"Amal,kau cantiklah malam tadi".Puji haziq didalam kelas.Dipandang muka Nur Amalina ralit,cuba dibezakan muka yang semalam dan hari ini.Wajah semalam cukup ayu tapi kini perwatakannya ala-ala tomboi.Direnung lagi pakaian Nur Amalina.Hanya berseluar jeans dan memakai T-shirt merah berlengan panjang,dipandang pula kasut.Tak macam perempuan lain,berkasut All star.Cukup ringkas tapi amat menarik dipandangan matanya.Nur Amalina..Nur Amalina...
"Hoi,asal kau pandang macam nak telan aku hah?"Sergah Nur Amalina.Gerun pula melihat pandangan Haziq melihatnya dengan pandangan yang tidak boleh ditafsirkan.Nur Amalina pandang Haziq atas bawah,atas bawah.
"Kau tengok macam tu?nak kena tumbuk ke?"
"Ala kau nih Amal rileks ar,makin marah makin cantik."Ujar Haziq bersungguh-sungguh.
Nur Amalina ketawa dengan lantang,satu kelas mendengar suaranya tapi dibuat tak endah.
"Dengan aku pun kau boleh jadi.Eh buaya,aku tak makan lah kau punya pujian".Ucap Nur Amalina penuh yakin.Haziq berpura-pura merajuk mendengar bicara kawannya.Mungkin Haziq terasa hati mendengar perkataan "BUAYA" yang dilafazkan Nur Amalina sebentar tadi.
"Eh Haziq,asal kau termenung eh tadi masa puan Nurul mengajar.Nanti mula la tanya aku tak paham la apa la."Bebel Nur Amalina.
Haziq tidak menghiraukan kata malah menonong jalannya.Nur Amalina tercengang melihat tingkah-laku sahabatnya.
"Merajuk ke mamat ni".
"Kau Ziq asal monyok je?Mati bini ke?"Perli Miqael.Kini Haziq berada dibilik Miqael,moodnya sudah hilang untuk lepak bersama Nur Amalina.Masih terasa hati lagi dengan kata-katanya.
Haziq tidak membalas kata-kata Miqael,hanya senyap dan senyap.Naik pelik Miqael melihat perangai Haziq.
"Kau ade masalah ke bro?nak kongsi dengan aku tak?"Ujar Miqael.Dilabuhkan punggungnya disebelah Haziq berbaring.Dihulur air yang baru dibuat sebentar tadi ke Haziq.Haziq menyambutnya dengan tidak terdaya seperti mayat hidup yang tiada perasaan.
"Kau rasa aku ni buaya ke?"Tanya Haziq dengan lesu.
Miqael tersenyum."Buaya?Kau bukan manusia ke?"Ujar Miqael dengan sengih memanjang.
"Kau nih kan,aku cakap betul-betul la,janganlah main-maian."Radang Haziq.
Meletus ketawa Miqael ditelinga Haziq.
"Buaya tak de la sangat,kalau player ya kut".
"Bukan sama ke?"Ujar Haziq dengan lurus.Sekali lagi dijadi bahan ketawa Miqael.
"Memang pun."Balas Miqael dengan bersahaja.Dihabiskan sisa-sisa air yang tinggal.
"Huh".
"Dengan aku pun nak merajuk macam perempuan.Tak lepak dengan kawab baik kau tu?"
"Aku tak de mood lah El,ada ke patut dia cakap aku buaya masa aku puji dia."
"Sape suruh puji dia.Perempuan macam dia tak suka dipuji."Ujar Miqael.
"Mana kau tahu?"
"Dia kan tomboi".
"Woiii,agak sikit mulut kau eh.Dia cuma kasar jew la bukan tomboi,masih ada lagi jiwa wanita".Ucap Haziq tegas.Tidak mahu lagi mendengar orang lain mengatakan Nur Amalina kesayangannya "Tomboi".Cukup anti.
"Tak sama ke?"
"Tak".Ujar Haziq dengan tegas lagi.
"Kau suka dia?"Soal Miqael.
"Kau rasa?"
"Menurut firasat aku,kau suka dia.Betul tak?"
"Aku balik dulu ar."Ujar Haziq.Malas dia menjawab persoalan itu.Hatinya tidak pasti.
Kalau diluah pasti digelak.Kalau tak diluah hatinya sakit.Mana satu agaknya?
"Saje nak lari larh tu dengan soalan aku".
"Kau lagi".Ujar Nur Amalina kasar setelah sedar bahunya dirempuh kuat oleh seseorang.
"Maaf,saya tak sengaja".Mohon Miqael.Harus ditenang wajahnya,kalau tidak jatuh maruahnya didepan gadis ini.
"Rengkali mata pandang depan".Ujar Nur Amalina kasar.Waktu Nur Amalina mahu berlalu pergi,terasa tangannya dicengkam kuat.Lantas dipaling,terkejutnya dia apabila yang memegang tangannya adalah MIQAEL.
"Kau nih pehal?"Soal Nur Amalina bersahaja,langsung tiada riak takut.Tangannya meronta minta dilepaskan.
"Kenapa kalau kau jumpa aku,mesti kasar.Tak boleh cakapa baik-baik?"Soal Miqael balik kepada Nur Amalina.Riak wajahnya tenang.Nur Amalina mendengus kasar.Tangannya meronta minta dilepaskan tapi makin kuat cengkaman Miqael padanya.Muka Miqael didekatkan ke wajah Nur Amalina,terlampau hampir.Mungkin satu inci lagi akan bersentuhan.Wow.
"Kau boleh lepaskan aku tak".Ujar Nur Amalina dalam debar.
"Kalau aku tak nak lepaskan tangan kau.Agak-agak kau nak buat apa".Balas Miqael.Keningnya diangkat,Nur Amalina bengang.
"Kita bukan muhrim lah bodoh".Tengking Nur Amalina.
Makin kuat dicengkaman itu sampai Nur Amalina mengaduh tapi tiada perasaan kesian langsung.
"Sakitlah".
"Cakap baik boleh tak".
"Hish".Nur Amalina merungut.Mukanya kini dimasamkan.
"Kenapa kau nih kasar sangat,tak boleh lembut ke dengan aku."Bisik Miqael ke telinga Nur Amalina.
Direnung Nur Amalina tajam.
"El....Ak.....".Panggil Haziq.Tergaman melihat adegan itu.Berpegangan tangan,mukanya sangat hampir.Oh apa yang jadi nih.Fikir Haziq.
Tangan Nur Amalina dilepaskan dilepaskan apabila terpandang haziq,wajahnya biasa-biasa seperi tiada apa yang berlaku.
"Korang buat apa nih?"Soal Haziq keadaan bingung.
Nur Amalina mengosok tangannya yang sakit.Tanpa kata,terus ditinggalkan 2 orang lelaki itu.
"Bengong".Luah Nur Amalina dalam keadaan bengang.Haziq makin pelik.
"Kenapa El?"
"Takde pape".Balas Miqael.Haziq bungkam,kini dia ditinggalkan.Keseorangan disitu.
"Apa dah jadi".Soalan terbit dimindanya.Pening....
"Amal,apa yang El buat dekat kau?"Soal Haziq di tempat lepak mereka.
Nur Amalina tidak menjawab hanya muncung dan masam mukanya.Tidak diendahkan pertanyaan Haziq.Kakinya disilangkan tanggannya memegang Skateboard kesayangan.Hari ini untuk meluncur bersama skateboardnya tiada mood gara-gara lelaki tadi.Sebal memikirkannya.
Haziq duduk disebelah Nur Amalina,tangannya turut memegang skateboard.
"Aku tanya jawab la".Pujuk Haziq lembut.Direnung perlahan wajah sahabatnya.
"Cantik".Desis hatinya.
"Tangan aku sakit".Ujar Nur Amalina,ditunjukkan pergelangan yang merah akibat cengkaman Mikael yang terlalu kuat.Rasa ingin menangis waima kelakuannya kasar namun hatinya cepat lembut.
"Mikael buat eh?"Teka Haziq.
Amalina mengangguk dan tunduk.Rambutnya mengalun lembut dengan hembusan angin.
"Tu la janganlah cakap kasar sangat".
"Dah aku macam nih.Nak buat macam mana".Balas Nur Amalina,tiada lagi kata-kata kasar yang lahir dari mulutnya.
"Cubalah lembut sikit".Ujar Haziq.
"Yelah,aku kan tak macam perempuan lain,pandai bergaya pandai bersolek.Lemah lembut sebab tu bila orang tengok macam nih orang kata aku nih tomboi".Nur Amalina meluahkan perasaan.Ditolak rambutnya ke belakang yang dilepaskan.
"Dah lah,kau jangan cakap macam tu ok."
"hmmm".
"Jom main skateboard".Ajak Haziq.
"Aku tak ada mood".Nur Amalina terus berlalu pergi tanpa menoleh ke arah Haziq.
Assalamualaikum dan selamat datang ke teratak comot Zatul...Jangan lupa tinggalkan pesanan setelah anda jejaki blog ini dan sentiasalah mengucap syukur kepada Allah..Salam sayang dari Zatul.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan