Khamis, 1 Mei 2014

Untuk Mencintaimu 19







Fikri Aidil menilik wajahnya dicermin..Tiada sedikit cela atau jerawat.Cukup sempurna baginya.Janggut di wajah dicukur berhati-hati agar tidak ada luka.Nanti parut pula yang timbul.Dia bukanlah lelaki metroseksual tetapi seorang lelaki yang cukup jaga penampilan.Mungkin kelebihan Fikri Aidil adalah diberi kelebihan wajah kacak.

Dia tersenyum nakal bersendirian.Fikiran melayang teringatkan Putri Hanny.Seorang gadis yang suka menjawab dan paling penting seorang yang gelabah.Dia menyukai gadis itu bukan kerana rupa tetapi kerana gadis itu sendiri.Arghh,cinta pandang kedua mungkin.Dia membasuhkan wajah dengan air.Fikri Aidil mula rasa gelisah.Bagaimana kalau dia dipermainkan lagi.Dia sudah tidak sanggup.Biarlah hati ini dilanda resah dahulu.Dia ingin mengenal hati budi Putri Hanny dahulu.Kecewa untuk kali kedua adalah lebih sakit.



Fikri Aidil menunggu Haikal agak lama.Entah kenapa hari ini dia sanggup jadi penunggu sedangkan dia tidak suka membazir masa.Straw di dalam gelas dipusingkan berkali-kali lalu dia menyisipkan ke bibir.

"Lama tunggu?"Sapa Haikal agak lemah.Penat dengan kerja bertimbun.

"Aku ganggu kau ke?"Fikri Aidil melontarkan soalan kembali.

Haikal mengganguk cepat.

"Maaflah."

"Tak apa.Kau ada something ke nak bagi tahu?"

"Kau rasa?"Fikri Aidil bermain teka teki.Sengaja menyuruh sahabat ini meneka.selalunya Haikal tahu apa yang dia rasa.Haikal ibarat ahli sihir atau ada telepati.

"Mana aku tahu."

"erh mana kuasa teka kau tu."

"Hilang dibawa angin lalu."Ujar Haikal sambil ketawa terbahak-bahak.

Fikri Aidil tersenyum sedikit.

"Apa?aku tak dapat tekalah."Haikal mendesak Fikri Aidil.Tak kanlah kawannya ini jatuh cinta.Mustahil.6 bulan yang lalu seperti ayam berak kapur.Tiada semangat langsung.

"Aku tak nak bagitahu."

"Merajuk lah pulak kau ni.Haish..Jatuh cinta ke bro?"Soal Haikal dengan sindiran.Agaknya inilah kot.

"Aku rasa bukan kot.Maybe suka."

"Apa perbezaan dia?"

"Suka yelah hanya suka.Cinta tu macam sayang separuh mati."

Sekali lagi haikal gelak.

"Suka hati kaulah."

"Kau rasa aku ni macam gelojoh ke?"

Haikal tersenyum sinis.

"Adatlah bro lelaki kot.Semua orang rasa nak dicintai.Umur kau bukan muda lagi."

"Tapi aku...."  Belum sempat Fikri Aidil bercakap habis,Haikal sudah memintas

"Tapi apa?takut orang yang kau suka tu.Tak nak terima kau?Takut orang yang kau suka tu kata kau ni gelojoh.Belum apa-apa lagi dah ada pengganti.Pleaselah bro.Tak payah layan sangat.Kau ni kan macam tajuk lagu tu.Apatah nama lagi tu jiwaku rela.Rela jiwa.Hah baru aku ingat relakan jiwa."

"Woi kau apa hal nak sabitkan dengan tajuk lagu.Ni realiti lah bukan fantasi."

Haikal buat bodoh.Malas dengar ujaran Fikri Aidil.Tanpa pertanyaan Fikri Aidil,dia sudah berceritakan lagu itu.

"Lagu tu mengisahkan seorang lelaki yang rasakan hidup dia tu kelam.Macam tak ada apa-apa.Dia rasakan dia dah tak ada cinta.Dia terus dengan dunia dia sendiri tapi datang seorang perempuan yang datang dalam hidup dia.Masa tu baru dia sedar yang dia masih ada cinta.Perempuan tu darang seolah-olah beri dia kehidupan."

"Kau ingat ni apa drama?"Sinis Fikri Aidil berkata.

"Yes.Hidup ni macam drama.Kalau tak usaha tak adalah nilainya.




Fikri Aidil tersedar dari lamunan.Teringat perbualan antara dia dan Haikal.

"Kenapa lagu tu?"desis hatinya

Jarinya membuka laptop dan terus mencari tajuk lagu itu.Dia klik pada tajuk.Lagu itu seolah membuai hatinya.





Nota:
Assalamualaikum..Maaf buat anda tertunggu..Saya tak boleh janji akan update dengan cepat tapi insyaallah saya akan usaha.Buat yang rindukan jejaka ini.Saya harap dapat lepaskan rindu..jangan lupa komen..:)


2 ulasan :

  1. Assalamualaikum,
    saya adalah salah seorang pembaca novel di blog ini. Berminat tak untuk menerbitkan novel sendiri dalam bentuk ebook, untuk dijual terus kepada pembaca?
    Jika berminat sila hubungi penulis@appnovella.com untuk penjelasan lanjut

    BalasPadam
    Balasan
    1. errr..tapi kan..saya tiada manuskrip penuh..

      Padam