Rabu, 12 Disember 2012

kurnia 23

















"Tahniah puan.Puan disahkan mengandung."

"Saya...saya mengandung?"Soal Suzana untuk meminta kepastian lagi.Tidak percaya!!!Bagaikan mimpi.Dia mengandung?
Doktor muda itu hanya tersenyum dan mengangguk.

"kandungan puan nak masuk 2 bulan.Alhamdullilah kandungan puan sihat.Saya harap puan banyakkan berehat."

"Terima kasih doktor."

Suzana tersenyum.Dia mengusap-ngusap perutnya yang masih kempis.Di dalam perut ini,dia mengandungkan anak Haziq.Terbit satu perasaan bangga.
Pasti Haziq suka dan makin sayang terhadapnya.

Suzana melangkah perlahan-lahan.Senyuman masih terukir lagi dibibirnya.
Tiba-tiba satu perasaan menyelinap di dalam hatinya.Dia mengeluh perlahan.Anak?Haziq?

"Bagaimana kalau Haziq tak nak anak ni.Dia muda lagi."

Perasaan gembira hilang pergi.Yang ada hanya perasaan sedih dan risau.Dia takut jika Haziq tidak terima anak ini.Dia takut jika Haziq buangnya.Dia takut segalanya hancur setelah dia menyayangi Haziq.










"Awak baju ni cantik kan?"Tanya Nur Amalina sambil menayang-nayangkan baju pengantin.

"Tak sesuai dengan awak la sayang."Balas Miqael.Dagunya diusap-usap.Semua yang Nur Amalina pilih dan berkenan,tidak mengikut citarasa Miqael.

"Susahlah keluar dengan anak orang kaya ni.Semua yang kite pilih.Semua tak berkenan.Banyak songeh."Rungut Nur Amalina.Dua,tiga pasang baju yang ditunjukkan pada Miqael,tidak berkenan.Lelah rasa dibadannya,mencuba baju pengantin.

"Tapi apa yang Amal pilih tu.Tak sesuai dengan Amal la."

"Yelatu.Awak tu banyak songeh.Cerewet dan seangkatan dengannya.Pilih sendiri.Pas tu cuba sendiri.Tak payah suruh kite yang cuba."Bebel Nur Amalina.

Miqael tersenyum.Macam-macam Nur Amalina ni.Kuat membebel.

"Sayang.Nak ke nanti kalau kat majlis perkahwinan kite.Sayang nampak jelek?Abang nak yang terbaik untuk sayang."

"huh."

"Okey la.Kite pergi butik depan tu.Sebenarnya,baju pengantin tu abang dah tempah.Saje je suruh sayang cuci mata."
Terbeliak biji mata Nur Amalina mendengar kata-kata Miqael.Satu cubitan singgah di perut Miqael.

"Aduh sakit sayang.Lepas..lepas."

'"OOOO...dah tempah baju.Abang Miqael ni saje nak kenakan Amal ye.Ambik ni lagi."
Miqael mengaduh.Perit..

"Dah...dah..sakitlah sayang."

"Huh."

"Jom pergi butik tu."Ujar Miqael,jari hantu diluruskan ke depan menunjukkan butik yang ingin dituju.

"Buat apa nak pergi depan tu.Kan awak dah cakap da tempah.Tak payah la."Marah Nur Amalina.Bengang dengan tingkah tunang yang selalu ingin mengenanya.

"Kat depan tu la.Abang tempah baju tu sayang.Pereka terkenal tu sayang.Jom-jom."

"Pereka terkenal siapa?Sha ika?fifi atau yuyu?"

"Tu je ke pereka yang sayang tahu."Perli Miqael.Hanya sebuah jelingan yang diberi pada pada Miqael.

"Entah.Tu je yang tahu."

"Antasya."Ujar Miqael.Langkahnya sudah ke depan meninggalkan si tunang yang ternganga mendengar nama itu.

"Antasya?Pergh gila.Dia yang reka baju aku.Bestnyaaa..."Jerit Nur Amalina agak kuat..












"So mana you punya tunang?"

"ni lah tunang I.kenalkan Nur Amalina.Panggilnya Amal."

Nur Amalina tersenyum manis lalu berjabat tangan Antasya.

"Tunang you?Wow.tak sangka I."


"Amal kan?you cuba baju ni k.Kalau ade longgar atau ketat.You talk je dengan I k.Nanti I ejaskan."Ujar Antasya.Sepasang baju pengantin yang masih di dalam plastik dikeluarkan lalu dihulurkan pada Nur Amalina.

"Cantik."Puji Nur Amalina.

"Untuk you.Mestilah cantik."




"Cik Antasya.Sesuai sangat dengan I.takde longgar takde ketat."Ujar Nur Amalina riang.
"So amazing.Tunang you cantik Sangat Miqael.Lagi dengan seni I ni."Puji Antasya.
Nur Amalina hanya tersenyum sipu.Malu dengan pujian itu.Dia melihat dirinya di depan cermin.Bagaikan puteri dengan memakai  baju pengantin berwarna putih ala-ala gaun itu.



"Sayang suka?"

"Suka sangat.Cantik.Terima kasih abang."Ucap Nur Amalina.Beruntung dia memiliki Miqael.Dia rasa,dia amat bertuah.

"Anything for you sayang."Balas Miqael dengan kenyitan mata.








Nur Amalina mengucap terima kasih kepada pelayan itu lalu air itu dikacau dengan straw.Miqael pula memegang garpu dan sudu untuk makan.Hanya mee basah sahaja yang dipesan.Nur Amalina tidak makan,katanya sudah kenyang dan hanya memesan air jus epal untuk menghilangkan haus.

"Abang..kalau Amal nak tanya sesuatu boleh tak?"Nur Amalina membuka bicara setelah melihat Miqael hampir habis makanan.
Miqael meletakkan sudu dan garpu didalam pinggan.Tisu diambil lalu mengesat mulutnya.Air yang terhidang didepan mata,disedut perlahan-lahan dengan straw.

"Ada apa Amal?macam serious je bunyi?Sayang tak suka ke dengan baju tadi?"Bagaikan peluru berpandu,pelbagai soalan yang diberikan pada Nur Amalina.

"Bukanlah abang.Cuma Amal peliklah.Kenapa Miqael yang ada rupa dan harta pilih Amal yang tak seberapa?"Ungkap Nur Amalina pantas.Itulah Nur Amalina dengan tunangnya Miqael.Kejap bahasa dirinya "kite".Kadang-kadang Amal dan saya tapi satu pun Miqael tidak merungut dengan panggilan diri Amal.Yang penting Nur Amalina sayang Miqael.Yang penting Nur Amalina adalah tunang yang disayangi.

"Sebab saya dah ada semua.Sebab itulah saya nak awak."Ujar Miqael romantis.Cukup mudah juga panggilan dirinya."saya" dan "abang".

"Saya kasar.Saya tak macam orang lain."

"Tak perlu jadi hipokrit sayang.Sayang jadi diri sendiri.Buat apa jadi diri orang lain untuk mendapatkan sesuatu.Kalau orang tu sukakan seseorang,dia perlu kena terima apa adanya bukan mencorakkannya.Paham sayang?Abang terima sayang seadanya."Panjang berjela Miqael memberi kata-kata.Bukan alasan utntuk dia mencintai seorang wanita yang bernama Nur Amalina walaupun dia seorang yang agak kasar.Baginya jika cintakan seseorang,tiada alasan kerana cinta itu lahir dari hati yang bersih.

"Abang cintakan sayang sebab diri sayang sendiri bukan orang lain."Tambah Miqael lagi.Benar,sesungguhnya dia mencintai Nur Amalina kerana dirinya sendiri dan bukan orang lain. Adakah perlu mencintai seseorang kerana rupa parasnya dan mengubahkannya?Terima seadanya itu perlu.

"Abang nak tahu satu cerita tak?"

"Ceritalah sayang.Abang sudi dengar."

"Ada orang cakap.Abang buta sebab pilih Amal.Ada orang cakap abang pura-pura suka Amal sebab abang nak permainkan Amal."Ujar Amal satu per satu.Hati siapa yang tidak sakit jika perkataan yang tidak elok keluar dari mulut orang lain.

"Jangan peduli apa orang kata.Abang.Tetap abang.Sayang tetap sayang.Dia orang tak perlu apa sebab abang pilih sayang dan kenapa sayang cakap dia orang?kalau abang nak permainkan sayang.Abang tak kan nak kahwin dengan sayang."Ujar Miqael dengan tenang.Mulut orang memang tidak boleh ditutup.Apa yang ditafsirkan adalah salah.Dia mencintai Nur Amalina dan orang lain tidak berhak mempertikaikannya kerana setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.











nota:Mungkin lepas ni tinggal beberapa bab lagi.Jangan lupa tinggalkan komen ya dan terima kasih kerana membaca..  :)

1 ulasan :

  1. Keep on writing, great job!
    Feel free to visit my web site ... naked teens

    BalasPadam