BAB 1
“Ain,kenapa kau
pentingkan diri sangat.Kau tak nampak ?Dia terseksa kerana kau.”
“kau siapa?kenapa kau
kata dia terseksa kerana aku?kau
siapa?Dia siapa?
“kau kejam ain.”
“Kau siapa?”Sekali
lagi,Ain menyoal.
Ain menekup
telinganya.Sungguh,sejak akhir-akhir ini.Suara itu sering bergema dalam
mimpinya.Siapa dia?
“Siapa aku?itu tidak penting.Siapa dia.Kau harus cari
sendiri.”Sinis kata-kata itu.
“Tolonglah,jangan
ganggu aku lagi.Aku tak tahan macam ni.”Ain masih merayu.
“Aku tak kan ganggu kau
lagi.Kalau kau pulang ke tempat asal
kau.”
“Tempat asal aku?”
“Iya tempat asal kau dan
kau harus cari siapa dia?Dia terlalu
seksa kerana kau.”
“Dia terseksa?”
“Bukan satu orang Ain
tapi dua orang.Kau perlu cari mereka?”
“Cari?”Ain semakin
hairan.Apa maksud lelaki ini.Dia gusar.
“Kau tak payah takut
Ain.Apabila kau pulang ke tempat asal kau.Kau akan tahu siapa mereka.
“Tapi?”
Bayangan lelaki itu terus
hilang.
“Nanti..”Jerit Ain
Ain tersedar dari
tidur.Dia musykil,kenapa wajah lelaki itu kabur.Kenapa hampir setiap hari dia
mimpi yang sama.Malah bukan itu sahaja,suara itu juga bergema ketika dia
bersendirian.
“Aku gila ke?”Soal Ain
pada dirinya.Ain mengambil gambar itu dari meja solek.
“Siapa aku yang
sebenarnya?Pak Lang kata aku hilang ingatan sebab kemalangan.”
Ain bingung memikirkan
keadaan dirinya.Dia menekan berkali-kali jarinya dikepala.Semakin dipaksa untuk
mengingati semakin sakit.
“Siapa perempuan
ini?Kenapa wajahnya hampir sama dengan aku?Dia kembar aku ke?Kenapa Pak Lang
tak pernah cerita.”
Wajah itu diusap
perlahan-lahan.Setiap kali dia melihat gambar ini.Hatinya terasa lain.Dia fokus
pada gambar itu dan matanya ditutup perlahan.Bagaikan terkena kejutan elektrik,matanya terbeliak
sebentar dan kembali tutup.
“Ain sayang Aini tak?”Soal
Aini manja.Dipintal-pintal rambut Ain.
“Kita kan kembar.Of
course lah Ain sayang.Aini kakak Ain.Ain adik Aini.”
Mata Ain terbuka
kembali.
Hanya sebentar sahaja
dia melihat kisah itu.Sakit kepala semakin menjadi-jadi.Diletak kembali gambar
itu di atas meja.Badannya dihempaskan ke katil empuk.Dia malas memaksa,nanti
dia juga yang terseksa.
“Ingat perlahan-lahan
Ain.”
Suara itu datang
lagi.Wajahnya masih kabur.
“Jangan paksa aku.”Ain
berkata tegas.Kakinya melangkah ke hadapan,dia mengecilkan mat a agar matanya
dapat melihat wajah lelaki itu.Lelaki itu pula melangkah ke belakang.
“Boleh tak jangan ganggu aku lagi.”Ujar Ain
tegas.
“Berapa kali harus aku
bagitahu.Aku tak kan ganggu kau bila kau pulang ke tempat asal.”
“Siapa kau hah?Keluar
dari bilik aku sekarang!!!.”Ain halau
lelaki itu.
Bayangan lelaki itu
hilang lagi.
Ain mengeluh
perlahan.Dia melabuhkan pungungnya di katil dan meraup wajah berkali-kali.
“Adam.kau dah try cari budak perempuan tu?”Ujar Amir
“Aku dah upah penyiasat
persendirian.Aku dah cari di merata tempat tapi masih tak jumpa dia lagi.”
“Lia macam mana?Sudah
sedar.”
Adam merenung air di
dalam cawannya.Sesekali dia mengacau air dengan sudu.Dia juga buntu untuk
fikir.
“Belum.”Perlahan suara
Adam berkata.Bilakah ini akan berakhir.Dia lelah dengan semua ini.Ahh,jangan
lelah?Baru satu bulan,ini baru permulaan.
“Aku harap dia cepat
sedar.Dia satu-satunya yang boleh bebaskan Fikri.”Penuh berharap ujaran Amir.
“Aku lagi la.”
Dua sahabat ini saling
berpandangan .
“Semoga cepat berakhir.”
Amir menepuk bahu
sahabatnya.Mengerti apa yang dialami,dia juga begitu.
pesanan:kalau dah baca jangan lupa komen taw...yang sudi baca terima kasih diucapkan.
:)
BalasPadamokey..best la bila nk smbung
BalasPadam