Jumaat, 20 Jun 2014

Untuk Mencintaimu 19










"Ehem..Dato' ada?"

"Errrrr."Lidah Hanny Putri kelu sebentar.Setelah berminggu tidak nampak anak saudara bosnya datang ke sini.Sekarang dia muncul kembali.Dia terdiam sebentar.Ingin mengambil nafas.

"Hello..saya sedang bercakap ini."ujar Fikri Aidil.Mata masih memandang Hanny Putri.

"Sorry.Encik cakap apa tadi?"

"Saya cakap jom kahwin.Awak ni pekak ke apa.Tak kan ajak kahwin pun dah gelabah kot."Fikri Aidil cuba berlelucon dengan Hanny Putri.Alang-alang gadis ini tidak fokus dengan apa yang dikatakan,lebih baik dia mengusik.

"Hah."Mulut Hanny putri terbuka luas.

Kelakuan Hanny Putri menimbulkan suasana yang lucu pada Fikri Aidil.Dia ketawa besar.Sudah diduga dengan sifat gadis ini.Gelabah je lebih.

"Tutup mulut tu."Tegur Fikri Aidil dengan sisa ketawa masih ada.

"Jangan ketawakan saya lagi boleh?"

"Kalau tak nak.Awak nak buat apa?"

"Ikut suka encik lah.Asalkan encik bahagia."

"Eh.Saya memang dah bahagia dah pun.Tak nampak ke tadi saya ketawa.Kelakar kan."Fikri Aidil masih mengusik.

Hanny Putri mendengus marah.Tidak betah bersama lelaki ini.Ada sahaja yang menyakitkan hati.

"Marah ?"

"Tak tengah senyum ni."







Disebalik suasana yang ada diantara Fikri Aidil dan Hanny Putri.Dato' Aziz melihat gelagat pekerja kesayangan dan anak buahnya.Dia mengukirkan senyuman manis.Perubahan yang agak ketara bagi Fikri Aidil.Di dalam benak minda Dato' Fikri hanya memikirkan kebahagian anak saudara tunggal.Satu-satunya pewaris adik perempuan.Sudah berbulan kejadian itu berlaku,akhirnya Fikri Aidil bangkit.Dia kagum dengan ketabahan Fikri Aidil.Walaupun hati pernah disakiti dan dkhianati oleh perempuan,namun Fikri Aidil profesional apabila berdepan dengan perempuan.

"Ada apa ni Fikri?"Dato' Aziz menegur Fikri Aidil.Memecahkan suasana yang agak tegang.

"Encik Fikri ni datang nak ponteng kerja je." Hanny Putri menyampuk.Gayanya bersahaja.Biarkan lelaki ini kena marah.

"Errrr.Pak long."

"Datang sini bukan setakat nak ponteng je.Datang nak mengorat anak dara orang lagi."Sindir Dato' Aziz.

"Betullah tu Pak long.Tapi kan anak dara ni jual mahal sangat."

"Anak dara kena jual mahal.Agar harga ternilai.Tak akan nak murah pulak.kalau murah sangat nanti orang tak nak pulak.Apa ingat kita ni barangan jualan murah ke."Balas Hanny Putri.Dia geram dengan percakapan Aidil Fikri.Perkataan yang dikeluarkan tidak ditapis.Dia segan dengan bos.Tapi lelaki ini ta tahu malu betul.

"Itu bagus.Saya sokong Hanny." Dato' Aziz setuju dengan Hanny Putri.Jual mahal itu perlu agar maruah terjaga.Sebagai perempuan,maruah itu harus diletakkan di nombor satu.

"Kan dato."

"Betul lah tu."Perwatakan yang inilah disukai oleh Fikri Aidil.Dia sudah serik mencari perempuan "hot" dimatanya tetapi apabila melayari alam perkahwinan dia sendiri yang terbakar.Kesan terbakar masih ada sampai hari ini.Dia tahu,gadis ini seorang gadis yang pandai membawa diri.Dia tersenyum melihat Pak Long dan Hanny Putri.

"Hah.Ni dah kenapa senyum sendiri .Dah kena sampuk dengan hantu ke?"Soal Dato' Aziz dengan tutur kata yang sinis.

"Bukanlah tetapi kena sampuk dengan bidadari." Ayat yang bermakna bagi Fikri Aidil.

"Saya fikirkan.Dia ni bukan kena sampuk dengan bidadari atau hantu.Tapi meroyan je lebih.Saya ingatkan baik anak saudara bos ni cepat sikit kahwin.Baru hilang penyakit meroyan dia." Sindir  Hanny Putri pedas.

"Ada ke duda macam saya ni orang nak.Kalau ada orang tu nak boleh jugak."

"Saya tak nak pun duda meroyan tu.Nanti bila kahwin meroyan pulak saya."

"Eh saya ada cakap nak kahwin dengan awak ke?"Soal Fikri Aidil.

"Eh takde ke?" Hanny Putri termalu sendiri.Muka kian merah.Agak geram dengan mulut sendiri.

Dato' Aziz menggelengkan kepala.Gelagat macam budak remaja.

"Sudah.Dah habis gaduh ke belum?Penat saya nak layan.Nanti kalau berjodoh baru lah kau orang tahu."Tegur Dato' Aziz geram.Kalau tidak dihentikan sudah tentu pejabat ini kecoh.Fikri Aidil ni pun satu langsung tak boleh diharap.Berjumpa dengan pekerjanya mesti diajak bergaduh.

"Tak nak saya."

"Jangan sombong sangat cik Hanny.Nanti duda meroyan ni lah awak syok."



nota:selamat membaca.maaf kalau ada typo..maaf kalau tatabahasa yang berterabur..semoga terhibur.

Rabu, 18 Jun 2014

kotak hati

Di merenung wajah gadis itu lama.Wajah gadis itu kelihatan sedih..Tiada senyuman seperti biasa..Ingin mendekati tetapi takut tidak diterima..Bagaimana harus dia lakukan?

Shakir menarik nafas panjang dan melepaskan secara perlahan.Dia mungkin tiada harapan untuk berkenalan dengan gadis itu.Gadis itu sudah berpunya.Kekasihnya cukup sempurna.

 "Idriana."Ujar Shakir secara perlahan.

Mata Shakir masih tidak berganjak.kali ini,air mata itu menitis.


"kenapa dengan dia?"

Dia beranikan diri untuk melangkah ke arah gadis itu.Bukunya ditutup dan dikemaskan.Dia berlagak biasa.

 "hai."

Idriana mengangkat wajahnya.Air mata yang menitis  dilapkan dengan baju.Dia mengukirkan senyuman yang manis.Tidak mahu agar pemuda ini fikirkan yang bukan-bukan.


"Hai."Balas Idriana.Dahinya dikerutkan tetapi  kelihatan comel dimata Shakir.Kalau sukakan seseorang apa yang nampak sudah dikatakan cantik.


"Maaf ya saudari.Tadi saya ternampak saudari menangis.Kenapa ya?"Ujar Shakir dalam ayat skema.Hanya  ini sahaja soalan yang boleh dilontarkan.

 "Mungkin awak silap kot.Mata saya masuk habuk."

 "Oh masuk habuk.Mungkin kot.Patutlah saya tengok wajah saudari sedih aja."

 Idriana tersenyum lagi.Shakir pula terpana dengan senyuman gadis ini.Cukup indah dimatanya.





"Eh,awak kan yang tegur saya hari tu?"Tegur Idriana.Tanpa dipelawa.Punggungnya sudah dilabuhkan di atas kerusi.Dia tersenyum manis.Teruja dengan pertemuan kali kedua.Sebenarnya,dia selalu melihat lelaki ini di kafe.Tapi,tidak pernah ditegur apatah lagi dengan melemparkan senyuman.Mungkin,lelaki ini takut dengan bekas kekasih.Kekasih?Argh..lupakan..Dia ingin hidup kepada dunia baru.

 Shakir tergamam.Tak disangka gadis comel ini sanggup menegurnya.Kepalanya digeleng ke kiri dan ke kanan.Dia ingin pastikan yang gadis ini menegurnya.

 "Awak cari apa?

keadaan menjadi  seketika.

 "Awak?"

 "Eh takde pape lah..oh ya saudari ni nama apa ya?"Shakir buat-buat tanya.

"Nama saya?"

 "Iya."

 "Tekalah."Idriana cuba berseloroh.

 "Klu?"Pinta Shakir.

 "I depan.tekalah."

 "Iman?"

 "Ehem.Taklah.Idriana."Ujar Idriana sambil tersenyum.

 "Bukan Irdiana?"

 Idriana ketawa halus.Kelakar melihat reaksi lelaki ini.

 "Nama awak?"Soal Idriana pula.

 "Shakir."

 "Okey selamat berkenalan."






Semenjak hari itu.Perkenalan antara mereka makin rapat.Dimana ada Idriana ..Disitu ada  Shakir. Mereka seperti belangkas.Kata shakir,mereka berdua adalah kawan baik.Persahabatan ini membawa kebahagisan kepada syakir.Cuma dia tidak dapat meluahkan perasaannnya lagi.Mungkin dirasakan terlalu awal.


"Boleh saya tanya satu soalan?"

 "Tanyalah shakir."Ucap Idriana perlahan.Kakinya diluruskan .Dia cukup bahagia kenal dengan shakir.Sepanjang perkenalan mereka.Shakir cukup memahami.Tidak pernah menyakiti hatinya.

 "Kenapa awak menangis hari itu."

 "kekasih saya curang."Raut wajah Idriana berubah.Kenangan lama diputar kembali.Kekasihnya sanggup curang tanpa apa alasan yang kukuh.Bila difikirkan balik,kalau hendak curang.Curang juga.Alasan sudah tiada.

 "Maafkan saya."

 "Eh jangan mintak maaf.Awak bukan salah pun.Saya seronok bersahabat dari awak.Lebih dari tu pun takpe.Hehe."Gurau Idriana selamba.

"Awak tahu tak.Dalam hati saya ni ada kotak."

 "Kotak?haha..Lawaklah awak ni."

"Yela kotak hati."Ujar Shakir serius.Kalau gadis ini ingin membuka kotak hatinya.Seribu kali dia menerima.

 "Meh saya bukakan ..Nak tengok.Ikhlas tak awak kawan dengan saya."

 "Awak bukaklah.Saya tak kisah."

 "Betul?"Bibir naif Idriana meluahkan perkataan.Dia tidak memikirkan apa-apa.

 "Awak sanggup ambil hati saya dan cintakan saya?"

 "Hah ?"

"Saya lamar awak ni?"

 "Apa?"Buntang matanya memandang Shakir.Tidak disangka.

 "Terima?"

 "Saya..saya...saya tak tahu.."

 "Takpe saya tunggu awak."

 Shakir bangun lalu meninggalkan Idriana.Idriana terjeda sebentar.Tidak tahu apa yang patut dia lakukan.Teruja?atau takut dikecewakan lagi.


nota:harap anda suka..maaf andai kata cerpen ini tak best..seperti biasa..saya tidak janjikan untuk update setiap masa..