BAB 11
“Pejam,celik,pejam,celik.Cepatnya
masa berlalu.Cuti semesta
Sudah bermula.Yahooo,nasib baik lepas
pejam,celik.Kalau pejam,celik lepas
tu pejam.Macam mana eh?Jawabnya innalillah.Aih apa yang aku
merapu ni.”
Ngomel
Nur Amalina seorang diri.
“Balik kampung dengan abang Muizz”.Pesanan ibu masih
segar diingatan.
Nur
Amalina tersengih-tersengih,seronok
dapat jumpa babah dan ibu.Boleh
melepaskan rindu plus tidur
dengan ibu.hehe.Muizz yang
tenang memandu menoleh sekilas.
“Selalu orang gila je suka senyum
sorang-sorang.”Ujar Muizz.
Terhenti senyuman dan khayalan
Nur Amalina.Sampai hati abang
Muizz katanya gila.Merajuk macam ni.
“Ni mesti teringat budak Ireland tu kan.”Tambah Muizz
lagi.
Nur Amalina mengerutkan dahi,hampir
bercantum kening hitamnya.
“Budak
Ireland sape tu?Setahu aku,aku mana ada kawan budak Ireland.”Fikir Nur Amalina sejenak.
Muizz menoleh sekilas lagi,tercuit
hatinya melihat muka Nur Amalina mencari jawapan.Buat-buat tak tahu
pulak.Selalunya dialah juara cari fasal dengan budak tu.Dengar khabar anak
orang kaya,bertuah Nur Amalina.
Setelah
habis berfikir,Nur Amalina bertanya.Otaknya tidak dapat diproses lagi.
“Budak
Ireland?”Soal Nur Amalina lurus.Aku nyayuk ke?tak kenal
kawan sendiri.
“Tak silap abang Izz,dia kawan Haziq.”
“OOO,mamat perasan hensem
tu.”
Aih,asal aku nak
ingat kat mamat tu.Dah lah sengal
tahap gaban.Entah pape,miang nak mampus.
“Mamat
perasan hensem?”
“Nama dia Miqael.Dia tu miang tahu taka
bang Izz.Tak ada masa Amal nak ingat dia.”Balas Nur Amalina sebal.
Wajah
Nur Amalina merah padam.Satu hari
suntuk,dia asyik dikenakan oleh Muizz.Sikit-sikit Miqael,sikit-sikit
Miqael.Rasa nak bagi pelempang je.Padi
yang terbentang luas dipandang rakus.Kakinya dilunjurkan.Sedap duduk di pondok
bertambah pula ditengah-tengah sawah padi.
Rumah
hujung nun sana berdekatan dengan
sawah padi,dibelakang ada kebun.Di sini atau di sana tempat lepak
kegemarannnya.
Dari
jauh matanya menangkap sebuah
kereta mewah memasuki halaman rumah.
Hendak kata saudara mara,tiada pula yang
kaya kecuali pak ngah tapi mustahil.Orang tua tu baru datang
semalam.Matanya dikecilnya untuk melihat
susuk tubuh tetamu.
“Siapa tu?”Desis hatinya.
Akhirnya,dia
tidak menghiraukan kedatangan tetamu.Ibu
dan babah ada di rumah.Apa nak kisah.Matanya merenung
sawah padi.Cantik,kehijaun.Nanti,dia mahu pergi ke tali air.
Dia duduk bersila menghadap rumah kayu
dihujung sana.Kepalanya disengetkan,susuk tubuh orang itu dikenali
tetapi dia tidak yakin.
Satu jam
Nur Amalina menghabiskan masa di
pondok.Otaknya dapat berehat setelah
penat dari belajar.Dia bersyukur
dilahirkan di sini,hidup yang sederhana dan kadang-kadang susah menyebabkan dia
menghargai hidup.Tidak perlu berfoya-foya seperti teman yang lain.Mencapai
cita-cita ialah matlamatnya.
“Aik,kereta
ni.”Bisik hatinya.Pada masa yang sama hatinya berdebar-debar.Entak kenapa,dia
sendiri tidak tahu.Dia menilik keseluruhan badan kereta mewah itu.Nissan skyline.
Matanya terpaku,di permukaan pintu rumah.Seorang lelaki berdiri sambil
tersenyum.Adushhh..
Dia ada di kampung.
“Kau
buat apa di sini?”Soal Nur Amalina garang.Nur Amalina mencekak pinggang.Tidak
puas hati dengan kehadiran Miqael secara
mengejut.
“Hei,kau tak boleh layan aku kasar-kasar.Aku
kan tetamu.So,kau kena layan aku baik-baik bukan kasar macam ni.”
“Kau tu tetamu tak diundang tau tak.”Mulutnya diherotkan sedikit.Miqael
memang sengal.Benci dia.Miqael menjungkitkan kening,sebenarnya dia hendak cakap
ada aku kisah.
Kakinya
melangkah kearah Nur Amalina.Dia tidak takut dengan
jelingan tajam Nur Amalina malah ingin menyakat lagi gadis
tomboy di hadapannya kini.
“Tak baik muka masam.Tak masuk rezeki
taw.”
“Aku dengan kau je.Dengan orang lain tak.”
“Aik.Dengan aku?bukan kalau
kau tak jumpa aku satu saat,dah rindu.”
Nur Amalina mendengus marah.Rasa nak
bagi penampar percuma.
“Aku benci kau lah weii.”
“Benci..Benci jugak tapi jangan menyesal
tangkap cintan.”
“Geli aku.”
“Haha,now geli.Bila dah jatuh cinta tak ada maknanya
geli.”Balas Miqael selamba.Badannya disandarkan di tepi kereta.Miqael berpeluk
tubuh,wajahnya ditundukkan sedikit.Nur
Amalina garang,dia suka.
Nur
Amalina mendongak sedikit kerana Miqael agak tinggi darinya.Agak-agak berapa
ketinggian Miqael eh?180 cm?ke 185 cm?Tinggi tu..
Aku pun tinggi apa cuma tak setinggi
Miqael ni.Sekali pandang,Miqael ni kacak orangnya.Erkkk..
“Eeeeeeeeeeeee.”Nur Amalina
mengengam kedua-dua tangannya.Bibirnya diketapkan.Sengal betul Si Miqael.
Haziq
cepat-cepat keluar dari rumah,kakinya melangkah
laju.Risau akan perangai Nur Amalina yang panas baran.
“Amal,aku ajak dia datang sini.”Haziq
membela Miqael.
Belum sempat Nur Amalina
bersuara,kedengaran suara lain yang bersuara.
“Wah-wah,seronok ye Amal.Pakwe
datang.”Sakat Muizz yang berbaju hijau dan dikenakan dengan seluar
pendek.Ditanggannya terdapat pancing dan baldi.
“Kau senyap boleh tak?”Bentak Nur
Amalina.
“Malu la tu.”
Haziq
hanya melihat babak pertengkaran antara
mereka.Malas mahu masuk campur,karang padah jadinya.Lagi-lagi bila dia membawa Miqael
balik kampung Nur Amalina.Silap-silap hari bulan kena bunuh dengan Nur
Amalina.Alah,cakap je lebih tapi sebaliknya.
“Betul tu,dia malu tu.”Sampuk Miqael.
“Senang-senang,kau masuk minang Amal
terus.Hah senang cerita.”Muizz memberi cadangan yang baik manakala wajah Nur
Amalina sudah merah.
“Kau tengok tu pipi dia.Merahlah.Suka
sebenarnya.”
Nur Amalina memandang Muizz
tajam.Bila-bila masa boleh meletus perang dunia.
Miqael ketawa.Abang sepupu dah beri
lampu hijau,tunggu babah dan ibu.Ngorat
ibu bapa dulu,baru anak.Miqael mengusap-ngusap dagunya.Cadangan yang
bernas.Terima kasih abang.haha.
“Woi,biawak.Tak
ingilah aku nak terima pinangan mamat sengal ni.”Tegas Nur Amalina
bersuara.Tak suka…tak suka tau tak..Aku
benci dia…Dasar mamat perasan hensem…huh..
Haziq tak mengeluarkan suara,dia hanya
melihat babak diantara mereka.Dia mengaru-garu kepala.Serba salah.Akhir
sekali,dia beredar dari situ.
“Jual mahal.”
“Dengan kau memang aku jual mahal.”Balas Nur Amalina angkuh.Dia terus
mengangkat kaki dari situ.
“Berlagak.”Jerit Miqael.
Muizz ketawa terkekek-kekek.Seronok
dapat menyakat Amal.Kalau dia orang “jadi”,dia tidak kisah.Dapat bakal “adik
ipar sepupu” kaya.
Miqael
tersenyum dan berjabat tangan dengan
Muizz.Hati senang meyh.Syukur dulu yang penting.Tidak disangka,urusannya
akan dipermudahkan lagi.Orang tua yang didalam rumah harus diambil hati
terlebih dahulu.Bukan senang nak nikah dengan anak dara orang.Miqael mula
berangan.Ish,macam perempuan.
Nur Amalina hanya memandang gelagat Miqael dan Haziq yang
sanggup menggopek kelapa apabila babahnya mengatakan mahu membuat rendang ayam,terus sahaja mereka menawarkan dir i untuk melakukan kerja.Bagus juga budak bandar,Haziq dia tidak
kisah sangat tapi Miqael boleh ke?
Miqael??bagaimana Miqael boleh berada dikampung.Ini semua
gara-gara Miqael memujuk Haziq. Miqael mahu merasa suasana kampung dan teringin sekali pergi ke kampung.
"Budak bandar kalau buat kerja kampung memang tunggang
langgang".Desisnya.
Peluh hangat mengalir didahi Miqael lalu dikesat dengan tangan.Cuaca
hari ini
panas.Haziq pula mengibas tangannya ke muka untuk menghilangkan panas.Datang ke
kampung Nur Amalina adalah kedua
kali,yang pertama adalah semester
lepas.Hakikatnya,pengalaman baru
yang dapat apabila bercuti di kampung
dengan dapat menghirup udara yang segar.
"Dah siap?"Tanya babah kepada kedua-dua pemuda
ini.Sebuah senyuman terukir dibibir waima mereka adalah orang bandar
tetapi sanggup menolongnya.Babah
mengangguk-angguk kepala dan menghadiahkan sebuah senyuman.
"Sudah pakcik".Balas Miqael dan Haziq
serentak.Kelapa yang sudah dikopek sebentar tadi disusun rapi disebelah pondok
yang ditempatkan khas untuk buah kelapa.
"Nanti,2 biji kelapa ni tolong bagi kat mak cik.Mak
cik ada kat dapur tu ha".Ujar Babah,mulutnya dimuncungkan menunjukkan bahawa ibu Nur Amalina ada di dapur.Miqael dan Haziq
mengangguk kepala.
"Erkk,pak cik lepas nih.Boleh tak bawak kita orang
pergi sawah?"Ujar Miqael,mukanya kelihatan penuh berharap.Sebenarnya,ini kali pertama dia
menjejak kakinya ke kampung.Papa dan mummy Miqael adalah orang bandar.Jadi
sewaktu raya,Miqael hanya beraya
dibandar atau di luar negara.
"Boleh Miqael.Nanti Pak cik bawakkan".
"Ermm.Terima kasih pak cik".Ucap Miqael ikhlas
dengan senang hati.Hatinya benar-benar teruja.
"Pak cik.Saya?tak nak ajak,tak akan Miqael saja".Ujar Haziq
dalam nada merajuk.
Babah Nur Amalina dan Miqael ketawa dengan sikap
keanak-anakan Haziq.
Dari jauh,Nur Amalina memerhati kelakuan mereka.Sebuah
senyuman terukir dalam diam.
Amal,nanti siang ayam".Ibu sudah memberi
arahan.Tangannya ligat mengupas bawang merah dan bawang putih.Selepas
itu,bawang merah dan bawang putih dikisar halus.
Nur Amalina menggoreng ayam terlebih dahulu agar ayam tidak
cepat basi apabila sudah menjadi rendang.Serbuk kunyit dan garam diletakkan
pada ayam dan digaul lalu digorengkan.
"Amal,kelapa parut sudah diperah?"Tanya ibu.
"Belum bu".Jawab Nur Amalina.Api diperlahankan agar daging
ayam tidak terlalu garing.
"Bawak kelapa parut.Jangan lupa ambil air
sekali".Pesan Ibu.Sebaik sahaja mendengar arahan ibu,terus sahaja Nur
Amalina menjalankan tugasnya.Bahan-bahan untuk membuat rendang ayam sudah
disiapkan.Kini,tinggal untuk memasak.
Bawang putih dan bawang merah ditumiskan terlebih
dahulu.Selepas itu,dimasukkan bahan dan digorengkan sehingga berbau
wangi.Setelah masak,bahan-bahan tadi.Ayam diletakkan dan serai.Dikacau-kacau agar tidak
hangus dan tunggu kering.
Nur Amalina melihat ibunya memasak dan sesekali
menolong.Kecur air liur apabila melihat rendang ayam sudah siap.
"Dah jangan mengada nak meratah.Tunggu babah,Haziq dan Miqael
balik dulu".Ujar ibu.
"Dia orang pergi mana?"
"Sawahlah.Miqael tu teringin sangat nak pergi
sawah.Orang bandar katakan Amal.Bila tinggal kat kampung.Itu jadinya".Ibu
berkata panjang.Mangkuk diambil untuk mengisi ayam.
"Nasi dah masak belum?"Soal ibu.
"Sudah bu".Jawab Nur Amalina ringkas.Nur Amalina
mengambil mangkuk di rak bawah untuk mengisi nasi lalu dihidangkan ke atas meja
makan.
"Sedap mak cik masak".Puji Miqael.Dicedok nasi
kedalam pinggan.Sudah dua kali dia tambah.Lama betul,dia tidak merasa rendang
ayam sejak tinggal di Itali 6 tahun
dahulu.Nur Amalina hanya mencebik bibir mendengar kata-kata Miqael.Haziq pula
sungguh leka menikmati makanan.
"Amal pandai masak tak mak cik?"Tanya Miqael
secara tiba-tiba.
"Mamat nih,pasal apa pulak.Sibuk tanya aku pandai
masak ke tidak".Rungut hati Nur Amalina.Wajahnya dimasamkan dan Miqael
menaikkan kening ke arah Nur Amalina.Nur Amalina mendengus geram.
"Pandai memang pandai Miqael tapi Amal nih pemalas.Ada satu hari
tu,mak cik suruh dia masak.Ada ke patut ditinggalkan sekejap gara-gara nak
tengok cerita.Apa lagi hangus la".Ibu Nur Amalina membuka bicara.Miqael
tersenyum sinis,bertambah sakit hati Nur
Amalina melihat.
"Ibu."Tegur Nur Amalina.Mukanya
dicemberutkan.Haziq hanya tersenyum mendengar bicara Ibu.Diteruskan suapan.
"Apa senyum-senyum Ziq"Marah Nur Amalina,ditunjukkan penumbuk.Babah
membulatkan mata dan Nur Amalina senyap.
"Elok sangatlah tu,anak dara buat macam tu.Nak jadi
betina ke jantan Amal?"Bebel Babah.Mukanya diseriuskan sehabis mungkin
agak terkejut dengan tindakan kurang sopan Nur Amalina.
"Tak pe pak cik.Amal tu main-main je".Bela
Haziq.Kesian melihat Nur Amalina
dimarahi oleh babah.
"Betul tu pak cik.Amal nih memang suka
main-main".Miqael menyokong Haziq.
Nur Amalina menghabiskan suapan terakhir dan bangun dari
kerusi.Sempat lagi dia menoleh memandang Miqael dan menghadiahkan sebuah
jelingan manja apabila Miqael turut sama memandangnya.Miqael tersenyum simpul
dengan perangai Nur Amalina yang agak kasar.
"Kenapa senyum-senyum Miqael?Ada apa yang lucu
ke?"Soal ibu pelik.
"Errr,tak ada apa-apa mak cik.Senyumkan satu
sedekah".Miqael menjawab dengan sebuah senyuman manis.Hatinya lega apabila
Ibu turut membalas dan tidak berkata lagi.
"Kamu dulu tinggal di Itali?"Tanya Babah.Nur
Amalina pula membasuh pinggan memasang
telinga mendengar percakapan mereka.Hatinya terasa ingni tahu tentang latar
belakang Miqael.
"Yup pak cik.Masa umur saya 15 lagi.Saya sambung belajar disana tapi sebab ada
masalah saya berhenti.Sambung belajar di Ireland dan saya belajar balik di
sini.Masalah selalu berlaku dalam hidup
saya".Ujar Miqael.Air sirap diteguk perlahan-lahan.
"Tak pelah Miqael.Masalah tu satu ujian pada kamu tapi
kerana semangat kamu teruskan juga belajar.Pak cik bangga ada anak muda macam kamu yang tidak mudah mengalah".Puji
babah.
Nur Amalina yang sedang basuh pinggan hanya tersenyum mendengar kata-kata
babah.Babah seorang penasihat yang baik dan tak pernah melemahkan semangat
orang lain.Teringat sewaktu kecil
dulu,dia pernah gagal tetapi babah member semangat.
"Terima kasih pak cik".
"Haziq tambah lagi.Jangan
segan-segan".Ibu Nur Amalina berkata kepada Haziq dan
dihulurkan mangkuk yang berisi rendang ayam kepada Haziq.Haziq menyambutnya dan kali ini
hanya diratah ayam itu.Yummy,sedap betul.
"Mak cik kalau saya datang sini lagi.Jangan lupa masak
rendang ayam."Pesan Haziq.Dicubit peha ayam lalu dimasukkan ke dalam
mulut.Nur Amalina sudah melabuhkan punggungnya dikerusi tadi lalu meneguk air
sirap.Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Haziq.Mereka terlalu murah dengan
senyuman.
Nur Amalina bersenang lenang dipondok berhadapan
pemandangan sawah padi yang sangat cantik.Nur Amalina menghirup udara dengan
sepuas-puas hati.Matanya dipejamkan untuk menikmati udara yang sangat segar.
"Hei".Tegur satu suara.Nur Amalina terus menoleh
ke arah satu suara yang menegurnya tadi.
"Assalamualaikum Wahai Encik Miqael bin Dato'Adam ".Ucap
Nur Amalina dalam nada memerli.
Miqael hanya tersenyum mendengar bicara Nur Amalina.
"Lelaki ini murah dengan senyuman".Bisik hatinya.
"Waalaikummusalam wahai tuan puteri Nur Amalina Binti
Norman".Balas Miqael.
"Eh mana awak tahu nama bapak saya".Nur Amalina
mempamerkan wajah pelik.
"Lah kenapa perlu pelik?kalau nama bakal bapak mertua
kenalah tahu nanti senang nak akad nikah.Tak adalah tergagap-gagap nanti sampai
dua tiga kali.Nih pun tengah praktis".Usik Miqael,matanya dikenyit.
Nur Amalina jelirkan lidah dan mencubit bahu Miqael.
"Auchhh".Miqael mengaduh dan mengosok-gosok
bahunya.
"Padan muka".Nur Amalina mengejek dan sekali lagi
Miqael menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup ikhlas.
"Awak suka senyum ke?tak sakit ke mulut bila asyik
senyum".
"Senyum sakit mulut?"Miqael ketawa terbahak-bahak
mendengar soalan Nur Amalina.
"Hei".
"Senyum satu sedekah sayang"Miqael membalas
soalan Nur Amalina dengan mudah.Miqael merenung wajah Nur Amalina dalam.Timbul satu perasaan.Nur
Amalina yang perasan dengan renungan
Miqael tertunduk malu.Walaupun perangai
agak kasar tetapi dia masih mempunyai perasaan yang lembut.
Petang ini,Nur Amalina dan Miqael berborak tanpa ada
sedikit pergaduhan yang hanya ada adalah gelak ketawa.Nur Amalina tidak
putus-putus menceritakan tentang kampungnya malah dibawa Miqael meronda satu
kampung.Mujurlah ada dua buah basikal.
Haziq cemburu melihat kemesraan Miqael dan Nur
Amalina.Hatinya terasa dirobek-robek.Oh tidak.
Dia tidak
boleh meluahkan perasaan kepada Amal.Dia yang menyokong Miqael mengorat Nur
Amalina.Bukan dia seorang penakut tetapi dia seorang yang setia
persahabatan.Berapa ramai yang meluahkan perasaan terhadap teman baik dan persahaban kecundang.Dia tidak rela.Dia sayangkan Nur Amalina.Dia tahu Miqael
boleh bahagiakan Nur Amalina.
Miqael
menyandarkan badan di kepala katil.Dia gembira hari ini,sudah
lama dia tidak rasa seperti ini.Dia dan Nur Amalina berbual kosong tanpa ada
perbalahan.Gelaran gadis tomboy akan ditukarkan kepada gadis manja.Hanya
perwatakan yang kasar hakikatnya
tidak.Mengenali Nur Amalina pada hari ini umpama dia telah lama mengenali gadis
itu.Jinak-jinak merpati.Jinak ditangan tetapi susah ditangkap.Kaki kirinya
digoyangkan.Berbaloi,dia memujuk Haziq.
Hebat betul penangan
cinta Nur Amalina a.k.a minah tomboy..erk silap,gadis manja..sesuai kot.Pandangannya
jatuh pada tepi katil.Mata Haziq terkebil-kebil memandang atap.Mulutnya menyepi
tiada ujaran yang dikeluarkan.
BAB 12
Suzana tidak berselera makan malam.Dibiarkan sahaja
spaghetti di atas meja.Tidak disentuh langsung,perutnya terasa sebu.Makanan ini
adalah makanan kegemaran Miqael sewaktu dahulu.Dahulu Miqael selalu menyuruhnya
masak.Katanya,Suzana masak spaghetti sedap dan Miqael makan dengan penuh
berselera.Kenangan itu muncul lagi dalam hidupnya.Tanpa disangka air matanya
menitis,dibiarkan sahaja.Dia cukup terseksa dengan penderitaan ini.Makanan yang
dimasak ini dibiarkan membazir.
"Miqael".Satu patah perkataan muncul dimulutnya.
Kenangan lalu menjelma lagi…
"Miqael".Satu patah perkataan muncul dimulutnya.
Kenangan lalu menjelma lagi…
"Su,esok masak El
spaghetti".Ujar Miqael manja.Direnung kekasih itu dengan penuh kasih-sayang.Dipegang
jari runcing itu lalu dikucup.
"I love you sayang".Ucap Miqael romantis.Berbunga riang hati Suzana mendengar ucapan Miqael.
"Esok,Su masakkan oke.Love you too".Balas Suzana gembira.
"Su masak sedap taw".Puji Miqael.Kepalanya direbahkan ke atas rumput.Di sinilah tempat Miqael dan Suzana selalu berjumpa.Di taman bunga dan terdapat sebuah air terjun yang cukup indah.
"Bodek su ya?"
"El ikhlas sayang".

Matanya dicelikkan,susah untuk mengusir
kenangan itu.Kalaulah dapat diundurkan masa,dia akan perbaikkan segalanya.Ini
bukan dunia khayalan yang boleh pergi ke masa lalu ini adalah dunia yang
fana.Dunia yang harus manusia berpijak di alam
yang nyata.
Sakitnya
hati melakukan kesilapan.Hatinya terasa dirobek-robek dengan
kejam.Adakah peluang ke dua untuk dia tiada?Kelopak matanya mengerdip
perlahan,air mata menitis perlahan.Jarinya bermain dengan permukaan
gelas.Jiwanya melayang perlahan-lahan dan bummmm..Gelas pecah.Hatinya remuk
seperti itu.Lebih remuk dari itu.Perbuatan yang dilakukan oleh Suzana
adalah tidak wajar kerana dia harus
sedar.Apa yang diimpikan tidak semestinya tercapai.
"Miqael".Panggil satu suara
dengan sayu.Wajahnya penuh dengan kesedihan.
Miqael yang baru pulang dari kampung Nur Amalina,menoleh kebelakang.Berubah air muka apabila melihat perempuan ini.Sebuah senyuman sinis dilemparkan.Menyampah mula menjelma dalam dirinya.
Miqael yang baru pulang dari kampung Nur Amalina,menoleh kebelakang.Berubah air muka apabila melihat perempuan ini.Sebuah senyuman sinis dilemparkan.Menyampah mula menjelma dalam dirinya.
"Kau nak apa lagi betina?Tak cukup
lagi ke kau nak seksa hidup
aku?"Ujar Miqael keras.Kalau diikutkan hatinya ingin sahaja dia menampar perempuan ini.
"Sampai hati you,El".Luah Suzana.Wajahnya sayu memandang ke arah Miqael dengan penuh kerinduan.
Miqael mendengus kasar dan tanpa menoleh lagi,kakinya melangkah masuk ke dalam rumah mewah.Beg di dalam kereta di sebelah penumpang dibiarkan sahaja.Nanti boleh ambil yang penting dia ingin cepat-cepat berlalu dari sini.

"Miqael".Jerit Suzana kuat.
"Jangan buat I macam nih.Su sayang sangat dengan miqael.Su tak boleh hidup tanpa El tahu tak".Luah Suzana dalam sedu.Air matanya mengalir lagi.
Miqael mengeluh perlahan,hatinya cukup terseksa.
"Sudahlah Su,hidup kita da berakhir.Biarlah I cari kebahagian I sendiri.Su carilah kebahagian Su."Ujar Miqael lembut tanpa menoleh ke arah Suzana.Matanya dipejam sekejap untuk mencari kekuatan.kali kedua,dia mengeluh lagi.
"Su tak nak El.Su nak El,Su nak El.Tolonglah jangan buat Su macam nih.Su nak El".Rayu Suzana,badannya jatuh terjelopok.Wajahnya tunduk.
Miqael melangkah ke arah Suzana dan memegang kedua-dua tangan wanita itu untuk membantu Suzana bangun.Suzana hanya turut dan merenung Miqael.
"Su,dengar nih apa yang El nak cakap.Hubungan kita dah berakhir dan El tak nak hubungan kita seperti dulu.El dah cukup terseksa."Ujar Miqael dengan lembut dan matanya merenung ke anak mata Suzana.Suzana membalas renungan itu.
"Jangan cari El lagi".
"Tapi".
"Tolonglah Su".Ujar Miqael separuh merayu tapi dengarkah Suzana.Jari kasar Miqael mengesat air mata yang mengalir dengan sapu tangan.
"Ada orang yang lebih baik dari El".
"Su tak nak El".Jerit Suzana agak kuat.Tangannya menampar pipi kanan Miqael.Miqael bungkam,apa lagi yang hendak dikatakan.Hatinya sudah tiada pada Suzana.Tidak mengertikah wanita ini.

“Sia-sia,Su menangis kerana El.El dah
maafkan Su.El da ada orang lain
Suzana.Tolong jangan ganggu El lagi.”Ujar Miqael tenang.Dalam
diam,dia risau jika papa melihat.Hidupnya akan hancur lagi,hidup jauh
dari orang yang disayangi.
Suzana masih berdegil,dia hanya mahu
Miqael bukan orang lain.Dipegang lengan Miqael,matanya menatap mata Miqael
meminta kepastian.Miqael merentap lengannya dari dipegang oleh Suzana.Sebuah
tamparan dihadiahkan.Pipi kiri dan kedua pipi kanan.Dia harus menyedarkan
perempuan tidak sedar diri ini.Tidak sedarkah dia bahawa dialah yang telah
menghancurkan hati ini.Manusia yang buat salah selalunya susah untuk mengakui.
Suzana
tidak membalas atau mengelak.Dia biarkan sahaja,mungkin dengan cara ini Miqael
akan berpuas hati.Miqael merengus,susah bahasa minah sekor ni.Ditolak badan
Suzana.
“Kau pergi dari sini!”Jerkah Miqael.
“Miqael!”Jerit Nur Amalina kuat.Tegar
hati Miqael menghalau dia dari rumah mewah ini.
“Kau dengar sini baik-baik betina.Selama
ni aku sabar dengan perangai kau tahu tak.Aku cukup sabar.Aku biarkan kau lukakan hati aku,aku biarkan kau buat yang kau suka
tapi apa yang aku dapat?Mama aku meninggal sebab mama kau bodoh.Aku hampir kena
buang keluarga sebab fitnah family u tau tak.Kau hancurkan hati aku.Mengenali
kau memang sesuatu yang bodoh bagi aku.Kau pergi dari sini.Aku dah tak nak
tengok muka kau lagi.”Marah Miqael.Matanya
merah,sabarnya telah hilang.
“Pergi dari sini.”Ulang Miqael sekali
lagi.
Sepasang
mata melihat drama percuma.Tersentak hatinya melihat Suzana.
“Suzana dah balik.”
BAB 13
Nur Amalina melabuhkan
punggungnya di tilam empuk ini.Ikatan rambut dibuka dan rambutnya dilurutkan
perlahan dengan jari.Badannya direbahkan.Tadi,dia menumpang kereta
Miqael.Sebuah senyuman terukir dibibirnya.Kenangan dikampung berlayar
difikirannya bagai wayang.Untuk kedua kali dia tersenyum lagi.
Kenangan dikampung
"Ehhh,Amal.Kalau aku nak cakap sesuatu boleh tak?"Ujar Miqae l ragu-ragu.Nur Amalina leka memegang pancing buatan lalu menoleh ke sebelah apabil mendengar Miqael bersuara.
"Nak cakap cakap la.Tu pon nak mintak izin ke?selalu pakai redah je".Balas Nur Amalina bersahaja.
"Kalau..".Ujar Miqael teragak-agak.Mulutnya bagaikan terkunci untuk berkata-kata lebih lanjut.
"Kalau apa?"Jerkah Nur Amalina tiba-tiba.Terkejut Miqael mendengar jerkahan Nur Amalina,mujurlah dia tiada penyakit alamatnya sudah jalan.
"Kau nih buat terkejutkan aku jew la".
"Dah kau tu,kalau,kalau macam budak-budak ribena."Bidas Nur Amalina dengan agak geram.
"Kalau aku nak kenal kau lebih rapat boleh tak?"Tanya Miqael penuh berharap.Nyamuk yang hinggap ditangannya,ditampar.Ish tau lah aku hensem,ni main gigit pulak..So crazy…
"Macam aku dengan Haziq ya?nak jadi kawan baik.Okey je bro tapi sanggup ke kau nak kawan dengan aku.Yela aku nih jenis cakap lepas".Nur Amalina berterus terang.
"Erkkk tak,tak".
"Dah kau nak jad i kawan cari pasal dengan aku?"Ujar Nur Amalina lantang.

Pehal
dengan mamat sengal ni,Sejak bila jadi burung gagap…
"Eh,tak la Amal".
"Habis apa?"Soal Nur Amalina.Difokusnya pada aktiviti memancingnya.
"Aku nak kawan dengan lebih rapat".
"Lah samalah macam aku dengan Haziq.Kawan baik gitu."Balas Nur Amalina dengan lurus.
"Yela".Miqael mula mengalah.
Kini
Nur Amalina bangkit dari pembaringan.
"Betul lah.kawan macam aku dengan Haziq".Desis hatinya.
Kakinya melangkah ke almari pakaian lalu dibuka.Diambil baju T-shirt lengan pendek berwarna biru dan seluar trek.Nur Amalina pergi ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat asar.

“Mamat perasaan hensem tu memang
hensem.”Bisik Nur Amalina nakal.Tak disangka,orang yang dibenci,orang itulah
yang boleh baik dengannya.Tanpa pergaduha,mereka boleh menghabiskan masa lapang bersama.
Selesai solat asar,Miqael turun ke dapur
untuk minum.Tekaknya sungguh haus.
"Papa".Tegur Miqael.Dicapai cawan dikabinet atas.
"Awalnya papa balik hari ini".Ujar Miqael ramah.
"Kau tak suka aku balik awal ke?"Kedinginan jelas terpancar di wajah papa Miqael.Miqael bungkam mendengar kata-kata itu.Hatinya sekali lagi menjadi pilu.
"Bukan papa.El cuma terkejut papa balik awal hari ini.Selalu papa busy.”
"Kalau aku balik awal.Itu bukan urusan kau.”Tengking Dato’ Adam
"Papa".
"Kau nak apa?Nak balik pada perempuan tak guna tu ke?Kalau kau nak balik pada dia,aku kahwinkan kau dengan orang lain.Biar tak kaya pun asalkan hati baik".Ujar Dato' Adam kasar.Miqael tidak jadi minum,cawan diletakkan di atas meja.
"Papa,bukan itu niat El.El takkan lukakan hati papa lagi".
"Huh".
"Pa walaupun apa yang terjadi El tak kan sesekali kembali pada dia.Itu janji El".Miqael mengikat janji.Tangan kanan Dato' Muzaffar dipegang Miqael dan dikucup dengan penuh kasih sayang.
"El hanya ada papa.El dah tak ada mama."Sayu sungguh suara Miqael.Tersentuh hati Dato' Adam dengan kata-kata anaknya.Ego tuanya masih ada dalam dirinya,tidak ditunjukkan kasih sayang pada anak ini malah menarik kasar tangannya.Sekali lagi Miqael bungkam dengan kelakuan papanya.

"Insyaallah papa.El akan
lunaskan janji El dan El akan banggakan papa".Tekad Miqael.Wajahnya
kembali bersemangat.Tiadakah peluang untuk dirinya atau papa betul-betul benci
akan dirinya.Perasaan sedih bertamu dikalbu tetapi dibiarkan angin mengusirnya
dengan lembut agar hatinya tiada tercedera lagi dengan masa
lampau.
"Aku nak kau buktikan.Majukan syarikat aku kalau kau sudah habis belajar."
"Baik papa".Miqael menyahut cabaran yang diberi papanya.Cawan dimeja diambil dan dituang air putih.
"Malam nih ada tetamu,kawan papa dengan keluarganya.Papa harap kamu dapat turut sertai".Ujar Dato' Adam.Suaranya mulai kendur apabila bercakap dengan Miqael.

meraup wajahnya berkali-kali,setelah selesai waktu makan malam.Dia meminta izin
dari Dato’Adam untuk berehat di kamar.Mujurlah,reaksi Dato’Adam
hanya biasa dan tetamu yang diundang
memahami.
Tangannya membuka laci meja.Tangannya
tercari-cari sesuatu benda yang tidak penting dalam hidupnya.Sebuah album
gambar diambil dan diletakkan diatas katil.Lama dia merenung album gambar.Album
gambar yang belum dibakar atau dibuang.Sejuta kenangan tersemat di album gambar
ini.
Fikirannya
merasuk untuk membuka lalu dia menyelak
satu per satu dan
seterusnya.Senyuman terukir dibibirnya.Kenangan bahagia dan kenangan itu telah
berlalu tanpa dipinta.Matanya merenung sekeping gambar sewaktu dia melamar
Suzana.Aksi Suzana yang terharu dengan menutup mulut.Cantik.Seribu kali
sayang,hatinya telah tertutup untuk wanita jelita ini.Bertahun lamanya,dia cuba
memujuk hati dan hatinya sudah berpunya.
Nur Amalina..Perwatakan yang
kasar,garang dan comel.Seorang gadis ala-ala tomboy mencuri hatinya.Gadis ini
harus dimiliki dengan segera.Gadis yang membuatkan hidupnya menjadi pelangi.Nur
Amalina kalaulah kau tahu
perasaan aku.
Album
gambar disimpankan kembali.Esok,dia akan bakar benda alah ini.
nota sebentar:maafkan saya disebabkan sudah lama tidak ada entry baru di blog ini dan ada beberapa entry yang tertangguh disebabkan realiti yang seperti mimipi.
Insyaallah..saya akan kembali menulis seperti sedia kala dan mencari ilham..
Realiti dihadapan itu adalah mimpi yang tak berapa indah bagi saya..Setelah sedar,barulah saya tahu.Banyak lagi matlamat yang saya perlu capai.Mungkin selepas ini saya tidak akan berkawan lagi dengan orang yang cuba membawa saya ke realiti yang seperti fantasi itu..
Tiada ulasan :
Catat Ulasan