Jumaat, 12 Oktober 2012

RAHSIA


BAB 1

“Ain,kenapa kau pentingkan diri sangat.Kau  tak  nampak ?Dia terseksa kerana kau.”

“kau siapa?kenapa kau kata  dia terseksa kerana aku?kau siapa?Dia siapa?

“kau kejam ain.”

“Kau siapa?”Sekali lagi,Ain menyoal.

Ain menekup telinganya.Sungguh,sejak akhir-akhir ini.Suara itu sering bergema dalam mimpinya.Siapa dia?

“Siapa aku?itu  tidak penting.Siapa dia.Kau harus cari sendiri.”Sinis kata-kata itu.

“Tolonglah,jangan ganggu aku lagi.Aku tak tahan macam ni.”Ain masih merayu.

“Aku tak kan ganggu kau lagi.Kalau  kau pulang ke tempat asal kau.”

“Tempat asal aku?”

“Iya tempat asal kau dan  kau harus cari siapa dia?Dia terlalu seksa kerana kau.”

“Dia terseksa?”

“Bukan satu orang Ain tapi dua orang.Kau perlu cari mereka?”

“Cari?”Ain semakin hairan.Apa maksud lelaki ini.Dia gusar.

“Kau tak payah takut Ain.Apabila kau pulang ke tempat asal kau.Kau akan tahu siapa mereka.
“Tapi?”

Bayangan lelaki itu terus hilang.
“Nanti..”Jerit Ain

Ain tersedar dari tidur.Dia musykil,kenapa wajah lelaki itu kabur.Kenapa hampir setiap hari dia mimpi yang sama.Malah bukan itu sahaja,suara itu juga bergema ketika dia bersendirian.

“Aku gila ke?”Soal Ain pada dirinya.Ain mengambil gambar itu dari meja solek.

“Siapa aku yang sebenarnya?Pak Lang kata aku hilang ingatan sebab kemalangan.”

Ain bingung memikirkan keadaan dirinya.Dia menekan berkali-kali jarinya dikepala.Semakin dipaksa untuk mengingati semakin sakit.
“Siapa perempuan ini?Kenapa wajahnya hampir sama dengan aku?Dia kembar aku ke?Kenapa Pak Lang tak pernah cerita.”
Wajah itu diusap perlahan-lahan.Setiap kali dia melihat gambar ini.Hatinya terasa lain.Dia fokus pada gambar itu dan matanya ditutup perlahan.Bagaikan  terkena kejutan elektrik,matanya terbeliak sebentar dan kembali tutup.



“Ain sayang Aini tak?”Soal Aini manja.Dipintal-pintal rambut  Ain.
“Kita kan kembar.Of course lah Ain sayang.Aini kakak Ain.Ain adik Aini.”



Mata Ain terbuka kembali.
Hanya sebentar sahaja dia melihat kisah itu.Sakit kepala semakin menjadi-jadi.Diletak kembali gambar itu di atas meja.Badannya dihempaskan ke katil empuk.Dia malas memaksa,nanti dia juga yang terseksa.


“Ingat perlahan-lahan Ain.”

Suara itu datang lagi.Wajahnya masih kabur.

“Jangan paksa aku.”Ain berkata tegas.Kakinya melangkah ke hadapan,dia mengecilkan mat a agar matanya dapat melihat wajah lelaki itu.Lelaki itu pula melangkah ke belakang.
                                   
 “Boleh tak jangan ganggu aku lagi.”Ujar Ain tegas.

“Berapa kali harus aku bagitahu.Aku  tak kan  ganggu kau bila kau  pulang ke tempat asal.”
“Siapa kau hah?Keluar dari bilik aku sekarang!!!.”Ain halau  lelaki itu.

Bayangan lelaki itu hilang lagi.
Ain mengeluh perlahan.Dia melabuhkan pungungnya di katil dan meraup wajah berkali-kali.



“Adam.kau dah  try cari budak perempuan tu?”Ujar Amir

“Aku dah upah penyiasat persendirian.Aku dah cari di merata tempat tapi masih tak jumpa dia lagi.”

“Lia macam mana?Sudah sedar.”

Adam merenung air di dalam cawannya.Sesekali dia mengacau air dengan sudu.Dia juga buntu untuk fikir.

“Belum.”Perlahan suara Adam berkata.Bilakah ini akan berakhir.Dia lelah dengan semua ini.Ahh,jangan lelah?Baru satu bulan,ini baru permulaan.

“Aku harap dia cepat sedar.Dia satu-satunya yang boleh bebaskan Fikri.”Penuh berharap ujaran Amir.

“Aku lagi la.”

Dua sahabat ini saling berpandangan .
“Semoga cepat berakhir.”
Amir menepuk bahu sahabatnya.Mengerti apa yang dialami,dia juga begitu.





pesanan:kalau dah baca jangan lupa komen taw...yang sudi baca terima kasih diucapkan.

2 ulasan :