Jika aku pergi
Aku ingin meninggalkan
Sebuah rindu yang tidak kau ketahui
Aku ingin kau ketahui
Betapa bernilainya kewujudan aku disini
Akan ku coretkan segalanya untuk kau
Jika aku pergi
Mungkin baru kau tahu kewujudan ini
Aku tidak rela diketepikan
Aku tidak rela dilupakan
Kerana sebuah KEJAUHAN
Jika aku pergi
Mungkin terasa sebuah kehilangan
Dari situlah mungkin kau amati
Siapa diri ini sebenarnya
Sebuah kebisuan kau ciptakan
Aku akan ciptakan sebuah kehilangan
Aku ingin ciptakan sebuah penghargaan
Agar kau tahu kewujudan diri ini
Jika aku pergi
Akan ku ciptakan lara dihati
Tanpa sedar
Tiada ulasan :
Catat Ulasan