Sabtu, 23 November 2013

Selamat Ulang Tahun Sayang







"awak tahu..nanti kalau masa hari jadi saya..saya nak kereta dari papa saya."

Aku tergamam mendengar perkataan kereta itu.."Kereta"?aku mana mampu nak beli..Eh bukan ni,dia mintak dari papa dia..Alahai apa malang nasib aku.Tu lah nak cari makwe biar setaraf.Ni anak orang kaya kot.Bukan kot tapi jelas okey.

"Hah kereta?"Soal Hilmie tersentak.Dia tergamam lagi sebentar.

"Yela.Nak ferrari.Hari tu Papa dah janji.Papa cakap lagi nak buat saya punya birthday besar-besaran dalam taman bunga lagi"

"Hah."

"Awak.Saya tak mintak awak belikan okey."Riana menjelaskan maksudnya.Bukan dia tidak tahu dengan perangai kekasihnya.Kalau cakap sahaja soal benda mewah pasti dia tergamam.Apa boleh buat dia anak orang kaya.Semua benda dimanjakan.Sudah terbiasa dengan kehidupan sebegini.

"Maaf saya tak mampu."

"Kan saya cakap tak kisah.Kenapa awak nak sedih sangat.Nanti awak dah ada untuk saya.Kira bersyukur taw.Sayang awak."
Riana tersenyum manja.Dia hanya perlukan kekasih hati bukan barang mewah.Hanya Hilmi yang ikhlas sahaja untuk berkawan dengannya.Tidak pernah meminta apa-apa.Tak pernah merungut duit habis.







Pening..pening..harijadi dia satu minggu lagi..Isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat dan sabtu.Ahad hari jadi dia.Apa boleh buat?aku nak buat apa?aku tengah pokai ni.Nak bagi duit belanja dekat adik-adik lagi.Aku bukan orang senang atau aku patut putus..Argggghhhhhhh...

"woi kau kenapa Mie?tak de duit?No hal aku ada sikit duit."

"Bukan lah."

"Dah tu der."

"tak de apa-apa la."

"Macam aku tahu je.kau gaduh dengan awek erh?"

"Tak arh."

Sahabatnya hanya mengeleng kepala.Pening.Nak kata awek tak cantik?mantap weii.Anak orang kaya lagi.

"Dahlah kau."Karim mengalah.Pujuk macam mana pun.Tetap tak nak cerita ..Apa boleh buat.

"Weii.Aku peninglah nak sambut birthday dia macam mana."Akhirnya Hilmi meluahkan perasaan.

"Selama ni kau bagi apa kat dia?"

"Kad,Ucapan dan coklat."

"Dia pernah merungut?"

"Tak."

"So?"

"Aku ni tak kaya."

"Tu silap kau der.Selama ni dia ikhlas dengan kau.Adik-adik kau pun dia tolong taw.Bukan senang nak cari bakal isteri macam tu."

"Aku takut bila dah kahwin dia tak nak berubah."
Kusut betul kepala bila fikir hal ini.Kalau tak berubah?mati aku.

"Mie.MiE.Kau ni macam budak-budak.Papa dia sendiri sendiri cakap kan.Kau dah ubah anak dia.Dari seksi meksi.Sekarang bertudung.Dia restu kau kan.Der kau kena paham dia.cakap jangan sentap sangat beb.Kang dia bosan.Perempuan ni kalau dah sayang.Dia akan berubah.Seperti mana dia terima kau.Kau kena terima dia seadanya.Dia tu anak manja.Itu kelemahan dia.Kau pulak?Anak orang biasa.Tapi kau sama-sama manusia beb."
Karim memberikan nasihat yang cukup bernas.

"Boleh percaya ke?"

"Kau macam nak kena makan penampar je der.Kalau aku cakap bodoh.Kau ni selalu jadi pekerja terbaik.Haih."





Dia tak mampu beli barang berharga.Yang dia mampu wujud suasana romantik di restoran biasa.Api lilin dinyalakan.Gitar disandangkan dibelakang badan.Kek pula diletakkan di atas meja.Sungguh,dia bukan setakat tak kaya tapi tak romantik.

"Wow.Hilmi thanks.Cantik sangat.Walaupun awak tak romantik tapi saya suka tahu."Ujar Riana.Terharu menjalar dalam dirinya.Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa dengan Hilmie kecuali sebuah ucapan.Tidak terbayang dia terasa sangat sayang pada Hilmi.Sanggup habiskan duit untuk berikan sebiji untuknya.Selalunya kad dan coklat sudah cukup.Dia sayang dengan Hilmie bukan kerana rupa tapi hati budi.Hilmie tidak pernah ambil kesempatan terhadapnya.

"awak dengar ni.Lagu untuk awak."



Ingin saja ku berikan
Segala yang kau impikan
Mimpi yang sering kau katakan
Namun ku punya batasan

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya bagiku
Ku tak punya wang berjuta
Apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah
Agar kau rasa berharga

Ini saja yang ku mahu
Sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka
SELAMAT ULANGTAHUN CINTA


"Saya suka."
Riana menitiskan air mata.Lagu itu menusuk di kalbu.

"Saya tak pernah mintak apa-apa dari awak."Ujar Riana dalam sedu.

"Saya tahu."

"Maafkan saya sebab selalu buat awak terasa."

"Bukan salah awak."

"Awak selalu hargai saya."

"Sebab awak bakal isteri saya."

"Saya nak hati awak bukan kemewahan."



Nota:Cerpen kali ini cukup simple.Ayat yang berikan mungkin tunggang terbalik.Saya hanya menggunakan ayat yang sempoi.Maaf jika ada sebelum ini seorang dua yang kata karya yang dilakukan berdasarkan lagu adalah tidak berkualiti.Jawapan saya adalah..saya hanya mampu menulis berdasarkan hati.Saya tidak boleh tulis secara paksa tetapi melalui hati.Lagu adalah ilham saya kerana saya sangat sukakan lagu sewaktu menulis.Jika cerpen kali ini tidak memuaskan hati.Maafkan saya.Saya hanya penulis jalanan yang hanya menulis ketika ilham keluar dari otak.. :)


Tiada ulasan :

Catat Ulasan