Jumaat, 27 April 2012

kurnia 20






Suasana riuh rendah di ruang tamu kedengaran di lubang telinga.Gelak ketawa menghiasai dan usik-mengusik antara satu sama lain membuatkan situasi makin menarik.Dibilik utama,rumah kampung.Seorang gadis sedang mengesat peluh yang mengalir.



"Hei,hairan betullah dengan kau ni Amal.Punyalah pasang dua kipas sekaligus.Kau masih panas?Tak faham betul mak uda."Bebel Mak uda pada masa yang sama ditacapkan bedak pada muka Nur Amalina.

"Eeee,rimaslah bedak ni Mak uda."Rungut Nur Amalina.Dia menepis tangan Mak uda.

"Ish budak ni.Nak kena lepuk dengan aku ke hah?Orang lain tunang nampak cantik.Kau tunang nampak biul.Buatnya bakal mak mertua kau lari dulu macam mana?Hah cuba kau jawab dengan aku."

"Ala senang je.Amal nak jawab.Bakal mak mertua Amal dah meninggal.Yang ada cuma bapak mertua.Hah senang kan Amal menjawab soalan Mak Uda tu."Nur Amalina berloyar buruk sambil ketawa jahat.

"Buruk bebenor kau ketawa Amal."
"Nephew mak uda jugak."Balas Nur Amalina.Debaran yang ada beransur hilang sedikit demi sedikit.Tak sia-sia Nur Amalina buat lawak dengan Mak Uda.


"Nepu?Apa tu?"Soal mak uda.
"Nephew la mak uda.Ejanya macam ni...N.E.P.H.EW.maksudnya anak saudara dalam bahasa Melayu."


"Hermm.Bahasa omputih,manalah mak uda nak tahu."Balas mak uda sambil membedakkan muka Nur Amalina.





"Hah begitulah cerita."Ujar Pak Lang selaku wakil keluarga Miqael.Selesai sudah,acara pantun memantun.Acara bercakap mengenai harga hantaran. "Apa lagi.Masuk dalam boleh sarung cincin."





"Amal.Duduk bersimpuh elok-elok.Sekejap lagi  Mak alang nak sarung cincin.Muka tu maniskan sikit,jangan masam sangat.Belum apa-apa lagi.Dah kena reject awal-awal."Tegur Ibu.

Dalam hati Nur Amalina merungut.Leceh betul.Tapi dia tetap akur dengan teguran ibunya.Bibirnya cuba mengukir senyuman manis dan bukan senyuman palsu.Debaran datang lagi.Aku nak jadi tunang orang dah..Dup..dap..Dup..dap...




"Cantiknya Nur Amalina.Patutlah El berkenan."Jari tua memegang dagu Nur Amalina.Nur Amalina melemparkan senyuman dan mata saling bertatapan.
Jari runcing Nur Amalina disarungkan cincin emas.Cantik apabila bertakhta di jarinya.Senyuman terukir lagi dibibirnya apabila melihat cincin pertunangan.



Hatinya sudah dimiliki Miqael.Ya,sekarang dia akui separuh hati telah dimiliki tapi sebelah lagi belum.


Selasai menyarungkan cincin tunang,Mak alang memakaikan rantai tangan.Nur Amalina terkejut.Aik banyak betul yang nak dipakaikan.Gelang kaki ada tak?Anting-anting?Direnung tangannya dengan pandangan pelik..



Nur Amalina memuji.Cantik.Terasa dirinya amat bertuah.
"Rantai tangan ni.El yang beria-ria nak beli.Katanya untuk tunang yang dia cintai."Ujar Mak Alang.Jarinya mengengam jari Nur Amalina.
Patutlah,anak saudaranya menyukai Nur Amalina.Dari pandangan kasar,Nur Amalina seorang yang baik dan sopan.Hati tuanya menyukai Nur Amalina.Entah kenapa,baru lima minit mengenali tunang anak saudaranya bagaikan mengenali sudah lama.Mak Alang tersenyum.



Nur Amalina melangkah berhati-hati.Takut tersungkur dikhalayak ramai.Walaupun hanya sekadar bertunang namun disebelah pihak Miqael ramai yang datang.Bersemangat agaknya.Darah gemuruh kembali lagi.




Dilihat Dato'Adam sedang berbual dengan babah.Sesekali,dilihat bergelak ketawa.Terpancar kebahagian di wajah babah dan Dato' Adam.



"Amal.Kenapa tercongok dekat sini?Salam dengan papa Miqael tu."Tegur Ibu.




"Ibu.Amal nervousla."


"Tu kan bakal bapak mertua Amal.Kat bawah tu.Ada Miqael.Hah pergi jumpa dia."Ujar ibu.


Miqael?Buat apa pulak dia datang.Tak tahu malu ke?Eh,asal pulak.Tapi nak jumpa dia yang aku malas.

"Cantiknya bakal menantu papa ni."Puji papa.Nur Amalina tersenyum malu.Dato' Adam memujinya.



"Ayu sangat ke aku ni?Ada tak ala-ala scha?"Bisik hati Nur Amalina.



Miqael yang melangkah masuk rumah,mengenyitkan mata pada Nur Amalina.

"Tunang El memang cantik."Sampuk Miqael.Pipi Nur Amalina kemerahan,tersipu malu dengan pujian.Matanya sempat melilau mencari bayangan Haziq namun hampa.




"Haziq mana?"Soal Nur Amalina separuh berbisik.


"Saya tak tahu."

Sampai hati Haziq.Hari pertunangan sahabat sendiri,dia tidak datang malah sms juga tidak.Ada masalah ke dia?





"Jom snap gambar."Ajak Miqael.

klik...klikk...

Penat betul senyum ni.Miqael tersenyum riang.Akhirnya,dia dapat miliki Nur Amalina.Lagi beberapa bulan,dia akan dapat memiliki Nur Amalina.Gadis yang telah mencuri hatinya.Terima kasih papa.





"Yuhuuuuuuuu...Kawan aku dah bertunanglah.Tak lama lagi dapat lah aku makan nasi minyak..Dah terbau-bau ni."Kedengaran Suara Haziq dari jauh.Tersengih-sengih melihat pasangan sejoli.

Nur Amalina tersenyum malu.Miqael pula tersenyum bangga.

"Ai..baru sekarang nampak muka kau?Aku ingatkan dahhh..."
"Stoppp....Jahat betul kau El."Balas Haziq.Miqael dan Haziq saling bersalaman dan berpelukan.Dibibir mengucapkan ucapan tahniah.Akhirnya,Miqael dapat miliki Nur Amalina.Akan berkahwin pulak tu.

"Aku ingatkan kau tak datang."Tegur Nur Amalina.


"Kawan baik aku akan bertunang.Mestilah aku datang.Cuma lambat je.Boleh pulak aku tersesat tadi."Rungut Haziq.Perjalanan yang memenatkan dan dia terlupa dengan arah jalan ke kampung Nur Amalina.Tersesat sekejap.

"Sesat?"Soal Nur Amalina musykil.Sejak bila Haziq boleh sesat,bukankah baru beberapa bulan dia ada datang ke kampung.


"Yela."

"Kau mesti laparkan.Pergilah makan."Ajak Nur Amalina.Kasihan mendengar cerita sahabat baik yang sanggup bersusah payah datang ke kampung.Haziq menepuk-nepuk perutnya beberapa kali.Laparlah.Pagi tadi tak sempat makan.Terus bertolak.



"Laparlah.Aku turun dululah ye.Nak isi perut.Kang aku lapar,aku telan korang berdua."Gurau Haziq.


Miqael dan Nur Amalina ketawa dengan gurauan Haziq.Hilang sedih dengan kehadiran Haziq.Terharu dengan kesungguhan Haziq yang hadir.



"Jap lagi.Snap gambar ngan aku sekali."Ujar Haziq.Kakinya melangkah keluar.
Miqael mengenyitkan mata.Sebuah ciuman terbang dihadiahkan buat tunang tersayang dan dibalas tunjuk penumbuk oleh Nur Amalina..



Moga Nur Amalina akan jatuh hati sepenuhnya pada Miqael.






Nota sebentar.Assamualaikum..pembaca-pembaca novel zatul..maaf eh saya post lambat.Sebenarnya edisi edit Kurnia dan mini hampir siap tapi disebabkan microsoft zatul buat hal.Separuh sudah hilang dan zatul terpaksa perah otak untuk menulis lagi..Harap pembaca suka yang zatul tulis..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan