Rabu, 18 April 2012

Untuk dia.



Aku mengeluh entah keberapa kali.Kelibat si jantung hati tidak kelihatan.Mungkin sedang berdating dengan  boyfriend   kot.Hah,tekanan..tekanan..Kenapa aku terlewat mengenali dia?Oh no.Malangnya nasib aku.Aku memandang ke kiri dan kanan,tetap tidak ada.Rindunya.
           
             .“Kau tunggu dia?”Ujar  Hairy.

“Aku rasa putus harap aje la..Kau  tu Kerja  eksekutif  pemasaran.Boy dia tu pengarah syarikat taw.”Tambah Hairy lagi.Kawan tak guna betul.Bukan nak bagi aku semangat.Jatuhkan semangat aku ada la.Hampeh.
“Kau boleh bagi aku semangat tak?”Tanpa menunggu jawapan darinya.Aku terus bangan dan meninggalkan restoran mamak.Sakit hati.

            Hari ini,dia pakai baju kemeja dan maxi dress.Rambut separas bahu dibiarkan bebas.Wow.cantik tu tapi yang menyakitkan hati aku dia sedang berkepit dengan orang tu.Huh.Sakit mata.

“Hai.Mantap sangat awak buat pembentangan tadi.Saya suka la.”Puji si dia.Aku terkedu plus tergamam.Dia tegur aku.Dengan gaya selamba,aku mengangguk dan tersenyum.
“Terima kasih.Cik sofea.”Ujarku.Perasaan ni tak tahu nak cakap macam mana.Hanya Allah sahaja yang tahu.Orang yang aku suka,puji aku.Siapa tak berbangga oiii.

            Sabtu hari cuti,aku berjalan-jalan di mega mall.Aku ternampak susuk tubuh si dia.Mak aii,banyaknya berbelanja.Anak orang kaya katakan.Kiri,kanan pegang beg plastik.Betul  cakap Hairy.Aku memang tak sepadan dengan dia.Gaji aku dengan dia.Memang tak boleh tanding.Aku mengeluh lagi.Nampak gayanya tunggu aku jadi kaya.Baru aku pikat dia.Boleh tak?
Si kekasih hati bergelak ketawa dengan si dia.Cemburu menghantui tapi siapalah aku.Aku cuba melangkah ke arah  lain dan tiba-tiba terdengar suara.

“Raffi…Awak sorang je ke?Mana girl awak?”Ujar sofea.

Aku menoleh kebelakang dan tersenyum sumbing.Menutup perasaan gelisah.Lelaki disebelahnya,masam mencuka.Ahh,aku peduli apa.Janji dia tegur aku.

            Perkenalan  kami  hampir  3  bulan.Hubungan makin mesra tapi aku cuba menjauhinya.Yela,diakan  kekasih orang.Aku tak nak dituduh  dikatakan  perampas.
Entah hantu apa yang merasuk fikiran aku.Aku dengan mudahnya mengucap kata-kata itu.
“Awak dah curi hati saya.”Kataku lancar  tanpa niat.
“saya curi hati awak?apa nak dikisahkan...dalam masa 2 minggu lagi.Hati awak akan tumbuh balik lah.So halalkan lah ye.”Balas Sofea.

Kata-kata yang penuh selamba.Air digelas diminum tanpa endahkan aku yang ternganga.Dia tidak kisah.
“So bila you nak masuk minang I?”Tanya Sofea lagi.

Dahi aku sudah berpeluh,aku menyeluk poket seluar slack.Sapu tangan dikeluarkan lalu mengesat peluh.Sofea tergelak melihat keadaan aku.Malunya.

“Saya gurau je.Saya tak nak merampas kekasih orang.”Ujarku gugup.Gila?masuk meminang  kekasih orang.Ada juga yang makan penumbuk.

“Awak takut?”Dia menunggu jawapan dari aku.Aku pula memikirkan cara untuk mengeluarkan ayat yang bernas.

“Awak ada kekasih.Kaya tu tapi saya apa yang ada.Awak anak orang kaya tapi saya anak orang kampung.”Aku mengeluarkan hujah yang cukup rendah diri.Bagai langit dengan bumi.
Dia tersenyum memandang aku.

“Saya dah putus dengan mamat bongkak tu.Kaya tak menjamin kebahagiaan.Dia ingat,dia ada duit.Dia boleh beli segalanya.No way lah.Untuk pengetahuan you.Mama I orang kampung taw,dia kahwin dengan papa I sebab keihklasan.”

“Tapi saya tak boleh bagi awak kekayaan.”

“Awak ni.Tak perlu kayalah.Asalkan awak boleh beri saya makan.Awak tengok je saya macam ni tapi saya manusia biasa.”Ujarnya bersungguh-sungguh seperti mengharapkan aku.
Dia merenung wajahku dan aku merenung anak matanya.Cuba mencari keikhlasan hati dan ternyata terselah.

“Minggu depan.Saya masuk meminang awak.”Aku membuat keputusan.Bukan terburu-buru.Aku takut dia disambar orang lain.Raffi..Raffi…kau memang bertuah kan…
“Ok Raffi.”

Aku tidak pandai bermadah kata dengannya.Aku hanya meluahkan tanpa niat.Tak disangka kata-kata aku  telah mendapat  jawapan positif darinya.Bertuah tak aku?Inilah takdir aku.Benda yang aku tak pernah berharap,akhirnya tercapai.Untuk dia,aku akan bekerja keras kerana aku mahu memberi  segalanya kepada dia.

“Raffi.Kalau awak kaya sekalipun.Jangan sesekali abaikan keluarga.”Nasihatnya.

Aku mengangguk perlahan.Macam tahu aje,apa yang difikirkan oleh aku.
Cinta yang diduga.Aku dapat raih.


Nota:Cerpen ntah pape dari saya.Harap anda menyukai.Kalau ada yang terkurang.Saya mohon maaf dan yang paling penting..Jangan lupa komen..sebab komen anda kadangkala buat saya tersenyum..





1 ulasan :