Khamis, 30 Ogos 2012

edisi edit kurnia


Di kondominium  mewah  milik keluarganya,Suzana menangis teresak-esak mengenangkan peristiwa petang  tadi.Hancur luluh  dengan penghinaan yang dilemparkan  oleh Miqael.Lelaki yang dicintai separuh  mati.Dulu dia juga seperti  Miqae l tetapi apakan daya kerana  Miqael dia terpaksa berkorban.Mummy dan daddy sanggup melakukan apa sahaja untuk menghancurkan  keluarga  Miqael.Harta berpunca dari segalanya.,kini mummy sedar dengan kesilapan lalu dan  memohon maaf atas segalanya.Mummy disahkan lumpuh oleh doktor kerana kemalangan dan  penyebab daddy meninggal.Dalam wasiat itu,Daddy menyatakan kesilapannya dan ingin memulangkan harta yang telah diambil dari bapa Miqael.
"Miqael."
Dicium potret Miqael yang tersimpan rapi dibiliknya.
"I mintak maaf".Tangisannya semakin menjadi-jadi.Dipeluk potret  itu kemas dan  akhirnya dia hempaskan.Duk,berderai.
"Miqaelllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll".Jerit Suzana.Bergema ruang bilik kondominium mewah.

       Kenangan lalu

            Suzana mengorak langkah,senyuman manis menghiasi wajahnya.Bunga ditangan dicium berkali-kali.Selasa,25  hari  bulan  2.Tarikh keramat yang sentiasa tersemat di minda.Tidak pernah dilupakan.Bunga mawar kesukaan dirinya dan juga kesukaan  Miqael.Pintu rumah Miqael dibuka perlahan.Matanya meliar mencari kelibat manusia dirumah ini tetapi tiada.Wajahnya ceria.Kek tiramitsu akan disediakan olehnya sebentar lagi.Suasana romantik akan dihidupnya.

            Bunga di tangan diletakkan di atas meja.Bunga yang layu dikeluarkan dari pasu bunga kecil.Pemberiannya  pada  Miqael.kakinya melangkah ke dapur.Dibuka kabinet,hatinya tersenyum lega.Bahannya semuanya telah tersedia.Miqael seorang lelaki yang memahami.
Seorang lelaki yang mengambil berat.Dia terlalu cintakan lelaki itu.Hari  jadi  Miqael akan diraikan  istimewa.
           
            Suzana mengesat peluh dengan tuala.Kek Tiramitsu sudah disiapkan.Kek yang dibuat dengan penuh kasih sayang.Kasih sayang  yang  ikhlas.Selepas itu,dia membuka peti ais.Terdapat  sebotol   jus buah  tetapi  dia ingin menyediakan  jus buah buatannya.

            Meja diaturkan dengan sempurna,di atas meja menghiasai sekuntum mawar merah tanpa pasu.Dua buah gelas dan pinggan  diletakkan  sempurna.Alas meja berwarna putih menghiasi meja.Sebatang lilin dihidupkan.Kek tiramitsu  masih berada di dalam  peti ais.Masih terlalu awal untuk mengeluarkannya.Jam  menunjukkan  pukul  8 malam.Suzana  tersenyum  bangga melihat  hasil  kerjanya.

            Miqael  memijak kaki  ke rumahnya,baju sejuk dibuka dan diletakkan di bahu sofa.Matanya memandang  ke arah  luar  rumah  berhadapan  dengan  kolam  renang.Lampu malap menerangi kegelapan.Kakinya melangkah ke arah  yang dilihatnya.Matanya bersinar.
Wajahnya ceria melihat susunan  diatas meja yang dilakukan oleh kekasih hati.

            Dari arah belakang,Suzana menutup mata Miqael dengan jari runcingnya.Gelagat Miqael diperhatikan  lama.Bahagia bertandang di dalam hati,Miqael tersenyum simpul.
“Cuba teka siapa ni?”Suzana bercanda.Tangannya masih menutup mata Miqael.
“Erk,siapa ya?hantu kot.”Balas Miqael.Membalas gurauan Suzana.
“Ish.”
Tangannya dilepaskan.Mulutnya memuncung.Merajuk.Miqael berpaling,menghadap kekasih hati.
“Janganlah  merajuk,nanti cepat tua.El tak nak kahwin dengan orang tua.”Pujuk Miqael.
Miqael  menyeluk  poket  seluar  jeans,seutas rantai dikeluarkan.Ditayangkan  rantai leher di wajah Suzana.
“Patutnya,Su bagi hadiah.Bukan  El.”Ujar Suzana.

Kenangan  itu datang  lagi  menyapa seolah-olah  memaksa dia untuk memiliki Miqael untuk kali kedua.Matanya layu  dengan  keasyikkan  mimpi lalu.

           
            Miqael menarik  nafas dalam-dalam  dan  melepaskannya  perlahan-lahan.Fikirannya bercelaru.Suzana masih datang menganggunya.Disudut hatinya,perasaan terhadap Suzana telah lama mati.Mati ditengah tanah  gersang.Hatinya sudah dimiliki.Hari ini dan hari seterusnya adalah masa hadapan.Kesilapan lalu adalah kenangan dan  masa silam.Ingatan yang telah dimatikan telah menyuburkan kembali.Semuanya kerana Suzana.
Terima kasih kerana hancurkan hidup aku Su,aku hargai sangat.

            “Kita putus El,mulai dari hari ini dan saat ini.Jangan kacau I  lagi.”Tanpa perasaan,Suzana mengucap kata-kata putus.
“Su,apa salah I  pada  su?”Soal Miqael meminta kepastian.Terkejut  mendengar  ujaran  Suzana.
“Mum I  kata,tak perlu bercinta dengan  lelaki tak berguna macam you.Sudahlah hampir-hampir nak  buang  U  lepas tu bisnes papa you di  Itali asyik jatuh.If   I  kahwin dengan  you  apa yang I dapat?Cinta?cinta tak boleh buat I  hidup la El.I perlukan lelaki lebih kaya dari  dad I.I harap you faham”.Suzana member alasan yang menyakitkan.Tergamak dia melakukan semua ini.

            Miqael menunduk,tidak terkata apa mendengar bicara Suzana.Kejam,tegar dia melakukan semua ini.Tidak sedar  ke dia,papa dia penyebab semua ini.Mama Suzana yang menfitnah Miqael dan penyebab mama Miqael mati.
“Bukan  ke I  jadi seperti ni.Dad dan mum  you  yang  punya kerja.You tak sedar ke?Oh ya lupa pula I.Anak beranak sama je.Sama-sama gilakan  harta.Hei,harta tak boleh bawak mati la.”Ujar Miqael sinis.
“Sekurang-kurangnya harta tu boleh bagi I  mewah.Boleh bagi I hidup.”
Miqael mengeluh.Belang Suzana terselah  melalui kata-kata  dan  perbuatan keluarganya.
“Dengan mengambil harta orang lain?Itu mewah.Suzana..Suzana..Berbahagialah  you dengan  kesengsaran orang lain.Makanlah  you  dengan  harta  orang  lain.Biar tak berapa mewah asalkan tak merampas orang lain.Biar hidup sederhana asalkan tidak membunuh orang lain.Fitnah manusia yang tak bersalah sebab harta.Wow,memang dasyat  family you  ya.Hancurkan  hati I.So gudluck I  ucapkan  untuk  you .Semoga bahagia.”Selesai memberi  ujaran,Miqael mengangkat kaki.Dia tidak sanggup lagi mendengar kenyataan dari mulut Suzana.Insan yang disayangi.




nota sebentar..untuk pengetahuan semua..dalam edisi edit ni..ada watak penambahan dan plotnya sedikit diubah...


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tiada ulasan :

Catat Ulasan