"Pa makan pa".Jemput Miqael.Dicedokkan nasi kedalam pinggan papanya tapi sebaliknya berlaku.Papanya mencedok sendiri nasi dan pinggan yang disediakan oleh Miqael ditolak tepi.
Miqael bungkam tapi hatinya tahan agar tidak meluahkan perkataan kasar kepada papanya.
"Pa nak lauk nih?El boleh ambikkan."Ujar Miqael yang menunjukkan lauk kegemaran papanya iaitu asam pedas.
Papanya hanya senyap,diambil lauk itu sendiri.Sekali lagi Miqael terasa hati dengan kelakuan papanya itu.
"Sabar je lah".Bisik Miqael didalam hatinya.Miqael duduk dan menjamu selera dalam keterpaksaan.Hakikatnya,hatinya sebaliknya.
"Bila kau nak habis belajar El?"Soal bapanya.
Miqael tersenyum lebar,mendengar bicara papanya itu.Akhirnya,papanya bersuara setelah sebulan dia pulang ke Malaysia.Ya,dia tahu salah dia tapi kenapa papanya seolah-olah mahu menyalahkannya.
"Tahun nih last pa".Ujar Miqael lembut.Tangannya menyuap nasi kedalam mulutnya.
"Baguslah,habis belajar nanti.Tolong papa jaga syarikat,papa dah tak larat nak uruskan.Kau je lah harapan papa".Bicara Datuk Adam tanpa perasaan.Erkkkk.
"Baiklah pa."Balas Miqael perlahan.Hatinya lega kerana Datuk Adam kini mempercayainya.
"Aduh,sakit kaki aku tak Amal".Rengek Haziq,suaranya sengaja dimanjakan.
"Kau nih pehal?"
"Sakit ar jatuh semalam".
"Oooo".Tanpa perasaan simpati Nur Amalina bersuara.
"Sampai hati".Luah Haziq.
"Yang kau nak tunjuk hebat sangat semalam depan aku pesal.Padan muka kau".Nur Amalina ketawa besar.
"Huh".
"Ala,anak manja nih.Sikit-sikit merajuk.Nak makan penampar ke?"Ugut Nur Amalina,ditangannya sudah diangkat.Haziq pula memohon ampun.
"Yang kau gi langgar skateboard aku pehal,tu lah nak main-main sangat padan muka".
"Mana aku tahu,aku tak sengajalah yang oii".Ujar Haziq.
"Petang nanti nak ikut aku tak?"
"Nak pergi mana Ziq?"
"Pergi kahwin.hahaha".Ujar Haziq selamba.Kepala Haziq diluku oleh Nur Amalina.
"Aduh".
"Padan muka ,main-mainkan aku sangat kan.hahaha."Giliran Nur Amalina ketawakan Haziq.
"Kau nih kan".
"Yela,sorry.Kau nak ajak aku pergi mana?"
"Pergi,rumah aku.Ada kenduri sikit.Lagi pun mak aku lama tak jumpa kau.Rindu katanya."Ujar Haziq.
"Erm,tengoklah dulu."
"Ala kau nih,datang je lah.Mak aku rindu kan kau lah".
"Ok petang nih aku datang".Ujar Nur Amalina ringkas.
"Pakai baju kurung".
"Aku tahu lah.kau ingat aku bodoh sangat ke?"Balas Nur Amalina,suaranya ditinggikan.Sakit hatinya apabila mendengar arahan Haziq tadi.Dia ingat Nur Amalina budak -budak nak bagi arahan sebegitu.
Haziq hanya ketawa mendengar amarah Nur Amalina.Sebenarnya,dia sengaja mahu menyakitkan hati gadis itu.Nur Amalina hanya buat tidak endah dan tangannya laju menulis nota,satu persatu perkara dicatat agar tidak lupa.Mukanya berkerut mengingatkan apa yang diajar oleh pensyarahnya itu tadi.Apabila lupa,diberhentikan sekejap.Haziq hanya memandang gelagat Nur Amalina.Kalau ditegur sudah tentu makan penendang oleh sahabatnya itu.
"Kau asal pandang aku gitu haha?"Jerkah Nur Amalina,pen ditangannya diletakkan ditepi buku.Notanya ditutup dan diselit dengan penanda.Nampak comel pula buku nota itu.
Haziq senyum,itulah tabiatnya apabila dijerkah oleh Nur Amalina.Hanya sengih dan sengih.
Nur Amalina menunjukkan buku limanya.
"Ok-ok".ujar Haziq
"Petang nih aku ambik kau kat rumah sewa kau ok".
"Tak payahlah,aku boleh pergi rumah kau dengan skuter kesayangan aku tu".Balas Nur Amalina.
"Ala kau nih,aku lah ambik kau errr.Bolehlah".Pujuk Haziq.
"Yela".
"Macam nih kawan aku".Ucap Haziq senang,matanya dikenyitkan kearah Nur Amalina dan dia melepaskan senyuman menggoda.
"Dengan membe baik pun boleh jadi".
"Ala mana tahu nanti kau jadi isteri aku.Bahagia aku weiii".Tangannya diletakkan didada tanda dia akan bahagia.Muka Nur Amalina merah mendengar bicara rakannya itu
"Amalina,lama je tak jumpa."Ujar Datin Sharifah iaitu ibu kepada Haziq.Dipeluk Nur Amalina dengan penuh kasih sayang bagai tidak berjumpa tahun lamanya.Nur Amalina sesak nafas dipeluk sebegitu kerana terlalu kuat tetapi dibiarkan sahaja untuk menjaga hati orang tua itu.Baik sungguh Nur Amalina.
"Ibu sudahlah tu,boleh pengsan Amal kalau ibu peluk macam tu".Tegur Haziq.Petang ni,dia hanya berpakaian baju Melayu berwarna coklat senada dengan baju kurung Nur Amalina.Macam berjanji pula.
Datin Sharifah yang perasan baju mereka sama hanya tersenyum manis.
"Ibu yang sengih semacam ni kenapa?"Soal Haziq pelik.
"Kau orang nih berjanji ke?Ada apa-apa ke?".Desak Datin Sharifah.
Nur Amalina yang baru perasan baju mereka sama,tiba-tiba berubah muka.Malu pun ada untuk berhadapan dengan ibu Haziq.
"Aah,ibu.Kami berjanji".Jawab Haziq spontan.Nur Amalina membeliakkan biji matanya.Haziq tersenyum lagi dan lagi.Hatinya bersemi.
Miqael perasan gadis itu datang ke majlis Datin Sharifah tapi apa hendak dihairankan.Gadis itukan kawan baik Haziq,dia sendiri tidak pasti.Entah-entah itu rakan yang istimewa untuk Haziq.Haziq kalau bicara tentang gadis itu pasti tersenyum lebar,pasti perubahan diwajah Haziq ceria mendadak.
Gadis itu memakai baju kurung berwarna coklat senada dengan baju Haziq.Mungkin berjanji agaknya.Fikirnya.Diperhati gelagat gadis itu,sungguh ayu malam ini.Tidak kasar seperti sebelumnya.Akhirnya dia senyum bersendirian.
"Oit bro,pandang apa tu".Sergah Haziq.
"Tengok taman,cantik".Balas Miqael,cuba menutup malunya.Kalau Haziq perasaan,apa pula telahannya.
"Idea mak aku tu atau kau tengok Amal?"Haziq meneka,ada nada cemburu disitu.
"Erm mungkin kot."Balas Mikael selamba.Sebenarnya saja mahu bergurau dengan temannya itu yang jauh lebih muda 2 tahun darinya.
"Ooo."
"Cemburu?"
"Tak lah,dia kan membe aku.Tapi kan,cantik kan dia.Pakai baju kurung pastu rambut dilepaskan.Memang ayulah".Puji Haziq tanpa sedar,tidak berkelip memandang Nur Amalina yang sedang berborak dengan ibunya.
"Cantiknya dia".Luah Haziq lagi.Miqael hanya senyum melihat gelagat Haziq.Sah memang tak betul kawannya seorang ini.
Nur Amalina terasa dirinya diperhatikan lalu menoleh ke arah Haziq.Sepasang matanya terlihat Haziq dan Mikael.Kedua-dua lelaki itu memerhatinya tajam.
"Apa yang takkena dengan aku nih.Lain macam je dorang pandang aku".Fikir Nur Amalina.
"Amalina,kenapa nih?Tak sihat ke?kalau tak sihat,jom masuk rumah.Kita rehat k sayang".Soal Datin Sharifah penuh prihatin.Nur Amalina terasa dirinya berada dikampung bersama ibunya semasa Datin mengambil berat mengenainya.Sesungguhnya,Datin Sharifah tidak pernah memandang darjat dan harta seseorang.
Nur Amalina tersenyum manja,kini sudah tiada perwatakannya yang kasar.Waktu beginilah yang membuatkan Mikael tertarik dengannya.
"Ibu,Amal ok".Ucap Nur Amalina.Semenjak dulu lagi,dia memanggil Datin Sharifah ibu kerana wanita itu menginginkan.Teringat kembali ketika dia malu untuk memanggil panggilan ibu,Datin Sharifah merajuk juga.Dalam keterpaksaan dia akur.Kelakar juga ada bila imbas kembali apa yang betul.
"Betul sayang?"
"Betul Ibu".Ujar Nur Amalina lembut.Dipeluk lengan wanita itu manja.Datin Sharifah mengusap tangan Nur Amalina dengan penuh kasih sayang.Tertumpah kasihnya kepada gadis ini.
"Amalina tengok tu?"Tunjuk Datin Sharifah ke arah Mikael dan Haziq.Nur Amalina menoleh.
"Kenapa Ibu?"Tanya Nur Amalina.
"Dia orang asyik tengok Amalina je.Ada apa-apa lah tu".Ujar Datin Sharifah yang menjuihkan bibirnya kearah anaknya.Nur Amalina memandang sekilas dan menghadap kembali Datin Sharifah.
"Alah,biar lah dia orang ya bu".
Cantik juga minah ni.Erm perwatakan kasar tapi aku tak faham ,kenapa tadi dia seakan-akan lembut.Pelik aku
Tiada ulasan :
Catat Ulasan