Ahad, 21 September 2014

Untuk Mencintaimu 20

Hanny Putri mendengus marah.Beg tangan dicampak ke sofa biru.Agak geram dengan perangai Fikri Aidil atau nama baru adalah duda meroyan.
Tak patut betul duda meroyan itu menjual minyak di depan Dato' Aziz.Dasar tak tahu malu betul.Dalam hati ada marah,ada suka.suka?argh tak patut.
Dia mengumam perlahan.Bantal disofa deitekupkan di atas muka.Malu.Malu.Kalau lelaki itu pegang gelaran teruna.Sukalah dia,ini tidak.Duda meroyan.Bukan tak nak tapi dia fikirkan alasan yang munasabah.Kalau lelaki itu berbaik dengan bekas isterinya.Bagaimana?terkontang-kantinglah aku tinggal sendirian.

Akalnya mula menjengah.Tak mustahil untuk orang bujang.Ada juga yang main kayu tiga.Tapi..Tapi kan..Duda ini lebih menjurus.Tengoklah perangai dia yang dulu bersama bakal isterinya.Hanny Putri mengucap perlahan.Tidak baik untuk seseorang cop seseorang itu tidak baik sedangkan induvidu itu sudah berubah.Tidak baik juga mengaibkan seseorang.Nanti Allah tak tutup aib kita.Hanny Putri kembali sedar.Walaupun terdetik dihati dia senang dengan Fikri Aidil Fitri namun hendak berlebih itu tidak perlu.Hanya menyusahkan diri.
Hanny Putri melihat jam di dinding.Waktu sudah menunjukkan 5.30 petang.Dia belum mandi dan solat.Bergegas pergi ke bilik air untuk mandi.

Selesai solat dan makan.Dia pandang lagi jam.Jam sudah pukul 6.25 petang.Bayangan Rita belum nampak lagi.Selalunya,dialah yang sampai dulu ke rumah.Alat kawalan jauh televisyen diambil.Ditekan punat open dan terus mencari siaran 393.Rancangan kegemarannya The Manster Sun sudah ditayangkan.Episod 5.Cerita yang agak menarik dan jalan cerita yang agak menarik.Seorang perempuan yang boleh nampak hantu dan akan berasa tenang apabila ada seseorang lelaki iatu bosnya.

Hempasan  pintu mengejutkan Hanny Putri yang leka menonton drama korea.

"Kau dah kenapa Rita?tak reti beri salam ke?"Perli Hanny Putri.Matanya dialihkan ke arah televisyen.Agak terganggu dengan kelakuan tak seberapa Rita.Terlepas sesaat dua untuk menonton.



"Kau ada skandal dengan anak Dato' Aziz?"Soal Rita dengan suara agak tegang.

"Pulak dah.Eh kau ingat aku apa pengkid?lesbian nak bercinta dengan anak perempuan bos aku tu.haish."

"Eh bukan anak buah."

"Bila pulak aku bercinta dengan pekerja dia."

"Anak saudaralah sayangku intan payung."

"Oh cakaplah awal-awal.Apa berskandal?Weh tak ada maknanya aku nak berscandal dengan duda meroyan tu..hish simpang malaikat 44 tau tak."

"Duda meroyan?selalunya orang yang gelar begitu adalah orang yang tak suka terhadap seseorang.Lepas tu jatuh cinta."Teka Rita.Mukanya diherotkan,tidak percaya dengan kata-kata Hanny Putri.

"Kau ni dah kenapa?"Kurang senang dengan pertanyaan Rita.

"Mak Joyah tu bising dekat aku kata kau kacau laki dia.Yelakan dia kan suka perasan cantik."

"Mana pulak dia tahu berita macam ni.Kan lain deparment.Eh jap,mak joyah?siapa tu?"

"Johana lah.Dia tu kan kuat perasan."

Hanny Putri terdiam sebentar.Sakit hati mendengar gosip antara dia dan Fikri Aidil.Mak joyah a.k.a Johana siapa yang tidak kenal dengan sikap internet bergerak apatah lagi dia pula yang suka pada duda meroyan itu.Naik pening kepala.

"Cakap ajalah aku tak ada apa-apa dengan duda meroyan tu.Kang dia pulak jadi dara meroyan.Hah kan secocok tu."

"Hanny.Kau tak ada apa-apa ke dengan anak saudara bos tu?" Rita cuba mengorek rahsia.

"Tak ada lah."

"Yeke?"

"Yelah."




Fikri Aidil merenung langit yang dipenuhi bintang.Kata orang kalau banyak bintang,tidak hujan.Ralit matanya mengira bintang dilangit.Bintang yang berkelipan.Alangkah indahnya jika dia ada kuasa ajaib untuk memetik bintang.Boleh dihadiahkan kepada Hanny kesayangan.Rindu pulak pada gadis itu.Dirinya tiba-tiba dilanda kemalasan.Kemalasan yang dia sendiri tidak tahu.



Nota:Assalamualaikum..Maaf ye kalau ada typo atau kurang menarik dihati anda.Terutama sekali saya nak minta maaf  kerana lambat post entry.Bukan sengaja tapi laptop saya asyik buat hal..Maaf ye.jangan segan silu.Tinggallah komen anda..:)

2 ulasan :

  1. Memang lama x ada n3 , ni pun pendek jer... jgn lama2 sgt yerr... nak tau sinambungan duda meroyan n hanny

    BalasPadam
  2. Dah kama x da entry x sabar nk tau cerita seterusnya

    BalasPadam