Sabtu, 19 November 2011

Kurnia 8

"Heloooo tomboiii".Ujar Anita dengan gaya gediknya.Nur Amalina mengangkat kepala untuk melihat gerangan siapa yang memanggil dirinya.
"Patutlah minah gedik".Gumamnya didalam hati.Tidak dilayan panggilan itu malah meneruskan bacaan pada nota-nota penting.Kalau dilayan minah ini gamaknya sampai pensyarah masuk dalam kelas tak perasaan.
Nur Amalina ingat lagi dahulu,masa dia bertekak dengan Anita,hampir sahaja kena halau dengan Puan Lee.
Eh,eh..tak nak,tak nak.Baik tak payah layan perempuan tak cukup sifat ni.Harap muka cantik tapi perangai tak cantik.

"Weh,tomboi.Kau ade nampak tak Haziq?Aku cari dia tadi tak jumpa lah".Ujar Anita sekali lagi.Kali ini dia melabuhkan punggungnya di kerusi.Kainnya yang pendek diperbetulkan.Dengan gaya gediknya Anita menyoal sekali Nur Amalina.
"Weh Tomboi..Aku tanya nih jawablah,kau kan kawan baik Haziq".Anita mula bengang dengan kebisuan Nur Amalina.Dirampas nota kecil ditangan Nur Amalina.Nur Amalina mula berangin dengan tindakan kurang sopan Anita lalu sahaja dia merampas kasar nota itu dan bersuara.
"Minah gedik tambah minah perasan,kau panggil sapa hah?Tomboi bukan nama aku lah bodoh bangang.Rengkali panggil nama aku dengan betul.Ada paham".Sergah Nur Amalina.Rakan-rakan di bilik kuliah hanya berbisik-bisik melihat situasi tegang antara mereka.
"Korang pehal berbisik hah.Buat lah kerja sendiri".Nur Amalina meninggikan suara menyebabkan yang lain cepat-cepat melakukan kerja masing-masing.Anita terkejut dengan jerkahan Nur Amalina beredar dari situ dan duduk bersama seangkatannya.
"Huh dasar tomboi".Marah Anita.
"Ala kau nih macam tak tahu dengan perangai tomboi tu."
"Aah betul tu cakap si Min nih.Nita".Ujar Zana.Anita menyilangkan kakinya.Tangannya digengam kemas.Cuba untuk menahan amarah yang bertamu dikalbu.Jika Anita cari gaduh dengan Nur Amalina sudah tentu dia sakit hati dan Haziq akan membela Nur Amalina.
"Apa lagi kau nih,tak payah layan lah minah tomboi tuh".Ujar Zana lembut.Pen dijarinya diketuk-ketuk di atas meja.
"Ok larh".Anita mula mengalah.



Perut Nur Amalina sudah berkeroncong kerana dia tidak makan dari pagi tadi.Puas dia menilik satu persatu makanan dikafe ini tetapi tiada satu yang membukan seleranya.Hendak balik ke rumah hanya ada masa 1 jam sahaja untuk hadir ke kelas seterusnya.Keputusannya untuk makan di kafe universiti sahaja.Akhirnya,Nur Amalina duduk dikerusi dengan wajah hampa dan dia hanya pesan mee goreng.Itu yang difikir olehnya.Dia tiada selera sebenarnya hari ini.Pelayan di kafe meletakkan air milo di meja dan sepinggan mee goreng yang dipesan oleh Nur Amalina.
"Terima kasih".Ucap Nur Amalina dengan senyuman.Pelayan itu membalas senyuman dan mengangguk serta berlalu pergi.Makanan dihadapannya ditenung setajam-tajamnya,entah apa yang difikirkan.Dia betul-betul tiada selera walaupun perutnya minta diisi secepat mungkin.
"Hai cik adik.Tenung je makanan tu".Tegur satu suara.Lantas dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Nur Amalina..Tangannya menongkat dagu dan memandang Nur Amalina penuh asyik.Nur Amalina tidak peduli dengan pandangan mata itu malah menyuapkan makanan dimulutnya dengan penuh tertib persis sang puteri.
"wow tertibnya makan".Ujar suara serak-serak basah itu.
Nur Amalina hanya menjeling dan meneruskan suapannya.Kali ini dia kunyah cepat agar makanan itu boleh ditelan.
"Aik tadi makan tertib,sekarang gelojoh.Tak baik tau makan gelojoh nanti tercekik".Sekali lagi lelaki itu bersuara dan sengaja memanaskan suasana.
"Kang aku debit kang".Gumam Nur Amalina didalam hati.Nur Amalina mengambil air jus apple dihadapannya lalu disuakan strong ke mulutnya.Matanya masih memandang makanan dengan tangan kirinya mengetuk meja dengan sengaja.
"Aik asal ketuk meja?Marah eh?KK,abang dah tak renung Alina lagi k".Ujar suara itu dengan senyuman terukir dibibir.Sebenarnya dia sengaja mencari masalah dengan Nur Amalina tetapi kini hatinya pula panas membara apabila Nur Amalina tidak melayan dengan kata-katanya sedangkan sebelum ini gadis dihadapan inilah yang akan berdebat dengannya tidak kira dimana.
Nur Amalina tidak  ada hati untuk bertengkar dengan Miqael pada hari ini,selalunya dialah juara bertengkar tapi hari ini emmm...Mikael berdehem kuat seolah-olah sakit tekak,dia sudah bosan dengan Nur Amalina yang tidak mahu melayannya..
Ditarik minuman Nur Amalina lalu disuakan kedalam mulutnya,diminum sampai habis air itu.Nur Amalina membeliakkan biji matanya seakan tidak percaya tindakan berani mati Miqael.Mulutnya tertutup rapat,dan tangan kanannya mendarat dipipi kiri Miqael.Tindakan spotan,tentu sakit.Aduss..

Miqael tidak menyangka tindakan Nur Amalina seberani ini.Tergamam dibuatnya,ahh tapi dia tidak boleh marah.Dia sendiri yang cari pasal,sudah terang lagi bersuluh Nur Amalina tiada mood.Miqael hanya tersenyum dengan kelakuan Nur Amalina dan dengan selambanya dia mengusap pipi kirinya yang mungkin berbekas dengan kesan tamparan Nur Amalina.
"Erkkk,sorry".ujar Nur Amalina gagap.Sejak bila Nur Amalina pandai minta maaf pada lelaki mereng ini.
"Eh,awak minta maaf?"Soal Miqael sinis.Telinganya didekatkan pada muka Nur Amalina sehingga Nur Amalina merengus geram.Telinga Mikael ditariknya lalu dipulas.Puas hatinya,sudah meminta maaf kini mengada-ngada.Padan muka kau.
"Aduhhh".Miqael mengaduh sakit,sudahlah sebentar tadi ditampar sekarang dipulas telinga.Dia betul-betul cari nahas kali ini.Ahh layan.
"Saya cakap mintak maaf.awak paham tak!!!."Ujar Nur Amalina,tangannya masih tidak melepaskan telinga Miqael.Merah telinga Miqael tetapi Nur Amalina hanya selamba.Akhirnya,dia lepaskan telinga Miqael setelah berpuas hati.Nur Amalina bertepuk tangan riang tanda kemenangannya.Terselah perangai keanak-anakan.
"Eleh puas hatilah tu.Nasib baik aku suka kau.Kalau tidak memang tak lama dah.huh."Gumam Miqael didalam hati.
"Yes,puas hati aku.Huh."Ujar Nur Amalina dengan riak.Tergambar perasaan gembiranya.
"Huh,puas hati kau kan".Kedengaran suara merajuk Miqael.Mukanya sengaja masam untuk menunjukkan dia bengang.Nur Amalina gelak,tangannya menampar bahu Miqael dengan kuat.Sekali lagi,Miqael mengaduh.
"Bye".Ujar Nur Amalina dan berlalu pergi.Seronok hatinya apabila dapat mengenakan Miqael,Miqael sendiri tidak marah dengan tindakan ganasnya atau lebih tepat tindakan spontan.

Nur Amalina tersenyum puas dengan tindakan spontannya sebentar tadi.Miqael tidak membalas tetapi hanya tersenyum.Peliklah dia tu,kalau orang lain tak pasal-pasal sudah kena tapi dia tidak.Dalam diam Nur Amalina memuji Miqael.Rambutnya yang panjang mengurai,dilurutkan dengan jari runcingnya perlahan-lahan.Direbahkan badannya ditilam empuk."Fuh empuk betul tilam nih".Ujar Nur Amalina,jarinya bermain-main dengan rambut panjang.Digolek badannya ke kiri dan ke kanan..
"Fuh,macam filem industan ler".Tak sangka Nur Amalina yang brutal,boleh menonton filem industan.
"Bosan larh duk kat rumah sewa nih.Tu la orang lain duduk dengan membe tapi aku dengan berlagaknya duduk sorang-sorang.Ahh,lantaklah".Bebel Nur Amalina,dicapai telefon bimbit di meja yang berbentuk hati.
"Aku ambil telefon nih nak buat apa?"Soal Nur Amalina sendiri.Kini,dia sudah duduk dikatil empuknya sambil memegang earphone lalu diletakkan ditelinga.
"Kalau layan lagu k-pop ok gak".
"Aish siapa pula telefon aku malam-malam nih".Ngomel Nur Amalina.Ditekan butang hijau di telefon bimbitnya menandakan dia menerima panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil.
"Assalamualaikum,siapa ni dan ada apa ya telefon malam-malam nih?"Ucap Nur Amalina ramah.
"Waalaikumussalam wahai tuan puteri.Adakah saudari tidak melihat nama pemanggil tadi".Balas si pemanggil dengan sinis.Nur Amalina meniarap dan menongkat dagunya.Dia sudah agak suara pemanggil.
"sebab itulah saya tanya".
"Kura-kura naik perahu.Buat tak tahu pula".Ujar Haziq riang.
"Hahaha.suka aku lah Ziq".Balas Nur Amalina ketawa galak.Badannya dipusingkan untuk berbaring dengan betul.
"Pehal tepon aku malam-malam nih".
"Aku rindu kau lah yunk..hihihi".Ujar Haziq nakal,sengaja mahu mengusik sahabat baiknya.
"Gedik lah kau nih Ziq.Nyampah aku".Balas Nur Amalina dengan suara agak gedik.Akhirnya,meletus ketawa mereka.
"Kau buat apa tu Amal?"
"Aku tengah angau dengan mamat hensem".Ujar Nur Amalina tersenyum simpul.Hujung rambutnya dipintal-pintalkan.
"Sa..sape?"Haziq tergagap menyoal,peluh didahinya mengalir dengan tiba-tiba.Dalam hatinya berdebar-debar.Janganlah kau jatuh cinta.
Nur Amalina hanya ketawa apabila terdengar suara Haziq yang resah.
"Asal kau gelak?"
"Saja,suka dengar suara kau yang ntah pape.Kau cemburu ya?"Nur Amalina meneka dengan tepat.
Haziq terasa seperti kena tikam tetapi disabarkan hati agar tidak nampak terlalu gelojoh.
"Kalau aku suka kau macam mana?"Ucap Haziq berterus-terang.Nur Amalina yang mendengar ketawa dan terus ketawa dengan pengakuan berani Haziq.
"Kau takkan jatuh cinta dengan aku dan aku takkan jatuh cinta".Ujar Nur Amalina angkuh.Memang benar,Nur Amalina tak akan sesekali jatuh cinta kerana baginya cinta akan membuatkan seseorang lemah.Itu prinsip hidupnya.
"Kalau kau jatuh cinta bagaiman?"
"Huh,tak akan sesekali dan aku tak nak".Ujar Nur Amalina dengan tegas.Dengar sahaja perkataan "Jatuh Cinta" secara drastiknya dia duduk tegak.Tak suka betul perkataan tu.
Nur Amalina dan Haziq berborak panjang sehingga pukul 12 tengah malam.




Nota sikit:Maaf ya kalau saya buat agak meleret.Insyaallah,saya akan cuba yang terbaik.Kalau ada kesalahan,tolong tegur ya..Terima kasih yang sudi komen.Saya amat menghargainya.

1 ulasan :

  1. ad beberapa pkataan yg slh atau xbtul :

    - Rengkali
    - membukan seleranya
    - Kang aku debit kang
    - strong ke

    maaf.. ini je dpt komen.. agk meleret tp okayy :) troskn usaha ;)

    BalasPadam