Rabu, 18 Jun 2014

kotak hati

Di merenung wajah gadis itu lama.Wajah gadis itu kelihatan sedih..Tiada senyuman seperti biasa..Ingin mendekati tetapi takut tidak diterima..Bagaimana harus dia lakukan?

Shakir menarik nafas panjang dan melepaskan secara perlahan.Dia mungkin tiada harapan untuk berkenalan dengan gadis itu.Gadis itu sudah berpunya.Kekasihnya cukup sempurna.

 "Idriana."Ujar Shakir secara perlahan.

Mata Shakir masih tidak berganjak.kali ini,air mata itu menitis.


"kenapa dengan dia?"

Dia beranikan diri untuk melangkah ke arah gadis itu.Bukunya ditutup dan dikemaskan.Dia berlagak biasa.

 "hai."

Idriana mengangkat wajahnya.Air mata yang menitis  dilapkan dengan baju.Dia mengukirkan senyuman yang manis.Tidak mahu agar pemuda ini fikirkan yang bukan-bukan.


"Hai."Balas Idriana.Dahinya dikerutkan tetapi  kelihatan comel dimata Shakir.Kalau sukakan seseorang apa yang nampak sudah dikatakan cantik.


"Maaf ya saudari.Tadi saya ternampak saudari menangis.Kenapa ya?"Ujar Shakir dalam ayat skema.Hanya  ini sahaja soalan yang boleh dilontarkan.

 "Mungkin awak silap kot.Mata saya masuk habuk."

 "Oh masuk habuk.Mungkin kot.Patutlah saya tengok wajah saudari sedih aja."

 Idriana tersenyum lagi.Shakir pula terpana dengan senyuman gadis ini.Cukup indah dimatanya.





"Eh,awak kan yang tegur saya hari tu?"Tegur Idriana.Tanpa dipelawa.Punggungnya sudah dilabuhkan di atas kerusi.Dia tersenyum manis.Teruja dengan pertemuan kali kedua.Sebenarnya,dia selalu melihat lelaki ini di kafe.Tapi,tidak pernah ditegur apatah lagi dengan melemparkan senyuman.Mungkin,lelaki ini takut dengan bekas kekasih.Kekasih?Argh..lupakan..Dia ingin hidup kepada dunia baru.

 Shakir tergamam.Tak disangka gadis comel ini sanggup menegurnya.Kepalanya digeleng ke kiri dan ke kanan.Dia ingin pastikan yang gadis ini menegurnya.

 "Awak cari apa?

keadaan menjadi  seketika.

 "Awak?"

 "Eh takde pape lah..oh ya saudari ni nama apa ya?"Shakir buat-buat tanya.

"Nama saya?"

 "Iya."

 "Tekalah."Idriana cuba berseloroh.

 "Klu?"Pinta Shakir.

 "I depan.tekalah."

 "Iman?"

 "Ehem.Taklah.Idriana."Ujar Idriana sambil tersenyum.

 "Bukan Irdiana?"

 Idriana ketawa halus.Kelakar melihat reaksi lelaki ini.

 "Nama awak?"Soal Idriana pula.

 "Shakir."

 "Okey selamat berkenalan."






Semenjak hari itu.Perkenalan antara mereka makin rapat.Dimana ada Idriana ..Disitu ada  Shakir. Mereka seperti belangkas.Kata shakir,mereka berdua adalah kawan baik.Persahabatan ini membawa kebahagisan kepada syakir.Cuma dia tidak dapat meluahkan perasaannnya lagi.Mungkin dirasakan terlalu awal.


"Boleh saya tanya satu soalan?"

 "Tanyalah shakir."Ucap Idriana perlahan.Kakinya diluruskan .Dia cukup bahagia kenal dengan shakir.Sepanjang perkenalan mereka.Shakir cukup memahami.Tidak pernah menyakiti hatinya.

 "Kenapa awak menangis hari itu."

 "kekasih saya curang."Raut wajah Idriana berubah.Kenangan lama diputar kembali.Kekasihnya sanggup curang tanpa apa alasan yang kukuh.Bila difikirkan balik,kalau hendak curang.Curang juga.Alasan sudah tiada.

 "Maafkan saya."

 "Eh jangan mintak maaf.Awak bukan salah pun.Saya seronok bersahabat dari awak.Lebih dari tu pun takpe.Hehe."Gurau Idriana selamba.

"Awak tahu tak.Dalam hati saya ni ada kotak."

 "Kotak?haha..Lawaklah awak ni."

"Yela kotak hati."Ujar Shakir serius.Kalau gadis ini ingin membuka kotak hatinya.Seribu kali dia menerima.

 "Meh saya bukakan ..Nak tengok.Ikhlas tak awak kawan dengan saya."

 "Awak bukaklah.Saya tak kisah."

 "Betul?"Bibir naif Idriana meluahkan perkataan.Dia tidak memikirkan apa-apa.

 "Awak sanggup ambil hati saya dan cintakan saya?"

 "Hah ?"

"Saya lamar awak ni?"

 "Apa?"Buntang matanya memandang Shakir.Tidak disangka.

 "Terima?"

 "Saya..saya...saya tak tahu.."

 "Takpe saya tunggu awak."

 Shakir bangun lalu meninggalkan Idriana.Idriana terjeda sebentar.Tidak tahu apa yang patut dia lakukan.Teruja?atau takut dikecewakan lagi.


nota:harap anda suka..maaf andai kata cerpen ini tak best..seperti biasa..saya tidak janjikan untuk update setiap masa..









2 ulasan :