat kau dah bisu tadi."Sindir Haziq.
"Kalau aku bisu ke.Aku bukan menyusahkan hidup kau lah bodoh".Ujar Nur Amalina dengan suara yang agak meninggi.Dengar sahaja jawapan Nur Amalina,Haziq melepaskan pautannya.Biarlah Nur Amalina marah padanya asalkan gadis jelita dihadapannya ini bersuara.Tiak mendengar suara ini pasti hatinya tidak keruan.
"Aku mintak maaf pasal semalam".Haziq memohon maaf sekali lagi dengan suara penuh romantik.Naik meremang bulu roma Nur Amalina dengan suara kasanova Haziq.
"Yela-yela aku maafkan.Nanti jangan buat lagi".Nur Amalina mengalah.Sebuah senyuman diukir buat sahabat baiknya menyebabkan Haziq tidak keruan.Haziq hanya selamba.
"0-0 oke".
"Ok Ziq".
"Aku tak nak gaduh dengan kau.Nanti boleh mati aku tau tak Amal."
"Jangan nak mengadalah,belanja aku hari ni.Hihihi.".Nur Amalina menunjukkan muka comelnya untuk meminta simpati.
"Untuk kau jom".
"Thanks Ziq,kau memang kawan aku".
Berapa lama Nur Amalina merajuk hanya sekadar satu hari,dia tidak boleh merajuk lama dengan Haziq.Nanti siapa pula mahu berkawan dengannya yang ada hanya Haziq.
"Kau nak apa lagi perempuan?"Tengking Miqael lantang.Perempuan tinggi lampai ini hanya buat tidak endah dengan kemarahan Miqael.Suzana tidak kisah jika Miqael mengeluarkan kata-kata kesat yang penting dia akan melunturkan ego lelaki ini.
"I nak you lah".
"Kau gila ke?dulu kau juga yang tinggalkan aku.Sekarang entah apa-apa".Suara Miqael masih lagi meninggi.Berang pula Miqael melihat wajah suzana yang tenang dan tidak kisah dengan kata-kata yang menyakitkan hati.
"Itu kisah dulu Miqael masa kita kat Sepanyol.Itu bukan I nak tapi permintaan keluarga I.Sekarang mum I dah menyesal dengan kelakuan dia dulu".
"Mak you?Pasal mak you.Ayah I bencikan I.Mak I meninggal sebab fitnah Mak you.You tak tau".Lantang suara Miqael sehingga membingitkan telinga Suzana.
"Miqael".Penuh kelembutan suara Suzana menerjah ditelinga Miqael.
"Kau blah,aku tak nak tengok muka kau lagi".Suara Miqael mula mengendur dan matanya beralih pada keindahan tasik dihadapannya ini.Cukup serabut fikirannya kini.
"I tak akan pergi selagi you tak maafkan I."
"Lantak kau lah Su,malas aku nak layan perempuan bangang macam kau nih.Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku.Heh,kalau kau mampuskan senang tak ada aku nak tengok muka kau yang penuh dengan kotoran".Ayat pedih dikeluarkan olehnya,tersentap hati Suzana mendengarnya.Hampir menitis air matanya tetapi cepat-cepat diseka.
"Dah kau jangan nak buat drama.Aku paling benci tengok perempuan menanggis.Lembik sangat,baru aku kata sikit dah nak menanggis."
"Sampai hati you".
"Sampai hati kau kata?yang kau buat aku macam aku tak ada perasaan tu apa".
Suasana tegang menyelubungi antara dua jiwa.Persengketaan yang ingin diselesaikan hanya mendera perasaannya sendiri kerana sebuah kemaafan dia akur.
Dalam diam dia menyalahkan ibunya yang menfitnah Miqael.Puan Suhana penyebab Miqael tidak tamat pengajian dan dibuang universiti di Sepanyol.Nasib baik harapan Miqael disini cerah.Hatinya dipagut bersalah.
"Sekali lagi I mintak maaf".Sayu suaranya.Kaki Suzana melangkah ingin beredar dari tempat ini.Dia tidak diperlukan lagi.
Di kondominium mewah milik keluarganya,Suzana menangis teresak-esak mengenangkan peristiwa petang tadi.Hatinya betul-betul sakit dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Miqael.Lelaki yang dicintai separuh mati.Dulu dia juga seperti Mikael tetapi apakan daya kerana Mikael dia terpaksa berkorban.Mummy dan daddy sanggup melakukan apa sahaja untuk menghancurkan keluarga Mikael.Harta berpunca dari segalanya.,kini mummy sedar dengan kesilapan lalu dan memohon maaf atas segalanya.Mummy disahkan lumpuh oleh doktor kerana kemalangan dan penyebab daddy meninggal.Dalam wasiat itu,Daddy menyatakan kesilapannya dan ingin memulangkan harta yang telah diambil dari bapa Miqael.
"Miqael."
Dicium potret Miqael yang tersimpan rapi dibiliknya.
"I mintak maaf".Tangisannya semakin menjadi-jadi.Dipeluk potret itu kemas dan akhirnya dia mencampak.
"Miqaelllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll".Jerit Suzana.Bergema ruang bilik kondominium mewah.
"Oit asal masam muka je bro??ade masalah eh?"Soal Haziq kepada Miqael.Dia memerhati wajah Miqael yang cemberut dan tidak berbicara apabila disoal.
"Kau nih kenapa weh?Kalau pergi kelas jangan masamkan muka.Nanti ilmu tak masuk,ce kau tengok cam aku nih.Senyum je sebab tu bijak".Ujar Haziq memuji diri sendiri dan tergelak.
"Kelas dah habiskan?so biarlah aku nak masam muka ke."Jawab Miqael.Tercuit hatinya mendengar bebelan Haziq.
"Eh mana minah tomboi tu?"
"Sape tomboi?"
"Ala Amal lah weiii".Ujar Miqael.Beberapa hari,Miqael tidak nampak wajah Nur Amalina.Rindu mula bertandang dalam hati.
"Kau jangan kata dia tomboi.Aku tak suka."Tegas Haziq menjawab,dia tidak suka orang lain memanggil Amal dengan perkataan tomboi.Nur Amalina bukan tomboi,dia hanya kasar luaran tetapi hatinya penuh kelembutan.
"Okey-okey.Sorry bro.Aku tak berniat nak cakap macam tu aku just rindu nak gaduh dengan dia je."
Berubah muka Haziq melihat senyuman yang terbit dari bibir Miqael.
"Aku cau lu lah weii.Ada kelas".Haziq menghabiskan minuman dan terus bangun meninggalkan Miqael.
"Alasan".Gumam Miqael dalam hati.
Nota sikit: hanya satu hari je buat entry kali ni..huhu..saja-saja nak hilangkan tension semasa SPM..Tak nak tekanan semasa ada cuti beberapa hari..hehe
Kalau ada kesalahan ejaan atau tatabahas.Tolong tegur nanti saya boleh perbaikikan lagi.Maaf kalau tak berapa best.Saya dah cuba yang terbaik.
Assalamualaikum dan selamat datang ke teratak comot Zatul...Jangan lupa tinggalkan pesanan setelah anda jejaki blog ini dan sentiasalah mengucap syukur kepada Allah..Salam sayang dari Zatul.
nak lagi...
BalasPadam