Selasa, 19 November 2013

Untuk Mencintaimu 16

"hai." Aidil Fikri menegur Hanny Putri.

"eh macam mana encik boleh ada kat sini?"soal Hanny Putri.Kebelakangan ini,Fikri Aidil sering muncul dalam hidupnya..Rimas pun ada.Menyampah pun ada.

"saya baru turun dari kayangan."

"Oh putera bunian lah ni."

"Haah mana awak tahu?baru turun jugak ke?"Fikri Aidil terus melayan loyar buruk yang sengaja direka.

"Haah..Tahun lepas."Jawab Putri Hanny yang tidak mahu mengalah.

"Patutlah cantik macam bidadari."

"Errr."Hanny Putri tergamam.Cantik macam bidadari??Betul ke?

"Iya.Cantik macam puteri kayangan."

Pujian yang dilemparkan hanya mendatangkan resah dalam hati Hanny Putri.Mukanya merah.

"Blushing ye sayang?Banyak betul hari ni pakai blusher."

"Jangan panggil saya sayang lah.Encik Fik..Saya tak suka."

"Yeke tak suka."

"Encik Fik."Lantang suara Hanny Putri menyebut nama Fikri Aidil.

"Saya single awak pun single.Saya rasa kita serasi."

"Tapi encik duda."

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hanny Putri menyebabkan lelaki itu terkesima.Dia memandang muka Hanny Putri dengan tajam.Kenyataan itu tidak adil baginya.Bukan dia yang minta tapi ini adalah takdir.

"Oh.Lupa ye cik Hanny.Hanny ni kan anak dara.Saya ni duda.Mana layak kan.Bekas orang katakan."

"Bukan itu maksud saya." Hanny Putri terasa bersalah.Bukan niatnya untuk berkata begitu tetapi hanya mahu melepaskan diri sahaja.Tidak sangka ayat itu menguris hati Fikri Aidil.

"Saya paham.Saya tidak serasi dengan awak.Bagai langit dengan bumi."

"Encik.Saya mintak maaf.Bukan niat saya.Encik Fik bukan itu maksud saya.Saya manusia.Encik pun manusia.Saya tak suka encik kacau saya."Luah Hanny Putri perlahan.Wajah ditundukkan.Tidak berani dengan padangan mata lelaki itu yang boleh mengodanya.

"Saya suka awaklah.Kita kan kawan."Ujar Fikri Aidil.Terasa lega sikit dengan ayat yang diungkapkan.

"Saya tahu.Tapi saya tak suka encik panggil saya sayang."

"Oh.Saya paham awak tergoda ye."Usik Fikri Aidil.

"Mana ada."

"Yelatu."







"Kau makin rapat dengan si Hanny.Ada apa-apa ke?"Soal Haikal meminta kepastian.

"Aku selesa nak kawan dengan dia."

"Dia tak sama macam janda kau."

"Aku tahu.Buat masa ni aku tak nak kahwin.Cukuplah sekali terluka."

"Tak semua perempuan macam tu."

"Aku tahu."
Dia selesa untuk berkawan bukan untuk berkahwin.Biarlah masa yang menentukan.Dia suka mengusik Hanny Putri yang mengelabah.Hatinya senang.


"Ikut kaulah."Haikal mengalah.Tidak mahu memaksa.Mungkin ini adalah jalan yang terbaik.

"Thanks for everything."

"Kau kawan aku."



Nota:Terima kasih yang sudi membaca..kalau boleh tinggalkan komen... Maaf kalau tak puaskan hati anda semua.. :)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan