Isnin, 3 Disember 2012

Cinta itu....bukan untuk aku

sambungan cinta itu...bukan untuk aku yang pertama....





"Anina,Tunggu dulu.Saya ada benda nak cakap dengan awak ni.Anina..Anina.."Ujar Razif agak kuat setelah Anina mempercepatkan langkahnya.Hatinya masih sakit dengan perbuatan Ariff terhadapnya.Panggilan bertubi-tubi itu tidak diendahkan.

Razif berlari untuk mengejar Anina.Ada sesuatu yang ingin disampaikan.Dia tidak boleh melepaskan Anina begitu sahaja.Banyak perkara yang ingin dibincangkan.
Razif memegang tangan Anina agak kuat.

"Sakitlah.Lepaslah aku kata."

"Saya tak akan lepaskan Anina kalau Anina tidak mahu mendengar penjelasan saya."

Anina merengus kuat.Wajahnya ditoleh ketepi.Tidak ingin menghadap wajah lelaki ini.
Razif melepakan tangan Anina.Anina mengosok tangannya  yang sakit akibat cengkaman yang kuat.

"Anina pertama sekali saya nak mintak maaf pasal kejadian hari itu.Bukan kehendak saya untuk malukan awak tapi saya buat kerana bersebab.Saya tahu,awak tak pernah cintakan saya.Awak hanya cintakan Iqram.Saya bagi peluang untuk awak memiliki dia.Awak patut berterima kasih kepada saya dan bukannya marahkan saya.Sekarang,awak lihatlah.Awak berhasil miliki lelaki yang awak sayang."

"Berterima kasih pada kau?untuk apa?kau tahu tak.Kau hanya menyeksakan aku."Ujar Anina dengan nada sinis.
"Thanks sangat-sangat sebab kau telah bahagiakan aku."Tambah Anina lagi.
Apa makna bahagia buat Anina?Apa makna memiliki lelaki itu jika cinta tidak diperolehi tetapi derita yang datang.Hidup dengan lelaki itu bagaikan mimpi ngeri yang boleh dikarang untuk dibukukan sebagai novel.



Wajah Iqram merah padam apabila melihat isterinya berbual dengan lelaki lain.Walaupun perbualan dan keadaan nampak seperti tegang tetapi dia tidak peduli.Hatinya panas.Isteri?Sejak bila pula si Iqram ini mengiktirafkan perkataan isteri.Entahlah..

Iqram mengorak langkahnya menuju ke Anina.Hatinya benar-benar panas.
"Tak guna punya betina.Aku suruh kau pergi beli barang dan bukannya menggatal."

Kelakuan Iqram memeluk pinggang hanya menghadirkan kerisauan di hati Anina.Selepas ini,pasti kata-kata makian yang keluar dari bibir Iqram.Dia memejamkan matanya sebentar untuk mencari kekuatan yang tersembunyi.

"Hai sayang,borak dengan Razif rupanya.Patutlah lambat."Keras nada yang dikeluarkan.

Razif pula tersenyum manis.Bahagia melihat Anina dan Iqram.Tidak sia-sia pengorbananya.Hakikatnya,pengorbanannya itu adalah perkara yang membazir buatnya.

"Sayang buat abang cemburu taw."Bisik Iqram halus lalu mernghadiahkan sebuah ciuman dipipi kanan Anina.
"Bahagia korang sekarang."Ujar Razif dengan senyuman meleret.Di dalam dadanya penuh dengan kebanggaan dengan perjuangan yang dilakukan.

"Bahagia sangat.Thanks taw kalau bukan sebab kau.Aku tak akan kahwin dengan sayang aku.Kan sayang?"
Iqram merenung tajam mata Anina mengisyaratkan agar kata-kata itu dipersetujui.Dalam keterpaksaan,Anina tersenyum hambar.Hatinya terlalu sakit dengan suasana yang penuh hipokrit ini.

"Ok lah.Aku ada hal lepas ni.So aku cau dulu ya Razif.Jom sayang."
Razif hanya mengangguk bersama senyuman.


"Hoi,betina bodoh.Aku suruh kau beli barang.Bukannya mengatal dengan jantan lain.Bekas tunang kau pulak tu."Tengking Iqram.Anina yang baru melabuhkan punggung pada kusyen kereta Iqram tersentak.Anina menunduk.Tidak berani bertentang mata dengan Iqram.
"Buat takut konon.Padahal sundal."
Kata-kata itu menghiris hati Anina.Tergamak suami berkata begitu.Ahh..terima sahaja.Bukan aku wanita pilihannya.Aku hanya penyibuk.Air mata yang menitik,di sapu halus.
Iqram menhentak tangannya di stereng kereta.
"Kalau ikut hati aku.Ish."
Tidak jadi sambung ayatnya,telefon bimbit didalam kocek jeans berbunyi minta diangkat.

Lihat sahaja,nama pemanggil di skrin membuatkan Iqram tersenyum manis.Marah yang ada berterbang pergi.
"Hello sayang.Malam ni tentu jadi la.okey..okey..Buat you semuanya boleh."
Hati isteri mana tidak terguris jika panggilan mesra itu bukan untuk dirinya.Wanita yang tidak sah disisinya diagung-agungkan.Apa perlu,dia pergi dari lelaki ini untuk mencari kebahagian di luar sana.





Selesai solat.Anina bergegas ke dapur untuk menyediakan makan malam.Kelekaan terhadap penyediaan makan malam,dia tidak perasaan dengan kehadiran kekasih hati suaminya.
"Kesian kau kan.Ada laki tapi dibenci."Ujar Suzana kasar.Jarinya bermain dengan sudu lalu di lemparkan ke arah Anina.
Anina memandang sekilas.
"Seksinya,patutlah Iqram suka."Desis hatinya.
Pada malam ini,Suzana memakain gaun malam merah yang singkat menyerlahkan lagi paha yang gebu.Tali halus terletak kemas dibahunya.Segala asetnya boleh dilihat dengan jelas dengan berpakaian ketat.

Hati Suzana sedikit panas apabila melihat Anina senyap.Tiada tanda untuk dia melawan.
"Kau tak sedih ke?lihat laki kau cium aku.Peluk aku.Sedangkan dengan kau,dia buat kau macam sampah."
Sengaja mengeluarkan perkataan ini untuk memancing kemarahan Anina.
Anina tenang menjawab.
"Itu awak bukan saya.Kita berbeza."

"Bodoh.Patutlah dia benci kau sebab kau bodoh."

"Sayang,you buat apa kat sini.Tempat ni,tak sesuai untuk you tahu tak.Dah pergi depan tu.Betina ni boleh buat."Bisik Iqram romantis lalu pinggang Suzana dipeluk manja.Pipinya digesel dengan pipi Suzana.
Sebuah ciuman manja dihadiahkan pada pipi Iqram.

Sungguh,Anina terasa pedih saat ini.Sampai hati,Iqram melakukan perkara ini terahadapnya.Kalau benci buat apa disimpan lagi.Buanglah dirinya jauh-jauh agar diri ini tidak diseksa.Pedih melihat suaminya bermesra dengan perempuan lain.Isteri mana yang tidak sedih apabila perbuatan yang sengaja dilakukan dihadapan mata isteri.

"Hei,cepat sikit siapakan makanan tu.Aku dah lapar."


Sakit mata Anina melihat adegan Suzana dan Iqram.Kemesraan yang sengaja ditunjukkan.
"Encik.Makanan dah siap."Ujar Suzana lembut.


Dengan ala romantiknya,Iqram menarik kerusi untuk Suzana.
"Thanks sayang."

Anina berasa sebak melihat situasi ini,mengorak langkah untuk pergi.
"Hei betina,Siapa suruh kau pergi hah."Jerkah Iqram.Suzana hanya tersenyum.
"Kau berdiri situ.Jadi babu,tengok kita orang makan ni."

Suasana makan berjalan.Suzana merengek meminta itu dan ini,Iqram hanya melayan dengan penuh kerelaan.Wajah Anina menunduk.Tidak tahu harus bagaimana mulakan percakapan ini.
Salahkah dirinya menjadi isteri lelaki ini sampaikan sebuah penyeksaan yang harus diterima.

"Encik,boleh saya cakap sesuatu?"Anina meminta izin,kata-kata  harus disusun agar suaminya menerima.
"Cakaplah apa."
Encik saya cuma mahu bagitahu.Nikahlah encik dengan cik Suzana dari terus buat dosa.Tak apa,saya izinkan encik."Dengan tenang,Anina berkata dan sedikit beban lepas di benak pemikiran dan hatinya.Ini adalah satu cara untuk suaminya tidak melakukan dosa.

Ujaran Anina hanya mengundang kemarahan.Iqram bangun dan mendekati Anina.Sebuah penampar dilayangkan dipipi Anina.Anina jatuh terduduk.Bibirnya berdarah akibat tamparan kuat.Suzana pula terkesima dengan kelakuan drastik Iqram.

"Berani kau ajar aku ya betina?Apa hak kau hah?"
Rambut panjang ditarik kuat.Anina mengerang kesakitan.
"Saya isteri encik Iqram.Saya ada hak tapi bukan pada perempuan tu."Anina membalas berani.
Iqram menghentak dahi di dinding.

"Apa salah saya encik?cakaplah.Cukuplah encik seksa saya macam ni.Cakap encik,apa salah saya!"Jerit Anina kuat.
"Kau tanya apa salah kau?woi bodoh!sedarlah diri sikit.Guna otak."
Kepala Anina ditunjal berkali kali.

"Encik terimalah takdir.Ini semua kuasa Allah.Bukan saya penyebabnya."

Tanpa belas kasihan,kaki kiri dihalakan ke perut Anina.
"Kau jangan nak berceramah dengan aku.Aku benci kau tahu tak."Bergema suara Iqram.

Iqram mengheret Anina sehingga ke permukaan pintu lalu di campakkan badan Anina ke tanah.

"Mulai dari hari ini.Aku tak nak tengok muka kau lagi.Kau ambik pakaian kau ni dan pergi mampus."

Bertaburan pakaian Anina di tanah.Anina menitis air mata.Dugaan datang lagi dan adakah ini penamatnya.
Satu per satu pakaian di kutip dan di masukkan ke dalam beg.Setelah selesai,beg pakaian di peluk erat.Dia cuba bangun walaupun perut masih sakit.

"Ya Allah,tolonglah aku."Rintih Anina.Air mata yang mengalir dibiarkan.Dia kecewa,dia sedih dan dia ingin tinggalkan segala penderitaan yang ada.



Hujan yang turun agak lebat bagaikan menangisi nasib Anina.Anina hanya berjalan dan berjalan tanpa henti.Tiada hala tuju.Dirinya kebingungan.

"Kemana aku harus pergi?Aku tiada saudara mara selain dia.Tolonglah aku Ya Allah."

Anina  ternampak sebuah pondok di tepi jalan raya,dia menuju ke arah itu.Dia ingin berehat dan menenangkan fikiran.Cukuplah rehat untuk malam ini.Selepas ini harus memikirkan kehidupan yang seterusnya.Badannya mengigil kesejukan.Dia berpeluk tubuh menahan kesejukan lalu terlena.

Cahaya matahrai yang memancar ke wajahnya,memaksa untuk dia bangun.Matanya dibuka perlahan.Dahinya yang luka dibiarkan.Luka di hati lagi parah berbanding luka fizikal.Kepalanya yang berpinar juga tidak diendahkan malah dia memaksa dirinya untuk bangun dan mencari rumah tumpangan untuk sementara waktu.
Tanpa memandang ke kiri dan ke kanan.Anina terus memintas jalan raya dan tanpa dia sedari juga.Sebuah kenderaan melanggar dirinya.
Anina dirempuh dengan kuat sehingga terpelanting.


"Ya Allah,aku langgar orang."Ujar pemamdu itu agak cemas.





"Sapa pula call aku malam ni."Rungut Iqram.Tangan kiri mencapai telefon bimbit di meja.
"Hello ni encik Iqram ke?"Tanya si pemanggil di talian.
"Ya ni saya.Siapa ni?"Soal Iqram kembali dalam suara serak.Mata masih terpejam.
"Encik kenal dengan Anina binti Ahmat?"
"Ye saya kenal.Kenapa encik?"
"Saya dari pihak hospital ingin menyampaikan bahawa Anina sekarang ada di hospital kerana terlibat dalam sebuah kemalangan."
"oh yeke?"Balas Iqram dengan nada tanpa ada kerisauan.Sedikit pun dia tidak bimbang dengan keadaan isterinya itu.
"Itu sahaja saya mahu bagitahu.Saya harap encik banyakkan bersabar."
"Okey."Iqram terus memutuskan talian tersebut,tanpa ada perasaan.Dia menyambung kembali tidur.
Ahh..Tegarnya Iqram.


Keesokan harinya,Iqram pergi ke hospital setelah pihak hospital menelefon dan memberitahu bahawa Anina melarikan diri.Keadaanya belum stabil dan masih memerlukan rawatan yang cukup.

"Takpelah encik.Terima kasih nanti saya akan cari dia,"

Hati Iqram tidak tenang setelah diberitahu bahawa Anina mengalami tekanan yang melampau.Iqram meraup wajahnya.Buat pertama kali,hatinya bimbang dengan keselamatan Anina iaitu isterinya yang tidakpernah disahkan oleh kehidupan.

Telefon bimbit bergetar lalu diangkat.Kedengan suara pemanggil di hujung sana.
"Hai sayang."
"Ada apa?"Soal Iqram hambar.Tiada balasan kata-kata manis.
"I dengar betina tu masuk hospital.Betul ke?"
Panggilan betina yang digelarkan oleh Suzana hanya mengundang kemarahan di hati.
"Hei,betina tu isteri I.Isteri I."Dia bukan betina tapi isteri aku tahu tak.Kau tu yang betina."Tengking Iqram secara tiba-tiba.
"You ni kenapa?"Suzana meminta kepastian.
"Sudahlah.Aku malas layan kau.Aku nak cari isteri aku."




                       2 bulan berlalu

Sepanjang 2 bulan ini,Iqram berusaha mencari Anina tetapi tidak jumpa.Dirinya dulu yang kemas,kini nampak selekeh.Jambang yang tumbuh meliar tidak dibersihkan.Fikirannya berserabut.Iqram menyesal apa yang dilakukan pada Anina selama ini.Hari ini,baru dia tersedar dari mimpi bahawa dia sangat mencintai Anina.Perbuatan keji terhadap Anina terlayar diingatan.Tegarnya aku?Aku sanggup menyakiti isteri sebaik Anina.

Dia masih ingat lagi percakapan dengan sahabat baik.
"Anina bukan punca segalanya.Ini hanya sebuah kemalangan.Ini takdir Iq.Kenapa kau perlu salah kan dia seratus peratus.Dia bukan pembunuh.Dia hanya tidak mampu mengawal kereta kerana jalan licin dan terbabas dengan kereta family kau.Apa lagi kau nak kata kan."

"Ahh.Perempuan tu tetap pembunuh."Iqram masih bertegas dengan pendirian bodoh.

Ketika itu,egonya melanda.Dia tetap mempertahankan hujahnya.Baginya Anina tetap salah dan pembunuh.

"Kau ego Iq.Terimalah kenyataan.Kita orang islam Iq."Fikri menasihati Iqram.


Bunyi lonceng menyedarkan Iqram ke alam nyata.Dia mengeluh perlahan.Kenangan itu berlalu pergi.Andai kata,dapat diputar masa.Ingin sekali menebus dosa.


"Ini rumah encik Iqram?"Soal lelaki itu.
"Ye saya."
"Oh saya ingin khabarkan yang Cik Anina sekarang ni ada kat hospital.Dia kritikal,"
Perkhabaran yang disampaikan oleh lelaki itu menyentak hatinya.
Anina kritikal?Oh tuhan selamatkan dia.Aku ingin sekali menebus kesalahan yang dulu.


Kata doktor sebentar tadi,apabila selesai pembedahan mungkin Anina hilang ingatan.Hilang ingatan?Dia tidak kisah semua itu asalkan dia akan menjaga isterinya itu.

"Maafkan saya encik Iqram.Isteri encik Iqram tidak dapat diselamatkan kerana kehilangan banyak darah.Saya harap encik banyakkan bersabar.Allah lebih sayangkan dia."


Di kawasan perkuburan islam.Seorang lelaki khusyuk membaca yassin.Air mata yang mengalir.Dia biarkan.
"Sayang,maafkan abang.Abang salah membuatkan sayang terluka.Tenanglah wahai bidadariku."

Dia sedar yang dia banyak melukakan hati Anina.Tanpa alasan kukuh,dia menghukum Anina.Tanpa kesalahan yang dilakukan,Anina menjadi mangsa kerakusan.Iqram kejam.Terlalu kejam.Pelbagai peristiwa kejam yang dia coretkan buat Anina.Sedikit kebahagian,dia tidak pernah memberi.Yang ada hanyalah penderaan mental dan fizikal.Dia memang tidak layak bergelar SUAMI.

"Aku gagal Ya Allah."Rintih hati Iqram.Kenangan yang lalu masih berlayar di pemikirannya.
Andai kata,dunia ini boleh diputarkan masa yang lalu.Ingin sekali dia mengubahkan semuanya tapi dia hanya manusia biasa yang terlalu alpa dengan permainan realiti.

Iqram melabuhkan punggungnya di birai katil.Matanya memandang sekeliling bilik Anina.
"Kemas."Bisik hatinya.
Apabila di menoleh ke tepi,dia melihat gambar perkahwinan dirinya dengan Anina.Dia mengambil gambar itu lalu memeluknya.

"Kenapa Anina pergi terlalu cepat.Abang tak boleh tebuskan kesalahan abang pada Anina."
Wajah Anina diusap perlahan.Dia rindukan Anina.Terlalu rindu.
Sebuah buku yang tertulis diari hati Anina dibuka.Pada halaman pertama,dia tertarik untuk membaca yang dicoretkan oleh isterinya.

Aku sangat bahagia apabila menjadi Iqram.Aku mencintai dirinya dari jauh dan sekarang aku dapat menerimanya.Terima kasih Razif kerana meninggalkan aku.

Iqram tersenyum membaca tulisan Anina.Barulah dia tahu bahawa dalam diam Anina mencintai dirinya.Bertuah diri tetapi malang bagi Anina mencintai orang yang salah.

tegarnya Iqram menghukum aku tanpa alasan yang kukuh.Tidakkah dia bahawa ini satu takdir.Ini bukan salah aku,ini satu takdir.

Coretan Anina kali ini sangat menyekat nafas Iqram.Anina terseksa dengan perbuatan yang dia jalankan.
Halaman buku diari itu diselak satu per satu.

cinta...Adakah cinta buat aku?Aku dapat lihat dari mata Iqram.Dia mencintai perempuan itu.Aku tidak layak untuk Iqram walaupun aku mencintai.Di hati aku nafikan aku cintai dia tapi hati ini.

"Tidak Anina,abang tak pernah cintakan perempuan tu.Abang hanya cintakan Anina seorang.Abang buta sayang.Terlalu buta."

Bukan ini pintaku
Bukan ini ku cari
Bukan ini yang aku inginkan
Yang ku mahu hanya cinta
Berikan aku cinta
Tapi cinta ini bukan milik aku..

Andai kata,Anina masih bernafas lagi di muka bumi ini.Cinta ini hanya untuk Anina.Abang akan berikan cinta.

Air mata Iqram mengalir lagi.Sebak di hati tiada siapa yang tahu.
Jika kehidupan ini sebuah novel,ingin sekali dicoretkan dengan kehidupan yang indah dan kata-kata yang manis tapi apakan daya ini hanyalah realiti.Sebuah novel yang dicoretkan pengakhiran yang bahagia bukan dengan derita.Hidup ini adalah realiti yang perlu dilalui bukannya mimpi yang bermain ketika tidur.


                            TAMAT.......

Nota sebentar.Okey..akhirnya siap jugak menaip dari berkurun lamanya tersimpan di sebuah buku.Sedangkan cerpen ni pendek..
Maaf ya tak best.Saya budak baru belajar...Oh ya..jangan malu untuk tinggalkan komen dan jangan segan untuk tegur kesilapan saya.Dari kesilapan itu saya akan belajar..
:)





2 ulasan :

  1. aduhai...sedeh nyer hati akk dek dlm menghabis kn novel, tk sedar air mata akk dh leleh dek.....kasian teramat sngt kat anina.menutup mata dlm penuh penderitaan..skang kau telan lh derita tu biar jadik racun dlm sikap zalim mu sendri wahai iqram!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. akak..terima kasih sbb sudi bca karya sy tak seberapa..
    akak buat sy terharu

    BalasPadam