Ahad, 8 April 2012

edisi edit kurnia

BAB 5
          "Aduh,sakit kaki aku Amal".Rengek Haziq,suaranya sengaja dimanjakan.
"Kau nih pehal?"
"Sakit ar jatuh semalam".
"Oooo".Tanpa perasaan simpati Nur Amalina bersuara.
"Sampai hati".Luah Haziq.
"Yang kau nak tunjuk hebat sangat semalam depan aku pesal.Padan muka kau".Nur Amalina ketawa besar.
"Huh".
"Ala,anak manja nih.Sikit-sikit merajuk.Nak makan penampar ke?"Ugut Nur Amalina,tangannya sudah diangkat.Haziq pula memohon ampun.
"Yang kau gi langgar skateboard aku pehal,tu lah nak main-main sangat padan muka".
"Mana aku tahu,aku tak sengajalah yang oii".Ujar Haziq.

"Petang nanti nak ikut aku tak?"
"Nak pergi mana Ziq?"
"Pergi kahwin.hahaha".Ujar Haziq selamba.Kepala Haziq diluku oleh Nur Amalina.
"Aduh".
"Padan muka ,main-mainkan  aku  sangat kan.hahaha."Giliran Nur Amalina ketawakan Haziq.
"Kau nih kan".
"Yela,sorry.Kau nak ajak aku pergi mana?"
"Pergi,rumah aku.Ada kenduri sikit.Lagi pun mak aku lama tak jumpa kau.Rindu katanya."Ujar Haziq.
"Erm,tengoklah dulu."
"Ala kau nih,datang je lah.Mak aku rindu kan kau lah".
"Ok petang nih aku datang".Ujar Nur Amalina ringkas.
"Pakai baju kurung".
"Aku tahu lah.kau ingat aku bodoh sangat ke?"Balas Nur Amalina,suaranya ditinggikan.Sakit hatinya apabila mendengar arahan Haziq tadi.Dia ingat Nur Amalina budak -budak nak bagi arahan sebegitu.
Haziq hanya ketawa mendengar amarah Nur Amalina.Sebenarnya,dia sengaja mahu menyakitkan hati gadis itu.Nur Amalina hanya buat tidak endah dan tangannya laju menulis nota,satu persatu perkara dicatat agar tidak lupa.Mukanya berkerut mengingatkan apa yang diajar oleh pensyarahnya  tadi.Apabila lupa,diberhentikan sekejap.Haziq hanya memandang gelagat Nur Amalina.Kalau ditegur sudah tentu makan penendang oleh sahabatnya itu.Rajin sunggut Amal ni,patutlah selalu dapat anugerah dekan.Aku yang kawan dia pun  kadang-kadang terkantoi.

"Kau asal pandang aku gitu hah?"Jerkah Nur Amalina,pen ditangannya diletakkan ditepi buku.Notanya ditutup dan diselit dengan penanda.Nampak comel pula buku nota itu.
Haziq senyum,itulah tabiatnya apabila dijerkah oleh Nur Amalina.Hanya sengih dan sengih.
Nur Amalina menunjukkan buku limanya.
"Ok-ok".ujar Haziq.Dia mengaku kalah.
"Petang nih aku ambik kau kat rumah sewa kau ok".
"Tak payahlah,aku boleh pergi rumah kau dengan skuter kesayangan aku tu".Balas  Nur Amalina.
"Ala kau nih,aku lah ambik kau errr.Bolehlah".Pujuk Haziq.
"Yela".
"Macam nih kawan aku".Ucap Haziq senang,matanya dikenyitkan ke arah Nur Amalina dan dia melepaskan senyuman menggoda.
"Dengan membe baik pun boleh jadi".
"Ala mana tahu nanti kau jadi isteri aku.Bahagia aku weiii".Tangannya diletakkan didada tanda dia akan bahagia.Muka Nur Amalina merah mendengar bicara rakannya itu.Muka tak tahu malu betul.Apalah nasib dapat kawan gatal macam ni.

"Amalina,lama  tak jumpa."Ujar Datin Sharifah iaitu ibu kepada Haziq.Dipeluk Nur Amalina dengan penuh kasih sayang bagai tidak berjumpa tahun lamanya.Nur Amalina sesak nafas dipeluk sebegitu kerana terlalu kuat tetapi dibiarkan sahaja untuk menjaga hati orang tua itu.Baik sungguh Nur Amalina.
"Ibu sudahlah tu,boleh pengsan Amal kalau ibu peluk macam tu".Tegur Haziq.Petang ni,dia hanya berpakaian baju Melayu berwarna coklat senada dengan baju kurung Nur Amalina.Macam berjanji pula.
Datin Sharifah yang perasan baju mereka sama hanya tersenyum manis.
“Ada apa-apa ke dia orang nih”.Datin Sharifah meneka didalam hati.
"Ibu yang sengih semacam ni kenapa?"Soal Haziq pelik.
"Kau orang nih berjanji ke?Ada apa-apa ke?". Datin Sharifah mula menyoal.Hatinya juga berharap agar satu hari nanti Nur Amalina dapat menjadi menantunya.Dia sayangkan Nur Amalina seperti anaknya sendiri.
Nur Amalina yang baru perasan baju mereka sama, berubah wajah.Malu pun ada untuk berhadapan dengan ibu Haziq.Terselah warna merah dipipinya.Nampak comel sangat.
"Aah,ibu.Kami berjanji".Jawab Haziq spontan.Nur Amalina membeliakkan biji matanya.Haziq tersenyum lagi dan lagi.Hatinya bersemi.

Miqael perasan gadis tomboy itu  datang ke majlis Datin Sharifah tapi apa hendak dihairankan.Gadis itukan kawan baik Haziq,dia sendiri tidak pasti.Entah-entah itu rakan yang istimewa untuk Haziq.Haziq kalau bicara tentang gadis itu pasti tersenyum lebar, perubahan diwajah Haziq ceria mendadak.
Gadis itu memakai baju kurung berwarna coklat senada dengan baju Haziq.Mungkin berjanji agaknya.Fikirnya.Diperhati gelagat gadis itu,sungguh ayu malam ini.Tidak kasar seperti sebelumnya.Seperti perempuan Melayu terakhir.Akhirnya dia senyum sendiri.Perkara utama adalah menyiasat tentang gadis ini dan Haziq.Hatinya tertarik.

"Oit bro,pandang apa tu".Sergah Haziq.
"Tengok taman,cantik".Balas Miqael,cuba menutup malunya.Kalau Haziq perasaan,apa pula telahannya.
"Idea mak aku tu atau kau tengok Amal?"Haziq meneka,ada nada cemburu disitu.
"Erm mungkin kot."Balas Mikael selamba.Sebenarnya saja mahu bergurau dengan temannya itu yang jauh lebih muda 2 tahun darinya.
"Ooo."
"Cemburu?"
"Tak lah,dia kan membe aku.Tapi kan,cantik kan dia.Pakai baju kurung pastu rambut dilepaskan.Memang ayulah".Puji Haziq tanpa sedar,tidak berkelip memandang Nur Amalina yang sedang berborak dengan ibunya.
"Cantiknya dia".Luah Haziq lagi.Miqael hanya senyum melihat gelagat Haziq.Sah memang tak betul kawannya seorang ini.

Nur Amalina terasa dirinya diperhatikan lalu menoleh ke arah Haziq.Sepasang matanya terlihat Haziq dan Mikael.Kedua-dua lelaki itu memerhatinya tajam.
"Apa yang tak kena dengan aku nih.Lain macam je dorang pandang aku".Fikir Nur Amalina.
"Amalina,kenapa nih?Tak sihat ke?kalau tak sihat,jom masuk rumah.Kita rehat k sayang".Soal Datin Sharifah penuh prihatin.Nur Amalina terasa dirinya berada dikampung bersama ibunya.Datin selalu mengambil berat mengenainya.Sesungguhnya,Datin Sharifah tidak pernah memandang darjat dan harta seseorang.Sebab itulah,dia rapat dengan keluarga ini.Keluarga yang ceria dan merendah diri.
Nur Amalina tersenyum manja,kini sudah tiada perwatakannya yang kasar.Waktu beginilah yang membuatkan Mikael tertarik dengannya.

"Ibu,Amal ok".Ucap Nur Amalina.Semenjak dulu lagi,dia memanggil Datin Sharifah ibu kerana wanita itu menginginkan.Teringat kembali ketika dia malu untuk memanggil panggilan ibu,Datin Sharifah merajuk .Dalam keterpaksaan dia akur.Kelakar juga ada bila imbas kembali apa yang terjadi.
"Betul sayang?"
"Betul Ibu".Ujar Nur Amalina lembut.Dipeluk lengan wanita itu manja.Datin Sharifah mengusap tangan Nur Amalina dengan penuh kasih sayang.Tertumpah kasihnya kepada gadis ini.
"Amalina tengok tu?"Tunjuk Datin Sharifah ke arah Mikael dan Haziq.Nur Amalina menoleh.
"Kenapa Ibu?"Tanya Nur Amalina.
"Dia orang asyik tengok Amalina je.Ada apa-apa lah tu".Ujar Datin Sharifah yang menjuihkan bibirnya kearah anaknya.Nur Amalina memandang sekilas dan menghadap kembali Datin Sharifah.
"Alah,biar lah dia orang ya bu".
“Amalina cantik sangat.Tu dia orang tengok Nur Amalina macam nak telan”.Datin Sharifah memuji.Nur Amalina tersipu malu.

Cantiknya dia.Kalah wanita diluar sana.Rambut panjang mengurai dilepaskan dan baju kurung di tubuhnya menambahkan lagi keayuan.Ingin mendekati,rasa tidak sesuai waktu ini.Hatinya memaksa.Nur Amalina,cantik nama itu secantik orangnya.Hatinya berdebar kencang.

“Awak cantik sangat.”Bisik Miqael ditelinga Nur Amalina,hembusan nafas Mikael dapat dirasa. Membulat matanya.Siapa yang berani mendekati dirinya yang  hampir 1 inci.Cari fasal betul.Pinggan pakai buang diletakkan diatas meja makan,tidak jadi untuk makan.Sebelum makan,baik selesai masalah dengan mamat gatal ni.

Ditolak tubuh Miqael dengan kuat,kudrat perempuan tidak sekuat kudrat lelaki.Hanya sedikit tubuhnya menjauh.Matanya tajam memandang wajah Miqael.Dasar suka ambil kesempatan.Miqael tersenyum menggoda.Tahu akan salah dirinya dan sebenarnya dia ingin menggoda gadis tomboy ini.Jiwanya tergugat.Gadis ini menolak.Wow,lain daripada yang lain.
I like..Hatinya berbisik nakal untuk mengusik gadis ini.Rambut panjang mengurai gadis tomboy ini dibelai.Cantik.

            Nur Amalina mendengus.Lelaki ini betul-betul kurang ajar dengannya.Jari Miqael yang membelai rambutnya,ditepis kuat.Hatinya panas membara.Wajahnya merah padam,cuba disabarkan agar tidak bertindak luar dugaan.Rosak majlis orang.
“Hei,kau ingat kau kaya.Kau boleh buat sesuka hati kau?Hoi,jangan kau ingat aku sama macam betina luar sana.Senang hati diusik”.Ujar Nur Amalina dalam nada marah tetapi suaranya agak perlahan.Bimbang  suasana menjadi kecoh.

            Miqael tersenyum lagi,gadis ini memang bukan calang-calang orangnya.Perwatakan dia yang ditunjukkan sebentar tadi telah menarik hatinya untuk mendekati gadis tomboy ini.
Sasarannya telah jauh,dia telah menaikkan darah gadis ini.
Nur Amalina bengang dengan tindakan Miqael.Tiada perasaan bersalah malah masih tersenyum.
Lelaki ini tak guna.

“Sekali lagi kau buat lebih dari tu.Makan penampar aku bagi.”
Dadanya turun naik menahan marah.Lelaki ini melampau.Tidak hormat akan dirinya.Jangan diingat dia mempunyai rupa paras yang kacak dan kekayaan yang dimiliki membolehkan dia melayan perempuan seperti sampah.Kau silap,aku bukan perempuan murah yang boleh kau pegang.Walaupun aku macam ni tapi aku ada pendirian.

            Miqael,jiwanya ditenangkan agar tidak nampak gugup.Minta maaf?tidak.Muktamad.Dia ingin mengusik gadis ini selalu.Bukan mudah untuk mendekati gadis ini.Seminggu dia berada disini,dia tidak pernah nampak gadis tomboy ini bersama rakan-rakan lain kecuali Haziq.
Kera sumbang.

            “Ala sikit je.Bukan saya cium awak pun.”Miqael membuka percakapan.Sengaja menyakitkan hati gadis ini.
“Hei.Kau ingat aku apa ha?”
“Perempuan la.Awak cantik sangat.Boleh saya cium awak?”Balas Miqael mengoda.Mulut manis betul.
“Kau.Kau kan.”Jarinya ditunjukkan ke arah muka Miqael.Matanya dikecilkan.Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah lelaki dihadapannya.
“Rude”.
“No”.

Nur Amalina menoleh ke kiri dan ke kanan.Tempat yang diduduki ini tersorok dari orang ramai. Tiada yang perasaan dia dan lelaki ini disini.Air di cawan pakai buang ditenung.Haus dan lapar sudah hilang.Tiada selera untuk menikmati.Sakit hatinya.Tangannya mencapai cawan lalu air di dalam cawan dicurahkan pada baju Miqael.Puas hati.Baru sikit,tunggu nanti.
Miqael tergamam dengan tindakan berani gadis tomboy ini.Dia sudah tunjuk belang.Tiada lagi keayuan.

Haziq tercari-cari kelibat Nur Amalina.Maghrib sudah menghampiri waktu.Dia perlu menghantar gadis ini.Tugasnya mengambil Nur Amalina dan menghantar. Itu amanah,anak dara orang tu.
“Asal aku tengok dia orang macam gaduh je.”Ngomel Haziq.
Badannya tersorok sikit di belakang pokok besar.Pelik melihat gelagat Nur Amalina dan Miqael.
“Eh dia orang bertengkar”.
Apa yang dilihat adalah Nur Amalina mencurahkan air pada baju Miqael.Apa dah jadi sebenarnya?Bingung bila memikirkan.Nur Amalina?dia tengah marah.Jelas di raut wajahnya.
Dia tidak dapat dengar bicara Nur Amalina.Miqael bungkam tanpa kata.

“Apa nih?”Miqael mula berkata.
Aku yang cari fasal.Aku yang Tanya kenapa.Memang tak betul.
“Kau tanya kenapa?”Jerkah Nur Amalina.Kesabarannya hilang.
“Yela.kenapa?”Mukanya dibuat blur.
“Haish kau ni.”
Belum pernah lagi orang buat gila dengannya.Selalunya kalau ditengking sudah tentu blah.Dia ni?menyakitkan hati tau tak.
“Awak.kalau marah jangan simbah air kat baju saya.Tengok habis kotor.Kan dah susah.”Ujar Miqael dalam nada manja.Tak marah pun kena simbah air.Suka lagi adalah.Baju yang basah dibiarkan tanpa mengelap.Hai,mandi air manis hari ini.
Haziq mengintai adegan mereka.Seorang tengah marah dan seorang lagi rileks.Tertonggeng-tonggeng punggungnya menghendap mereka.Dah macam penyiasat.
Telinganya cuba mendengar hakikatnya sepatah haram tidak dengar.Dia mengeluh,terlepas peluang mendengar Nur Amalina mengamuk.Dalam hati tuhan saja yang tahu.Miqael,Miqael dengan membe baik aku kau jadi.Kau ingat senang kau nak dapat.Alangkah aku orang pertama yang disingkirkan.Tak boleh jadi,nak masuk waktu maghrib.
Haziq terus melangkah ke tempat mereka.Niatnya untuk meleraikan pergaduhan.Bimbang ada peristiwa tumbuk menumbuk,dia kenal sangat dengan perangai Nur Amalina yang panas baran.Sepatah kata tidak dilafazkan pada mereka.Cuma memberi bahasa badan untuk menghantar Nur Amalina pulang ke rumah sewa.Nur Amalina tidak banyak soal,dia terus angkat kaki pergi dari situ.Sekurang-kurangnya,dia dapat tenangkan hati yang panas membara.
BAB 6
"Pa makan pa".Jemput Miqael.Dicedokkan nasi kedalam pinggan papanya tapi sebaliknya berlaku.Papanya mencedok sendiri nasi dan pinggan yang disediakan oleh Miqael ditolak tepi.
Miqael bungkam tapi hatinya tahan agar tidak meluahkan perkataan kasar kepada papanya.
"Pa nak lauk nih?El boleh ambikkan."Ujar Miqael yang menunjukkan lauk kegemaran papanya iaitu asam pedas.
Papanya hanya senyap,diambil lauk itu sendiri.Sekali lagi Miqael terasa hati dengan kelakuan papanya itu.
"Sabar je lah".Bisik Miqael didalam hatinya.Miqael duduk dan menjamu selera dalam keterpaksaan.Hakikatnya,hatinya sebaliknya.
           
            “How to study?”Soal Dato’Adam.
Miqael tersenyum lebar,mendengar bicara papanya itu.Akhirnya,papanya membuka mulut untuk bercakap.Hari pertama dia pulang ke Malaysia,papanya masih bercakap dan hari-hari yang seterusnya Dato’ Adam menutup mulut.Ditanya pelbagai soalan,Dato’ Adam diam.Sebagai anak,dia sedar kesilapan diri.

“Alhamdullilah okey pa”.Balas Miqael dengan senyuman senang.Makanan di atas meja makin menambahkan seleranya.Hatinya senang.
“Terima kasih Ya Allah.”Dia memanjat kesyukuran kepada pencipta.
Dato’ Adam tersenyum didalam hati,anak lelaki tunggalnya bersungguh-sungguh.Dia juga mengucap syukur.Kisah yang terjadi dahulu telah merubah hidup anaknya.Hatinya masih keras untuk menegur anaknya.Hatinya masih terluka.

“Kaulah harapan aku,adik kau belajar jauh kat sana tu.Kau anak sulung.Tanggungjawab kau besar.”
“El tahu pa”.Nada suara bergetar menahan rasa.
“Jangan ulang kesilapan lalu.” Dato’ Adam berkata tanpa perasaan.
“El tahu pa,maafkan El.”
“Sudah la.Yang penting kau jangan ulangi lagi.Makan malam mereka sepi.

"Amal,kau cantiklah malam tadi".Puji haziq didalam kelas.Dipandang muka Nur Amalina ralit,cuba dibezakan muka yang semalam dan hari ini.Wajah semalam cukup ayu tapi kini perwatakannya ala-ala tomboi.Direnung lagi pakaian Nur Amalina.Hanya berseluar jeans dan memakai T-shirt merah berlengan panjang,dipandang pula kasut.Tak macam perempuan lain,berkasut All star.Cukup ringkas tapi amat menarik dipandangan matanya.Nur Amalina..Nur Amalina...

"Hoi,asal kau  pandang  macam  nak telan  aku  hah?"Sergah Nur Amalina.Gerun pula melihat pandangan Haziq melihatnya dengan pandangan yang tidak boleh ditafsirkan.Nur Amalina pandang Haziq atas bawah,atas bawah.
"Kau tengok macam tu?nak kena tumbuk ke?"
"Ala kau nih Amal rileks ar,makin marah makin cantik."Ujar Haziq bersungguh-sungguh.
Nur Amalina ketawa dengan lantang,satu kelas mendengar suaranya tapi dibuat tak endah.
"Dengan aku pun kau boleh jadi.Eh buaya,aku tak makan lah kau punya pujian".Ucap Nur Amalina penuh yakin.Haziq berpura-pura merajuk mendengar  bicara kawannya.Mungkin Haziq terasa hati mendengar perkataan "BUAYA" yang dilafazkan Nur Amalina sebentar tadi.

"Eh Haziq,asal kau termenung eh tadi masa puan Nurul mengajar.Nanti mula la tanya aku tak paham la apa la."Bebel Nur Amalina.
Haziq tidak menghiraukan kata malah menonong jalannya.Nur Amalina tercengang melihat tingkah laku sahabatnya.
"Merajuk ke mamat ni".
Dia rasa hendak ketawa berguling-guling,buaya tembaga kuat merajuk.

Aazad menghampiri Nur Amalina yang sedang berteleku dengan buku.Tidak dihiraukan dengan orang sekeliling.Aazad  budak  nerd universiti,satu-satunya lelaki yang Nur Amalina baik dari segi percakapan  dan tingkah laku.
“Hai Amalina”.Sapa Aazad.
Nur Amalina menjatuhkan buku dari matanya,matanya beralih pada budak nerd.
Aazad tersenyum menampakkan gigi besi,cermin mata besar diperbetulkan.
“Ya ada apa Zat?”Balas Nur Amalina,dia turut membalas senyuman Aazad.
Aazad mengelabah,senyuman itu membuatkan dia tersipu malu.
“Errrr,tak ada apa-apa Amalina.Aazad nampak Amalina kat sini.Aazad tegur la”.Ujar Aazad.Mukanya malu-malu kucing.Aik,siapa yang tegur siapa dulu.Aazad dah macam perempuan.

            Mukanya tunduk,tidak berani menatap mata Nur Amalina yang cantik itu.Hatinya berdegup kencang.
“Errr,errrr.”
“Kenapa gagap?Setahu Amal,Aazad bukan gagap kan.”Sungguh lembut bicara Nur Amalina.
Percaya atau tidak,Nur Amalina menjadi penyelamat semasa dia dibuli dengan budak nakal.
“Super woman” Aazad.
Badannya digerak ke kiri dan ke kanan,malu untuk bercakap sebenarnya.Mengalahkan perempuan Melayu terakhir.

Muizz menepuk bahu  Aazad dengan kuat.Membuli Aazad adalah hobinya tapi sayang Nur Amalina selalu menjadi penyelamat.Muizz abang sepupu Nur Amalina,mereka tidak rapat kerana perangai Muizz yang agak nakal.
“Macam sotong”.Perli Muizz.Disebelahnya bersama Mira,rakan sekelas Nur Amalina merangkap teman wanita Muizz.
Aazad menunjukkan wajah takut.Terkial-kial disitu.

“Biarlah dia sotong,bukan macam kau biawak.Ntah apa-apa”.
“Biawak pun abang sepupu Amal juga”.Muizz tidak mahu mengalah turut membalas ujaran Nur Amalina.Adik sepupunya seorang ini kalau marah memang cun habis.Tak padan dengan perempuan.Garang betul.Di Universiti Swasta ini,Nur Amalina terkenal dengan gelaran
“Singa betina.”Pantang diusik pasti mengaum.

“Aazad,dah lah tak payah awak nak layan biawak tak sedar diri ni.Jom kita pergi tempat lain.”
Nur Amalina dan Aazad meninggalkan mereka terkulat-kulat disitu.
“Aazad,dah lah tak  payah  awak  nak  layan biawak  tak s edar diri  ni.”Ejek Muizz.
Aazad dilayan baik.Haziq dan dia tidak dilayan begitu .Cemburu  tiba-tiba menjengah.
“Sudah lah  tu  B,suka  sangat  sakat  dia  orang  tu”.
“Hairan B dengan Amal tu baby.Dengan Aazad  dilayan  baik betul.Kat kampong tu,abang sepupu yang  lain dilayan baik.B selalu kena jerkah dengan Amal.”Muizz mengadu.Tidak puas hati dengan sikap Nur Amalina yang pilih kasih.Cubalah bagi sama rata layanan baru adil.
Mira tidak sedikit pun cemburu mendengar keluhan Muizz,apa nak dihairankan.Perangai nakal sangat.Nakal-nakal pun baik juga.Teringat kisah dahulu sewaktu dia hampir kena raba dengan senior.Muizz lah heronya.Dari situ bermula bibit-bibit cinta antara mereka.
Muizz tersenyum manja.Beruntung  mendapat  teman  wanita  yang  sentiasa  memujuknya walaupun kadang-kadang dia terlalu nakal.Nakal sahaja bukan jahat taw.Jangan salah faham eh.

"Kau Ziq asal monyok je?Mati bini ke?"Perli Miqael.Kini Haziq berada dibilik Miqael,moodnya sudah hilang untuk lepak bersama Nur Amalina.Masih terasa hati lagi dengan kata-katanya.
Haziq tidak membalas kata-kata Miqael,hanya senyap dan senyap.Miqael hairan melihat perangai Haziq.
"Kau ade masalah ke bro?nak kongsi dengan aku tak?"Ujar Miqael.Dilabuhkan punggungnya disebelah Haziq yang berbaring.Dihulur air yang baru dibuat sebentar tadi kepada Haziq.Haziq menyambutnya dengan tidak terdaya seperti mayat hidup yang tiada perasaan.

"Kau rasa aku  ni buaya ke?"Tanya Haziq dengan lesu.
Miqael tersenyum.Yang itu masalahnya.
"Buaya?Kau bukan manusia ke?"Ujar Miqael dengan sengih memanjang.
"Kau nih kan,aku cakap betul-betul la,janganlah main-main."Haziq meradang mendengar jawapan tak serius.Meletus ketawa Miqael ditelinga Haziq.
"Buaya tak de la sangat,kalau player ya kut".
"Bukan sama ke?"Ujar Haziq dengan lurus.Sekali lagi dijadi bahan ketawa Miqael.
"Memang pun."Balas Miqael dengan bersahaja.Dihabiskan sisa-sisa air yang tinggal.
"Huh".
"Dengan aku pun nak merajuk macam perempuan.Tak lepak dengan kawab baik kau tu?"
"Aku tak de mood lah El,ada ke patut dia cakap aku buaya masa aku puji dia."
"Sape suruh puji dia.Perempuan macam dia tak suka dipuji."Ujar Miqael.
"Mana kau  tahu?"
"Dia  kan  tomboy".
"Woiii,agak  sikit  mulut kau eh.Dia Cuma  kasar  jew  la  bukan  tomboi,masih  ada  lagi  jiwa wanita".Ucap Haziq tegas.Tidak mahu lagi mendengar orang lain mengatakan Nur Amalina kesayangannya "Tomboy".Cukup anti.
"Tak sama ke?"
"Tak".Ujar Haziq dengan tegas lagi.

"Kau suka dia?"Soal Miqael.
"Kau rasa?"
"Menurut firasat aku,kau suka dia.Betul tak?"
"Aku balik dulu ar."Ujar Haziq.Malas dia menjawab persoalan itu.Hatinya tidak pasti.
Kalau diluah pasti digelak.Kalau tak diluah hatinya sakit.Mana satu agaknya?
"Saje nak lari larh tu dengan soalan aku".

“Kalau aku  tackle dia.Ok tak”.Miqael cuba memancing perhatian Haziq.
“Nak tackle,tackle aje la.Dia kan kawan aku,bukan awek aku.Bukan taste aku kot.Kau suka dia?sejak bila?Eh dia bukan taste kau la.Kau kan suka perempuan seksi yang lemah lembut.Dia tu kasar  taw.Tak sesuai langsung.”
Haziq  member i  ujaran  panjang berjela,badannya berdiri tegak dipermukaan pintu bilik.
Tackle Amal,oh no tapi ermm demi kawan.Ok lah tu.

“Jeles?”Soal Miqael.Keningnya diangkat menunggu jawapan dari jirannya ini.
“Tak kuasa”.Tangannya dilembutkan.
“Ok,kau tunggu.Jangan menyesal di kemudian hari.Dia aku cop dulu.”Miqael memberi amaran.Peluang keemasan.
Haziq  mencekak  pinggang  merenung  Miqael.
“Kau tak akan dapat dia lah.Dia tu susah.”
Miqael tersenyum.Yang susah dapat,nilainya berharga.
“Wait and see.”
“Jangan angkuh sangat.”
“Ada aku cakap aku angkuh?tak ada kan..so kau tengok je.Bakal  isteri  aku  tu”.
Sinis percakapan  Miqael.Hatinya  tertaut  pada  Nur Amalina.Cinta boleh datang pada bila-bila masa.Tanpa dipinta tanpa dicari.Cinta itu kurnia.
“Aku  cau  dulu  tapi  kau  jangan  buat  tak  senonoh .Kalau  aku  tahu ,aku  pancung  kau..”
Ucap  Haziq  tegas.
Miqael mengangkat tangannya separa telinga menunjukkan  bahawa dia berjanji.Dia kenyitkan  mata.Mulutnya menyebut  terima kasih.Akan dihargai sahabatnya ini.

             Satu   hari  Miqael  mencari  bayangan  gadis tomboy atau  lebih dikenali sebagai Amal.
Dia tak masuk kelas hari ni ke?
Matanya  masih  melilau  mencari  gadis tomboy  dan dia terpandang  sesuatu.Zappp,jantungnya berlari  laju.Gadis tomboy itu bergelak ketawa dengan budak  nerd  dibawah  pokok.Mesra betul.
Siap dengan  bahasa badan  yang  melawakkan lagi.Oh no.
Ala budak nerd.Bukan  saingan aku.

            Dia mula mengintai lagi,kini badannya berada  dibelakang pokok bunga besar.Cukup untuk  melindungi  badan  yang  sasa.Matanya dikecilkan untuk melihat lagi jelas.
Budak  nerd  bagi  bunga dan  Nur  Amalina  menyambut dengan  senang  hati.Hei,mana sesuai.Minah  gagah  dan  lelaki  lembik.
Budak tomboy ini sesuai dengan  aku  sahaja.Nak tau  kenapa?Tengoklah badan aku ni,sasa.Lelaki  sejati.
Sempat lagi dia memegang  lengan dan bahu.Gagah,gagah.Kepalanya terangguk-angguk.
Cuping telinganya terdengar  Nur Amalina ketawa.Si budak nerd sedang membuat lawak.
Ingat tempat sarkas.Huh.Kacau  jiwa.Hatinya membebel.






`                                                                       BAB 7
            Miqael berdiri tegak di hadapan sebuah kedai yang menjual peralatan.Misi utamanya adalah membeli teropong.Semuanya kerana si gadis tomboy.Senang nak skodeng.
Miqael berpuas hati apa yang dimiliki.Teropong yang ada ditangan dibelek-belek.Puas hati.Selepas ini,Miqael boleh mengintip Nur Amalina dari jauh.Amal oh Amal.Perkara ini harus disembunyikan dari Haziq.Idea gila betul.Aazad,dia harus singkirkan lelaki itu dari hidup Nur Amalina.Hampir setiap hari dia melihat Nur Amalina dengan budak nerd.Jika dulu dengan Haziq yang selalu dilihatnya dan sekarang budak nerd.Dia terlupa menyiasat budak nerd dari Haziq.
Teropong yang baru dibeli disimpan dalam beg sandang.Tidak pernah lagi dia membuat kerja gila.Pertama kali dalam hidupnya memikat wanita dengan cara tak masuk akal.Pintu kereta dibuka.Ditekan pedal minyak lalu memecut laju.Nissan skyline hadiah dari papa sempena keputusan  yang  cemerlang.
Nur Amalina resah  kerana sejak akhir-akhir  ini  dirinya terasa diperhatikan.Hatinya tidak senang .Tak mungkin orang jahat tapi bila difikirkan kembali boleh jadi juga.Selepas ini,dia akan lebih berhati-hati.
Sasaran di depan  mata.Idea nakal telah menjelma.
"Kau lagi".Ujar Nur Amalina kasar setelah  sedar bahunya dirempuh kuat oleh seseorang.
"Maaf,saya tak sengaja".Mohon Miqael.Harus ditenang wajahnya,kalau tidak jatuh maruahnya didepan gadis ini.
"Rengkali mata pandang depan".Ujar Nur Amalina kasar.Waktu Nur Amalina mahu berlalu pergi,terasa tangannya dicengkam  kuat.Lantas berpaling kebelakang,terkejutnya dia apabila yang memegang  tangannya adalah MIQAEL.Mamat perasan hensem.
"Kau nih pehal?"Soal Nur Amalina bersahaja,langsung  tiada  riak  takut.Tangannya meronta minta dilepaskan.
"Kenapa kalau kau jumpa aku,mesti kasar.Tak boleh cakapa baik-baik?"Soal Miqael kepada Nur Amalina.Riak wajahnya tenang.Nur Amalina mendengus kasar.Tangannya meronta minta dilepaskan  tetapi makin kuat cengkaman  Miqael  padanya.Muka Miqael didekatkan ke wajah Nur Amalina,terlampau  hampir.Mungkin satu inci lagi akan bersentuhan.Wow.

"Kau boleh lepaskan aku  tak".Ujar Nur Amalina dalam debar.
"Kalau aku tak nak lepaskan tangan kau.Agak-agak   kau  nak buat apa".Balas Miqael.Keningnya diangkat,Nur Amalina bengang.
"Kita bukan muhrim lah bodoh".Tengking Nur Amalina.
Makin kuat cengkaman itu sehingga Nur Amalina mengaduh .
"Sakitlah".
"Cakap baik boleh tak".
"Hish".Nur Amalina merungut.Mukanya kini dimasamkan.
"Kenapa kau  kasar sangat,tak boleh lembut ke dengan aku."Bisik Miqael ke telinga Nur Amalina.
Direnung Nur Amalina tajam.

"El....Ak.....".Panggil Haziq.Tergaman  melihat  adegan itu.Berpegangan tangan,mukanya sangat hampir.Oh apa yang jadi  nih.Fikir Haziq.
Tangan Nur Amalina dilepaskan  apabila terpandang haziq,wajahnya biasa-biasa seperti tiada apa yang berlaku.
"Korang buat apa nih?"Soal Haziq keadaan bingung.
Nur Amalina mengosok tangannya yang sakit.Tanpa kata,terus ditinggalkan 2 orang lelaki itu.
"Bengong".Luah  Nur Amalina  dalam  keadaan  bengang.Haziq makin pelik.
"Kenapa El?"
"Takde pape".Balas Miqael.Haziq bungkam,kini dia ditinggalkan.Keseorangan disitu.
"Apa dah jadi".Soalan  terbit dimindanya.Pening....


Miqael tersengih sumbing,idea nakalnya menjadi.Lucu melihat muka Nur Amalina.Dalam  takut ada berani.Dalam  berani  ada takut.Hihi,lawak,lawak.
“kerang busuk senyum.”
“Kau pernah  tengok  kerang  busuk senym?”Sergah Miqael.
Ayat tak boleh blah.Menjawab satu  keperluan dalam  hidupnya.
“Pernah”.
“Bila?”
“Yang ada depan aku.Live pulak tuh.Kau ada?”
“Kawan kau juga.”Tanpa perasaan  marah  turut dibalas ujaran itu.Otaknya masih berkhayal pada si gadis tomboy.
“orang angau.”
“Jangan jadi  bangau  sudah.”Balas Miqael.

Tanpa sedar  terbit rasa bersalah dalam diri Haziq.Wajahnya keruh.Cinta yang ada dalam  hati terpaksa disimpan .
“Kau suka dia?”Soal Miqael.Jelas sekali wajah rakannya keruh.Adakah kerana dia bakal memiliki gadis tomboy itu.
“Siapa?”
“Amal”.Wajah  Miqael  serius  menanti  jawapan  dari  Haziq.Dia bukan seorang yang suka merampas hak orang lain.
“Tak adalah.Aku anggap dia kawan baik aku.Susah senang bersama.Hope kalau kau dapat dia.Kau jaga dia baik-baik.Lagi satu,tolong jangan kasar sangat dengan dia macam tadi.Kau tengok dia macam tu tapi sebenarnya dia tu lembut orangnya.”Ujar  Haziq.Biarlah dia tidak memiliki gadis itu,sekurang-kurangnya dia tahu lelaki yang bakal memiliki gadis itu.Susahnya jika jatuh cinta pada sahabat baik.Bila berterus terang,kelu lidah.Persahabatan ini akan kekal selamanya.Tiada perhubungan cinta.

Miqael terseyum.Kata-kata Haziq  seperti  ada  sesuatu  yang  tak  kena.Seperti orang berputus asa dalam  hidup.Terlintas di benak mindanya,Haziq jatuh cinta pada gadis tomboy itu.Murah hati lelaki ini,sanggup  melepaskan  kurniaan  yang  berharga di dalam  hatinya.

“Kau  jangan sia-siakan dia.Dia gadis baik,aku tak pernah lagi jumpa gadis sebaik dia.Tak pernah    kesempatan  diatas  kebaikkan  orang  lain.”
Matanya sesekali merenung Miqael.Meminta  kepastian  yang  ikhlas  darinya.
“Tolong  jangan sakitkan hati dia.Aku tak sanggup melihat dia menangis.”
Miqael terharu mendengar bicara Haziq.Suasana yang nakal telah bertukar menjadi suasana jiwang.Miqael  mendengar  luahan  hati  Haziq.Seorang buaya telah berkorban  hatinya.Dalam hatinya,kagum melihat Haziq.

            “Terus terang aku  katakan.Aku suka dia,dia banyak tolong aku tapi aku kena simpan perasaan apa yang aku alami.Aku tak nak dia jauh pada aku  kerana aku  lafazkan  cinta pada dia.Aku nak dia jadi sahabat aku selamanya walaupun aku  tak dapat miliki cinta dia.Aku tak nak putus sahabat.”Luah Haziq.Entahlah kenapa tiba-tiba dia emosi hari ini.Mungkin sebab luahan hati  Miqael  atau luahan dia sendiri.Sesungguhnya,dia takut dengan perasaan  luar biasa yang datang.
“Kau belum  cuba Haziq.”
Miqael terkelu  mendengar  luahan rasa  Haziq.Dia tidak tegar merampas hak orang lain tapi hatinya juga seperti Haziq.Cinta yang lahir dari hati tanpa dipinta.
“Aku kenal dia El.Aku yakin dia bukanlah untuk aku.Aku  tak  kisah kau  kata  aku  lembik atau  lelaki  penakut.Sebab hanya aku sendiri yang tahu.Bukan orang lain.
Sekali lagi,Miqael terkedu.Seorang   lelaki  yang  suka bertukar  teman wanita  sedang  bermadah kata dengannya.

Haziq  pantas  menyeka  air  mata  ditubir  matanya.Malu jika Miqael melihat.Jatuh maruahnya.Hatinya tidak pernah sedih sebegini.Nur Amalina telah memberi  kesan  dalam hidupnya.
“Tak  tahu  kenapa aku ter emo hari ni”.
Miqael  tersenyum lagi.Dia faham dengan  perasaan itu.Dia juga pernah merasai.Cinta yang indah telah bertukar menjadi cinta yang sadis.Semuanya kerana tamak seorang manusia.Malah dia hilang orang yang tersayang.
“Cinta haziq.kadang-kadang dia bagi kita kebahagian.Kadang-kadang dia beri kita derita.”Miqael member hujah.Lahir dari rahsia hatinya.Tiga tahun dia menutup pintu hati dan  apabila dia ingin berubah.Seseorang mengetuk pintu hatinya.
“Amal pernah cakap.Cinta tu berharga.Cinta tu suci.Sebagai manusia kita kena jaga”.
Haziq teringat kembali perbualan antara dia dan Nur Amalina.Dia sedang berbahas tentang cinta.


"Amal,apa yang El buat dekat kau?"Soal Haziq di tempat lepak mereka.Berpura-pura bertanya sedangkan dia sudah hati.
Nur Amalina tidak menjawab hanya muncung dan  masam  mukanya.Tidak diendahkan pertanyaan Haziq.Kakinya disilangkan, tanggannya memegang Skateboard kesayangan.Hari ini untuk meluncur bersama skateboardnya tiada mood  gara-gara  lelaki  tadi.Sebal  memikirkannya.Haziq duduk disebelah Nur Amalina,tangannya turut memegang skateboard.
"Aku tanya jawab la".Pujuk Haziq lembut.Direnung perlahan wajah sahabatnya.
"Cantik".Desis hatinya.
"Tangan aku sakit".Ujar Nur Amalina,ditunjukkan pergelangan yang merah akibat cengkaman Mikael yang  terlalu  kuat.Rasa ingin menangis waima kelakuannya kasar namun hatinya cepat lembut.
"Mikael buat eh?"Teka Haziq.
Amalina mengangguk dan tunduk.Rambutnya mengalun lembut dengan hembusan angin.
"Tu la janganlah cakap kasar sangat".
"Dah aku macam  nih.Nak buat macam mana".Balas Nur Amalina,tiada lagi kata-kata kasar yang lahir dari mulutnya.
"Cubalah  lembut sikit".Ujar Haziq.
"Yelah,aku kan tak macam perempuan lain,pandai bergaya pandai bersolek.Lemah lembut sebab tu bila orang tengok macam nih orang kata aku nih tomboi".Nur Amalina meluahkan perasaan.Ditolak rambutnya ke belakang yang dilepaskan.
"Dah lah,kau jangan cakap macam tu ok."
"hmmm".
"Jom main skateboard".Ajak Haziq.
"Aku tak ada mood".Nur Amalina terus berlalu pergi tanpa menoleh ke arah Haziq.

Haziq mengeluh.Kasihan melihat Nur Amalina.Salah dirinya juga kerana membenarkan Miqael  melakukan  perbuatan  yang  agak  melampau.Hendak dipujuk hati Nur Amalina.Hatinya juga tidak terpujuk.Matanya menangkap seorang gadis cantik bersendirian.Otaknya nakal.Hatinya sudah terpujuk dek gadis cantik di depan sana.Sadis didalam hati dihilangkan secepat mungkin.Parah dalam hati pasti tiada.

1 ulasan :

  1. 2006 Subaru Legacy AC Compressor
    Nice post, thanks for sharing this wonderful and useful information with us.

    BalasPadam