Sepasang mata melihat Nur Amalina berjalan laju ke arah motor skuternya.
"Cantik juga Amal nih pakai baju kurung".Desis hatinya memuji kecantikan Nur Amalina.
Ditoleh ke kanan.Pelik tiada orang,ke kiri dan belakang."Eh tak de orang,aku je kuat perasaan macam ade orang tengok aku".Monolog Nur Amalina.Tangannya mencapai kunci di beg galas,lalu menghidupkan enjin motornya.
Dibelek-belek badannya,kanan ke ke kiri,kiri ke kanan dihadapan cermin.Tangannya diletakkan ke pinggang,lagaknya macam model."Boleh tahan cantik gak aku ni.Hehehe".Ujar Nur Amalina perasan.
Masuk bilik,terus pergi ke cermin.Entah apa mimpinya kali ini.
Akhirnya,dia hanya termenung didepan cermin.
"Aish,apa termenung-menung nih.Buang tabiat apa aku nih".Ngomel Nur Amalina.
Dia menghenyak badannya di katil,dicapai telefon bimbit dan menekan punat.Niatnya untuk menghantar mesej kepada Haziq.
weh jom main skatebort petang nih eh
Selepas menaip,barulah dia menekan butang menghantar kepada Haziq.Beberapa saat sahaja,Haziq sudah membalas mesej.
"Cepat lah pulak mamat nih hantar mesej.Selalu lambat semacam je.Hah nih mesti tak pergi usha awek".Ujar Nur Amalina dalam hati sambil tergelak.
Assalamualaikum cik adik Amal.Apa mimpi kau ajak aku.selalu aku ajak kau.Tapi takpelah alang-alang kau ajak aku.Aku on je,bukan senang kan Cik Amal nak pelawa aku kan..huhuhu...Petang nih pukul berapa sayang?Tempat biasa ke?
Jari jemari Nur Amalina pantas menaip untuk membalas mesej Haziq.
"Panggil aku sayang eh,siap kau Ziq.Dasar kasanova betul,kawan sendiri pun boleh jadi".Rungutnya di dalam hati tetapi dibibirnya masih meniti senyuman.Mahu tergelak pun ada.
Waalaikummusalam...Encik kasanova,selalu macam siput bab 1 je bila balas mesej aku.huhu
Harini macam F1 pulak,tak pergi usha awek ke hari ni?Tempat biasalah cik kasanova.
Ok tempat biasa ye sayang..Abang tunggu tapi kul bape Cik Amal????
Harini abang malas nak usha awek..Abang nak usha sayang yang jelita je.Hahahaha
Pukul 4 la KASANOVA....Datang tepat pada WAKTUNYA OKE.Kalau kau lambat aku blah
lu sebab kau lambat macam siput.
Nur Amalina membesarkan huruf waktunya kerana Haziq suka datang lambat kalau berjanji dengannya.Kadang-kadang angin satu badan Nur Amalina menunggu Haziq yang tidak nampak kelibatnya.Akhirnya,Nur Amalina balik kerana menunggu berjam-jam.Ada satu kali,hampir 2 jam Nur Amalina menunggu.
Oke Amal...Kali nih aku janji datang awal.Jangan marah oke nanti tak comel la.huhuhu.
Suka hati aku lah nak comel ke.Muka aku bukan muka kau.Huh.
Sudah 20 minit berlalu,Skateboard yang dipegang Nur Amalina diletakkan disisinya.Kelibat Haziq sejak pukul 4 petang langsung tak kelihatan.Ditenung jam dan melihat sekeliling yang mencari bayangan Haziq namun hampa tiada kelihatan.
"Bengong punya Ziq,janji awal tapi nak dekat setengah jam aku tunggu tak datang."Marah Nur Amalina.
Mukanya yang putih bersih jelas kelihatan merah padam menahan amarah.
Sabar sajelah nampaknya.
"Hai cik adik tunggu sape tu,nak abang temankan?"Ujar seorang pemuda.
Nur Amalina yang menunduk terus memandang ke arah pemuda itu.Siapa pula ni,datang menyibuk sudahlah 3 orang lelaki.Entah-entah orang jahat,baik aku blah dulu.Nur Amalina cepat-cepat mahu berlalu pergi tetapi salah satu daripada pemuda menyemak tadi pantas memegang lengan Nur Amalina dengan kasar.
Muka Nur Amalina mula cemas dengan perbuatan mamat nakal,riak wajahnya cuba ditenangkan agar tidak terlalu kelihatan nanti makin galak pemuda ini mengusiknya.
"Eh bro boleh tak kau lepaskan tangan aku.Aku nih orang islam,tak suka pegang-pegang berdosa.Nanti masuk neraka.Aku tak nak".Nur Amalina cuba bermadah.
Ketiga-tiga pemuda ini hanya tersenyum sinis dan makin galak mengusik.
"Kita masuk neraka,sama-sama nak tak.Ala sekali sekala cik adik layan kita orang tak luaknya".Ucap Salah seorang dari mereka menyebabkan Nur Amalina naik angin dengan kata-kata pemuda itu.
"Kepala otak kau.Kau tak belajar ke hah?Dasar bodoh,lepaskan aku lah bodoh,karang aku siat korang baru tau".Kata Nur Amalina separuh menjerit.Ketiga-tiga pemuda itu hanya gelak dan Nur Amalina menumbuk perut lelaki yang memegang lengannya.Pemuda yang berambut kerinting itu mengerang kesakitan.
"Tak guna punya perempuan."Lelaki itu cuba mencapai tangan Nur Amalina tetapi Nur Amalina pantas menyelamatkan diri lalu menyepak alat sulit lelaki itu.Sekali lagi mengerang kesakitan.
Dua lelaki kawan pemuda itu bergelut dengan Nur Amalina.Dengan segala ilmu yang pernah dipelajari dengan arwah atuknya,digunakan oleh Nur Amalina.Diberi penendang maut kepada kedua-dua lelaki ini menyebabkan lelaki itu jatuh tersungkur.Seterusnya,diberi penumbuk dimuka dan sekali lagi penyepak diperut.Dua pemuda itu pengsan dan pemuda yang berambut kerinting pantas bangun lalu berlari kerana ketakutan.
"Huh,aku ingatkan hebat sangat.Rupanya lembik".Jerkah Nur Amalina kepada dua orang pemuda yang pengsan.Kalau dah pengsan mana dia orang dengar Nur Amalina oii..
"Weh-weh,dia orang kacau kau ke?Kenapa tak telefon aku.Biar aku bagi penendang maut kat dia orang.Amal kau tak apa-apa?Kau ok tak Amal?"Soal Haziq cemas.
Nur Amalina memandang wajah Haziq yang cemas campur mengelabah.Keningnya dinaikkan apabila Haziq memandang.
"Kau nak aku buat kau macam dua ekor setan nih ke?"Ujar Nur Amalina sinis.Direnung wajah Haziq tajam.dalam hatinya masih sakit kerana kelewatan Haziq.Gara-gara Haziq lewat,dia kena kacau dengan pemuda tidak berguna ini.Nasib baik dia ada ilmu pertahan diri kalau tidak alamatnya jalannya.
"Weh rileks ar.Jalan sesak tadi,kau okey tak?Nak aku hantar kau pergi klinik ke?"ujar Haziq penuh prihatin.Dalam hatinya marah dengan kelewatannya menyebabkan Nur Amalina kena kacau.Kalaulah gadis kesayangannya ini tiada ilmu tidak tahu apa yang berlaku dan dirinya sendiri tidak akan dimaafkan kerana kecuaian.
"kau ade nampak aku cedera ke?tak de kan.So jangan pura-pura prihatin kerana kelewatan kau tu."Sekali kata-kata sinis itu menyebabkan Haziq bersalah.
"Dah lah aku nak blah,tak de mood nak main."Tanpa banyak soal,Nur Amalina melangkah pantas meninggalkan sisa-sisa kemarahan.
Haziq merenung bayangan Nur Amalina yang sudah tidak kelihatan.Hatinya dipagut resah,gadis ini sudah menyalahkannya.Apa yang harus aku lakukan kalaulah aku tak lewat mesti tak jadi begini.
Haziq meninggalkan taman ini dengan seribu penyesalan.Haziq...Haziq..kalau rasa bersalah pergilah minta maaf dengan Nur Amalina dan jangan ulangi lagi.
"Sayang,bila you balik sini.Kenapa I tak tahu pun".Ujar seorang gadis manja.Tangannya dipaut mesra dileher Miqael.Muka Miqael berubah dan bangun dari kerusi lalu pergi meninggalkan kafe ini.
Nota sikit:Psst3....jangan lupa komen taw,nanti semangat sikit nak menaip..huhu...Maaf kalau tak dapat memuaskan hati anda.
Assalamualaikum dan selamat datang ke teratak comot Zatul...Jangan lupa tinggalkan pesanan setelah anda jejaki blog ini dan sentiasalah mengucap syukur kepada Allah..Salam sayang dari Zatul.
besh.. tp ad ayt yg tonggang lggang.. perbaiki skit lg..knfem meletuppp..
BalasPadamerk...ok3..thanks sbb bagi komn..bru taw ap y salah..hehe
BalasPadam