Selasa, 21 Ogos 2012

kurnia 22

assalamualaikum yang sudi membaca karya zatul....Zatul ingin mohon maaf banyak-banyak sebab lambat update entry baru.Zatul sibuk sangat-sangat dengan study..Jadi sempena bulan syawal ni.Zatul ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin...moga ceria selalu...









"Haziq,pergi mana semalam?kenapa tak balik?dah pandai sekarang..keluar rumah sampai tak balik rumah dua tiga hari.."Tegur Datin Sharifah.Sejak dua tiga bulan ni,Datin Sharifah perasan akan perubahan perangai anaknya.Tidak seperti dulu lagi.Apabila tanya kepada Nur Amalina,jawapan Nur Amalina juga begitu.Hairan dengan sikap Haziq yang banyak berubah.Adakah anaknya begitu kecewa dengan pertunangan Nur Amalina dengan Miqael.Dia juga agak terkilan kerana tidak dapat bermenantukan Nur Amalina tapi dia pasrah.Ini adalah jodoh.Dia mendoakan kebahagiaan Nur Amalina dan Miqael..

Haziq kaku sebentar.Apa yang hendak dijawab pada ibu.Tipu lagi?Ahhh..kebelakangan ini aku selalu tipu ibu.Ibu mesti kecewa dengan aku.Ibu maafkan Haziq.Haziq ada alasan tersendiri.Haziq salah.

"Kenapa diam?Haziq kecewa dengan Amal ke?"Soal Datin Sharifah.
"Ibu..Mana ada,Amal tu macam adik ziq sendiri.Ibu jangan salah sangka."
"Tapi.."
Belum sempat Datin Sharifah menghabiskan ayatnya,Haziq memintas..
"Ibu,tiada tapi.Kan Haziq dah cakap.Amal tu kawan baik Ziq."Ujar Haziq.Sesungguhnya,dia ada kebahagian dia sendiri.Dia dan Suzana,ada hikmah tersendiri.Jodoh dia bukan dengan Amal walaupun satu ketika dulu,dia pernah jatuh cinta dengan Amal.
Seandainya,tiada Suzana dan Miqael dalam hidupnya.Entah apa yang berlaku,mungkin dia putus kawan dengan Nur Amalina disebabkan hatinya.

"Haziq,ibu taknak Haziq balik lewat macam ni.Lagi-lagi selalu tak balik rumah.Ibu tak suka." Datin Sharifah berterus-terang,dia tidak suka dengan perubahan anaknya itu.

"Ibu,kalaulah ibu tahu.Anak ibu sudah ada tanggungjawab.Agak-agak ibu marah Ziq tak?Ibu Ziq tak nak ibu marahkan Ziq tapi ini saje jalan yang ada untuk Ziq bersama dengan dia."Jawapan itu hanya lahir dari hatinya.Andai,suatu hari nanti Suzana ingin berterus-terang.Dia bersikap terbuka.Dia inginkan kebahagian dikongsi bersama ibu tersayang.

"Ibu.Ziq naik dulu...Ziq nak mandi,dah busuk anak ibu ni."Ujar Haziq dengan gurauan.
Datin Sharifah tersenyum.
Haziq menghadiahkan sebuah ciuman manja di pipi kanan dan kiri ibunya.Haziq memang cukup manja.Maklumlah,dia anak tunggal.
"Love you mom."


Suzana mematahkan jari-jemarinya.Gelisah sebentar.Sebenarnya,dia ingin berterus-terang dengan suaminya.Alasannya adalah ingin melihat kebahagian Haziq dan dia.Dia juga inginkan kasih sayang ibu mentua terhadap menantu.Mudah-mudahan,Datin Sharifah dapat menerima dirinya yang serba kekurangan.

"Kenapa tak tidur lagi?"
"I tunggu you."
"Tak usah tunggu I.You tahu kan I akan balik lambat.Ni pun I bagi alasan I tidur rumah kawan.Rimaslah tiap-tiap hari macam ni."
Suzana menunduk,mengakui salahnya.
"Kenapa you ni?I balik cuba bagi senyuman sikit.Ini tak,I balik.You marah-marah.Tak pun mudi.Hish,lagi rimas I macam ni.Nak sangat I balik tapi perangai you tu." Marah Haziq. 
"I mintak maaf.I tahu salah I.Tapi you janganlah marah I."
"You marah I..Boleh pulak?I tak boleh."Perli Haziq.
Terguris hari Suzana dengan kata-kata Haziq.
Mengalir air mata Suzana.Dia bangun dari sofa mewah dan bergegas menuju ke bilik.Dia benar-benar sebak,Haziq seperti tidak mahu mengerti hatinya.Pintu dihempas sekuat hati.Dia ingin Haziq tahu,dia sedang terluka.Yang diinginkan sekarang hanyalah pujukan dan belaian.

Haziq mendengus kasar.Bosan dengan karenah Suzana yang kebudakan.Kadang-kala,dia ingin bebas seperti dulu yang tiada ikatan dengan sesiapa pun.


"You".Suzana menegur Haziq,punggungnya dilabuhkan di atas sofa.
Haziq tidak memandang ke arahnya malah terus-terusan membaca buku.
"You."Tegur Suzana kali kedua..

Tiada sahutan..

"You."Kali ini,Suzana meninggikan suara.Agak terasa dengan perangai Haziq yang buat tidak endah terhadap.Perasaan sebak ditahan..Kalau air matanya menitis pasti dia akan dimarahi oleh suaminya.

"Nak cakap..Cakaplah.I dengar bukan I pekak pun."Balas Haziq kasar.Terasa diganggu dengan suara Suzana.
Suzana mencebik.Dia sedih dengan sikap Haziq yang agak keterlaluan terhadapnya..

"You ni kenapa??I panggil you tapi you tak endah..Lepas tu,You tengking I.You dah tak sayang I kan?If tak sayang dah and tak cintakan I.Ceraikan I.."Ujar Suzana dalam suara sebak.Akhirnya,air matanya menitis jua.Tidak boleh didahan lagi.

Tergamam Haziq mendengar kata-kata Suzana.Bibirnya digigit.

"Sayang..Janganlah macam ni.I bukan marah you tapi..."Haziq tidak dapat meneruskan kata-katanya.Tidak tahu alasan apa yang harus diberikan.
"Tapi apa?betulkan you dah bencikan I."

"Mana ada Su.I cintakan you sangat-sangat.Kalau I dah tak sayangkan you mesti I tak kahwin dengan you kan."
"you tipu I."Suzana masih tidak percaya.

Suzana dibawa ke dalam pelukannya ikucup dan diri kucup pipi gebu Suzana semahunya.Sungguh,dia terlalu mencintai Suzana cuma dia agak tertekan dengan keadaan yang memaksa.
Suzana memeluk tubuh Haziq,dipejam mata untuk merasai kehangatan dan belaian Haziq.Dia rindukan semua itu.

"You jangan marah I lagi taw."Ujar Suzana manja.
"Ya sayang."






"Abangggggg,kenapa abang minum air Amal?"Ujar Nur Amalina tidak puas hati.
Miqael hanya selamba.Dibiarkan Nur Amalina marah.
"Abang,dengar tak ni?"
"Dengarlah."
"Dah tu?"
"Dah tu apa sayang?"

Nur Amalina bengang,tunangnya sengaja membuatnya bengang.Kalau ikutkan hati,mahu dipukul kepala tunangnya tapi sayang punya pasal biar je.

"Ganti balik air Amal."
"Minum je la air abang tu."
"Tak nak."
"Jangan mengada boleh tak?"

Sebuah tamparan kuat singgah di bahu Miqael.

"Sakitlah sayang."Miqael merungut.
Bahunya digosok-gosok.Sakit..

"Abang tu jahat.Langsung tak kisah pasal Amal.Dah lah tu minuman kegemaran Amal tapi abang buat tak tahu je."
Geram dengan tingkah Miqael.Air minumannya diminum habis sampaikan dia langsung tidak sempat minum.
Abang kejam..
Air milo ais adalah air kegemaran Nur Amalina sejak kecil lagi.Air minuman yang wajib diminum setiap hari.Tidak kira sama ada dia yang membacuh atau dibeli di kedai.

"Yeke?Sory tak tahu."
Sebenarnya,Miqael tahu Air milo ais adalah air kegemaran Nur Amalina tapi dia sengaja buat tidak tahu.

"Cakap sayang.Air minuman kite pun tak tau.Penipu.."
"Sape penipu?Amal ke?"Miqael sengaja membuat muka blur."
"Bencilah dengan abang ni.."

"Benci..Benci pun sayang kan?"Miqael menjawab.
Jawapan Miqael hanya mengundang muncung mulut Nur Amalina.Dia berpeluk tubuh.Rajuk sudah datang..

"Sayanggg..kalau buat muncung tu lagi.Abang tarik panjang-panjang.Biar jadi muncung itik terus.Nak?"Ugut Miqael.

"Buatlah.Ingat kite takut ke ngan abang?Setakat abang,ala petik jari je.Amal bagi penumbuk terus."Tidak takut dengan ugutan Miqael.

"Menjawab."

"Ada mulut jawablah."

"Abang cium kang mulut tu."

"Haram."Balas Nur Amalina.

"Yela.Abang Tau."

"Ingatkan tak tahu."Sindir Nur Amalina.

"Ingat abang bodoh sangat ke?"Ujar Miqael geram.Sakit hati pula dengan jawapan Nur Amalina.Ingatkan dapat kenakan tunangnya.Rupa-rupanya dia sendiri yang sakit hati.
Aish..Tunang siapa ni lah kan.

Tunang Miqael adham bin Dato' Adam..



nota pendek:Eh banyak nya part Suzana dengan Haziq kan?Zatul ada idea nak menulis tentang dia orang..Zatul tulislah..hehe...Untuk Miqael dan Amal..Insyaallah entry seterusnya akan banyak tentang kisah dia orang..Oh ya,jangan malu-malu tinggal komen untuk saya tau..Tanpa anda siapalah zatul..Betul tak?Harap terhibur walaupun tak seberapa..:)


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tiada ulasan :

Catat Ulasan