Rabu, 4 September 2013

Untuk Mencintaimu 14

Hanny Putri menyisir rambut ikal dengan perlahan.Dia berkhayal sebentar.Entah mengapa dia seakan-akan suka dengan tingkah laku Fikri Aidil sedangkan sebelum ini dia tidak suka.

"Dia ajak aku kahwin la.."

"Ermm..kahwin?"
Hanny Putri menyoal dirinya kembali.Terasa kelakar dengan perkataan itu.Kahwin?Kelakar tu.

"Kau nak kahwin dengan siapa weii?"Sergah Rita.

"Kau dah kenapa?"Marah Hanny Putri.

"Yela.Dua kali aku dengar kau sebut kahwin.Dengan siapa?"

"Aku rasa kau salah orang kot.Aku tak sebut apa-apa lah.Kau tu kuat sangat berkhayal."Hanny Putri mereka cerita agar rahsia tidak terbongkar.Bantal dipeluk erat.Bibir digigit.Janganlah Rita menyoal lagi.

"Yeke?"

"Yela."Hanny mengangguk kepala berkali-kali.Bersungguh-sungguh.

"Tak cayalah..kau nak kahwin dengan sape??"Soal Rita sekali lagi.Tidak percaya dengan jawapan Hanny Putri...

"Tak caya sudah lah.." Hanny Putri berpura-pura merajuk.

"Yela."




"Hai Honey." Sengaja perkataan honey ditekankan.Fikri Aidil tersengeh-sengeh.

"Apa?" 

"Ewah garangnya cik Hanny ni."

"Boleh jangan ganggu saya?kalau nak jumpa bos.Bos tak de pergi jumpa clien.Kalau nak datang berborak kosong.Sorry lah saya busy."

"Eh macam tahu je saya nak berborak.Hehe." Niat di hati mahu berseloroh tetapi wajah Hanny Putri masam mencuka tiada senyuman seperti biasa.

"Dah tahu baliklah."

"Amboi garang."

"Saya busylah." Kali ini suaranya dilembutkan.Makin tinggi suara,makin  galak Aidil Fitri menyakat.

"Alah..kan masa lunch.Tak nak makan ke cik adik?" Tanya Fikri Aidil.Berharap agar Hanny Putri sudi keluar dengannya.Alah macam date tu.

"Patutlah saya lapar." Perutnya diusap-usap.Fikri Aidil hampir tergelak tapi ditahan.

"Jomlah."

"Jom"

Langkah Hanny Putri diatur laju meninggalkan lelaki itu dibelakang.



Nota:psttt.ada yang rindu fikri aidil??.Maaf sangat lama dah tak update entry..Busy sedikit.maaf kalau tak menepati citarasa anda semua...zatul hanya cuba yang terbaik..komen yang anda tinggal.Sangat dihargai..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan