Mungkin kau tak pernah mengerti
Apa yang aku lalui
kenapa semua ini harus aku yang lalui
Aku cuba menjadi keras
Sekeras konkrit yang tidak mengerti
Memandang ke hadapan
Cuba berjalan laju atau perlahan
Tetapi hati ini masih terluka
Entahlah hati ini senang tersentuh
Pekakkan telinga
Malas mahu merasa perasaan
Malas mengambil peduli
Tetapi sakit itu masih terasa
Duhai manusia
Wajah ini sudah ku tebalkan
Aku malu dengan itu dan ini
Tolonglah hentikan
Aku sangat sakit
Mengapakah ini harus terjadi
Titisan air jatuh dipipi
Hanya mampu mendengar
Kisah yang lalu itu perit
Tolonglah
Hentikan semua ini
Aku penat tiada daya
Hanya terdiam sahaja
nice sangat3.. =)
BalasPadam