Jumaat, 24 Ogos 2012

Salah


"awak...dengar cakap saya..ini bukan yang awak nampak..yang awak nampak hanya tipu."Ujar Hakimi bersungguh.
Dia sakit melihat air mata shamin menitis...Sungguh,bukan ini yang dia lakukan.Dia hanya menolong perempuan itu sahaja,dia tidak tegar melihat wanita itu begitu sahaja.

"Saya nampak awak keluar dari club tu tapi awak kata tipu.Apa semua ni."Balas Shamin dalam sedu..Hatinya betul-betul terluka dengan semua ini.Matanya melihat sendiri malah Syazwan ada sekali.

"Tak sayang.Saya tak tergamak buat awak macam tu.Saya sayangkan awak.Saya hanya tolong dia.."
Shamin menekup kedua-dua telinga dengan tangan.Dia tidak rela mendengar lagi.Dia sedih..

"Kita putus..Saya tak percayakan awak lagi."Ujar Shamin dan kakinya terus melangkah.
Tanpa kata,tanpa soal..Hakimi merelakan pemergian itu.Buat apa,dia hendak pertahankan hubungan ini sedangkan Shamin tidak percayakan dia.
Dia mengeluh..Dia merelakan..





Shamin merenung langit dia atas.Dia menyesal kerana tidak percayakan Hakimi tapi kenapa Hakimi tidak bersungguh berterus-terang sedangkan bukan dia salah...
"Bodohnya aku..Tidak percayakan dia.."


"Dia tak salah Min..Dia hanya tolong perempuan tu mabuk."Ujar Syazwan.Setelah disiasat,perempuan itu sepupu Hakimi.Hakimi hanya menolongnya..
"Kenapa dia pergi club tu?Sudahlah wan,tak payah nak bela dia sangat."

"Kau salah.Itu sepupu dia..Papa perempuan tu telefon dia suruh cari anak dia tu je.
"Perempuan yang telefon aku tu?Dia yang bagi tahu.Hakimi dengan perempuan tu."
"Tu kawan perempuan tu.Dia sengaja membuat korang putus."Balas Syazwan.

Malam itu,Shamin dapat mesej mengatakan bahawa Hakimi berada di sebuah kelab malam..
Shamin berusaha berkali-kali menelefon Hakimi tapi tidak dijawab..
Dia terus mengajak Syazwan untuk melihat perkara sebenar dan tanpa siasat dahulu.Shamin menuduh Hakimi berlaku curang..
Hakimi memeluk perempuan itu..Dia nampak perempuan itu mengucup pipi Hakimi.
Dia kecewa..

Salah ke?Dia menuduh Hakimi begitu?
Hakimi seolah-olah terima kata putus ini.Dia tidak berusaha untuk kekalkan hubungan ini..



Hakimi mengeluh perlahan.Hari ini,dia akan berkahwin dengan sepupunya.Sepupu yang dikatakan oleh Shamin.
Jelaslah bahawa,Shamin semakin membencinya.Kenapa semua ini berlaku?
Salah aku ke kerana tidak berusaha pertahankan cinta kami?Tapi aku tak rela hubungan tanpa kepercayaan.
Laila..Gadis itu cantik tapi perangainya..Aku berkahwin dengan Laila kerana sebuah janji.Sebuah janji dengan arwah papa Laila.Aku terpaksa berkahwin dengan Laila demi menjaga nama baik keluarga..
Dayuskah aku?Bodohkah aku?

Hakimi memandang cermin.Melihat dirinya yang memakai pakaian baju melayu warna biru.Citarasa Laila.Dia ikutkan sahaja...
Ahhh...Ini mungkin bukan jodoh aku dengan dia...Aku harus pasrah...



"Sudahlah,Min...Ini sudah takdir.."
"Aku bodoh Wan.."
"Kau orang juga salah.Kau kena tanya dia betul-betul..Bukan pakai terjah..Dia pun satu..Seperti menerima hakikat..Tak bersungguh-sungguh..Ini bukan jodoh kau la Min..Yang bercinta bertahun-tahun,,tak semestinya jodoh...Sabarlah Min.Ada yang baik dari ni.Anggap ini 1 pengajaran buat kau."Nasihat Syazwan.
Shamin hanya mengangguk.Mengakui kesilapan diri yang cepat mudah melatah.Nasi sudah menjadi bubur,tidak boleh dibuat apa-apa lagi..



Shamin-Aku salah menilai Hakimi.Aku tidak siasat dahulu dan aku terus meminta kata putus bukan mendengar penjelasannya.Salahkah aku menilainya?Hati aku berkata,Hakimi tidak bersungguh dengan hubungan ini..Kenapa dia tidak berusaha menghalang aku malah biarkan sahaja aku pergi.Adakah aku salah atau dia??Tapi aku pasrah.Aku bukan jodohnya.


Hakimi-Aku bodoh dan aku salah kerana tidak menghalangnya pergi.Aku seolah-olah melakukan perkara itu sedangkan tidak...Sudahlah,aku doakan sahaja kebahagian dia..Aku bukan jodoh dia.Mudah-mudahan,dia dapat jodoh yang lebih baik tak seperti aku..


Syazwan-Shamin dan Hakimi..Dua-dua salah,tidak pertahankan hubungan cinta mereka.Kenapa aku sahaja yang beria tapi mereka tidak..Hmmm...Bukan jodoh dia orang...Cinta ini perlukan kepercayaan..Kalau tidak musnahlah segalanya...Apa yang kita nampak pada mata kasar tak selalu benar..Kadang-kadang kita yang silap..


psssst:Apa yang kita lihat dari mata kasar..kadang-kadang tidak selalu benarkan..Apa kata kita mintak penjelasan dulu dan siasat dulu...Betul tak?
kalau benar,kenapa kita nak mengalah je kan?Kenapa tidak berterus-terang?Kenapa biarkan cinta tu pergi..Sekurang-kurangnya,bangkitkan kepercayaan dia lagi..

Cinta ini tidak selalu indah..Banyak ujian yang harus dilalui...jadi,pada yang sedang bercinta diluar sana...Saya ucapkan semoga berbahagia..amin...(cewah jiwang jap)..


Nota menyibuk:maaf ya kalau tak best...jangan marah eh..hehe..saya hanya tulis mengikut hati..
harap terhibur walaupun tak best dan jangan lupa bagi komen k..:)






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tiada ulasan :

Catat Ulasan