Jumaat, 27 April 2012

kurnia 20






Suasana riuh rendah di ruang tamu kedengaran di lubang telinga.Gelak ketawa menghiasai dan usik-mengusik antara satu sama lain membuatkan situasi makin menarik.Dibilik utama,rumah kampung.Seorang gadis sedang mengesat peluh yang mengalir.



"Hei,hairan betullah dengan kau ni Amal.Punyalah pasang dua kipas sekaligus.Kau masih panas?Tak faham betul mak uda."Bebel Mak uda pada masa yang sama ditacapkan bedak pada muka Nur Amalina.

"Eeee,rimaslah bedak ni Mak uda."Rungut Nur Amalina.Dia menepis tangan Mak uda.

"Ish budak ni.Nak kena lepuk dengan aku ke hah?Orang lain tunang nampak cantik.Kau tunang nampak biul.Buatnya bakal mak mertua kau lari dulu macam mana?Hah cuba kau jawab dengan aku."

"Ala senang je.Amal nak jawab.Bakal mak mertua Amal dah meninggal.Yang ada cuma bapak mertua.Hah senang kan Amal menjawab soalan Mak Uda tu."Nur Amalina berloyar buruk sambil ketawa jahat.

"Buruk bebenor kau ketawa Amal."
"Nephew mak uda jugak."Balas Nur Amalina.Debaran yang ada beransur hilang sedikit demi sedikit.Tak sia-sia Nur Amalina buat lawak dengan Mak Uda.


"Nepu?Apa tu?"Soal mak uda.
"Nephew la mak uda.Ejanya macam ni...N.E.P.H.EW.maksudnya anak saudara dalam bahasa Melayu."


"Hermm.Bahasa omputih,manalah mak uda nak tahu."Balas mak uda sambil membedakkan muka Nur Amalina.





"Hah begitulah cerita."Ujar Pak Lang selaku wakil keluarga Miqael.Selesai sudah,acara pantun memantun.Acara bercakap mengenai harga hantaran. "Apa lagi.Masuk dalam boleh sarung cincin."





"Amal.Duduk bersimpuh elok-elok.Sekejap lagi  Mak alang nak sarung cincin.Muka tu maniskan sikit,jangan masam sangat.Belum apa-apa lagi.Dah kena reject awal-awal."Tegur Ibu.

Dalam hati Nur Amalina merungut.Leceh betul.Tapi dia tetap akur dengan teguran ibunya.Bibirnya cuba mengukir senyuman manis dan bukan senyuman palsu.Debaran datang lagi.Aku nak jadi tunang orang dah..Dup..dap..Dup..dap...




"Cantiknya Nur Amalina.Patutlah El berkenan."Jari tua memegang dagu Nur Amalina.Nur Amalina melemparkan senyuman dan mata saling bertatapan.
Jari runcing Nur Amalina disarungkan cincin emas.Cantik apabila bertakhta di jarinya.Senyuman terukir lagi dibibirnya apabila melihat cincin pertunangan.



Hatinya sudah dimiliki Miqael.Ya,sekarang dia akui separuh hati telah dimiliki tapi sebelah lagi belum.


Selasai menyarungkan cincin tunang,Mak alang memakaikan rantai tangan.Nur Amalina terkejut.Aik banyak betul yang nak dipakaikan.Gelang kaki ada tak?Anting-anting?Direnung tangannya dengan pandangan pelik..



Nur Amalina memuji.Cantik.Terasa dirinya amat bertuah.
"Rantai tangan ni.El yang beria-ria nak beli.Katanya untuk tunang yang dia cintai."Ujar Mak Alang.Jarinya mengengam jari Nur Amalina.
Patutlah,anak saudaranya menyukai Nur Amalina.Dari pandangan kasar,Nur Amalina seorang yang baik dan sopan.Hati tuanya menyukai Nur Amalina.Entah kenapa,baru lima minit mengenali tunang anak saudaranya bagaikan mengenali sudah lama.Mak Alang tersenyum.



Nur Amalina melangkah berhati-hati.Takut tersungkur dikhalayak ramai.Walaupun hanya sekadar bertunang namun disebelah pihak Miqael ramai yang datang.Bersemangat agaknya.Darah gemuruh kembali lagi.




Dilihat Dato'Adam sedang berbual dengan babah.Sesekali,dilihat bergelak ketawa.Terpancar kebahagian di wajah babah dan Dato' Adam.



"Amal.Kenapa tercongok dekat sini?Salam dengan papa Miqael tu."Tegur Ibu.




"Ibu.Amal nervousla."


"Tu kan bakal bapak mertua Amal.Kat bawah tu.Ada Miqael.Hah pergi jumpa dia."Ujar ibu.


Miqael?Buat apa pulak dia datang.Tak tahu malu ke?Eh,asal pulak.Tapi nak jumpa dia yang aku malas.

"Cantiknya bakal menantu papa ni."Puji papa.Nur Amalina tersenyum malu.Dato' Adam memujinya.



"Ayu sangat ke aku ni?Ada tak ala-ala scha?"Bisik hati Nur Amalina.



Miqael yang melangkah masuk rumah,mengenyitkan mata pada Nur Amalina.

"Tunang El memang cantik."Sampuk Miqael.Pipi Nur Amalina kemerahan,tersipu malu dengan pujian.Matanya sempat melilau mencari bayangan Haziq namun hampa.




"Haziq mana?"Soal Nur Amalina separuh berbisik.


"Saya tak tahu."

Sampai hati Haziq.Hari pertunangan sahabat sendiri,dia tidak datang malah sms juga tidak.Ada masalah ke dia?





"Jom snap gambar."Ajak Miqael.

klik...klikk...

Penat betul senyum ni.Miqael tersenyum riang.Akhirnya,dia dapat miliki Nur Amalina.Lagi beberapa bulan,dia akan dapat memiliki Nur Amalina.Gadis yang telah mencuri hatinya.Terima kasih papa.





"Yuhuuuuuuuu...Kawan aku dah bertunanglah.Tak lama lagi dapat lah aku makan nasi minyak..Dah terbau-bau ni."Kedengaran Suara Haziq dari jauh.Tersengih-sengih melihat pasangan sejoli.

Nur Amalina tersenyum malu.Miqael pula tersenyum bangga.

"Ai..baru sekarang nampak muka kau?Aku ingatkan dahhh..."
"Stoppp....Jahat betul kau El."Balas Haziq.Miqael dan Haziq saling bersalaman dan berpelukan.Dibibir mengucapkan ucapan tahniah.Akhirnya,Miqael dapat miliki Nur Amalina.Akan berkahwin pulak tu.

"Aku ingatkan kau tak datang."Tegur Nur Amalina.


"Kawan baik aku akan bertunang.Mestilah aku datang.Cuma lambat je.Boleh pulak aku tersesat tadi."Rungut Haziq.Perjalanan yang memenatkan dan dia terlupa dengan arah jalan ke kampung Nur Amalina.Tersesat sekejap.

"Sesat?"Soal Nur Amalina musykil.Sejak bila Haziq boleh sesat,bukankah baru beberapa bulan dia ada datang ke kampung.


"Yela."

"Kau mesti laparkan.Pergilah makan."Ajak Nur Amalina.Kasihan mendengar cerita sahabat baik yang sanggup bersusah payah datang ke kampung.Haziq menepuk-nepuk perutnya beberapa kali.Laparlah.Pagi tadi tak sempat makan.Terus bertolak.



"Laparlah.Aku turun dululah ye.Nak isi perut.Kang aku lapar,aku telan korang berdua."Gurau Haziq.


Miqael dan Nur Amalina ketawa dengan gurauan Haziq.Hilang sedih dengan kehadiran Haziq.Terharu dengan kesungguhan Haziq yang hadir.



"Jap lagi.Snap gambar ngan aku sekali."Ujar Haziq.Kakinya melangkah keluar.
Miqael mengenyitkan mata.Sebuah ciuman terbang dihadiahkan buat tunang tersayang dan dibalas tunjuk penumbuk oleh Nur Amalina..



Moga Nur Amalina akan jatuh hati sepenuhnya pada Miqael.






Nota sebentar.Assamualaikum..pembaca-pembaca novel zatul..maaf eh saya post lambat.Sebenarnya edisi edit Kurnia dan mini hampir siap tapi disebabkan microsoft zatul buat hal.Separuh sudah hilang dan zatul terpaksa perah otak untuk menulis lagi..Harap pembaca suka yang zatul tulis..

Rabu, 18 April 2012

Untuk dia.



Aku mengeluh entah keberapa kali.Kelibat si jantung hati tidak kelihatan.Mungkin sedang berdating dengan  boyfriend   kot.Hah,tekanan..tekanan..Kenapa aku terlewat mengenali dia?Oh no.Malangnya nasib aku.Aku memandang ke kiri dan kanan,tetap tidak ada.Rindunya.
           
             .“Kau tunggu dia?”Ujar  Hairy.

“Aku rasa putus harap aje la..Kau  tu Kerja  eksekutif  pemasaran.Boy dia tu pengarah syarikat taw.”Tambah Hairy lagi.Kawan tak guna betul.Bukan nak bagi aku semangat.Jatuhkan semangat aku ada la.Hampeh.
“Kau boleh bagi aku semangat tak?”Tanpa menunggu jawapan darinya.Aku terus bangan dan meninggalkan restoran mamak.Sakit hati.

            Hari ini,dia pakai baju kemeja dan maxi dress.Rambut separas bahu dibiarkan bebas.Wow.cantik tu tapi yang menyakitkan hati aku dia sedang berkepit dengan orang tu.Huh.Sakit mata.

“Hai.Mantap sangat awak buat pembentangan tadi.Saya suka la.”Puji si dia.Aku terkedu plus tergamam.Dia tegur aku.Dengan gaya selamba,aku mengangguk dan tersenyum.
“Terima kasih.Cik sofea.”Ujarku.Perasaan ni tak tahu nak cakap macam mana.Hanya Allah sahaja yang tahu.Orang yang aku suka,puji aku.Siapa tak berbangga oiii.

            Sabtu hari cuti,aku berjalan-jalan di mega mall.Aku ternampak susuk tubuh si dia.Mak aii,banyaknya berbelanja.Anak orang kaya katakan.Kiri,kanan pegang beg plastik.Betul  cakap Hairy.Aku memang tak sepadan dengan dia.Gaji aku dengan dia.Memang tak boleh tanding.Aku mengeluh lagi.Nampak gayanya tunggu aku jadi kaya.Baru aku pikat dia.Boleh tak?
Si kekasih hati bergelak ketawa dengan si dia.Cemburu menghantui tapi siapalah aku.Aku cuba melangkah ke arah  lain dan tiba-tiba terdengar suara.

“Raffi…Awak sorang je ke?Mana girl awak?”Ujar sofea.

Aku menoleh kebelakang dan tersenyum sumbing.Menutup perasaan gelisah.Lelaki disebelahnya,masam mencuka.Ahh,aku peduli apa.Janji dia tegur aku.

            Perkenalan  kami  hampir  3  bulan.Hubungan makin mesra tapi aku cuba menjauhinya.Yela,diakan  kekasih orang.Aku tak nak dituduh  dikatakan  perampas.
Entah hantu apa yang merasuk fikiran aku.Aku dengan mudahnya mengucap kata-kata itu.
“Awak dah curi hati saya.”Kataku lancar  tanpa niat.
“saya curi hati awak?apa nak dikisahkan...dalam masa 2 minggu lagi.Hati awak akan tumbuh balik lah.So halalkan lah ye.”Balas Sofea.

Kata-kata yang penuh selamba.Air digelas diminum tanpa endahkan aku yang ternganga.Dia tidak kisah.
“So bila you nak masuk minang I?”Tanya Sofea lagi.

Dahi aku sudah berpeluh,aku menyeluk poket seluar slack.Sapu tangan dikeluarkan lalu mengesat peluh.Sofea tergelak melihat keadaan aku.Malunya.

“Saya gurau je.Saya tak nak merampas kekasih orang.”Ujarku gugup.Gila?masuk meminang  kekasih orang.Ada juga yang makan penumbuk.

“Awak takut?”Dia menunggu jawapan dari aku.Aku pula memikirkan cara untuk mengeluarkan ayat yang bernas.

“Awak ada kekasih.Kaya tu tapi saya apa yang ada.Awak anak orang kaya tapi saya anak orang kampung.”Aku mengeluarkan hujah yang cukup rendah diri.Bagai langit dengan bumi.
Dia tersenyum memandang aku.

“Saya dah putus dengan mamat bongkak tu.Kaya tak menjamin kebahagiaan.Dia ingat,dia ada duit.Dia boleh beli segalanya.No way lah.Untuk pengetahuan you.Mama I orang kampung taw,dia kahwin dengan papa I sebab keihklasan.”

“Tapi saya tak boleh bagi awak kekayaan.”

“Awak ni.Tak perlu kayalah.Asalkan awak boleh beri saya makan.Awak tengok je saya macam ni tapi saya manusia biasa.”Ujarnya bersungguh-sungguh seperti mengharapkan aku.
Dia merenung wajahku dan aku merenung anak matanya.Cuba mencari keikhlasan hati dan ternyata terselah.

“Minggu depan.Saya masuk meminang awak.”Aku membuat keputusan.Bukan terburu-buru.Aku takut dia disambar orang lain.Raffi..Raffi…kau memang bertuah kan…
“Ok Raffi.”

Aku tidak pandai bermadah kata dengannya.Aku hanya meluahkan tanpa niat.Tak disangka kata-kata aku  telah mendapat  jawapan positif darinya.Bertuah tak aku?Inilah takdir aku.Benda yang aku tak pernah berharap,akhirnya tercapai.Untuk dia,aku akan bekerja keras kerana aku mahu memberi  segalanya kepada dia.

“Raffi.Kalau awak kaya sekalipun.Jangan sesekali abaikan keluarga.”Nasihatnya.

Aku mengangguk perlahan.Macam tahu aje,apa yang difikirkan oleh aku.
Cinta yang diduga.Aku dapat raih.


Nota:Cerpen ntah pape dari saya.Harap anda menyukai.Kalau ada yang terkurang.Saya mohon maaf dan yang paling penting..Jangan lupa komen..sebab komen anda kadangkala buat saya tersenyum..





Rabu, 11 April 2012

edisi edit kurnia

Nur Amalina duduk di kerusi meja solek di bilik sewa rumahnya.Dipandang wajahnya sedalam-dalam.Tiada apa-apa.
"Mungkin aku tak ramai kawan sebab aku kasar".Desis hatinya.
Dilurutkan rambutnya yang panjang separas pinggang.Lurus dan hitam pekat,cukup menawan.Dulu dia mahu memotong rambutnya ala-ala tomboi tetapi dihalang oleh ibu dan babah.Kata ibu kalau dipotong pendek makin  menjadi  perangai kasarnya.Dia sendiri tidak tahu kenapa perangainya jadi begini mungkin kerana terlalu berkawan dengan abang -abang sepupunya.Sebelah babahnya,dia seorang sahaja sepupu  perempuan yang lain semua lelaki manakala sebelah  ibunya sama.Hendak bergaul dengan sepupu perepuan  tiada gamaknya sepupu lelakilah yang dikawan.Panjat pokok,main bola sepak dan hobinya skateboard .Permainan  lasak  kampong  semuanya  dicuba.
Susah,ya sungguh susah.

"Arhh,kenapa aku termenung.Takkan sebab lelaki tu aku jadi bangang macam nih.Ini  diri aku".Ujarnya seorang diri.Disikat rambunya perlahan-lahan,sungguh menawan.
"Esok pergi kelas aku nak pakai baju kurung".Fikirnya.Sebenarnya ada pembentangan berkumpulan dan dialah yang kena bentangkan.

Dibelek-belek baju kurungnya di almari ,hakikatnya hanya ada empat pasang.
Merah,biru,kuning dan hijau muda.Agak-agak  yang  mana  satu akan  menghiasi tubuhnya.Pening  kepala memikirkannya.

"Arhhh,pakai warna biru je la..Lagi pun nak pergi ke kelas je".Diambil baju itu dan digaya ke badannya.Setelah berpuas hati,dia ambil keputusan   untuk memakai  baju  itu..
"Baik aku tidur dulu".
Nur Amalina menghempaskan badannya dikatil dan melelapkan matanya.Akhirnya dia terlena dibuai mimpi.

"Fuh,nasib baik kita lepaskan".Ujar Nur Amalina.Dia tersenyum dengan bangganya kerana pembentangannya memuaskan hati pensyarahnya.Walau bagaimanapun Nur Amalina tetap berterima kasih kepada rakan-rakan sekumpulannya  yang memberi  kerjasama yang baik tanpa menimbulkan sebarang masalah.
"Yup lepas,sebab kau yang bentangkan".Kata Hilmi yang  gayanya ala-ala K-pop.Sekali pandang mesti orang cakap dia seperti  lelaki korea.Gaya je lebih dia.
"Tak lah,nih kan usaha kita".Balas  Nur Amalina  merendah  diri.Bak kata pepatah,
“ikutlah resmi padi, makin berisi makin menunduk”.Ilmu  yang ada bukan untuk bermegah.Prinsip yang sering dipegang.

"Betul  apa yang Mi cakap tu Amal".Haziq memuji sambil tersengih.Nur Amalina menumbuk bahu  Haziq  perlahan.Malu dipuji,kerja ini bukanlah dia seorang sahaja yang buat.Hilmi dan Haziq  tulang belakang dalam melakukan tugas ini.
"Ada-ada je lah korang nih.K  lah aku ada kelas lain dulu.Cau lu.Assalamualaikum".
Nur Amalina berlalu pergi dengan senyuman yang manis.Terpukau  dua  jejaka  ini  melihat gadis  yang  selama  ini  kasar menghadiahkan senyuman yang cukup menawan.

"Cantikkan Amal pakai baju kurung".Puji Hilmi.Matanya masih menatap bayangan Nur Amalina.
"Dah-dah,jangan gatal lah".Haziq meninggikan suara dan menekan perkataan GATAL.

Nur Amalina menghempas  punggung secara  kasar.Tugasan selesai tanpa ada  masalah.Terselit bangga dalam dirinya

Kelas belum mula,Nur Amalina mengambil kesempatan untuk termenung.Rindu  pada babah,rindu   pada  ibu.Cuti  semesta  tidak datang menjelma.Cuti yang lepas,dia tidak pulang ke kampung kerana mencari duit lebihCuti semesta kali ini,ingin dihabiskan masa bersama keluarga tersayang.Rindunya pada  sawah  padi.Pondok kesayangannya.
“Rindu.”Bisik hatinya sayu.Kejayaan  hari  ini tidak akan dia lupakan  semuanya  kerana pengorbanan babah  dan   ibu.
Aazad memerhati  Nur  Amalina dari  jauh.Wajah  Nur Amalina  berlainan  hari  ini.Wajah  yang ceria bertukar muram.Dia bangkit dari kerusi lalu berpindah tempat duduk disebelah  Nur Amalina.Hatinya berdebar setiap kali melihat wajah itu tapi dia tahu dia tak layak buat  gadis ini.Dia seorang lelaki  nerd dan  perwatakan Nur Amalina kasar.Gadis  ini  impikan  lelaki  yang gagah.
“Awak.”Tegur Aazad.

Lima minit kemudian.Masih senyap.Tiada percakapan antara mereka.

“Awak.”Sekali Aazad menegur.Nur Amalina masih leka dengan dunia khayalannya.
2 minit berlalu.
“Awak.”
Tangannya melambai-lambai di hadapan muka Nur Amalina.Berharap agar Nur Amalina tersedar dari lamunannya.
Nur Amalina tersedar dari lamunan.Kepalanya menoleh ke kiri.Seorang mamat berkaca mata besar memandangnya.
Aik,budak nerd duduk sebelah aku.
Kenapa dengan awak?”Soal Aazad  prihatin.
“Nothing.”Ringkas jawapan yang diberikan.Mulutnya berat untuk bercakap hari  ini.
Fikirannya melayang ke kampong di Kedah.Antara Kuala Lumpur dan Kedah.Jauh berbeza.Di sini,manusia berlumba-lumba mencari kekayaan.Di sana,kehidupan sederhana.Matanya dipejamkan,cuba mencari kekuatan untuk  menghalang rindu yang bercambah.Dia harus tumpukan perhatian pada pelajaran.Rindu,rindu  juga tapi  pelajaran  jangan  diabaikan.

            “Amal.”Panggil Muizz agak lantang.Tidak dihiraukan  mata-mata yang melihat.
Pen ditangan Nur Amalina terjatuh dilantai.Hampir gugur jantungnya dengan panggilan tiba-tiba.Seorang manusia yang tak reti bahasa plus menyakitkan hati.Seorang abang sepupu yang menjengkelkan hatinya.Nur Amalina menunduk,mengutip pen yang jatuh.Tiada balasan suara darinya.Mukanya selamba,tiada riak marah.
Muizz mengaru-garu kepalanya.Nur Amalina tidak melenting.
“Abang Izz,tak usahlah garu kepala tak gatal tu.Amal tengok dah serupa beruk kena belacan.”Tutur Nur Amalina.Geli hatinya dengan gelagat  Muizz.Menyakitkan hati tapi lucu.
Peliklah tu tengok aku tak melenting macam selalu.Hari ini mood aku baik  taw.

Muizz terus menghentikan  tangannya.Untuk mengawal malu,tangannya membelai rambut perlahan-lahan.Niat untuk menganggu Nur Amalina terbantut.
“Ada apa?”Soal Nur Amalina,datang menyibuk.Satu hari tak jumpa dengan dia,memang tak sah hidup.
“Cuti semesta balik kampung?”Secara spontan keluar dari bibirnya.
“Cuti semesta lambat lagi kan.Amal rindu dengan babah dan ibu.
Pertanyaan  Muizz telah menghambat emosinya yang kian pulih.Wajah  babah  dan Ibu tergambar di matanya.
“Balik dengan abang Izz eh.”Ajak Muizz.Mereka satu  kampung  malah  rumah  hanya bersebelahan.
“Tengoklah dulu.”Balas Nur Amalina.
Hari ini hari apa ya?Amal pakai baju kurung.Ayu sungguh.

Sepasang mata melihat Nur Amalina berjalan  laju  ke arah  motor skuternya.
"Cantik juga Amal  pakai baju kurung".Desis hatinya memuji kecantikan Nur Amalina.
Miqael tersenyum sendiri.Bertuah hati memiliki hati gadis ini.

Ditoleh ke kanan.Pelik tiada orang,ke kiri dan belakang.
"Eh tak de orang,aku  je kuat  perasaan macam ade orang tengok aku".Monolog Nur Amalina.Tangannya mencapai kunci di beg galas,lalu menghidupkan  enjin  skuter.

Miqael  terbaring  lesu.Melepaskan  lelah  yang  ada.Penat.Selepas habis kelas,dia pergi ke litar.Dia bermain game  untuk melepaskan gian.Sukan  kegemarannya selain mendaki gunung.
Dia mencapai I-phone,di skrin menghiasai wajah Amal.Ditangkap curi.Cantik.
Beautiful nature.Lebih cantik dari gadis yang memakai make up tebal.Ditatap lagi wajah itu,gadis tomboy ini benar-benar susah.Bagaimana lagi mahu mendekati dia.

Dibelek-belek badannya,kanan ke ke kiri,kiri ke kanan dihadapan cermin.Tangannya diletakkan ke pinggang,lagaknya persis  model.
"Boleh tahan cantik gak aku ni.Hehehe".Ujar Nur Amalina.
Masuk bilik,terus pergi ke cermin.Entah apa mimpinya kali ini.Akhirnya,dia hanya termenung didepan cermin.
"Aish,apa termenung-menung nih.Buang tabiat apa aku nih".Ngomel Nur Amalina.
Dia menghenyak badannya di katil,dicapai telefon bimbit dan menekan punat.Niatnya untuk menghantar mesej kepada Haziq.

  weh  jom  main  skatebort  petang karang

Selepas menaip,barulah dia menekan butang  menghantar  kepada  Haziq.Beberapa saat sahaja,Haziq sudah  membalas  mesej.
"Cepat lah pulak mamat nih hantar mesej.Selalu lambat semacam je.Hah nih mesti tak  pergi usha awek".Ujar Nur Amalina dalam hati sambil tergelak.

 Assalamualaikum  cik  adik Amal.Apa mimpi kau  ajak aku.selalu  aku ajak kau.Tapi takpelah  alang-alang kau ajak aku.Aku on je,bukan senang kan Cik Amal nak pelawa aku kan..huhuhu...Petang nih  pukul berapa sayang?Tempat biasa ke?

Jari  jemari  Nur Amalina pantas menaip untuk membalas mesej Haziq.
"Panggil aku sayang eh,siap kau Ziq.Dasar kasanova betul,kawan sendiri pun boleh jadi".Rungutnya di dalam hati tetapi dibibirnya masih meniti senyuman.Mahu tergelak pun ada.

Waalaikummusalam...Encik kasanova,selalu macam siput bab 1 je bila balas mesej aku.huhu
Harini macam F1 pulak,tak pergi usha awek ke hari ni?Tempat biasalah  cik kasanova.

 Ok tempat biasa ye sayang..Abang tunggu tapi kul bape Cik Amal????
 Harini abang malas nak usha awek..Abang nak  usha sayang  yang jelita  je.Hahahah.

Pukul 4 la KASANOVA....Datang tepat pada WAKTUNYA OKE.Kalau kau lambat aku blah 
 lu sebab kau lambat macam siput.

Nur Amalina  membesarkan   huruf   waktunya  kerana  Haziq SERING datang lambat kalau berjanji dengannya.Kadang-kadang angin satu  badan Nur Amalina  menunggu  Haziq  yang tidak nampak  kelibatnya.Akhirnya,Nur Amalina balik kerana menunggu berjam-jam.Ada satu kali,hampir 2 jam Nur Amalina menunggu.

Oke Amal...Kali nih aku janji datang awal.Jangan marah oke nanti tak comel la.huhuhu.

Suka hati aku lah nak comel ke.Muka aku bukan muka kau.Huh.

Sudah 20 minit berlalu,Skateboard yang dipegang  Nur Amalina diletakkan  disisinya.Kelibat Haziq sejak  pukul 4  petang langsung  tak kelihatan.Ditenung  jam dan melihat sekeliling yang mencari bayangan  Haziq namun  hampa  tiada kelihatan.
"Bengong punya Ziq,janji  awal  tapi nak dekat setengah jam aku tunggu tak datang."Marah Nur Amalina.
Mukanya yang putih  bersih jelas kelihatan merah padam menahan amarah.
Sabar  sajelah  nampaknya.

"Hai cik adik tunggu sape tu,nak abang temankan?"Ujar seorang pemuda.
Nur Amalina yang menunduk terus memandang ke arah pemuda itu.Siapa pula ni,datang menyibuk sudahlah  3 orang lelaki.Entah-entah orang jahat,baik aku  blah dulu.Nur Amalina cepat-cepat mahu  berlalu pergi  tetapi  salah  seorang daripada pemuda menyemak tadi pantas memegang lengan Nur Amalina dengan kasar.
Muka Nur Amalina mula cemas dengan perbuatan  mamat  nakal,riak wajahnya cuba ditenangkan.Nanti  makin galak  pemuda ini mengusiknya.

"Eh bro boleh tak kau lepaskan tangan aku.Aku nih orang islam,tak suka pegang-pegang berdosa.Nanti masuk neraka.Aku  tak  nak".Nur Amalina cuba bermadah.
Ketiga-tiga pemuda ini hanya tersenyum sinis dan makin galak mengusik.
"Kita masuk neraka,sama-sama nak tak.Ala sekali sekala cik adik  layan  kita orang tak luaknya".Ucap Salah  seorang dari mereka  menyebabkan Nur Amalina naik angin dengan  kata-kata pemuda itu.
"Kepala otak kau.Kau tak belajar ke hah?Dasar bodoh,lepaskan aku  lah bodoh, aku siat korang baru tau".Kata Nur Amalina separuh  menjerit.Ketiga-tiga pemuda itu ketawa .Tanpa diberikan syarat,Nur Amalina menumbuk perut  lelaki yang memegang  lengannya.Pemuda yang berambut kerinting  itu mengerang kesakitan.Senak perut.

"Tak guna punya perempuan."Lelaki  itu cuba mencapai  tangan  Nur  Amalina tetapi  Nur  Amalina  pantas  menepis,kakinya diangkat  menyepak  alat sulit  lelaki  itu.Sekali lagi mengerang kesakitan.

Dua lagi lelaki bergelut dengan Nur Amalina.Dengan  segala ilmu yang pernah dipelajari dengan arwah atuknya,digunakan oleh Nur Amalina.Diberi penendang  maut kepada kedua-dua lelaki  ini  menyebabkan  kedua-dua lelaki itu jatuh tersungkur.Seterusnya,diberi penumbuk dimuka dan  sekali lagi penyepak diperut.Dua lelaki pengsan dan seorang dari mereka membuka langkah seribu.Takut akan diberi penendang sekali lagi.

"Huh,aku  ingatkan hebat sangat.Rupanya lembik".Jerkah Nur Amalina kepada dua lelaki yang  pengsan.Kalau dah  pengsan  mana dia  orang dengar Nur Amalina oii..
“Tu lah mak bapak hantar pergi sekolah.Tak nak belajar,tengok umur baru setahun jagung dah nak cari pasal dengan aku.”Bebel Nur Amalina,dia mencekak pinggang.Kakinya menguis-guis badan  lelaki  itu.

Haziq  tercengang situasi yang dialami oleh Nur Amalina.Dua orang lelaki pengsan,dibibirnya mengalir darah.Amal kena kacau.
"Weh-weh,dia orang kacau kau ke?Kenapa tak telefon aku.Biar aku bagi penendang maut kat  dia orang.Amal kau tak apa-apa?Kau ok tak Amal?"Soal Haziq cemas.
Nur Amalina memandang wajah Haziq yang cemas campur mengelabah.Keningnya dinaikkan apabila Haziq memandang.
Prihatin konon,gaya lebih tapi hampeh.Dia ingat aku  tunggul nak tunggu lama-lama.Boleh  jalan  da.Nasib baik aku ada seni pertahanan diri.Boleh jugak  aku belasah mamat setan  tu sampai lembik.

"Kau nak aku buat kau macam dua ekor setan nih ke?"Ujar Nur Amalina sinis.Direnung wajah Haziq  tajam .Hatinya masih sakit kerana kelewatan Haziq.Gara-gara Haziq lewat,dia diganggu dengan pemuda tidak berguna ini.
           
"Weh rileks ar.Jalan sesak tadi,kau okey tak?Nak aku  hantar  kau pergi  klinik  ke?"ujar Haziq.Haziq menyalahkan diri sendiri,dia lewat tepati janji lagi.Kalaulah gadis kesayangannya ini tiada ilmu ,dia  tidak tahu  apa  yang akan berlaku.Dirinya tidak akan dimaafkan  jika berlaku buruk terhadap Nur Amalina.
"kau  ada  nampak aku cedera ke?tak de kan.So jangan pura-pura prihatin kerana kelewatan kau tu."Nur Amalina mengeluarkan kata-kata sinis.Perasaan bersalah  menghimpit diri Haziq.
"Dah lah aku nak blah,tak de mood  nak main."Tanpa banyak soal,Nur Amalina melangkah pantas meninggalkan sisa-sisa kemarahan.

Haziq merenung bayangan Nur Amalina yang sudah tidak kelihatan.Hatinya dipagut resah,gadis ini sudah menyalahkannya.Apa yang harus aku  lakukan .Aku tak lewat mesti tak jadi begini.Haziq meninggalkan taman ini dengan seribu penyesalan.Haziq...Haziq..kalau rasa bersalah pergilah minta maaf dengan Nur Amalina dan  jangan  ulangi  lagi.Janji harus ditepati  dan sebenarnya  ada  tragedi  yang  berlaku  menyebabkan  Haziq  lewat bukan dia sengaja lambatkan masa.

"Bodoh punya orang.Tak ade kerja lain ke dari nak kacau anak dara orang.Huh.".Gumam Nur Amalina.
Nafasnya turun naik menandakan dia sedang  marah.Kakinya pantas berjalan meninggalkan Haziq dibelakang.
Apabila mengenangkan kelewatan Haziq sebentar tadi,ingin sahaja dia membelasah lelaki itu tetapi disabarkan hati.


BAB 9
Miqael  bersiul,siulannya mendendangkan  sebuah lagu.Beberapa hari,dia tidak mengintip gadis tomboy itu apatah  lagi  menyakat.Apabila mendengar luahan hati Haziq,dia bertekad untuk menyakat gadis itu secara lembut bukannya kasar.
Kafe  ini penuh dengan anak muda  berdating.Untung betul hidup dia orang.

"Sayang,bila you  balik sini.Kenapa I tak tah u pun".Ujar seorang gadis manja.Tangannya dipaut mesra dileher Miqael.Muka Miqael berubah dan bangun dari kerusi lalu pergi meninggalkan kafe ini.Tidak dipandang wajah itu kerana dia mengenali suara manja itu.Suara yang  telah  menjadikan hidup dia derita.Dia balik Malaysia?Hah,dasar perempuan  tak  tahu malu.

Miqael mundar-mandir dikamarnya sejak tadi.Otaknya ligat memikir.Perempuan itu,perempuan yang memaut lehernya secara tiba.Tidak diundang malah memanggilnya dengan panggilan sayang.Benci menguasai dirinya.Papa,dia teringatkan papa.Bagaimana kalau  papa mengetahui  tentang  perempuan  itu.Marahkah papa padanya atau  sebaliknya.

“Tuan muda,turun makan.Tuan  sudah nunguin di meja makan.”
“Ya bik,saya turun.”Balas Miqael.Kepulangan  perempuan itu harus dirahsiakan.Dia bimbang  jika hubungan yang baru pulih akan kacau bilau.Yang pertama,reaksi wajahnya.
Miqael memulas tombol  pintu bilik dan melangkah keluar.

"Amalllllllllllllllllllllllllllllllllllllll".Jerit Haziq dari belakang.Terkocoh-kocoh dia
mengejar Nur Amalina.Akan tetapi  Nur Amalina lebih pantas berlalu.Malas melayan  mamat sengal.Azam pada hari isnin.kuikui.
"Cepatnya minah nih jalan".
"Oit,tunggulah".Jeritnya lagi.Nur Amalina yang hanya mendengar panggilan sayup Haziq dibuat tidak endah.
Sesungguhnya hatinya sakit.

"Amal,aku mintak maaf pasal kelewatan  aku semalam.Kalau aku tak lambat mesti benda tu tak jadi kat kau..Aku mintak maaf sangat-sangat.Tolong maafkan aku pleaseeee."Ujar Haziq dengan penuh kesal.Wajahnya dikesiankan.Nampak real.
Ditenung wajah Nur Amalina yang sedang leka membaca nota.Nur Amalina sedikit  pun  tidak bersuara dan  memandang wajahnya.Mungkin masih marah agaknya.
"Amal".Panggil Haziq lembut.Hampa hati Haziq dengan keengganan Nur Amalina.Dia tahu salahnya tetapi janganlah menghukum begini.Kejam.

Semalam Haziq keluar awal.Cuma dalam perjalannya,Haziq ternampak satu kemalangan yang menimpa sebuah keluarga.Atas dasar prihatin,dia menolong orang itu dan selepas itu jalan  sesak.Bukan dia sengaja tetapi halangan yang menghalang dia.Kalau dia menerangkan segalanya,adakah Nur Amalina akan percaya.Hatinya ragu-ragu.
Apabila sampai ke taman  itu.Matanya nampak  Nur Amalina sedang bertarung dengan lelaki.Hatinya risau dan cepat ingin membantu namun Nur Amalina memang hebat dapat tewaskan lelaki jahat itu.Hatinya kagum.

"Amal,please."Sekali lagi Haziq menyebut nama Nur Amalina.Nur Amalina bangun dari tempat duduknya dan  berjalan meninggalkan Haziq.Haziq bengang dengan tindakan Nur Amalina.Pantas dia mengejar dan memaut lengan gadis itu dengan kasar.
"Kau nak apa hah?"Tengking Nur Amalina dengan agak kasar.Hatinya sekali lagi sakit dengan perlakuan Haziq yang seolah-olah tidak menghormati dirinya.
"Hah ada pun suara,aku ingat kau dah bisu tadi."Sindir Haziq.
"Kalau aku bisu ke.Aku bukan menyusahkan hidup kau lah bodoh".Ujar Nur Amalina dengan suara yang agak meninggi.Dengar sahaja jawapan Nur Amalina,Haziq melepaskan pautannya.Biarlah Nur Amalina marah padanya asalkan gadis jelita dihadapannya ini bersuara.Tidak mendengar suara ini pasti hatinya tidak keruan.Parah sungguh.

"Aku mintak maaf pasal semalam".Haziq memohon  maaf sekali lagi dengan suara penuh romantik. Meremang bulu roma Nur Amalina dengan suara kasanova Haziq.Eee,geli.
"Yela-yela aku maafkan.Nanti jangan buat lagi".Nur Amalina mengalah.Sebuah senyuman diukir buat sahabat baiknya menyebabkan Haziq tidak keruan.Haziq hanya selamba.
"0-0 oke".
"Ok Ziq".
"Aku tak nak gaduh dengan kau.Nanti boleh mati aku  tau tak Amal."
"Jangan nak mengadalah ,belanja aku  hari ni.Hihihi.".Nur Amalina menunjukkan muka comelnya untuk meminta simpati.
"Untuk kau jom".
"Thanks Ziq,kau memang kawan aku".
Merajuk Nur Amalina hanya sekadar satu hari.Tidak betah hidupnya jika mereka tidak bertengkar.Dia serasi dengan Haziq.Jiwa mereka serupa.

"Kau nak apa lagi perempuan?"Tengking Miqael lantang.Perempuan tinggi lampai ini hanya buat tidak endah dengan kemarahan Miqael.Suzana tidak kisah jika Miqael mengeluarkan kata-kata kesat yang penting dia akan melunturkan ego lelaki ini.
"I nak you lah".
"Kau gila ke?dulu kau juga yang tinggalkan aku.Sekarang entah apa-apa".Suara Miqael masih lagi meninggi.Berang pula Miqael melihat wajah suzana yang tenang dan tidak kisah dengan kata-kata yang menyakitkan hati.
"Itu kisah dulu Miqael masa kita kat Sepanyol.Itu bukan I nak tapi permintaan keluarga I.Sekarang mum I dah menyesal dengan kelakuan dia dulu".
"Mak you?Pasal mak you.Ayah I bencikan I.Mak I meninggal sebab fitnah Mak you.You tak tau".Lantang suara Miqael sehingga membingitkan telinga Suzana.
"Miqael".Penuh kelembutan suara Suzana menerjah ditelinga Miqael.
"Kau blah,aku tak nak tengok muka kau lagi".Suara Miqael mula mengendur dan matanya beralih pada keindahan tasik dihadapannya ini.Cukup serabut fikirannya kini.
"I tak akan pergi selagi you tak maafkan I."
"Lantak kau lah Su,malas aku  nak  layan perempuan bangang macam kau.Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku.Heh,kalau kau  mampuskan  senang tak ada aku nak tengok muka kau yang penuh dengan kotoran".Ayat pedih dikeluarkan olehnya,tersentap hati Suzana mendengarnya.Hampir menitis air matanya tetapi cepat-cepat diseka.

"Dah kau jangan nak buat drama.Aku paling benci tengok perempuan menanggis.Lembik sangat,baru aku kata sikit dah nak menanggis."
"Sampai hati you".
"Sampai hati kau kata?yang kau buat aku  macam aku tak ada perasaan tu apa".
Suasana tegang menyelubungi antara dua jiwa.Persengketaan yang ingin diselesaikan hanya mendera perasaannya sendiri kerana sebuah kemaafan dia akur.
Dalam diam dia menyalahkan ibunya yang menfitnah Miqael.Puan Suhana penyebab Miqael tidak tamat pengajian dan hampir dibuang universiti di Itali.Nasib baik harapan Miqael disini cerah.Hatinya dipagut bersalah.
"Sekali lagi I mintak maaf".Sayu  suaranya.Kaki Suzana melangkah ingin beredar dari tempat ini.Dia tidak diperlukan lagi.

Miqael merengus,sakit hatinya.Suzana beranidatang berjumpanya.Suzana melampau.Tangannya digengam kuat.

"Oit asal masam muka je bro??ade masalah eh?"Soal Haziq kepada Miqael.Dia memerhati wajah Miqael yang cemberut dan tidak berbicara apabila disoal.
"Kau nih kenapa weh?Kalau pergi kelas jangan masamkan muka.Nanti ilmu tak masuk,ce kau tengok cam aku nih.Senyum je sebab tu bijak".Ujar Haziq memuji diri sendiri dan tergelak.
"Kelas dah habiskan?so biarlah aku nak masam  muka ke."Jawab Miqael.Tercuit hatinya mendengar bebelan Haziq.
"Eh mana minah tomboy tu?"
"Sape tomboy?”
"Ala Amal lah weiii.”Ujar Miqael.Beberapa hari,Miqael tidak nampak wajah Nur Amalina.Rindu mula bertandang dalam hati.
"Kau jangan kata dia tomboy.Aku tak suka."Tegas Haziq menjawab,dia tidak suka orang lain memanggil Amal dengan perkataan tomboi.Nur Amalina bukan tomboi,dia hanya kasar luaran tetapi hatinya penuh kelembutan.
"Okey-okey.Sorry bro.Aku tak berniat nak cakap macam tu aku just rindu nak gaduh dengan dia je."
Berubah muka Haziq melihat senyuman yang terbit dari bibir Miqael.
"Aku cau lu lah weii.Ada kelas".Haziq menghabiskan minuman dan  terus bangun meninggalkan Miqael.
"Alasan".Gumam Miqael dalam hati.
Amal oh Amal,apa yang kau buat eh,mahu cari pasal.Aku tak  jumpa kau  lagi.Adush,rindu makin menebal.Dia tersenyum manis.Hilang  wajah  masamnya.

"Heloooo tomboiii".Ujar Anita dengan gaya gediknya.Nur Amalina mengangkat kepala untuk melihat gerangan  yang memanggil dirinya.
"Patutlah minah gedik".Gumamnya didalam hati.Tidak dilayan panggilan itu malah meneruskan bacaan pada nota-nota penting.Kalau dilayan minah ini gamaknya sampai pensyarah masuk dalam kelas tak perasaan.
Nur Amalina ingat lagi sewaktu dia bertekak dengan Anita,hampir sahaja dihalau dengan Puan Lee.
Eh,eh..tak nak,tak nak.Baik tak payah layan perempuan tak cukup sifat ni.Harap muka cantik tapi perangai tak cantik.

"Weh,tomboi.Kau ade nampak tak Haziq?Aku cari dia tadi tak jumpa lah".Ujar Anita sekali lagi.Kali ini dia melabuhkan punggungnya di kerusi.Kainnya yang pendek diperbetulkan.Dengan gaya gediknya Anita menyoal sekali Nur Amalina.
"Weh Tomboy..Aku tanya nih jawablah,kau kan kawan baik Haziq".Anita mula bengang dengan kebisuan Nur Amalina.Dirampas nota kecil ditangan Nur Amalina.Nur Amalina mula berangin dengan tindakan kurang sopan Anita.Dia merampas kasar  nota itu dan bersuara.
"Minah gedik tambah minah perasan,kau panggil sapa hah?Tomboy bukan nama aku lah bodoh bangang.Rengkali panggil nama aku dengan betul.Ada paham".Sergah Nur Amalina.Rakan-rakan di bilik kuliah hanya berbisik-bisik melihat situasi tegang antara mereka.
"Korang pehal berbisik hah.Buat lah kerja sendiri".Nur Amalina meninggikan suara menyebabkan yang lain cepat-cepat melakukan kerja masing-masing.Anita terkejut dengan jerkahan  Nur Amalina,dia terus beredar dari situ dan duduk bersama seangkatannya.
"Huh dasar tomboy".Marah Anita.
"Ala kau nih macam tak tahu dengan perangai tomboy tu."
"Aah betul tu cakap si Min nih.Nita".Ujar Zana.Anita menyilangkan  kakinya.Tangannya digengam kemas.Cuba untuk menahan amarah yang bertamu dikalbu.Jika Anita mencari gaduh dengan Nur Amalina sudah tentu dia sendiri akan sakit hati kerana Haziq akan membela Nur Amalina.
"Apa ,tak payah layan lah  minah tomboy  tuh".Ujar Zana lembut.Pen dijarinya diketuk-ketuk di atas meja.
"Ok larh".Anita mula mengalah.

Perut  Nur Amalina sudah  berkeroncong  kerana dia tidak makan dari pagi tadi.Puas dia menilik satu persatu makanan dikafe Universiti  tetapi tiada satu yang membuka seleranya.Hendak balik ke rumah hanya ada masa 1 jam sahaja untuk hadir ke kelas seterusnya.Keputusannya untuk makan di kafe universiti sahaja.Akhirnya,Nur Amalina duduk dikerusi dengan wajah hampa dan dia hanya pesan  mee goreng.Itu yang difikir olehnya.Dia tiada selera sebenarnya hari ini.Pelayan di kafe meletakkan air milo di meja dan sepinggan mee goreng yang dipesan oleh Nur Amalina.

"Terima kasih".Ucap Nur Amalina dengan senyuman.Pelayan  it u membalas senyuman dan mengangguk serta berlalu pergi.Makanan dihadapannya ditenung setajam-tajamnya,entah apa yang difikirkan.Dia betul-betul tiada selera walaupun  perutnya minta diisi secepat mungkin.

"Hai cik adik.Tenung je makanan tu".Tegur satu suara.Lantas dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Nur Amalina..Tangannya menongkat dagu dan memandang Nur Amalina penuh asyik.Nur Amalina tidak peduli dengan pandangan mata itu malah menyuapkan makanan dimulutnya dengan penuh tertib persis sang puteri.
"wow tertibnya makan".Ujar suara serak-serak basah itu.

Nur Amalina hanya menjeling dan meneruskan suapannya.Kali ini dia kunyah cepat agar makanan itu boleh ditelan.
"Aik tadi makan tertib,sekarang gelojoh.Tak baik tau makan gelojoh nanti tercekik".Sekali lagi lelaki itu bersuara dan sengaja memanaskan suasana.
"ada jugak orang yang makan tangan ".Gumam Nur Amalina didalam  .Nur Amalina mengambil air jus apple dihadapannya lalu disuakan straw ke mulutnya.Matanya masih memandang makanan dengan tangan  kirinya mengetuk meja dengan sengaja.

"Aik asal ketuk meja?Marah eh?KK,abang dah  tak renung  Amal lagi k".Ujar suara itu dengan senyuman terukir dibibir.Sebenarnya dia sengaja mencari masalah dengan Nur Amalina tetapi kini hatinya pula panas membara apabila Nur Amalina tidak melayan dengan kata-katanya sedangkan  sebelum ini gadis dihadapan  inilah yang akan berdebat dengannya tidak kira dimana.
Nur Amalina tidak  ada hati untuk bertengkar dengan Miqael pada hari ini,selalunya dialah  juara bertengkar tapi hari ini emmm...Mikael berdehem  kuat seolah-olah  sakit tekak,dia sudah bosan dengan  Nur Amalina yang tidak mahu melayannya..
Ditarik minuman  Nur Amalina lalu disuakan kedalam mulutnya,diminum sampai habis air itu.Nur Amalina membeliakkan biji matanya seakan t idak percaya  tindakan berani mati Miqael.Mulutnya tertutup rapat,dan tangan kanannya mendarat dipipi kiri Miqael.Tindakan spotan,tentu sakit.Aduss..

Miqael  tidak  menyangka  tindakan  Nur Amalina seberani ini.Tergamam dibuatnya,ahh tapi dia tidak boleh marah.Dia sendiri yang cari pasal,sudah terang lagi bersuluh Nur Amalina tiada mood.Miqael hanya tersenyum dengan kelakuan Nur Amalina dan dengan selambanya dia mengusap pipi kirinya yang mungkin berbekas dengan  kesan tamparan Nur Amalina.
"Erkkk,sorry".ujar Nur Amalina gagap.Sejak bila Nur Amalina pandai minta maaf pada lelaki mereng ini.
"Eh,awak minta maaf?"Soal Miqael sinis.Telinganya didekatkan pada muka Nur Amalina sehingga Nur Amalina merengus geram.Telinga Mikael ditariknya lalu dipulas.Puas hatinya,sudah meminta maaf  kini mengada-ngada.Padan muka kau.

"Aduhhh".Miqael mengaduh sakit,sudahlah sebentar tadi ditampar sekarang dipulas telinga.Dia betul-betul cari nahas kali ini.Ahh layan.
"Saya cakap mintak maaf.awak paham tak!!!."Bentak  Nur Amalina,tangannya masih tidak melepaskan telinga Miqael.Merah t elinga Miqael  tetapi Nur Amalina tidak ambil peduli.Setelah berpuas hati,dia melepaskan telinga Miqael.Nur Amalina bertepuk tangan  riang tanda kemenangannya.Terselah perangai keanak-anakan.
"Eleh puas hatilah tu.Nasib baik aku suka kau.Kalau tidak memang tak lama dah.huh."Ngomel Miqael didalam hati.
"Yes,puas hati aku.Huh."Ujar Nur Amalina dengan riak.Tergambar perasaan gembiranya.
"Huh,puas hati kau kan".Kedengaran suara merajuk Miqael.Mukanya sengaja cemberut untuk menunjukkan dia bengang.Nur Amalina gelak,tangannya menampar bahu Miqael dengan kuat.Sekali lagi,Miqael mengaduh.
"Bye".Ujar Nur Amalina dan berlalu pergi.Seronok hatinya apabila dapat mengenakan Miqael,Miqael sendiri tidak marah dengan tindakan ganasnya atau lebih tepat tindakan spontan.
Pertama kali,dia tiadak merasa sakit hati dengan mamat perasaan hensem.

Nur Amalina tersenyum  puas dengan tindakan spontannya sebentar tadi.Miqael tidak membalas tetapi hanya tersenyum.Peliklah dia tu,kalau orang lain tak pasal-pasal sudah kena tapi dia tidak.Dalam diam Nur Amalina memuji  Miqael.Rambutnya yang panjang mengurai,dilurutkan dengan jari  runcingnya  perlahan-lahan.Direbahkan badannya ditilam empuk.
"Fuh empuk betul tilam nih".Ujar Nur Amalina,jarinya bermain-main dengan rambut panjang.Digolek badannya ke kiri dan ke kanan..
"Fuh,macam filem industan ler".Tak sangka Nur Amalina yang brutal,boleh menonton filem industan.
"Bosan larh duk kat rumah sewa nih.Tu la orang lain duduk dengan membe tapi aku dengan berlagaknya duduk sorang-sorang.Ahh,lantaklah".Bebel Nur Amalina,dicapai telefon bimbit di meja yang berbentuk hati.
"Aku ambil telefon nih nak buat apa?"Soal Nur Amalina sendiri.Kini,dia sudah duduk dikatil empuknya sambil memegang earphone lalu diletakkan ditelinga.
"Kalau layan  lagu  k-pop ok gak".

"Aish siapa pula telefon aku  malam-malam nih".Ngomel Nur Amalina.Ditekan butang hijau di telefon bimbitnya menandakan dia menerima panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil.
"Assalamualaikum,siapa ni dan ada apa ya telefon malam-malam nih?"Ucap Nur Amalina ramah.
"Waalaikumussalam wahai tuan puteri.Adakah saudari tidak melihat nama pemanggil tadi".Balas si pemanggil dengan sinis.Nur Amalina meniarap dan menongkat dagunya.Dia sudah agak suara pemanggil.
"sebab itulah saya tanya".
"Kura-kura naik perahu.Buat tak tahu pula".Ujar Haziq riang.
"Hahaha.suka aku lah Ziq".Balas Nur Amalina ketawa galak.Badannya dipusingkan untuk berbaring dengan betul.
"Pehal  tepon aku  malam-malam nih".
"Aku rindu kau lah yunk..hihihi".Ujar Haziq nakal,sengaja mahu mengusik sahabat baiknya.
"Gedik lah kau nih  Ziq.Nyampah aku".Balas Nur Amalina dengan suara agak gedik.Akhirnya,meletus ketawa mereka.
"Kau buat apa tu Amal?"
"Aku tengah angau dengan  mamat hensem".Ujar Nur Amalina tersenyum simpul.Hujung rambutnya dipintal-pintalkan.
"Sa..sape?"Haziq tergagap menyoal,peluh didahinya mengalir dengan tiba-tiba.Dalam hatinya berdebar-debar.Miqael ke?

 Nur Amalina hanya ketawa apabila terdengar suara Haziq yang resah.
"Asal kau gelak?"
"Saja,suka dengar suara kau yang  ntah pape.Kau cemburu ya?"Nur Amalina meneka dengan tepat.
Haziq terasa seperti  kena  tikam tetapi disabarkan  hati agar tidak nampak terlalu gelojoh.
"Kalau aku suka kau  macam mana?"Ucap Haziq berterus-terang.Nur Amalina yang mendengar ketawa dan terus ketawa dengan pengakuan berani Haziq.
"Kau takkan jatuh cinta dengan aku dan aku takkan jatuh cinta".Ujar Nur Amalina angkuh.Memang benar,Nur Amalina tak akan sesekali jatuh cinta kerana baginya cinta akan membuatkan seseorang lemah.Itu prinsip hidupnya.
"Kalau kau jatuh cinta bagaimana?"
"Huh,tak akan sesekali dan aku tak nak".Ujar Nur Amalina dengan tegas.Dengar sahaja perkataan "Jatuh Cinta" secara drastiknya dia duduk tegak.Tak suka betul perkataan tu.
Nur Amalina dan Haziq berborak panjang sehingga pukul 12 tengah malam.