Khamis, 22 September 2011

Kurnia 5

Nur Amalina duduk di kerusi meja solek di bilik sewa rumahnya.Dipandang wajahnya sedalam-dalam.Tiada apa-apa.
"Mungkin aku tak ramai kawan sebab aku kasar".Desis hatinya.
Dilurutkan rambutnya yang panjang separas pinggang.Lurus dan hitam pekat,cukup menawan.Dulu dia mahu memotong rambutnya ala-ala tomboi tetapi dihalang oleh ibu dan babah.Kata ibu kalau dipotong pendek makin menjadi perangai kasarnya.Dia sendiri tidak tahu kenapa perangainya jadi begini mungkin kerana terlalu berkawan dengan abang -abang sepupunya.Sebelah babahnya,dia seorang sahaja sepupu perempuan yang lain semua lelaki manakala sebelah ibunya sama.Hendak bergaul dengan sepupu perepuan tidak ada gamaknya sepupu lelakilah yang dikawan.Panjat pokok,main bola sepak dan hobinya skateboard semua dimain.
Susah,ya sungguh susah.

"Arhh,kenapa aku termenung.Takkan sebab lelaki tu aku jadi bangang macam nih.Nih kan diri aku".Ujarnya seorang diri.Disikat rambunya perlahan-lahan,sungguh menawan.
"Esok pergi kelas aku nak pakai baju kurung".Fikirnya.Sebenarnya ada pembentangan berkumpulan dan dialah yang kena bentangkan.

Dibelek-belek baju kurungnya di almari yang mana satu mahu pakai tapi hakikatnya hanya ada empat pasang.Merah,biru,kuning dan hijau muda.Agak-agak mana satu yang hendak pakai.Pening pula kepala memikirkannya.
"Arhhh,pakai warna biru je la..Lagi pun nak pergi ke kelas je".Diambil baju itu dan digaya ke badannya.Setelah berpuas hati,dia ambil keputusan untuk memakai baju itu..
"Baik aku pergi dulu".Nur Amalina menghempaskan badannya dikatil dan melelapkan matanya.Akhirnya dia terlena dibuai mimpi.


"Fuh,nasib baik kita lepaskan".Ujar Nur Amalina.Dia tersenyum dengan bangganya kerana pembentangannya memuaskan hati pensyarahnya.Walaubagaimanapun Nur Amalina tetap berterima kasih kepada rakan-rakan pembentangannya yang memberi kerjasama yang baik tanpa menimbulkan sebarang masalah.
"Yup lepas,sebab kau yang bentangkan".Kata Hilmi yang gayanya ala-ala K-pop.Sekali pandang mesti orang cakap dia seperti lelaki korea.
"Tak lah,nih kan usaha kita".Balas Nur Amalina merendah diri.
"Betul apa yang Mi cakap tu Amal".Haziq memuji sambil tersengih.Nur Amalina menumbuk bahu Haziq perlahan.
"Ada-ada je lah korang nih.K lah aku ada kelas lain dulu.Cau lu.Assalamualaikum".
Nur Amalina berlalu pergi dengan senyuman yang manis.Terpukau dua jejaka ini melihat gadis yang selama ini kasar menghadiahkan senyuman yang cukup menawan.

"Cantikkan Amal pakai baju kurung".Puji Hilmi.Matanya masih menatap bayangan Nur Amalina.
"Dah-dah,jangan gatal lah".Haziq meninggikan suara dan menekan perkataan GATAL.Hilmi hanya tersenyum sumbing mendengar perkataan itu.




NOTA:Hai semua,dah lama saya tak menuliskan.Harap2 anda rindu dan terus sokong.Maaf kalau entry ni pendek.Apa pun selamat membaca

Tiada ulasan :

Catat Ulasan