Di kondominium mewah milik keluarganya,Suzana menangis teresak-esak mengenangkan peristiwa petang tadi.Hancur luluh dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Miqael.Lelaki yang dicintai separuh mati.Dulu dia juga seperti Miqae l tetapi apakan daya kerana Miqael dia terpaksa berkorban.Mummy dan daddy sanggup melakukan apa sahaja untuk menghancurkan keluarga Miqael.Harta berpunca dari segalanya.,kini mummy sedar dengan kesilapan lalu dan memohon maaf atas segalanya.Mummy disahkan lumpuh oleh doktor kerana kemalangan dan penyebab daddy meninggal.Dalam wasiat itu,Daddy menyatakan kesilapannya dan ingin memulangkan harta yang telah diambil dari bapa Miqael.
"Miqael."
Dicium potret Miqael yang tersimpan rapi dibiliknya.
"I mintak maaf".Tangisannya semakin menjadi-jadi.Dipeluk potret itu kemas dan akhirnya dia hempaskan.Duk,berderai.
"Miqaelllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll".Jerit Suzana.Bergema ruang bilik kondominium mewah.
"Miqael."
Dicium potret Miqael yang tersimpan rapi dibiliknya.
"I mintak maaf".Tangisannya semakin menjadi-jadi.Dipeluk potret itu kemas dan akhirnya dia hempaskan.Duk,berderai.
"Miqaelllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll".Jerit Suzana.Bergema ruang bilik kondominium mewah.
Kenangan lalu
Suzana mengorak langkah,senyuman manis menghiasi wajahnya.Bunga ditangan dicium berkali-kali.Selasa,25 hari bulan 2.Tarikh keramat yang sentiasa tersemat di minda.Tidak pernah dilupakan.Bunga mawar kesukaan dirinya dan juga kesukaan Miqael.Pintu rumah Miqael dibuka perlahan.Matanya meliar mencari kelibat manusia dirumah ini tetapi tiada.Wajahnya ceria.Kek tiramitsu akan disediakan olehnya sebentar lagi.Suasana romantik akan dihidupnya.
Bunga di tangan diletakkan di atas meja.Bunga yang layu dikeluarkan dari pasu bunga kecil.Pemberiannya pada Miqael.kakinya melangkah ke dapur.Dibuka kabinet,hatinya tersenyum lega.Bahannya semuanya telah tersedia.Miqael seorang lelaki yang memahami.
Seorang lelaki yang mengambil berat.Dia terlalu cintakan lelaki itu.Hari jadi Miqael akan diraikan istimewa.
Suzana mengesat peluh dengan tuala.Kek Tiramitsu sudah disiapkan.Kek yang dibuat dengan penuh kasih sayang.Kasih sayang yang ikhlas.Selepas itu,dia membuka peti ais.Terdapat sebotol jus buah tetapi dia ingin menyediakan jus buah buatannya.
Meja diaturkan dengan sempurna,di atas meja menghiasai sekuntum mawar merah tanpa pasu.Dua buah gelas dan pinggan diletakkan sempurna.Alas meja berwarna putih menghiasi meja.Sebatang lilin dihidupkan.Kek tiramitsu masih berada di dalam peti ais.Masih terlalu awal untuk mengeluarkannya.Jam menunjukkan pukul 8 malam.Suzana tersenyum bangga melihat hasil kerjanya.
Miqael memijak kaki ke rumahnya,baju sejuk dibuka dan diletakkan di bahu sofa.Matanya memandang ke arah luar rumah berhadapan dengan kolam renang.Lampu malap menerangi kegelapan.Kakinya melangkah ke arah yang dilihatnya.Matanya bersinar.
Wajahnya ceria melihat susunan diatas meja yang dilakukan oleh kekasih hati.
Dari arah belakang,Suzana menutup mata Miqael dengan jari runcingnya.Gelagat Miqael diperhatikan lama.Bahagia bertandang di dalam hati,Miqael tersenyum simpul.
“Cuba teka siapa ni?”Suzana bercanda.Tangannya masih menutup mata Miqael.
“Erk,siapa ya?hantu kot.”Balas Miqael.Membalas gurauan Suzana.
“Ish.”
Tangannya dilepaskan.Mulutnya memuncung.Merajuk.Miqael berpaling,menghadap kekasih hati.
“Janganlah merajuk,nanti cepat tua.El tak nak kahwin dengan orang tua.”Pujuk Miqael.
Miqael menyeluk poket seluar jeans,seutas rantai dikeluarkan.Ditayangkan rantai leher di wajah Suzana.
“Patutnya,Su bagi hadiah.Bukan El.”Ujar Suzana.
Kenangan itu datang lagi menyapa seolah-olah memaksa dia untuk memiliki Miqael untuk kali kedua.Matanya layu dengan keasyikkan mimpi lalu.
Miqael menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan.Fikirannya bercelaru.Suzana masih datang menganggunya.Disudut hatinya,perasaan terhadap Suzana telah lama mati.Mati ditengah tanah gersang.Hatinya sudah dimiliki.Hari ini dan hari seterusnya adalah masa hadapan.Kesilapan lalu adalah kenangan dan masa silam.Ingatan yang telah dimatikan telah menyuburkan kembali.Semuanya kerana Suzana.
Terima kasih kerana hancurkan hidup aku Su,aku hargai sangat.
“Kita putus El,mulai dari hari ini dan saat ini.Jangan kacau I lagi.”Tanpa perasaan,Suzana mengucap kata-kata putus.
“Su,apa salah I pada su?”Soal Miqael meminta kepastian.Terkejut mendengar ujaran Suzana.
“Mum I kata,tak perlu bercinta dengan lelaki tak berguna macam you.Sudahlah hampir-hampir nak buang U lepas tu bisnes papa you di Itali asyik jatuh.If I kahwin dengan you apa yang I dapat?Cinta?cinta tak boleh buat I hidup la El.I perlukan lelaki lebih kaya dari dad I.I harap you faham”.Suzana member alasan yang menyakitkan.Tergamak dia melakukan semua ini.
Miqael menunduk,tidak terkata apa mendengar bicara Suzana.Kejam,tegar dia melakukan semua ini.Tidak sedar ke dia,papa dia penyebab semua ini.Mama Suzana yang menfitnah Miqael dan penyebab mama Miqael mati.
“Bukan ke I jadi seperti ni.Dad dan mum you yang punya kerja.You tak sedar ke?Oh ya lupa pula I.Anak beranak sama je.Sama-sama gilakan harta.Hei,harta tak boleh bawak mati la.”Ujar Miqael sinis.
“Sekurang-kurangnya harta tu boleh bagi I mewah.Boleh bagi I hidup.”
Miqael mengeluh.Belang Suzana terselah melalui kata-kata dan perbuatan keluarganya.
“Dengan mengambil harta orang lain?Itu mewah.Suzana..Suzana..Berbahagialah you dengan kesengsaran orang lain.Makanlah you dengan harta orang lain.Biar tak berapa mewah asalkan tak merampas orang lain.Biar hidup sederhana asalkan tidak membunuh orang lain.Fitnah manusia yang tak bersalah sebab harta.Wow,memang dasyat family you ya.Hancurkan hati I.So gudluck I ucapkan untuk you .Semoga bahagia.”Selesai memberi ujaran,Miqael mengangkat kaki.Dia tidak sanggup lagi mendengar kenyataan dari mulut Suzana.Insan yang disayangi.
nota sebentar..untuk pengetahuan semua..dalam edisi edit ni..ada watak penambahan dan plotnya sedikit diubah...
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
Tiada ulasan :
Catat Ulasan