Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan

Rabu, 18 Jun 2014

kotak hati

Di merenung wajah gadis itu lama.Wajah gadis itu kelihatan sedih..Tiada senyuman seperti biasa..Ingin mendekati tetapi takut tidak diterima..Bagaimana harus dia lakukan?

Shakir menarik nafas panjang dan melepaskan secara perlahan.Dia mungkin tiada harapan untuk berkenalan dengan gadis itu.Gadis itu sudah berpunya.Kekasihnya cukup sempurna.

 "Idriana."Ujar Shakir secara perlahan.

Mata Shakir masih tidak berganjak.kali ini,air mata itu menitis.


"kenapa dengan dia?"

Dia beranikan diri untuk melangkah ke arah gadis itu.Bukunya ditutup dan dikemaskan.Dia berlagak biasa.

 "hai."

Idriana mengangkat wajahnya.Air mata yang menitis  dilapkan dengan baju.Dia mengukirkan senyuman yang manis.Tidak mahu agar pemuda ini fikirkan yang bukan-bukan.


"Hai."Balas Idriana.Dahinya dikerutkan tetapi  kelihatan comel dimata Shakir.Kalau sukakan seseorang apa yang nampak sudah dikatakan cantik.


"Maaf ya saudari.Tadi saya ternampak saudari menangis.Kenapa ya?"Ujar Shakir dalam ayat skema.Hanya  ini sahaja soalan yang boleh dilontarkan.

 "Mungkin awak silap kot.Mata saya masuk habuk."

 "Oh masuk habuk.Mungkin kot.Patutlah saya tengok wajah saudari sedih aja."

 Idriana tersenyum lagi.Shakir pula terpana dengan senyuman gadis ini.Cukup indah dimatanya.





"Eh,awak kan yang tegur saya hari tu?"Tegur Idriana.Tanpa dipelawa.Punggungnya sudah dilabuhkan di atas kerusi.Dia tersenyum manis.Teruja dengan pertemuan kali kedua.Sebenarnya,dia selalu melihat lelaki ini di kafe.Tapi,tidak pernah ditegur apatah lagi dengan melemparkan senyuman.Mungkin,lelaki ini takut dengan bekas kekasih.Kekasih?Argh..lupakan..Dia ingin hidup kepada dunia baru.

 Shakir tergamam.Tak disangka gadis comel ini sanggup menegurnya.Kepalanya digeleng ke kiri dan ke kanan.Dia ingin pastikan yang gadis ini menegurnya.

 "Awak cari apa?

keadaan menjadi  seketika.

 "Awak?"

 "Eh takde pape lah..oh ya saudari ni nama apa ya?"Shakir buat-buat tanya.

"Nama saya?"

 "Iya."

 "Tekalah."Idriana cuba berseloroh.

 "Klu?"Pinta Shakir.

 "I depan.tekalah."

 "Iman?"

 "Ehem.Taklah.Idriana."Ujar Idriana sambil tersenyum.

 "Bukan Irdiana?"

 Idriana ketawa halus.Kelakar melihat reaksi lelaki ini.

 "Nama awak?"Soal Idriana pula.

 "Shakir."

 "Okey selamat berkenalan."






Semenjak hari itu.Perkenalan antara mereka makin rapat.Dimana ada Idriana ..Disitu ada  Shakir. Mereka seperti belangkas.Kata shakir,mereka berdua adalah kawan baik.Persahabatan ini membawa kebahagisan kepada syakir.Cuma dia tidak dapat meluahkan perasaannnya lagi.Mungkin dirasakan terlalu awal.


"Boleh saya tanya satu soalan?"

 "Tanyalah shakir."Ucap Idriana perlahan.Kakinya diluruskan .Dia cukup bahagia kenal dengan shakir.Sepanjang perkenalan mereka.Shakir cukup memahami.Tidak pernah menyakiti hatinya.

 "Kenapa awak menangis hari itu."

 "kekasih saya curang."Raut wajah Idriana berubah.Kenangan lama diputar kembali.Kekasihnya sanggup curang tanpa apa alasan yang kukuh.Bila difikirkan balik,kalau hendak curang.Curang juga.Alasan sudah tiada.

 "Maafkan saya."

 "Eh jangan mintak maaf.Awak bukan salah pun.Saya seronok bersahabat dari awak.Lebih dari tu pun takpe.Hehe."Gurau Idriana selamba.

"Awak tahu tak.Dalam hati saya ni ada kotak."

 "Kotak?haha..Lawaklah awak ni."

"Yela kotak hati."Ujar Shakir serius.Kalau gadis ini ingin membuka kotak hatinya.Seribu kali dia menerima.

 "Meh saya bukakan ..Nak tengok.Ikhlas tak awak kawan dengan saya."

 "Awak bukaklah.Saya tak kisah."

 "Betul?"Bibir naif Idriana meluahkan perkataan.Dia tidak memikirkan apa-apa.

 "Awak sanggup ambil hati saya dan cintakan saya?"

 "Hah ?"

"Saya lamar awak ni?"

 "Apa?"Buntang matanya memandang Shakir.Tidak disangka.

 "Terima?"

 "Saya..saya...saya tak tahu.."

 "Takpe saya tunggu awak."

 Shakir bangun lalu meninggalkan Idriana.Idriana terjeda sebentar.Tidak tahu apa yang patut dia lakukan.Teruja?atau takut dikecewakan lagi.


nota:harap anda suka..maaf andai kata cerpen ini tak best..seperti biasa..saya tidak janjikan untuk update setiap masa..









Sabtu, 23 November 2013

Selamat Ulang Tahun Sayang







"awak tahu..nanti kalau masa hari jadi saya..saya nak kereta dari papa saya."

Aku tergamam mendengar perkataan kereta itu.."Kereta"?aku mana mampu nak beli..Eh bukan ni,dia mintak dari papa dia..Alahai apa malang nasib aku.Tu lah nak cari makwe biar setaraf.Ni anak orang kaya kot.Bukan kot tapi jelas okey.

"Hah kereta?"Soal Hilmie tersentak.Dia tergamam lagi sebentar.

"Yela.Nak ferrari.Hari tu Papa dah janji.Papa cakap lagi nak buat saya punya birthday besar-besaran dalam taman bunga lagi"

"Hah."

"Awak.Saya tak mintak awak belikan okey."Riana menjelaskan maksudnya.Bukan dia tidak tahu dengan perangai kekasihnya.Kalau cakap sahaja soal benda mewah pasti dia tergamam.Apa boleh buat dia anak orang kaya.Semua benda dimanjakan.Sudah terbiasa dengan kehidupan sebegini.

"Maaf saya tak mampu."

"Kan saya cakap tak kisah.Kenapa awak nak sedih sangat.Nanti awak dah ada untuk saya.Kira bersyukur taw.Sayang awak."
Riana tersenyum manja.Dia hanya perlukan kekasih hati bukan barang mewah.Hanya Hilmi yang ikhlas sahaja untuk berkawan dengannya.Tidak pernah meminta apa-apa.Tak pernah merungut duit habis.







Pening..pening..harijadi dia satu minggu lagi..Isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat dan sabtu.Ahad hari jadi dia.Apa boleh buat?aku nak buat apa?aku tengah pokai ni.Nak bagi duit belanja dekat adik-adik lagi.Aku bukan orang senang atau aku patut putus..Argggghhhhhhh...

"woi kau kenapa Mie?tak de duit?No hal aku ada sikit duit."

"Bukan lah."

"Dah tu der."

"tak de apa-apa la."

"Macam aku tahu je.kau gaduh dengan awek erh?"

"Tak arh."

Sahabatnya hanya mengeleng kepala.Pening.Nak kata awek tak cantik?mantap weii.Anak orang kaya lagi.

"Dahlah kau."Karim mengalah.Pujuk macam mana pun.Tetap tak nak cerita ..Apa boleh buat.

"Weii.Aku peninglah nak sambut birthday dia macam mana."Akhirnya Hilmi meluahkan perasaan.

"Selama ni kau bagi apa kat dia?"

"Kad,Ucapan dan coklat."

"Dia pernah merungut?"

"Tak."

"So?"

"Aku ni tak kaya."

"Tu silap kau der.Selama ni dia ikhlas dengan kau.Adik-adik kau pun dia tolong taw.Bukan senang nak cari bakal isteri macam tu."

"Aku takut bila dah kahwin dia tak nak berubah."
Kusut betul kepala bila fikir hal ini.Kalau tak berubah?mati aku.

"Mie.MiE.Kau ni macam budak-budak.Papa dia sendiri sendiri cakap kan.Kau dah ubah anak dia.Dari seksi meksi.Sekarang bertudung.Dia restu kau kan.Der kau kena paham dia.cakap jangan sentap sangat beb.Kang dia bosan.Perempuan ni kalau dah sayang.Dia akan berubah.Seperti mana dia terima kau.Kau kena terima dia seadanya.Dia tu anak manja.Itu kelemahan dia.Kau pulak?Anak orang biasa.Tapi kau sama-sama manusia beb."
Karim memberikan nasihat yang cukup bernas.

"Boleh percaya ke?"

"Kau macam nak kena makan penampar je der.Kalau aku cakap bodoh.Kau ni selalu jadi pekerja terbaik.Haih."





Dia tak mampu beli barang berharga.Yang dia mampu wujud suasana romantik di restoran biasa.Api lilin dinyalakan.Gitar disandangkan dibelakang badan.Kek pula diletakkan di atas meja.Sungguh,dia bukan setakat tak kaya tapi tak romantik.

"Wow.Hilmi thanks.Cantik sangat.Walaupun awak tak romantik tapi saya suka tahu."Ujar Riana.Terharu menjalar dalam dirinya.Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa dengan Hilmie kecuali sebuah ucapan.Tidak terbayang dia terasa sangat sayang pada Hilmi.Sanggup habiskan duit untuk berikan sebiji untuknya.Selalunya kad dan coklat sudah cukup.Dia sayang dengan Hilmie bukan kerana rupa tapi hati budi.Hilmie tidak pernah ambil kesempatan terhadapnya.

"awak dengar ni.Lagu untuk awak."



Ingin saja ku berikan
Segala yang kau impikan
Mimpi yang sering kau katakan
Namun ku punya batasan

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya bagiku
Ku tak punya wang berjuta
Apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah
Agar kau rasa berharga

Ini saja yang ku mahu
Sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka
SELAMAT ULANGTAHUN CINTA


"Saya suka."
Riana menitiskan air mata.Lagu itu menusuk di kalbu.

"Saya tak pernah mintak apa-apa dari awak."Ujar Riana dalam sedu.

"Saya tahu."

"Maafkan saya sebab selalu buat awak terasa."

"Bukan salah awak."

"Awak selalu hargai saya."

"Sebab awak bakal isteri saya."

"Saya nak hati awak bukan kemewahan."



Nota:Cerpen kali ini cukup simple.Ayat yang berikan mungkin tunggang terbalik.Saya hanya menggunakan ayat yang sempoi.Maaf jika ada sebelum ini seorang dua yang kata karya yang dilakukan berdasarkan lagu adalah tidak berkualiti.Jawapan saya adalah..saya hanya mampu menulis berdasarkan hati.Saya tidak boleh tulis secara paksa tetapi melalui hati.Lagu adalah ilham saya kerana saya sangat sukakan lagu sewaktu menulis.Jika cerpen kali ini tidak memuaskan hati.Maafkan saya.Saya hanya penulis jalanan yang hanya menulis ketika ilham keluar dari otak.. :)


Jumaat, 27 September 2013

Tak Sempurna




suasana sepi terasa di hati Iqwan..Dia kematian kata dengan tutur kata Fathia.Sungguh dia tak nak ini semua terjadi..Dia sanggup menjaga Fathia sehingga hujung nyawa.

"Pergilah Iq.Saya dah tak sempurna macam dulu."

"Fathia.Tolong Iq.Jangan macam tu.Fathia tetap sempurna di hati Iq."

"Bibir menutur cukup indah.Dalam hati siapa yang tahu.Jangan hipokrit sangat boleh."Ujar Fathia dengan suara meninggi.

Fathia kekasih hatinya.Bercinta selama 2 tahun tetapi kerana kaki yang lumpuh.Kemalangan yang terjadi pada diri Fathia hanya mendatangkan kelukaan.Fathia seolah-olah putus semangat.

"Fathia.Kalaulah Iq ada kuasa magik.Biar sakit ini Iq yang ambil.Biar Iq yang tanggung bukan Fathia."

"Iq..Sudahlah."Fathia mengeluh perlahan.Air mata yang menitis semakin lebat.

"Iq sakit tengok Fathia begini."

"Pergi Iq."




"Mak cik Izinkan saya nikahi Fathia."Iqwan mulakan bicara.Ini sahaja yang difikirkan.

"Fathia tiada harapan untuk sembuh Iq."

"Doktor cakap harapan hanya tipis makcik.Bukan tiada harapan.Doktor bukan tuhan makcik."

"Kau rela terima Fathia.Dia tak sempurna."

Iqwan mengukir senyuman.Kerana hati yang ikhlas bukan simpati.Dia rela menikahi Fathia.Fathia bagaikan nyawanya sendiri.Sempurna tidak penting.Dia juga tidak sempurna.

"Saya juga tidak sempurna makcik.Saya cintainya kerana Allah.Bukan paras rupa.Buka kesempurnaan."



"Iq.Awak fikirlah masak-masak.Saya tak sempurna."

"Saya juga tak sempurna Fathia."

"Saya lain."

"Awak sentiasa sempurna di hati saya."

Fathia memandang Iqwan.Meminta kepastian dari matanya.Fathia mengalirkan air mata.

"Sudahlah sayang.Jangan menangis.Saya tak rela awak macam ni."

Iqwan mengesat air mata Fathia dengan lembut.Wanita ini bakal dinikahi.Permaisuri hati.Bidadari hati.

"Iqwan.Jangan nikahi saya kerana simpati.Saya tidak perlukan simpati awak."

"Saya cintai awak bukan simpati."

"Awak tipu."Tengking Fathia.Dia tidak percaya akan Iqwan.Dia takut apabila berkahwin kelak.Iqwan akan bosan dengan dirinya.

"Saya tetapi nikahi awak Fathia sayang biar pun awak tak rela.Saya janji awak akan terima semua ni.Ni janji saya sayang."Tegas Iqwan.




Beberapa bulan kemudian

"Abang pergi mana?Abang kata nak makan malam dengan Thia."Ujar Fathia dengan nada merajuk.

"Sayang.Maafkan abang.Bateri abang kong.Abang jumpa client tadi.Sayang belum makan lagi?"

Fahtia menggelengkan kepala.

"Kesian sayang abang.Meh abang bawak sayang pergi makan.Abang suapkan ye."Pujuk Iqwan lembut.

Badan Fathia didukung dan dibawa ke dapur.Tangan Fthia melikar di leher Iqwan.Mukanya didada Iqwan.

"Terima kasih abang."

"Sebab?"

"Sebab terima Thia."

"Hahaha.Tu je?sayang kan bidadari abang."

Fathia tersenyum manis.Dia membuka mulut menerima suapa dari sang suami.

"Yummy sedapnya."

"Abang jahat.Bukan nak suap Thia.Ish."

Bahu Iqwan ditepuk manja.Berkali-kali.

"Lah.Abang asyik tengok sayang makan je.Rasa sedap pulak.Abang pun nak jugak.Rasa lapar pulak."

"Bukan abang dah kenyang ke?"

"Nampak sayang terus lapar.Hahaha."

"Abang ni."Mulutnya muncung.

"Alolo sayang abang.Hah minggu depan pergi terapi.Abang akan teman sayang."

Fathia merenung iqwan.Hairan apabila Iqwan bercakap soal terapi.

"Tu lah sayang.Harapan yang ada nak disiakan.Takut sangat abang kacak ni tinggal dia."

"Abang tak kacak pun."

"Yeke sayang?"Usik Iqwan senada.Matanya dikenyitkan.Fathia tertunduk malu.Dia sangat beruntung memiliki Iqwan.Tidak mengeluh dengan kekurangannya.

"Abang.Betul ke kaki Thia boleh baik?"Tanya Fathia polos.

"Insyaallah sayang.Kita hanya berusaha.Allah yang menentukan."

"Abang....Terima kasih sebab terima kekurangan Thia.Thia sayang abang."

"Nak dengar satu lagu tak?"

"Nak."Jawab Fathia manja.


Dengarlah bintang hatiku
aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
suatu hari pasti akan ku tepati 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuhKu
terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

"Ehem.Abang tahu suara abang sedap walaupun tak petik gitar."

"Abang terima kasih."

"Sayang tanggungjawab abang.Tak perlu terima kasih.I love you sayang."

"Me too abang."






Cinta tidak memerlukan kesempurnaan kerana cinta yang sempurna adalah pasangan yang saling melengkapi.


Nota:Assalamualaikum..Harap ada yang suka cerpen pendek ini.Maaf jika yang tak suka.Saya akan cuba perbaiki lagi..Jangan segan jangan malu untuk tinggalkan sebuah komen..Komen anda saya hargai..Oh ya..Isnin minggu depan saya nak trial STPM untuk last sem.Jangan lupa doakan saya..terima kasih.. :)


Isnin, 31 Disember 2012

Lydia


Telah lama ku cari
Yang mampu teruhkan hati
Ku tahu ku tak muda lagi
Semoga belum terlambat

"Ceh lagu ni macam perli aku je."
jari tangannya mematikan suis radio.

"Kau tu memang dah tua..Cepat cari jodoh.Adik kau tu dah dua orang anak.Adik kau yang bongsu tu pun dah nak masuk 3.Kau tu,apa-apa pun tak ada.Asyik-asyik kerja.Macam la kerja tu bini kau.Boleh jaga makan pakai kau."Bebel Puan Hasmah.Anak yang sulung sudah berumur 30 tapi nak cakap tentang kahwin langsung tak pernah.Puas dipujuk dan dirayu,dia tetap buat tak endah.

"Mak kerja tu boleh dapat duit taw."

"Hah...Kau kalau tak menjawab tak sah.Eh aku dah berkenan lah dengan anak si Pak Mail tu.Adab dan bersopan je.Bagus apa.Bila aku nak pinangkan.Banyak betul alasan kau kan.

"Mak nak kahwin Azkar..bukannya mak..Kalau mak nak sangat.Apa kata minang untuk abah je."Jawab Azkar ringkas.Matanya pula dikenyitkan ke arah abah.

"Eh boleh jugak tu.Dapat bini muda."Abah Azkar iaitu Azman menjawab.Ibu jarinya dinaikkan menunjukkan dia menyokong kata-kata Azkar.

"Huh..Bapak dengan anak sama je.Menyakitkan hati."Rungut Puan Hasmah tidak berpuas hati.

"Anak bapak."Jawab mereka serentak.

Dengan perasaan sedikit bengang.Puan Hasmah mencubit peha kiri abah Azkar.

"Abahnya langsung tak boleh diharap."

Kata-kata itu hanya menjadi bahan jenaka dua beranak lalu melentus ketawa antara mereka.





********************************************************************************************************************************
********************************************************************************************************************************


"Awak Lydia kan?"Tanya Azkar meminta kepastian.Kalau tidak salah,betullah ini Lydia.Kawan masa di Universiti dulu merangkap kekasih tak jadi..Errr..kekasih tak jadi?

"Ye saya Lydia.Awak ni siapa eh?"Kening dinaikkan sedikit.Lelaki dihadapannya benar-benar mempunyai karisma.

"Saya Azkar.Muhammad Azkar Ahmad.Senior awak dulu masa awak tahun 3.Ingat tak?"

"Eh abang senior.Ingat..ingat.."
Masakan tidak ingat.Dia punyai perasaan terhadap lelaki ini tetapi malang lelaki ini mempunyai kekasih.Hari-hari keluar berdua bagaikan belangkas tapi rupa-rupanya lelaki ini sudah ada kekasih hati.

"Lydia...Kita satu team.Nampaknya hari-hari lah bekerjasama."

"Errrr."
Alamak.Habislah aku.Tapi buat derk sudahlah kan..




*******************************************************************************************************************************
*******************************************************************************************************************************




"Mak tak kira.Kau tetap kena kahwin."Tegas Puan Hasmah berkata-kata.

"Mak.Rileks la."

"Aku tak kira.Nanti mak pinangkan kau dengan pak Mail tu."

"Eh..eh..ok..ok..jangan..jangan pinangkan.Biar Azkar cari sendiri."




****************************************************************************************************************************


Azkar mengaru-garu kepalanya berkali-kali.Kahwin?Siapa pula dia nak cari.Habislah

Lydia

Nama itu yang terlintas dalam fikirannya.Ahhh..Gadis yang pernah dia sayang dan dicintai tapi tidak pernah menjadi kekasih hati disebabkan Lydia ingatkan dia mempunyai kekasih hati.Azkar sangat berharap agar dia tidak terlambat dan gadis itu tidak mempunyai kekasih hati...



********************************************************************************************************************************


"Lydia..Sebenarnya abang nak cakap sesuatu.Harap Lydia tak menolak."Azkar membuka bicara.Kedua-dua tangannya digengam erat.Jantungnya berdegup laju..Dia benar-benar berdebar dengan semua ini.Ini kali pertama dia meluahkan perasaan terhadap seorang gadis.Walaupun dia mempunyai pakej yang lengkap namun bukan itu alasan untuk dia bercinta.Dia ingin mencari cinta yang sejati.

"Cakaplah.Kenapa abang senior macam cemas je?"Tegur Lydia lambat-lambat.Hairan melihat tingkah bekas seniornya dulu.Selalu bersifat tenang waima dilanda masalah tetapi hari ini lain macam.

"Errr.Sudi tak Lydia jadi isteri abang?Maaflah abang ni tak pandai romantik.Abang pandai terus-terang je."
Akhirnya terluah juga isi hati dengan menyusun ayat yang sesuai.

Lydia blur.Tidak tahu nak kata apa.Gembira pun ada.Sedih pun ada.

"Lydia."Panggil Azkar lembut.

"Bukan abang senior dah berpunya ke?"Soal Lydia secara tiba-tiba.

"Mana ada.Lydia ni cinta pertama abang dari dulu sampai sekarang."

Lydia menelan air liurnya berkali-kali.Tapi gadis yang dia nampak dulu tu.

"Sudi tak Lydia menikah dengan abang."Tanya Azkar sekali lagi.

"Errrr."

"Atau Lydia dah berpunya."Soal Azkar agak kecewa.Tidak mungkin..Tidak mungkin..Patah hati kalau begini.

"Mana ada.Lydia single lagi."

"Dah tu?"

"Kalau Abang senior nak menikahi Lydia..Jumpalah Ibu bapa Lydia.Lydia kan milik dia orang.Ikut cara yang betul."Balas Lydia malu.Wajah manis tunduk memandang kaki meja.Sebuah senyuman manis terbit dibibir.

"Alhamdullilah."Azkar mengucap syukur.








Nota:Sebuah cerpen yang sangat pendek...Ada komen?jom komen...Maaf kalau tak best atau ada perkataan yang tidak sedap dibaca..Saya hanya budak baru belajar....
apa-apa pun saya nak ucapkan selamat tahun baru.Semoga tahun 2013 lebih baik dari tahun sebelumnya..Amin...

Jumaat, 24 Ogos 2012

Salah


"awak...dengar cakap saya..ini bukan yang awak nampak..yang awak nampak hanya tipu."Ujar Hakimi bersungguh.
Dia sakit melihat air mata shamin menitis...Sungguh,bukan ini yang dia lakukan.Dia hanya menolong perempuan itu sahaja,dia tidak tegar melihat wanita itu begitu sahaja.

"Saya nampak awak keluar dari club tu tapi awak kata tipu.Apa semua ni."Balas Shamin dalam sedu..Hatinya betul-betul terluka dengan semua ini.Matanya melihat sendiri malah Syazwan ada sekali.

"Tak sayang.Saya tak tergamak buat awak macam tu.Saya sayangkan awak.Saya hanya tolong dia.."
Shamin menekup kedua-dua telinga dengan tangan.Dia tidak rela mendengar lagi.Dia sedih..

"Kita putus..Saya tak percayakan awak lagi."Ujar Shamin dan kakinya terus melangkah.
Tanpa kata,tanpa soal..Hakimi merelakan pemergian itu.Buat apa,dia hendak pertahankan hubungan ini sedangkan Shamin tidak percayakan dia.
Dia mengeluh..Dia merelakan..





Shamin merenung langit dia atas.Dia menyesal kerana tidak percayakan Hakimi tapi kenapa Hakimi tidak bersungguh berterus-terang sedangkan bukan dia salah...
"Bodohnya aku..Tidak percayakan dia.."


"Dia tak salah Min..Dia hanya tolong perempuan tu mabuk."Ujar Syazwan.Setelah disiasat,perempuan itu sepupu Hakimi.Hakimi hanya menolongnya..
"Kenapa dia pergi club tu?Sudahlah wan,tak payah nak bela dia sangat."

"Kau salah.Itu sepupu dia..Papa perempuan tu telefon dia suruh cari anak dia tu je.
"Perempuan yang telefon aku tu?Dia yang bagi tahu.Hakimi dengan perempuan tu."
"Tu kawan perempuan tu.Dia sengaja membuat korang putus."Balas Syazwan.

Malam itu,Shamin dapat mesej mengatakan bahawa Hakimi berada di sebuah kelab malam..
Shamin berusaha berkali-kali menelefon Hakimi tapi tidak dijawab..
Dia terus mengajak Syazwan untuk melihat perkara sebenar dan tanpa siasat dahulu.Shamin menuduh Hakimi berlaku curang..
Hakimi memeluk perempuan itu..Dia nampak perempuan itu mengucup pipi Hakimi.
Dia kecewa..

Salah ke?Dia menuduh Hakimi begitu?
Hakimi seolah-olah terima kata putus ini.Dia tidak berusaha untuk kekalkan hubungan ini..



Hakimi mengeluh perlahan.Hari ini,dia akan berkahwin dengan sepupunya.Sepupu yang dikatakan oleh Shamin.
Jelaslah bahawa,Shamin semakin membencinya.Kenapa semua ini berlaku?
Salah aku ke kerana tidak berusaha pertahankan cinta kami?Tapi aku tak rela hubungan tanpa kepercayaan.
Laila..Gadis itu cantik tapi perangainya..Aku berkahwin dengan Laila kerana sebuah janji.Sebuah janji dengan arwah papa Laila.Aku terpaksa berkahwin dengan Laila demi menjaga nama baik keluarga..
Dayuskah aku?Bodohkah aku?

Hakimi memandang cermin.Melihat dirinya yang memakai pakaian baju melayu warna biru.Citarasa Laila.Dia ikutkan sahaja...
Ahhh...Ini mungkin bukan jodoh aku dengan dia...Aku harus pasrah...



"Sudahlah,Min...Ini sudah takdir.."
"Aku bodoh Wan.."
"Kau orang juga salah.Kau kena tanya dia betul-betul..Bukan pakai terjah..Dia pun satu..Seperti menerima hakikat..Tak bersungguh-sungguh..Ini bukan jodoh kau la Min..Yang bercinta bertahun-tahun,,tak semestinya jodoh...Sabarlah Min.Ada yang baik dari ni.Anggap ini 1 pengajaran buat kau."Nasihat Syazwan.
Shamin hanya mengangguk.Mengakui kesilapan diri yang cepat mudah melatah.Nasi sudah menjadi bubur,tidak boleh dibuat apa-apa lagi..



Shamin-Aku salah menilai Hakimi.Aku tidak siasat dahulu dan aku terus meminta kata putus bukan mendengar penjelasannya.Salahkah aku menilainya?Hati aku berkata,Hakimi tidak bersungguh dengan hubungan ini..Kenapa dia tidak berusaha menghalang aku malah biarkan sahaja aku pergi.Adakah aku salah atau dia??Tapi aku pasrah.Aku bukan jodohnya.


Hakimi-Aku bodoh dan aku salah kerana tidak menghalangnya pergi.Aku seolah-olah melakukan perkara itu sedangkan tidak...Sudahlah,aku doakan sahaja kebahagian dia..Aku bukan jodoh dia.Mudah-mudahan,dia dapat jodoh yang lebih baik tak seperti aku..


Syazwan-Shamin dan Hakimi..Dua-dua salah,tidak pertahankan hubungan cinta mereka.Kenapa aku sahaja yang beria tapi mereka tidak..Hmmm...Bukan jodoh dia orang...Cinta ini perlukan kepercayaan..Kalau tidak musnahlah segalanya...Apa yang kita nampak pada mata kasar tak selalu benar..Kadang-kadang kita yang silap..


psssst:Apa yang kita lihat dari mata kasar..kadang-kadang tidak selalu benarkan..Apa kata kita mintak penjelasan dulu dan siasat dulu...Betul tak?
kalau benar,kenapa kita nak mengalah je kan?Kenapa tidak berterus-terang?Kenapa biarkan cinta tu pergi..Sekurang-kurangnya,bangkitkan kepercayaan dia lagi..

Cinta ini tidak selalu indah..Banyak ujian yang harus dilalui...jadi,pada yang sedang bercinta diluar sana...Saya ucapkan semoga berbahagia..amin...(cewah jiwang jap)..


Nota menyibuk:maaf ya kalau tak best...jangan marah eh..hehe..saya hanya tulis mengikut hati..
harap terhibur walaupun tak best dan jangan lupa bagi komen k..:)






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me