Jumaat, 24 Ogos 2012

cinta itu...bukan untuk aku...


nota menyibuk:sebenarnya cerpen ni dah lama disimpan dalam lappy cuma tidak ditaip sampai habis..hari ni,zatul ingin mengeluarkan cerpen ni dan jadikannya cerpen bersiri..Cerpen pertama yang zatul hasilkan dan tak pernah tunjuk..Tak silap zatul,dulu zatul ada tulis sinopsis..Tajuk dia berikan aku cinta dan nama cerpen ni telah diubah menjadi..CINTA ITU BUKAN UNTUK AKU...

zatul harap...Pembaca sekalian terhibur walaupun tak seberapa..Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen eh...Selamat membaca semua..:)







Dia menangis teresak-esak sambil memegang lututnya yang luka akibat tendangan lelaki yang bergelar bernama suami.Entah apa pula kesalahannya kali ini sehingga lelaki itu sanggup menyeksa dia sebegini.

Sungguh,bukan ini mahunya dalam kehidupan.
Dia hanya mahu kebahagian yang boleh dikecapi seperti orang lain.Andai kata dia boleh lari,dia mahu lari sejauh mungkin.Tetapi apakan daya dia tidak mempunyai apa-apa lagi dalam hidupnya.Mujur sajalah lelaiki ini ingin menikahinya tetapi kenapa dia diseksa sebegini.Kalau sudi katakan susi,kalau tidak katakan tidak.

Anina cuba bangun untuk kebilik air.Dia jatuh terduduk kerana tidak terdaya menampung kakinya yang sakit.Luka?usah hendak dikata.Sudah lali dengan luka dikaki.Berbirat-birat.Tendangan suaminya sudah biasa dikena.Anina mengeluh akhirnya.Kenapalah nasib aku jadi macam ni?Aku bukan pembunuh.Keluarga aku pun bukan pembunuh.Itu kemalangan.Tapi kenapa lelaki ini tak pernah mengerti?
Bisiknya didalam hati.


"Hoi bodoh,cepatlah sediakan aku makanan.Aku laparlah".Jerkah lelaki itu dipermukaan pintu menyebabkan Anina tersentak dari kelekaannya.
Tidak sedikit pun ada perasaan simpati didalam hatinya.Yang penting dia puas menyeksa lelaki ini.Isteri?Tak pernah ada dalam kamus hidupnya.Dia teramat benci wanita dihadapannya ini.

"Hoi pekak ke?".Tengking Iqram.
"Keeeejappppppp Tuannnnn".Kata Anina tergagap-gagap.Anina cuba menahan sakit yang dialaminya.

Iqram terus meluru ke arah Anina yang sedang duduk dibirai katil.Sakit hatinya apabila melihat alasan itu.Pangggg..
Tamparan dihadiahkan dipipi gebu Anina.Anina jatuh tersungkur dan mukanya tersemban dilantai.Anina mengerang kesakitan akibat jatuh dari katil tapi tiada perasaan simpati didalam hati lelaki iti.Malah hatinya bertambah bara.Iqram tunduk,dia menarik rambut panjang Anina dengan kuat.


"Aku kata sediakan makanan'.Bisik Iqram di telingan Anina teteapi cukup keras bunyinya.

"Sakit tuannn'.Rintih Anina yang merayu minta dilepaskan.


'Kalau kau menangis lagi.Lagi kuat aku kerjakan kau.'Bentak Iqram dan melepaskan Anina.
Terketa-tekar Anina dibuatnya.

"Dah sediakan aku makanan."Arah Iqram.

Anina segera bangun dan bergegas ke dapur untuk menyiapkan makanan.
Anina pantas menyediakan hidangan makanan malam agar Iqram tidak menjadi gila.Perit perutnya ketika ini dan kakinya penuh calar balar akibat seksaan bagai neraka di banglo mewah ini.
Dia tersedar dari lamunan dan segera memanggil Iqram.


"Tuan makan".Panggil Anina dalam takut-takut.

"Lembab"Jerkah Iqram tiba-tiba.

"Aku harus kuat".Bisik Anina didalam hatinya.
Ingin sahaja dia menangis ketika ini tetapi dia tidak mampu menumpahkan air mata dihadapan lelaki kejam ini.

Pranggg..Bunyi pinggan kaca dihempaskan.Anina bergegas ke dapur untuk mengetahui apa yang terjadi.

"Aninaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa".Jerit Iqram sekuat hati,bergema suaranya di rumah banglo mewah ini.

"Ya tuan".

"Aku cakap masak apa tadi hah?"Jerkah Iqram.

"Tapi semua bahan da habis".Anina menjawab dalam keadaan terketar-ketar.
Iqram menunjal kepala Anina berkali-kali.

"Bodoh,kalau bahan da habis pergilah beli.Asal kau nih bangang sangat,kau dengan keluarga kau sama je bangang.Menyusahkan hidup aku betul".Marah Iqram.
Anina hanya diam seribu bahasa,sedih hatinya ketika ini apabila keluarganya turut dikaitkan.

Anina menghempaskan badannya ke katil dan memejamkan matanya.
"Apa salah aku".
Akhirnya dia terlena bersama penderitaan yang dihadapi pada setiap masa.Bilakah pengakhiran.

"Anina sediakan aku pakaian,jangan lambat."Arah Iqram dalam nada lembut.
Mungkin hatinya belum panas sebab itulah dia boleh berlembut dengan isterinya.
Anina hanya mengangguk menandakan dia  mendengar arahan.Dia tidak berani menatap wajah suaminya.

Dahulu dia amat mencintai Iqram tetapi sekarang dia keliru dengan perasaannya sendiri.Anina cepat-cepat membuka almari untuk mencari baju yang sesuai.Dia memilih satu persatu baju pejabat yang sesuai dengan Iqram.

Iqram keluar dari bilik air dengan hanya bertuala.

"Lembab".Ujar Iqram.

Anina hanya bungkam tanpa kata.Kalau menjawab pasti dia terima padahnya.
Anina mengeluarkan baju kemeja biru itu dengan pantas dan memberikan kepada Iqram.

Anina bergegas keluar dari bilik itu,dia malu melihat Iqram yang tidak berbaju dan hanya bertuala.Dia tunduk dan hanya memandang kakinya.
Iqram hanya tersenyum sinis.

"Dasar perempuan kolot".Ujar Iqram agak kuat.

Anina hanya menahan hati.Hatinya ditusuk bertalu-talu oleh kata-kata itu.Wahai Iqram tidakkah kau tahu haram kau berbuat begini kepadaku kerana aku adalah ISTERIMU YANG SAH.



"Hai sayang".Ucap Alisa,mengelus pipi Iqram dan terus duduk diriba Iqram.
Sebentar tadi Iqram leka menyelesaikan tugasannya,mukanya masam.Kini hanya senyuman lebar apabila melihat wanita seksi didepannya.Bibir dua orang manusia ini bertaut tanpa ada perasaan bersalah.

"Yes baby.you tahu tak I miss you sangat".Ujar Iqram.

Bibirnya mengucupnya pipi wanita itu.Suzana melentokkan kepalanya dibahu Iqram dengan manja.Iqram memeluk pinggang Suzana dengan erat dan sebuah senyuman terukir dibibirnya.

"Bila you nak ceraikan perempuan tu?I nak married dengan you".Tanya Suzana,wajahnya penuh berharap menunggu jawapan dari Ikram.Ikram hanya mengeluh dan mengelus pipi Suzana.

"Sabarlah honey,I nak seksa betinatu cukup-cukup and bila dia blah dari hidup I.I akan ceraikan dia dan kita kahwin".Ujar  Iqram seakan-akan memujuk.Jari-jemarinya mengengam jari Suzana dan mengucup jari runcing itu.

"Janji?"Rengek Suzana.Dia turut membalas gengaman jari Iqram.Mukanya kembali ceria apabila mendapat jawapan daripada Iqram.Iqram mengangguk perlahan dan mata mereka bertentangan lama.Sebuah senyuman terukir.Bahagia milik mereka.




Di pasaraya besar Kuantan,Anina leka memilih bahan-bahan untuk menu makan malam.Semalam dia diberitahu oleh Iqram bahawa ada seseorang yang amat teristimewa akan datang.

Disuruh untuk menyediakan makanan yang sedap dan jikalau ada kesalahan Anina pada malam itu,dia akan menerima padahnya.Ahh,hatinya disakitinya lagi tapi siapakah orang yang teristimewa itu?

Dibiarkan hatinya tertanya dan Anina mememilih barang berhati-hati agar tidak tersilap.Dia sudah tidak sanggup lagi hidup seperti ini tapi apakan daya mungkin ini dugaan.Tanpa dia sedari,sepasang mata tajam melihat ke arahnya.Rindu membara dalam jiwanya setelah lama tidak bersua akibat salah faham yang lalu.Anina yang sedang asyik melihat barang telah terlanggar seseorang dan kertas ditangannya jatuh.Anina tunduk untuk mengutip kertas dan meminta maaf.


"Maaf encik,saya tak sengaja".Mohon Anina kepada lelaki itu,lelaki itu hanya kaku tanpa bersuara.

"Saya mintak maaf sekali lagi encik".Ulang Anina dalam keadaan serba salah,wajahnya menunduk.

"Anina".Sepatah perkataan keluar dari mulut lelaki ini menyebabkan dada Anina bergetar hebat.

"Suara tu,adakah dia?Tidak.Aku tak sanggup untuk berdepan dengannya.Ya Allah,tolonglah Aku".Bisik Anina didalam hati.

"Anina".Sekali lagi lelaki ini memanggil namanya.

Anina mengangkat perlahan-perlahan kepalanya untuk melihat lelaki itu.Alangkah terkejutnya dia,lelaki yang dicintainya dulu kini sudah berada dihadapannya.Andai kata lelaki ini tidak menghilangkan diri beberapa jam lagi untuk menikah sudah tentu lelaki kejam itu tidak akan menikahinya.

"Razif".Akhirnya,nama lelaki itu meniti dari bibirnya.Tapi kenapa lelaki ini baru muncul.Ahh,dia amat benci lelaki ini kerana lelaki inilah hidupnya seperti di dalam neraka jahanam.Anina bergegas untuk membuat pembayaran,dia malas melihat wajah lelaki pengecut ini.

1 ulasan :

  1. ishk,kejam btul suami dia!!curious sgt nk tau kenapa suami dia benci sgt dgn dia!

    BalasPadam